Ya Allah…ampunilah segala dosa-dosaku…aku yang lemah ini..masih tercari-cari diri ini..makin ku usaha untuk menjadikan diri memberi manfaat kepada manusia lain..makin banyak salah yang aku lakukan…Ya Allah…berilah petunjuk pada ku…aku tahu aku sedang diuji oleh Mu….kuatkan lah iman dan tingkatkan lah kesabaran aku untuk menghadapi ujianMu ini Ya Allah…
Aku tahu aku tidak sepatutnya mempersoalkan ..’mengapa’? kerana semua itu sudah tertulis untukku..Cuma aku perlu redha dan berusaha lebih gigih lagi untuk belajar apa yang aku tidak tahu dan perlu lebih menggali lagi…dan tidak leka dalam melakukan pekerjaan kerana kerja itu ibadah…Subhanallah…sayangnya Kau pada Ku..hambaMu yang lemah lagi hina ini....kerana sering mengingatiku akan kepentingan dalam ibadah kerja umum ini….terima kasih Allah..atas ingatan ini….
Sungguh aku alpa selama ini terhadap kerja ku…namun aku sedang berusaha untuk membalas balik segala kesalahan yang telah aku lakukan…mohon pertolonganMu Ya Allah..untuk aku menjadi seorang yang benar-benar ikhlas dan melakukan kerja ini semata-mata keranaMu Allah…bukan kerana penghargaan manusia…Ya Allah..ampunilah daku…
Ya Allah…pinjamkanlah sedikit ilmuMu dan kebijaksanaanMU untuk ku manfaat kepada manusia lain dan jangan Kau biarkan hamba Mu ini lalai dan alpa dengan ilmu yang dimiliki yang hanya pinjaman daripadaMu Ya allah….Ya Allah..hanya padaMu aku mengadu…bantulah hambaMu yang lemah ini…
Alhamdulillah…aku bersyukur di kelilingi sahabat –sahabat yang mengerti dan tidak menyalahkan aku…mereka Cuma kasihankan aku dan sentiasa bermuzakarah untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang telah aku lakukan….Masalah hanya masalah kecil…namun aku perlu elakkan daripada melakukan kesalahan sebegini memandangkan aku telah bekerja 11 tahun…subhanallah…aku ingin menjadi orang memberi manfaat kepada orang lain….Ya Allah bantulah hambaMu ini…aku sedang berusaha ke arah itu…moga aku berjaya Ya Allah….
Aku sering kaitkan apa yang aku lakukan di dunia yang sementara ini dengan alam akhirat…adakah aku juga akan melakukan kesalahan seumpama ini dikala aku dihisab di akhirat nanti? Nauzubillah….mungkin Allah sedang mengingatkan aku juga untuk lebih beribadah kepadaNya untuk menghapus segala-gala noda dan dosa yang aku telah lakukan samada kecil atau besar dalam kesedaranku atau diluar kesedaran ku……Ya Allah…ampuni daku…
Dunia adalah alat dan tempat kita untuk mencapai kecemerlangan di akhirat nanti….bagi aku kalau aku cemerlang di dunia..aku juga bakal cemerlang diakhirat insyaAllah..….aku kira begitu…., namun siapalah aku untuk mengukur kecemerlangan diri sendiri..seringkali diri ini selalu di uji dan setakat ini aku masih gagal dengan ujian Allah…Aku masih mencari-cari dan berusaha mengatasi kelemahan diri dan seterusnya menjadi insan cemerlang secemerlang Rasulullah SAW..walaupun tidak dapat kucapai sepenuhnya apa yang ada pada Rasulullah…kalau dapat aku ikut jejak 0.1 peratus pun aku dah bersyukur…sekurang-kurangnya aku dah berusaha untuk mengikut sunnahmu Rasulullah SAW….iaitu menjadi Mukmin Profesional….
Aku sedar ujianMu ini semata-mata untuk dekatkan aku dengan Mu…Subhanallah….betapa kasih sayangMU melimpah ruah terhadap hambaMu yang lemah ini….
Maha Suci Allah,
Aku tenang apabila aku mengingatiMu…
Setenang air di lautan….
Aku bahagia apabila mengingatiMu …
Sebahagia burung terbang diangkasa….
Aku senang apabila sentiasa bersamaMu….
Terasa Engkau hampir denganku…
Subhanallah…
0 comments:
Post a Comment