Pages

Saturday 31 March 2012

Rezeki Allah...

Assalammualaikum Wbt,


Syukurnya padaMu Ya Allah kerana memberi rezeki kepada hamba-hambaMu tanpa jemu..biarpun ada yang engkar dengan perintahMu, namun Kau tega mengalirkan rezekimu tanpa jemu...ya seindah namaMU Ar Razak...yaitu..Maha Pemberi  Rezeki....

Allah datangkan rezekiNya dalam berbaga-bagai bentuk...diberiNya rezeki kesihatan yang baik sentiasa...alhamdulillah..namun jika diuji dengan mendapat kesakitan maka bersabarlah..selalulah perhatikan dan ziarahilah mereka-mereka yang terlantar kesakitan...maka dengan itu membuatkan kita bertambah syukur dengan rezeki kesihatan yang Allah kurniakan kepada kita...anak-anak juga merupakan rezeki daripada Allah...bersyukurlah dengan kurniaan rezeki daripada Allah kerana betapa ramai yang masih tidak dikurniakan cahaya mata biarpun sudah berusaha sedaya mungkin...namun Allah jua lah menentukan segalanya....anak-anak ini adalah amanah Allah...maka sedaya mungkin kita perlu menjaga amanah Allah ini dan memastikan anak-anak kita adalah ahli syurga kerana asal mereka ada lah syurga..maka pastinya didikan sempurna perlu diberikan bagi memastikan anak-anak ini adalah ahli syurga....
Anak-anak yang bijak dan terpelajar merupakan rezeki Allah yang tidak terhingga kepada hamba-hambaNya..dengan mendapat anak yang bijaksana dan pandai dalam bidang pelajaran bukanlah tanda untuk kita menunjuk-nunjuk...ia adalah anugerah Allah kepada kita untuk kita mensyukuri nikmatNya...

Masa lapang merupakan rezeki daripada Allah jua....masa lapang adalah amat berharga untuk digunakan  bagi menuju jalan Ilahi...gunakan sebaik mungkin..jangan membuang masa melakukan kerja-kerja yang tidak berfaedah dan mendatangkan kemudaratan seperti melepak, bersembang kosong dan lebih parah lagi jika bertemu rakan asyik memburukkan orang lain dengan kata lain asyik hendak mengumpat..nauzubillah...perbuatan ini amat dicela oleh Allah...mohon dijauhkan kita daripada membuang masa dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah ini....
Mengikut kata Nabi SAW..."dua nikmat selalu dilalaikan iaitu masa sihat dan masa lapang"(Hadis riwayat Bukhari). 
Ini menunjukkan bahawa masa itu penting dan perlu dimanfaatkan oleh kita semua dengan menggunakan masa yang diberikan Allah sebagai anugerahnya dariNya untuk memperolehi kebaikan dunia dan akhirat.

Jodoh adalah rezeki Allah....berdoalah dan berusahalah untuk mendapatkan jodoh bagi yang belum bertemu jodoh..sesungguhnya Allah telah menetapkan jodoh kita sejak di alam rahim lagi...pastinya doa dan usaha yang tidak putus-putus perlu dipanjatkan padaNya..kerana Dialah yang memberi rezeki jodoh ini....namun begitu usahlah berputus asa andai kata doa kita belum dimakbulkan..sesungguhnya hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya...kekadang kita minta lain...lain rezeki yang diberi....Allah maha tahu apa yang terbaik untuk hambaNya....sesungguhnya kita sebagai hambaNya jangan berputus harapan...selagi ada umur dikandung badan...berdoalah...Allah Maha mendengar segala doa hamba-hambaNya....

