Pages

Wednesday 28 December 2011

Seabad bersama...

Alhamdulillah...dengan nikmat-Mu Ya Allah...sudah seabad usia perkahwinan ku bersama suami tercinta pada 23 Disember 2011 yang lalu.....syukur pada-Mu Allah dengan izinMu jua ranjau perkahwinan yang kutempuhi...dapat di harungi dengan ketabahan dan kesabaran dengan pemberianMu jua....

Subhanallah...cinta yang hakiki hanya pada Mu sahaja...dan keduanya pada rasul kita...dan yang ketiga barulah pada suami kita...itu sentiasa diingati...jangan sampai cintai makhluk melebihi daripada mencintai Pencipta kita iaitu Allah subhanahuataala....dengan mencintai Allah..kita akan cintai diri sendiri...dengan mencintai diri sendiri..timbul rasa cinta pada suami...dengan rasa cinta ini..ada keberkatan bersama kerana redha Allah kita cari bersama-sama mengharungi perkahwinan dengan suami tercinta....

Dalam meniti bibit percintaan pada dengan suami semua kekurangan dan kelebihan nya kita fahami...semuanya kerana kita lakukan kerana Allah....jika ada perbalahan...nyatakan dalam hati...ini hanya ujian daripada Allah...hanya ujian yang kecil di dunia untuk marasai kemanisan di akhirat kelak jika ujian itu kita tangani dengan penuh keimanan kepadaNya.....insyaAllah..sama-sama kita bermujahadah ke arah itu...sentiasa menganggap ujian Allah di dunia dalam hubungan suami isteri sebagai menguji sejauh mana keimanan kita terhadapNya....

Dalam hidup rumahtangga perlu bekerjasama dalam apa keadaan..namun..jika seorang sahaja yang selalu  melakukan segala-galanya...(terutamanya sang isteri) dialah...masak...dialah jaga anak...dialah...mengemas...dan segala-galanya dia.....ingat.....mujahadah itu pahit dan syurga itu manis..sentiasa ingat itu...untuk menjadi isteri solehah perlu ada pengorbanan...pengorbanan masa dan tenaga...sebagai isteri ingat ...syurga itu di bawah kaki suami...lakukan tugas kita sebagai isteri dengan jujur dan ikhlas semata-mata mencari keredhaan-Nya....janganlah sedikit pun terbit daripada hati kita perasan tidak puas hati seperti selalu menyebut " asyik aku aja yang buat semua ini, dia goyang kaki ja...."...subhanallah...pujuklah hati kita...sesungguhnya apa yang kita lakukan dilakukan kerana Allah dan kerana limpahan kasih sayang...pasti syurga untuk isteri yang solehah ini...

Untuk mencapai tahap tertinggi isteri solehah ini memang nampak sukar....namun bermujahadah lah ke arah itu..isyaAllah..sama-sama kita mengamalkannya semata-mata mencari keredhaan-Nya...Hatta..jika suami kita tidak solat sekalipun...hormatilah mereka...tunjukkan lah akhlak yang baik..untuk mereka rasakan indahnya Islam..semoga terbuka hatinya menunaikan solat dengan akhlak dan layanan kita di samping kita berdoa siang dan malam dengan sepenuh hati untuk Allah mengampuni doa suami kita....

Untuk itu terima kasih Allah kerna mengurniakan suami yang penyayang dan amat memahami diri ini...semoga bahtera perkahwinan kami ini dapat di layari dengan lancar..dan bahagia sehingga ke syurga...semata-mata mencari keredhaan-Mu Allah...semoga ada keberkatan di situ...amin...

Suamiku,
Perkahwinan itu penyatuan dua hati...
Tujuan yang satu selalu diingati...
Ingatlah Allah sentiasa sematkan di hati...
Demi mencapai cinta hakiki...
Agar keredhaan Allah dapat dinikmati...

Tuesday 20 December 2011

Alhamdulillah.....

"Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri ni'mat Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau ridhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh".

Bersyukur atas nikmatMu Ya Allah...bantulah hamba-Mu ini dalam mengembara mencari redha-Mu Allah...

Tujuan hidup ku

Allah...
Tujuan hidup ku hanya satu..
Menjadi khalifah menghambakan diri padaMu
Redha Mu ku tuju...
Kasih sayang Mu ku cari....
Hadirlah cinta...cinta yang hakiki...cinta pada Mu untuk selama-lamanya...
Allah...
Tetapkanlah iman ku ini...
Tetapkan dan tambahkanlah hidayah untuk diri ini...
Ilmu yang bermanfaat dambaan diri ini.....
Semoga dapat dimanfaatkan bersama-sama....

Monday 19 December 2011

Hati perlu diservis?

Tanggal 19 Disember 2011 aku telah memohon cuti untuk pergi servis kereta, sebab mileage telah melebihi 113000km....kereta perlu diservis iaitu menukar minyak hitam dan lain-lain peralatan untuk memastikan kelancaran enjin dan menjamin keselamatan semasa memandu.
Emm...hari ini ramai pula orang yang datang untuk servis kereta...nampaknya kena tunggu lama sikit ...dalam tempoh penantian itu.....dicuba melihat dalam handbag kalau-kalau ada pen dan notebook untuk dibuat coretan kan...alhamdulillah..ada..aku mula mencoret..dan di sini hasilnya untuk dikongsikan bersama..alhamdulillah diberi kesempatan dan ilham olehNya untuk ku menaip hasil coretan ku tempohari di sini...
Apa yang terlintas di fikiranku ketika itu....kereta perlu diservis, manusia pun perlu diservis. Bezanya kereta perlu ditukar minyak dan segalanya jka perlu, manusia pula, apa yang perlu kita lakukan untuk menyeviskan diri kita....kalau kereta dilihat pada enjinnya, manusia pula pada hatinya...ya hati kita perlu diservis, bagaimana hendak servis hati?
Hati kalau dah gelap perlu dibersihkan, seperti minyak enjin yang tidak elok, ditukar ganti dengan minyak yang baru untuk lebih bertenaga, bagi hati kita pula, jika hati hitam adakah perlu ditukar yang baru?Ya..seboleh-bolehnya cubalah bersihkan hati yang hitam legam itu seberapa daya yang boleh, gunakanlah berus tembaga, dynamo mahupun clorox utnuk memutihkan hati kita kembali, namun adakah semudah itu?semudah abc?
Hati boleh dibersihkan melalui solat yang kusyuk sepenuhnya dengan rasa rendah diri di hadapan Allah...rasa penghambaan terhadap Allah...dan jika berupaya pula bangunlah solat malam bertahajud dan bermunajat kepada Allah, mohon diberikan petunjuk dan dibersihkan hati, moga-moga ada keberkatan di situ. Ya, dengan berdoa bersungguh-sungguh menghadap Allah dan bermunajat dengan sepenuh hati di samping mengharapkan keredhaan-Nya merupakan cara untuk membersih dan mensucikan hati kita.
Membaca Al-Quran juga dapat membersihkan dan mensucikan hati kita. membaca al-Quran yang merupakan kalam Allah hendaklah dengan maksudnya sekali....telusuri maksudnya dan amalkan apa yang kita peroleh daripada Al-Quran..sesungguhnya Al-Quran adalah penunjuk terbaik untuk kita ikuti...
Selain itu, di samping berpuasa di bulan ramadhan yang menjadi kewajipan sebagai Islam...kita juga dituntut untuk mengamalkan amalan berpuasa sunat. Berpuasalah sunat isnin dan khamis untuk meningkatkan lagi ketakwaan kita kepada Allah seterusnya mensucikan membersihkan hati kita yang gelap itu.Namun puasa yang terbaik ialah puasa nabi Daud....jika berkemampuan amalkanlah....
Menunaikan zakat dan bersedekah juga merupakan cara kita membersihkan dan mensucikan hati kita disamping mensucikan harta benda kita....insyaAllah marilah kita sama-sama amalkan....mudah-mudahan Allah menerima amalan kita....dan beroleh keredhaanNya...

“Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.” (QS. Asy-Syams: 9-10)

Apa kesannya jika hati kita dibiarkan hitam dan berkarat serta tidak diservis? hati ialah kemudi kehidupan kita, rosak hati rosaklah kehidupan kita....maka sebab itulah hati perlu diservis, perlu dibersihkan selalu, perlu dibelai selalu supaya ia subur dan sihat sentiasa dan mudah dikendalikan.
hati jika dibiarkan hitam dan berkarat, kekallah ia sebegitu dan semakin parah lagi hati menjadi berkulat...
oh...sanggupkah kita membiarkan hati kita berkulat????..apabila hati sudah berkulat, badan menjadi busuk..jiwa sudah kacau apatah lagi menjadi tidak menentu..ketenangan hati telah lama menjauhi diri sejak hati menjadi hitam lagi...begitulah besar kesannya jika hati tidak diservis...
jiwa menjadi kacau..hati menjadi tidak keruan dan kebahagiaan entah kemana dan ketenangan tidak muncul-muncul...
Oleh yang demikian, bersihkanlah hati kita, mohonlah daripada Allah..sentiasa bertaubat memohon keampunan-Nya saban hari tanpa jemu...mengadulah pada-Nya dikala kita senang dan susah.Sesungguhnya Allah maha Pengampun dan Penyayang..
Dengan hati yang bersih mendorong kita kita melakukan segala kebaikan dan meninggalkan segala larangan-Nya...insyaAllah..Kita juga mampu menghadirkan ketenangan dan kebahagiaan dalam hati tanpa perlu mencarinya lagi...Hati yang bersih melahirkan sikap yang positif dan berfikiran positif serta tingkah laku yang positif. Denga diri kita yang positif ini akan menyebabkan persekitaran kita juga positif lantas melahirkan generasi yang berfikir positif iaitu tiada wujudnya perasaan hasad dengki, buruk sangka, mengumpat, mengadu domba dan segala sikap buruk yang lain...Subhanallah dunia akan aman sekiranya semua kaum dan individu mempunyai hati yang bersih dan berfikiran positif sentiasa.

Tersentak dengan bunyi telefon...daripada agen servis kereta...mengatakan kereta telah siap diservis..setelah empat jam berlalu.......moga-moga hati kita juga sentiasa kita jaga dan diservis sebagaimana kita menjaga kereta kita...seperti itulah hati kita..perlu ditelek dan diservis....

"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar,ilmu yang bermanfaat,kesihatan yang elok,kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang bersar"..amin...

Sunday 18 December 2011

Memberi dan memberi....

Memberi terlalu banyak kelebihannya...dapat diperhatikan sepanjang pengalaman hidup ini, bagaimana kehidupan mereka yang suka memberi sentiasa dilimpahi kebahagiaan dan kegembiraan dan rezeki yang diperoleh tidak putus-putus..begitu berharganya erti memberi ini dalam kehidupan seharian kita...Syarat memberi pula hendaklah dengan hati yang tulus dan ikhlas semata-mata mencari keredhaan Allah bukanlah hendak menunjuk-nunjuk seperti lirik lagu yang pernah didengari lebih kurang begini ' tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima, menolong orang jangan harap balasannya'...emmm lebih kurang begitu...

Hidup yang panjang jika diliputi dengan sikap yang tidak suka memberi atau lebih kasar sedikit jika dikatakan kedekut, adalah sia-sia hidup kita...dapat dilihat sendiri bagaimana kehidupan seorang ibu tua yang hidupnya sentiasa dirundung kesedihan dan jiwanya kacau kerana ketika mudanya kedekut dengan harta bendanya, anak menantu tidak menghiraukannya...hari-hari tuanya dilalui dengan hati yang tiada kebahagiaan dan ketenangan hidup, namun kehidupannya tetap diteruskan dengan ketabahan hati yang masih Allah berikan untuk ibu tua ini lalui...ini adalah serpihan kehidupan yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini...

