Pages

Thursday, 31 May 2012

Ujian Allah itu satu didikan

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah bersyukur pada-Mu Ya Allah atas nikmat kurniaan-Mu yang tidak terhingga....rezeki kesihatan, anak-anak yang sihat, hubungan sesama rakan baik, hubungan dengan suami baik dan semoga beroleh redha-Mu Ya Allah...amin....


Dalam meniti kehidupan di dunia yang sementara ini.....kasih sayang Allah amat penting..dengan kasih sayang dan kecintaan yang mendalam terhadapNya...dengan sendiri kasih sayang sesama makhluk akan hadir dalam diri kita...dengan adanya kasih sayang yang mendalam terhadap Allah..maka segala apa yang berlaku iaitu setiap ketetapan yang diberiNya kepada kita, kita akan menerima dengan hati terbuka dan menganggap segala ketetapan itu berupa ujianNya...bermakna Dia sentiasa mengingati kita dan menguji keimanan kita terhadapNya....

Jika kita terus hanyut dengan dosa dan kemewahan, mungkin ini bermakna Allah telah melupakan kita dan terus membiarkan kita bergelumang dengan dosa-dosa tanpa ada kesedaran....nauzubillah....Ya Rabb...
Maka haruslah sentiasa kita ingat bahawa setiap apa yang berlaku terhadap diri kita merupakan didikan daripada Allah...Allah mahu mendidik kita menjadi hamba-Nya yang lebih baik dari hari kehari....berusahalah menimba ilmu dan sentiasa berfikir setiap hikmah di sebalik kejadian yang berlaku itu....belajarlah dan terimalah qada' dan qadar Allah...kerana setiap yang berlaku itu adalah atas kehendakNya dan satu pembelajaran bagi hambaNya bagi mereka yang selalu memikirkannya....

Sebagai contohnya kepada mereka yang selalu tidak cukup duit walau banyak mana gaji sekalipun....hakikatnya Allah ingin mengajar supaya seseorang itu supaya berjimat-cermat dan supaya tidak boros kerana boros itu amalan syaitan....dan supaya Allah mengingatkan kita supaya banyak-banyaklah bersedekah bagi menyucikan harta kita...itu antara pengajaran yang perlu kita ambil....ya..setiap yang berlaku ada sebabnya...cuba kita fikir dan renungkan...sesungguhnya Allah sayangkan kita dan sentiasa mendidik kita menjadi hambaNya yang mukmin dan berilmu.

Marilah kita menjadi hambaNya yang sentiasa taat dan setia melakukan segala suruhanNya dan meninggalkan segala suruhanNya...sentiasa menjaga tutur kata....tiada perasaan hasad dengki dalam hati dan sombong...suka menunjuk-nunjuk diri....apa la sangat yang hendak ditunjuk sedangkan apa yang kita miliki ini semua milikNya...sentiasa berakhlak mulia..menjaga tingkah laku dan pertuturan supaya tidak menyinggung perasaan orang lain, menjaga aurat..menjaga hubungan sesama makhluk dan yang penting sekali menjaga hubungan dengan Allah.Teruskan lah berhubungan dengan Allah...rasalah keakbaran itu...bangunlah di sepertiga malam dan sembahlah dan bermunjatlah padanya menyatakan kecintaan kita padaNya..s.emoga beroleh redhaNya..amin...




0 comments:

Post a Comment