Kebahagiaan dan ketenangan hidup yang berpanjangan adalah rezeki Allah....rezeki Allah yang satu ini pastinya sukar diperolehi bagi mereka yang mementingkan dunia daripada akhirat...namun bagi mereka yang mementingkan akhirat...tetapi dunia tidak dilupakan...adalah mudah mendapat rezeki bahagia ini. Hanya Allah yang mampu menrezekikan kebahagiaan dan ketenangan hidup bagi mereka yang melaksanakan segala perintahNya. Apakah yang dikatakan rezeki kebahagiaan dan ketenangan? Ini merupakan pilihan dalam hidup kita..hendak hidup bahagia atau hidup sengsara? Ramai yang hidup sengsara akibat pilihan sendiri kerana hidup bergelumang dengan maksiat dan dosa...hidup sentiasa tidak tenteram...untuk mententeramkan diri diambilnya pil-pil khayal..namun semua ini membawa kesengsaraan..sedarlah wahai manusia..tiada jalan mudah untuk menempuh kebahagiaan...kita semua perlu bermujahadah untuk menikmati kebahagiaan dan ketenangan hati yang berpanjangan....perlu bermujahadah untuk memaksa diri melakukan kebaikan...menurut segala perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya...untuk menutup aurat perlu bermujahadah..perlu memaksa diri..jangan tunggu ikhlas baru hendak buat...dengan memaksa diri..mudah-mudahan kehendak itu akan muncul di sanubari dengan sendirinya tanpa dipaksa-paksa lagi...begitu juga dengan solat lima waktu...bermujahadahlah untuk lakukan di awal waktu...mudah-mudahan mendapat keberkatan dan dirahmati Allah..dengan sedikit usaha ini pastinya mendapat perhatian Allah...sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah lagi mengasihani....bermujahadahlah untuk melakukan segala kebaikan kerana Allah semata-mata...

Rezeki rumah dan kereta yang besar adalah daripada Allah jua...bersyukurlah kita atas nikmatNya itu...jangan sombong dan bongkak dengan harta yang dimiliki itu..itukan hanya pinjaman....tiada satu pun milik kita..semua Allah yang punya....untuk sentiasa merasa kerendahan hati selalu melihat mereka yang kurang bernasib baik...ada yang hidup  sebatang kara tiada ayah ibu untuk bergantung hidup..kita bagaimana? Jika dilihat kepada kekurangan yang ada pada orang lain...tentulah akan membuatkan kita sedar dan selalu insaf bahawa betapa baiknya nasib kita jika dibandingkan dengan orang yang jauh lebih teruk daripada kita...maka sentiasalah bersyukur dengan apa yang kita ada....jangan ada keluhan dan rungutan...dan sentiasa berusaha mencari rezki yang halal....mudah-mudahan mendapat keredhaanNya....

Wednesday 28 March 2012

Biarlah tidak dikenali...namun yang pasti Allah kenal kita...

Assalammualaikum WBT..

Alhamdulillah bersyukur atas nikmatNya .....nikmatnya dunia..nikmat lagi syurga Allah..untuk menikmati syurga Allah perlulah ada tiket untuk ke sana...bagaimana nak dapatkan tiket tuh..kena lah berusaha mencari keredhaan Allah...bagaimana hendak mendapatkan keredhaan Allah? Jadilah hambaNya yang mengikut segala suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya....apakah suruhanNya dan apakah laranganNya? tuntut lah ilmu untuk mendalami suruhanNya dan laranganNya dan jangan menjadi pengikut sahaja..kita perlu tahu apa yang kita buat seterusnya memahami...apakah itu ibadah?akidah?tauhid? hakikatnya diri ini juga masih belajar untuk menambah ilmu di dada...yang penting..kita perlu belajar dan amalkan...itu yang penting..dan satu lagi perlu disampaikan walau hanya sepotong ayat....

seperti Sabda Rasulullah SAW  "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

Dalam mencari ilmu pasti ada keculasan dan keperitan dan kejayaan dalam mengharungi segala ujianNya...ya kita pasti diujiNya...yakin lah janji Allah..setiap ujian itu ada hikmatnya...gunakan akal fikiran yang dikurniakan kepada kita...itu bezanya manusia dan haiwan....setiap kali kita mendapat musibah maka bersabarlah..sesungguhnya Allah sedang menguji kita...jangan bersangka buruk dengan Allah....setiap kali mendapat kejayaan hidup..maka bersyukurlah....ini juga ujian Allah untuk hamba-hambaNya.... semua yang terjadi dalam hidup kita ini menuntut kita supaya kita berfikir....dan terus berfikir...gunakan otak kurniaan Allah untuk memikirkan segala bentuk kejadian yang terjadi di dunia yang fana ini....lantas mensyukuri segala nikmatNya dan bersabar dengan dugaan hidup yang kita hadapi....