Subhanallah...untuk ingatan diri ini dan semua, sejahat-jahat dan seburuk-buruk mana pun ibu kita, kenangilah jasa mereka yang telah mengandungkan kita dan memelihara kita sejak kita kecil lagi, biarpun mereka pernah menyakiti kita...sentiasalah memanjatkan doa untuk ibu bapa kita supaya mereka berubah dan menjadi insan yang mulia disisi Allah...

Sering kali dapat diperhatikan juga sekeliling kita kepada mereka yang sentiasa mengambilberat hal ehwal ibu bapa mereka sentiasa dilimpahi rezeki dan rahmat yang melimpah ruah tidak kira rezeki dalam bentuk apa sekalipun seperti rezeki anak yang pintar dan sihat, rezeki kenaikan pangkat, rezeki kebahagiaan dan ketenangan hidup, rezeki kesihatan yang baik dan banyak lagi kenikmatan hidup yang Allah limpahkan kepada mereka-mereka ini.

Dalam kehidupan kita, utamakanlah ibubapa kita dalam apa jua keadaan sekalipun...tetapi yang perlu diutamakan utamakanlah ...Allah dan Rasul memanglah patut diutamakan dan seorang isteri pula perlu utamakan suami dahulu dan kemudian barulah ibu dan bapa...pendapatan bulanan yang kita perolehi setiap bulan perlulah ada agihan untuk ibubapa kita..bukanlah lebihan duit baru diberikan kepada mereka...kesilapan yang pernah aku lakukan suatu ketika dahulu..Subhanallah ampunilah daku....Ya Allah....
Di perhatikan juga berdasarkan pengalaman hidup, rezeki kita akan melimpah ruah andaikata kehendak orang tua kita dahulukan dan sentiasa menyenangi hati mereka dan sentiasa memastikan hati mereka gembira. Hubungi mereka selalu (jika jauh) dan ziarahilah mereka selalu (jika dekat)...ibu bapa kita hanya memerlukan perhatian kita sahaja kerana kehidupan tua mereka sangat sunyi..siapa lagi yang dapat hiburkan mereka kalau bukan anak-anak yang pernah mereka kandung dan dipelihara dengan penuh kasih sayang....siapalah kita tanpa ibu bapa kita...kenangilah dan hargailah mereka kerana kita juga akan melalui hari-hari tua....

Berbalik kepada satu cerita yang pernah ku dengari daripada ceramah seorang ustaz, beliau mengatakan selalu membelanjakan kawan-kawan dan staf-stafnya dan beliau dapati kehidupan yang dilewati sungguh mudah dan lancar...indahnya memberi dalam kehidupankan...beliau juga tidak pernah berkira dengan kawan-kawan mahupun dengan jiran-jiran, inilah kesan daripada kebaikan itu telah membuatkan kehidupan beliau mudah dan lancar kerana betapa Allah telah menjanjikan balasan yang setimpal yang diperolehi kesan keikhlasan memberi itu.

Merujuk diri ini, masih bermujahadah untuk menjadi orang yang suka memberi, memberi apa sahaja di kala kita ada atau tiada...hatta senyuman pun dikira pemberian yang tidak ternilai harganya...Allah suka kepada orang miskin yang suka memberi...justeru walaubagaimanapun situasi kita sekali pun, lebih banyakkan memberi tidak kira kita berharta atau tidak, jom sama-sama kita bermujahad ke arah itu, untuk memberi sebanyak mungkin daripada menerima. Sering kali diingatkan diri ini setiap hari seboleh-bolehnya niatkan dalam hati kita untuk memberi dan menyumbangkan sebanyak mungkin ilmu dan kudrat yang kita ada untuk organisasi  dan bukan memikirkan apa yang sepatutnya kita terima demi menuju redha Allah. Mari kita sama-sama bermujahadah ke arah itu...Sesungguhnya Allah suka kepada mereka yang istiqamah, iaitu lakukan secara berterusan biarpun sedikit-sedikit, lama-lama membukitlah...

