Pages

Monday 30 January 2012

Teguran Allah terhadap hamba-Nya….




Alhamdulillah..dengan izinNya dapat menitipkan sedikit peringatan untuk diri ini dan sesiapa yang sudi membaca blog ku ini...semoga jadi ilmu yang bermanfaat...

Teguran daripada Allah terhadap hamba-hamba-Nya datang dalam berbagai-bagai cara..terpulang kepada diri kita sendiri untuk menyedarinya atau tidak….teguran itu datang  melalui makhluk manusia yang lain…..sekiranya kita mendapat teguran mahupun kritikan…cuba lah fikir dan sentiasa bermuhasabah diri ….daripada mana teguran itu…jika teguran itu menyuruh kita melakukan kebaikan…bukankah itu teguran Allah untuk hamba-Nya yang lemah ini…sesungguhnya Allah sentiasa menegur kita dalam keadaan apa sekali pun…tinggal lagi kita yang perlu menyedari teguran itu….teguran juga datang dalam bentuk ujian..Ya..itu juga merupakan teguran untuk kita….bermuhasabah diri…sememangnya manusia diciptakan Allah untuk menyembah Allah…justeru itu…Allah akan sentiasa memberi kita peringatan untuk menyembahNya walau dalam keadaan mana sekali pun…
Sememangnya manusia seringkali lupa dan leka daripada mengingati Allah dengan kesenangan hidup di dunia, justeru dalam kelekaan dan kealpaan kita dalam mengatur kehidupan kita tersilap dalam perhitungan diri…..rupa-rupanya diri kita masih perlu belajar dan sentiasa perlu belajar lagi….kadang-kadang keputusan yang kita buat adalah salah…walaupun tujuan asal kita adalah memudahkan cara..namun sebenarnya telah menjadikan suasana menjadi lagi teruk…..maka muhasabah lah diri…maksudnya hendaklah kita berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara yang melibatkan ramai orang…dan sentiasa mendapatkan pandangan orang lain…hakikatnya kita perlu sentiasa bermuzakarah…insyaAllah…dapat menyelesaikan banyak perkara…Subhanallah…..terima kasih Allah kerana nikmat-Mu yang tidak terhingga yang telah menegurku dengan cara ini…semoga aku menjadi orang lebih bijaksana dan memberi manfaat kepada orang lain….kerana mencari redha-Mu Allah….

Daripada Jabir bin Abdullah bahawa Rasulullah  SAW pernah bersabda yang bermaksud :
Sebaik-baik manusia ialah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain.

Saya sangat percaya bahawa setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Allah maha bijaksana..Dia yang mengaturkan segala kejadian dan qada dan qadar untuk hamba-Nya….sebagai hamba-Nya kita terima qada dan qadar Allah terhadap diri kita dengan hati yang terbuka….sungguh indah aturan-Mu Ya Allah…hanya Engkau yang mampu mengatur perjalanan hidupku…sungguh aku tidak mampu….Cuma kita perlu berusaha menjadi yang terbaik….selebihnya Allah yang menentukan segala-galanya…

Tuesday 3 January 2012

Masa itu amanah..kerja itu ibadah...

Alhamdulillah..bersyukur ke hadrat Ilahi kerana nikmat-Nya yang tak terhingga.....
Masa itu amanah...dan kerja itu ibadah....aku nukilkan ini sebagai peringatan untuk diri ini..yang sering alpa ...yang sering mensia-siakan masa lapang dan menangguhkan kerja....ingatlah sentiasa bahawa masa itu adalah amanah daripada Allah..dan kerja adalah ibadah umum yang perlu kita lakukan dengan penuh jujur dan ikhlas..semata-mata kerana Allah....

Allah..ampunilah dosa hambamu yang sering alpa ini....
Allah..ampunilah hambamu yang sering lalai ini....
Allah..ampunilah hambamu ini yang sering leka...
Allah...hanya pada-Mu aku mengadu dan hanya pada-Mu
tempat aku memohon pertolongan....

Seringkali...jika aku malas melakukan tugas-tugas harian di pejabat..cepat-cepat teringat bahawa kerja ini ibadat...perlu dilakukan dengan penuh tawaduk kerana mencari redha Allah..untuk mendapat keberkatan dan kerahmatan-Nya....dengan kerja yang dilakukan dengan ikhlas dan tawaduk kerana Allah..maka rezki yang diperolehi akan mendapat keberkatan...insyaAllah...aku sedang bermujahadah untuk bekerja kerana Allah...bukan kerana 'bos'..Allah bantulah hamba Mu ini...dalam mencari keredhaan-Mu Allah...
Kadangkala aku terlalai Allah...ampunilah daku Allah...
Masa adalah amanah daripada Allah...hendaklah kita menggunakannya dengan sebaik mungkin...gunakanlah masa dengan melakukan perkara-perkara yang berfaedah....jgnlah membuang masa menghabiskan masa dengan menonton tv cerita-cerita meruntuhkan moral...isikanlah masa dengan membaca buku yang menambahkan ilmu kita...ini untuk ingatan diri ini yang sering alpa dan leka....Ya Allah...ampunilah daku....
Subhanallah.....Terlalu banyak masa lapang yang telah aku buang di masa lampau..ingin aku kutip kembali untuk aku isi dengan perkara-perkara berfaedah...namun semuanya telah berlalu.....masa yang berlalu tidak mungkin dapat di hambat...gunakanlah masa yang ada ini dengan sebaik-baik mungkin....insyaAllah..akan aku gunakan masa yang ada ini untuk aku menimba ilmu sebanyak mungkin...sesungguhnya...mencari ilmu itu amat mulia dalam Islam...sesungguhnya Islam hebat kerana ilmu....

Dengan berilmu seseorang itu akan terbentuknya keperibadian yang baik dan mulia serta menjadikan seseorang itu bertaqwa dan cintakan Allah s.w.t dan RasulNya.

Firman Allah dalam Al-Quran bermaksud : " Sesungguhnya yang takutkan Allah daripada hambanya ialah orang-orang yang berilmu" (al-Fathur : ayat 28)

Oleh yang demikian..marilah sama-sama kita mengisi masa kita dengan melakukan kerja-kerja yang berfaedah dan mendatangkan kebaikan kepada kita dunia dan akhirat....moga beroleh keberkatan dari-Nya....InsyaAllah...