Mencari ilmu dunia dan akhirat adalah penting..penting untuk kebahagian kita di dunia dan akhirat...lakukanlah kerana Allah semata-mata bukan hanya ingin dikenali orang....biarlah orang tidak kenal kita tetapi Allah kenal...tapi bagaimana untuk Allah mengenali kita? Apa yang harus kita lakukan? Allah sentiasa mengenali kita...sejak kita lahir lagi...kita telah ditentukan rezeki, jodoh sejak azali lagi...namun segalanya berubah dengan usaha dan tawakkal kita....Begini...soalan yang betul ialah..bagaimana mahu buat supaya Allah terus mengenali kita dan tidak melupakan kita?.....pastinya ada jawapan pada diri kita masing-masing...kita semua tahu kewajipan kita sebagai Islam...cuma kemahuan sahaja yang masih belum bertapak di hati...tahu kena tutup aurat tetapi masih tidak ada kemahuan dan kesungguhan...tahu kena solat lima waktu tetapi tidak ada kemahuan dan kesungguhan...jadi tepuk dada tanya iman.....

Bagaimana kalau Allah terus melupakan kita? Ya Allah sudah jemu hendak memberi peringatan kepada kerana ada di kalangan kita yang masih tidak mahu berfikir...dan terus hanyut dengan arus kemodenan dan hidup dalam penuh kemaksiatan...dalam hal ini Allah akan terus melupakan kita...Allah akan membiarkan sahaja kita hidup dalam kemaksiatan...terus hidup dalam kekayaan yang melimpah ruah..Allah akan terus memberi kekayaan dan kesenangan yang berlipatganda...dengan ini kemaksiatan diteruskan tanpa rasa sangsi demi keseronokan dunia yang melampau....dengan ini...mereka-mereka ini telah dilupai Allah...sesungguhnya Allah telah membiarkan sahaja mereka melakukan apa sahaja mereka suka sewenang-wenangnya....subhanallah...mahukan kita dilupai Allah...ohh tidak....semoga Allah tidak melupakan kita...dan ujian yang diberi oleh Allah itu tanda Allah tidak melupakan kita...Allah sentiasa bersama-sama kita selagi kita bersama-samaNya....Allah tidak melupai kita selagi kita mengingatiNya....berdoalah kita supaya sentiasa diberi hidayah Allah....kerana doa itu adalah senjata orang mukmin....

Kita jaga Allah..Allah jaga kita...ya kita haruslah mengamalkan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya...bersolatlah 5 kali waktu sehari...di samping solat-solat sunat yang di tuntut...dan solat sunat yang paling dicintai Allah ialah solat sunat tahajud yang dilakukan lewat malam....bangunlah sepertiga malam memohon keampunan drpNya dan bermunajat kepadaNya....dan tutuplah aurat bukan bungkus aurat(maksudnya jangan pakai baju ketat dan pendek)...labuhkanlah tudung menutupi dadamu...hanya menampakkan tangan dan muka sahaja...begitu juga dengan berpuasa di bulan Ramadhan...di samping puasa-puasa sunat isnin dan khamis...banyak lagi amalan-amalan wajib dan sunat yang perlu kita lakukan...lakukanlah semata-mata kerana Allah bukan sebab lain....insyaAllah kita semua akan dijaga Allah....walau di mana sahaja kita berada....insyaAllah Allah akan sentiasa kenal kita malah mendekati kita....

Bagaimana kita rasa Allah mendekati kita..rasailah ia dengan iman dan ketakwaan yang tinggi...sentiasa istiqamah dalam segala ibadah kita....sentiasa memohon untuk diberikan keikhlasan dan istiqamah...dan bermohon juga untuk Allah bantu kita untuk sentiasa mengingatiNya dan sentiasa mensyukuri nikmatNya....
Semoga Allah memberi kita kebaikan di dunia dan akhirat...amin...

Sunday 25 March 2012

Jangan berkeluh kesah...

Assalammualaikum....WBT..



Manusia diciptakan Allah berbeza-beza rupa paras, sikap dan untung nasib diri masing-masing. Ada yang kaya, miskin dan sederhana hidup mereka..itu merupakan ujian daripada Allah untuk menguji keimanan hambaNya...
Hidup kita di dunia ini adalah sementara sahaja...dan yang sementara inilah menuntut kita supaya bersungguh-sungguh dalam mengharungi hidup di dunia yang serba mencabar ini..bagi mencari keredhaan Allah dan syurga Allah di akhirat sana nanti...