Friday 16 December 2011

Allah ada di mana sahaja...

Alhamdulillah...sudah berakhir minggu-minggu yang memotivasikan bagi diri ini...yang mana kursus CTFL dan Kursus CPRE telah berjaya dilalui...cumanya..keputusan exam belum tahu....usaha sudah dilakukan...hanya berserah kepadaNya untuk memberi keputusan terbaik dalam hidup ini....

cuma apa yang hendak di nukilkan ini tiada la sangkut paut dengan kursus-kursus ini...cuma tiba-tiba teringat kata-kata kenalanku...bahawa dia mengatakan begini..." tahun ni aku nak pergi India..lepas tu nak pergi New Zealand untuk mencari ketenangan hati" ....emm..terkedu aku seketika...mengia pun tidak, membantah pun tidak...sekadar mendiamkan diri dan berkata-kata sendiri  "Tuhan hanya ada di India dan New Zealand sahaja kah?" emm...aku membiarkan sahaja persoalan itu berlalu..kerana kalau ditegur takut-takut terguris hatinya jika tersalah cakap....hati orang kena jaga kan...sebagaimana kita menjaga hati orang lain...seperti itu juga Allah akan menjaga hati kita..insyaAllah...
Banyak cara untuk mencari ketenangan hati ..mahu sahaja aku berkata begitu kepadanya, namun tidak kesampaian untuk meluahkannya...
Kalau kita bersangka baik, mungkin kenalanku itu hanya bercakap di mulut dan mungkin bukan lahir dari lubuk hatinya...mungkin!..Hanya Allah yang mengetahui segala-galanya..
Sebagai hambaNya...bersyukur ke hadrat Ilahi dan ambil iktibar apa yang berlaku di sekeliling kita...sebagai contohnya..kawan ku ini..aku ambil ikitbar daripadanya....adakah baik sangat aku ini berfikiran begitu mengenainya? Mungkin dia tidak bermaksud sedemikian...iktibar yang aku ambil..sentiasa bersangka baik dengan apa jua keadaan sekalipun....apa-apa pun yang penting betulkan diri kita dahulu sebelum membetulkan orang lain...itulah yang selalu aku ingatkan untuk diri sendiri...sentiasa membetulkan akhlak..percakapan...masih bermujahadah melakukan yang terbaik untuk diri sendiri..

Allah ampunilah daku....hanya kepada Mu aku memohon keampunan...amin...

Monday 5 December 2011

Permohonan di tolak..

Alhamdulillah...dengan keizinanNya..diberi lagi kesempatan unyuk menghirup udara segar milik Penciptanya..

eem...alkisahnya aku telah memohon untuk mengikuti bengkel penulisan super yang akan diadakan pada 24 dan 25 dis ini atas pembiayaan Opisku....malangnya telah di tolak...dengan alasan kursus aku telah banyak untuk tahun ini dan telah melebihi peruntukan....namun aku redha...mungkin itulah lorongan oleh Allah untukku..jika Allah berkehendakkan ia berlaku..pasti telah berlaku....hanya Allah yang tahu kebaikan untuk hambaNya...maka aku redha dengan ketentuanMu Allah...memanglah tidak dinafikan aku memang kecewa kerana tidak dapat menghadiri bengkel ini...namun aku percaya pasti ada hikmahnya....nak pergi atas pembiayaan sendiri...tidak kecukupan duit biarpun hanya rm500 sahaja....mungkin tiada rezeki...Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya..Ya Allah ampunilah daku.....semoga beroleh keredhaan-Mu Ya Allah....yang pasti usaha menjadi penulis tetap menjadi pujaan hatiku...