Sesungguhnya Allah Maha Penyayang lagi Maha Pemurah...buktinya Allah sentiasa bersama kita di saat kita susah mahupun senang..Allah sentiasa mendengar rintihan hamba-hambaNya...tinggal lagi kita sebagai hambaNya...apa peranan kita di bumi kurniaan Allah ini?..Cuba kita renungkan dan muhasabah diri kita..
Ada masalah sahaja...kepada siapa kita adukan masalah kita? Ya...tentulah kepadaNya...hanya kepadaNya...hanya Dia mampu memberi kita penyelesaian....Setelah masalah selesai..kita kadang-kadang seolah-olah lupa...lupa padaNya...Dia yang telah menyelesaikan masalah kita....setelah masalah kita selesai kita kekadang seolah-olah sombong padaNya....ketahuilah...sebagai hambaNya kita perlu sentiasa ingat padaNya di kala senang mahupun susah...namun betapa Allah itu Agung...biarpun kita lupa dan sombong padaNya..namun Allah tetap menerima kita semula sementelah kita mengingatiNya semula...subhanallah...malah Allah masih mendengar rayuan hambaNya....dan mendengar doa hamba-hambaNya yang pernah melupaiNya...subhanallah...ampunilah dosa-dosa kami Ya Allah...

Letih dan penat adalah lumrah hidup manusia....pasti dirasai oleh setiap manusia yang hidup di dunia yang sementara ini....kerja di pejabat? Ya....kerja di rumah? Ya.... semuanya itu menuntut kita melakukannya lebih-lebih-lebih lagi sebagai wanita yang bekerja...terkejar ke sana ke mari daripada pagi hingga malam....namun sebagai wanita dan isteri solehah semua ini dilakukan tanpa keluh kesah demi mencari redha Allah....
Pernah tak dihati kita sebagai isteri terdetik "penatnya aku..nak buat itu..nak buat ini...semuanya aku buat...tak payah ada laki pun tak apa"....pernah atau tidak  menjadi persoalan...yang penting kefahaman konsep kita sebagai isteri solehah...jika kita betul-betul faham kesolehan seseorang isteri itu terletak kepada sikap dan akhlaknya dan lain-lain lagi...pasti kita lakukan semua tugas-tugas di pejabat dan dirumah dengan ikhlas...biarpun penat...letih sekalipun...kita tetap meneruskan semua tugas-tugas tersebut tanpa keluh kesah...kerana mencari keredhaan Allah...yakinlah pada Allah...Allah telah menjanjikan syurga untuk isteri-isteri solehah....sesungguhnya setiap apa yang kita lakukan kerana Allah semata-mata, kita pasti bertemu dengan dengan ketenangan hati.....dan kebahagiaan yang terhingga hingga tidak terucap oleh kata-kata....ya itulah yang dikatakan syurga dunia..ketenangan dan kebahagiaan hati....

Keikhlasan menuntut pengorbanan. Ya pengorbanan masa dan tenaga kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini...khalifah adalah pemimpin...kita semua adalah pemimpin tidak rasmi di dunia ini....sebagai suami jadilah pemimpin rumahtangga...sebagai isteri juga...peranan pemimpin perlu ada untuk memimpin anak-anak menjadi ahli syurga....kita semua datang daripada syurga...maka sepatutnya kita semua pulang semula ke syurga..tempat asal kita....dan keluarga kita...sebagai pekerja juga tugas memimpin rakan-rakan di pejabat untuk bekerja dengan bersungguh-sungguh...dan  tekun ..ohh...banyaknya peranan kita sebagai khalifah di dunia yang sementara ini....sesungguhnya....masa itu adalah amanah Allah dan kerja itu adalah ibadah yang sangat-sangat perlu kita lakukan demi mencari redha Allah dan bukan penghargaan manusia semata-mata.

Memang lah sangat letih dan penat di dunia ini...tapi kan hanya sementara sahaja...biarlah kita berpenat lelah di dunia namun di akhirat nanti kita nikmati hasil penat lelah kita di dunia ini...dengan syarat kita janganlah berkeluh kesah...lakukanlah dengan ikhlas..seikhlas mungkin semata-mata kerana Allah...untuk menikmati hasil penat lelah kita di dunia ini...jika terdetik di hati kita kekesalan dan rungutan....hilanglah segala hasil penat lelah kita di dunia...inilah yang dikatakan penat di dunia..di akhirat nanti menanti derita....nauzubillah..
kita tidak mahu menderita di akhirat nanti...kita semua mahu berbahagia di dunia dan diakhirat...jom...lakukanlah amalan-amalan wajib dan sunat..semata-mata kerana Allah...dan jangan berkeluh kesah....

Tuesday 20 March 2012

Surah Baqarah ayat 17

Assalammualaikum WBT...

Alhamdulillah..bersyukur ke hadrat ilahi kerana anugerah nikmatNya yang tidak terhingga....hari ini saya membaca surah Baqarah...tertarik pada satu ayat ini..ayat 17 ...bermaksud:

"Perbandingan hal mereka (golongan yang munafik itu) samalah seperti orang yang menyalakan api; apabila api itu menerangi sekelilingnya, (tiba-tiba) Allah hilangkan cahaya (yang menerangi) mereka, dan dibiarkannya mereka dalam gelap gelita, tidak dapat lihat (sesuatu pun)"...


Tafsiran:
17). Perumpamaan keimanan yang ditunjukkan oleh orang-orang Munafiq dengan kekufuran yang mereka sembunyikan, adalah seperti orang yang menyalakan api untuk dijadikan sebagai unggun untuk menerangi mereka, namun tatkala api itu menerangi sekeliling mereka dan mereka merasai manfaat daripadanya, Allah hilangkan cahaya (yang menyinari) mereka tersebut, dan membiarkan mereka di dalam kegelapan dan keadaan tidak melihat; kerana dengan keimanan yang mereka tampakkan, mereka telah menjaga darah, harta, isteri-isteri serta keturunan mereka daripada pembunuhan dan perhambaan sedangkan dengan kekufuran yang mereka sembunyikan apabila mereka mati, maka mereka akan masuk neraka dan rugi dalam segala hal hingga diri mereka sendiri [Ays]. (matsaluhum ka matsalil lazis tauqada naara: Perumpamaan mereka adalah seperti orang yang menyalakan api …);

Diriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas dan beberapa shahabat mengenai ayat ini, mereka berkata: “Sesungguhnya ada beberapa orang yang masuk Islam ketika Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam datang ke Madinah, namun kemudian mereka menjadi orang-orang yang munafiq; mereka diumpamakan seperti seorang lelaki yang berada dalam kegelapan, kemudian dia menyalakan api sehingga menerangi gangguan-gangguan yang ada di sekelilingnya yang dapat menyakitinya, lantas dia dapat melihatnya (gangguan-gangguan tersebut) dan tahu bagaimana dia dapat menjaga diri daripadanya. Tatkala dia dalam keadaan demikian, api pun padam sehingga dia tidak tahu bagaimana dia dapat menjaga dirinya dari gangguan-gangguan yang dapat menyakitinya tersebut. Demikian pula halnya dengan orang Munafiq; dia berada dalam kegelapan syirik, kemudian masuk Islam dan mengetahui mana yang halal dan haram, yang baik dan buruk namun kemudian dalam keadaannya yang demikian dia kembali kepada kekufuran sehingga dia tidak tahu lagi mana yang halal dan haram serta mana yang baik dan buruk”. [Zub]

sumber :  http://memburu-syurga.blogspot.com/2011/03/tafsir-surah-al-baqarah-ayat-17-20

Friday 16 March 2012

Ujian Allah....

Assalammualaikum WBT

Alhamdulillah syukur atas nikmatNya yang tidak terhingga..unlimited...Hari yang cerah ini mengundang seribu keinsafan dalam diri hasil muhasabah diri...betapa indahnya alam ini dan betapa kerdilnya diri ini disisiMu Ilahi..Siang berganti malam...malam berganti siang tanpa ada cacat cela...subhanallah...betapa kekuasaanMu meliputi alam ini...betapa hambaMu ini sentiasa mendambakan kasih sayang Mu Ilahi...sesungguhnya Engkau Maha Penyayang lagi maha mengasihani...

Tidak beriman seseorang itu sehinggalah ia di uji...kekadang permasalahan yang datang dalam hidup kita..sebenarnya itu adalah ujian Allah untuk hambaNya...untuk menguji sejauh mana keimanan seseorang itu..kekadang kita tidak sedar apa datang dalam hidup kita itu sebenarnya ujian daripada Allah..tetapi kita selalu mengeluh dan mengelak dengan merungut dan terlupa itu merupakan ujian Allah untuk hambaNya...sepatutnya apa sahaja yang mendatang dalam hidup kita tidak kira apa pun...buruk atau jahat..kita sepatutnya bersyukur dan sentiasa bersangka baik dengan Allah...yang buruk dijadikan iktibar dan yang baik dijadikan teladan..

Firman Allah : "(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."(Al-Baqarah : 156)

Allah maha berkuasa atas setiap sesuatu dan Dialah yang berkehendakkan berlakunya apa jua ke atas makhluk ciptaanNya. Sebagai hamba yang diciptakan Allah perlu menghadapi segala aturan Allah yang maha sempurna oleh Maha pencipta dengan seberapa daya yang mungkin.

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" (al-ankabut : 2)

Ujian Allah untuk menguji keimanan kita dan kefahaman kita tentang keimanan seseorang hamba itu kepada Allah. Sebagai orang Islam yang benar-benar beriman kepada Allah dan apabila menerima ujian daripada Allah, mereka tetap mengimani segala ujian itu datang dari Allah, dan sentiasa bersangka baik dan menghadapinya dengan tenang tanpa menyalahkan sesiapa dan ini membuktikan mereka ini adalah mereka benar-benar seorang yang beriman...
.

Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu. (Muhammad: 31)
Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. 
(at-Taghaabun: 11)

Dan janganlah engkau menujukan pandangan kedua matamu dengan keinginan kepada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka yang kafir itu menikmatinya, yang merupakan keindahan kehidupan dunia ini, untuk Kami menguji mereka padanya; sedang limpah kurnia Tuhanmu di akhirat lebih baik dan lebih kekal. 
(Taha: 131)

Sesungguhnya Tuhanmu tetap mengawas dan membalas, (terutama balasan akhirat)
(Dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: "Tuhanku telah memuliakan daku!"
Dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: "Tuhanku telah menghinakan daku!"
Jangan demikian, (sebenarnya kata-kata kamu itu salah). Bahkan (perbuatan kamu wahai orang-orang yang hidup mewah, lebih salah lagi kerana) kamu tidak memuliakan anak yatim, (malah kamu menahan apa yang Ia berhak menerimanya); 
(Al-Fajr: 14-17)


Semoga kita semua dapat menghadapi ujian Allah dengan penuh keimanan dan kesabaran yang tinggi...amin..

Thursday 15 March 2012

Cintai Allah...

Assalammualaikum wbt

Alhamhamdulillah..syukur ke hadrat Ilahi keranaNya kita masih di sini...menikmati kehidupan ini..di dunia yang sementara ini....sementara kita sebelum ke akhirat yang kekal abadi...

Cintailah Allah sebagaimana Allah begitu menyintai kita hambaNya....walaupun hamba-hambaNya sentiasa melakukan kesilapan dan dosa-dosa..namun Allah tetap memberi kita peluang untuk bertaubat..sesungguhnya Allah Maha Penyayang dan Pemurah....apa la sangat kita sebagai hambaNya yang lemah ini....ingatlah Dia..dalam segala perbuatan kita...hanya mendail nombor 24434 sahaja untuk mengingatiNya...tidak susah bukan...nukilan ini juga sebagai ingatan untuk diri yang lemah lagi hina disisiNya...sebagai peringatan untuk kita semua...kepada sesiapa yang tidak tahu apa itu nombor 24434 itu ialah...solat lima waktu...2 mewakili subuh dua rakaat...4 mewakili Zohor 4 rakaat...4 mewakili Asar 4 rakaat..3 mewakili Maghrib 3 rakaat dan last sekali 4 mewakili isyak 4 rakaat...itulah panggilan untuk Ilahi....hanya itu sahaja yang perlu kita lakukan untuk mencintai Allah di samping amalan-amalan lain untuk mensyukuri nikmat Allah.

Lakukanlah dengan seikhlas mungkin...mohon pada Allah supaya dikurniakan keikhlasan dan istiqamah dalam melakukan segala kebaikan terhadapNya...kerana Allah akan cintai kita jika kita cintai Allah...Allah akan jaga kita jika kita jaga Allah...maksud menjaga Allah ialah dengan melakukan segala suruhanNya..terutamanya solat lima waktu dengan kusyuk dan tawaduk serta solatlah di awal waktu...jagalah waktu solat...insyaAllah...solat mencegah kemungkaran...jika kita sudah solat tetapi masih bercakap kasar dan mengumpat orang..masyaAllah...semak balik solat kita...adakah solat kita betul-betul kusyuk dilakukan kerana Allah....untuk ingatan diri saya juga..kekadang memang tergelincir diri ini..termengumpat juga...subhanallah...aku mohon keampunanMu...bermujahadahlah untuk elak daripada kemungkaran...sesungguhnya...syaitan amat kreatif untuk memesongkan umat nabi Muhammada SAW....

Kesan kecintaan Allah terhadap kita....tidak dapat di katakan..hanya kepada mereka yang merasainya sahaja yang tahu...betapa indahnya ketenangan hati yang dikurniakan Allah kepada hambaNya yang mencintaiNya...subhanallah..inilah syurga dunia iaitu ketenangan hati yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata....hanya Dia yang dapat memberi semua ini.....cubalah bercinta dengan Allah....ketenangan hati yang tidak terhingga dapat kita rasai....cintailah Dia....bagaimana kalau kita cintai seseorang? mabuk cinta? angau?....begitulah kalau rasa cintai Allah....sentiasa ingin mendampingiNya...sentiasa mengingatiNya....sentiasa rindu padaNya....apa yang akan kita lakukan untuk melepaskan rindu padaNya...solatlah....zikirlah....berdoalah...kita angau dengan Allah kerana cinta yang mendalam terhadapNya...apa yang kita lakukan....bangun malam...solat tahajud....solat taubat...solat witir...semua ini dilakukan semata-mata rasa cinta kepadaNya....rindu padaNya...ikhlas padaNya....semata-mata untuk mendapat keredhaanNya....subhanallah...

aku cinta padaMU
aku rindu padaMU..
aku hidup semata-mata keranaMu Allah..
terimalah hambaMu ini sebagai hamba yang sentiasa bersyukur...

Sunday 11 March 2012

Allah Sentiasa Dekat....

Alhamadulillah..syukur kepada Pemberi nikmat....sentiasa memberi nikmat tidak pernah jemu dan melupai hambaNya walaupun sesaat...nikmat Allah terlalu besar...adakah kita fikir apa yang telah kita lakukan untuk mensyukuri nikmat Allah??..Ya..akibat .kita lalai dan leka dengan nikmat dunia kadang-kadang membuatkan kita terlupa siapa diri kita..apa tujuan sebenar kita hidup di dunia ini....marilah sama-sama muhasabah diri kita dan sentiasa mensyukuri nikmatNya yang terlalu banyak ini..kerana Dia sentiasa ada dekat dengan kita samada kita susah dan senang....

Allah terlalu dekat dengan kita...kita sebagai hambaNya yang selalu menjauh..jauh daripadaNya..kenapa kita
sombong dengan Allah..sedangkan Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang....Allah Maha Pemberi Rahmat..ingatlah padaNya di kala susah dan senang kerana Dia tidak pernah melupakan kita ..walaupun  sesaat..buktinya ialah kita masih bernafas hingga saat ini..bayangkan jika Allah lupa memberi nyawa kepada kita...apa yang akan terjadi??...Maka dengan itu...nikmat mana lagi yang hendak kita dustakan...subhanallah...

Aisyah RA menceritakan bahawa Rasulullah SAW sendiri pernah menunaikan solat malam sehingga bengkak dan luka kaki baginda kerana hendak mensyukuri nikmat Allah walaupun telah ditetapkan syurga untuk baginda..lihatlah bagaimana peribadi Rasulullah sungguh mulia..walaupun telah ditetapkan balasan syurga oleh Allah untuk baginda, namun Baginda tidak pernah jemu beribadat dan berdoa kepada Allah menyatakan kesyukuran Baginda...kita bagaimana pula???

Mari kita renung-renungkan dan fikirkan....bermuhasabah diri kita..apa yang kita telah lakukan untuk  Agama Allah dan apa tujuan hidup kita sebenarnya....