Ya Allah rahmatilah daku dan berkatilah daku...amin....

Saturday 3 December 2011

Mukmin Profesional - Celik Mata Hati

Tanggal 3 Disember 2011.....telah menghadiri program Mukmin Profesional anjuran Fitrah Perkasa di Damansara Damai...di mana isi program telah dibukukan dalam Buku Mukmin Profesional yang di tulis oleh penulis yang tidak asing lagi Ustaz Pahrol Mohamad Juoi dan program ini juga dikendalikan oleh beliau. Menurut Ustaz Pahrol, apa yang kami belajar sepanjang program hendaklah disebarkan ke seluruh umat..maka saya mengambil pendekatan ini untuk menyebarkan ilmu ini melalui alam maya...harap sahabat-sahabat sudi membacanya dan berkongsi ilmu sesama kita dan sentiasa menganggap betapa luasnya ilmu Allah ini....dan perlu sentiasa dipelajari, didalami, diamalkan dan disebarkan...

Emm...pengisian program ini begitu mendalam..menusuk ke kalbu, betapa setiap minit, setiap saat dan setiap jam yang kita lalui adalah ibadah..hatta tidur pun dikira beribadah kepada Allah.Kupasan menarik yang disampaikan oleh Ustaz Pahrol sangat memberi kesan yang mendalam bagi menjalani kehidupan sebagai mukmin secara profesional.

Sebelum itu, mahu dikhabarkan juga..saya juga teruja menghadiri program ini kerana dapat bertemu Ustaz Pahrol yang sentiasa dinanti-nanti kemunculan beliau di kaca tv mahupun di corong-corong radio, dan jangan tidak sangka...ada seorang Ustaz yang berkebolehan yang selalu kita nampak di TV3,TV alhijrah...yang mana tidak asing lagi Ustaz Syed Norhisham pun turut menghadirkan diri mengikut Program Mukmin Profesional ini...Subhanallah...se profesional Ustaz Syed Norhisham pun menghadiri Program seumpama ini..manakan kita yang tidak berapa profesional ini....iktibar yang saya dapat daripada ini ialah..sebanyak mana ilmu yang kita ada...tidak cukup..dan perlu la belajar dan terus belajar dan tidak menganggap diri terlalu bijak dan telah tahu semuanya....ilmu yang kita belajar selagi kita gali...makin banyak kita tidak tahu dan proses pembelajaran akan terus berlaku....sehingga ke liang lahad...

Seperti kata Ustaz Pahrol melalui program tersebut..ilmu adalah seperti air terjun...sentiasa mengalir tanpa berhenti..dan sentiasa mengalir daripada atas ke bawah..perumpamaan untuk kita semakin banyak ilmu semakin merendah diri dan dan tawaduk dan ilmu akan mudah menyusup ke jiwa dengan rendah diri dan tawaduk itu.

Kita pergi kepada makna Mukmin Profesional itu diambil daripada perkataan Arab iaitu Al QAWIY dan AL AMIN di mana maksud al-amin (amanah) merujuk kepada Mukmin dan ada integriti dan al-qawiy (kuat) merujuk kepada Profesional dan ada kompetensinya.

Dalam program itu juga Ustaz Pahrol telah mengkelaskan Mukmin Profesional kepada 4 Golongan. (kalau ada buku mukmin profesional rujuk mukasurat 6-ada rajah) iaitu :-
1) Golongan yang terburuk. Kelakuan buruk dan prestasi kerja rendah.
2)Golongan yang mempunyai prestasi kerja yang rendah tetapi kelakuannya baik.
3)Golongan yang hasil kerjanya tinggi tetapi kelakuan buruk
4)Golongan Mukmin Profesional. Kelakuan dan prestasi kerja cemerlang.

Mukmin Profesional ialah mereka yang berjaya menggabungkan pelaksanaan fardhu ain dan fardhu kifayah, tanggungjawab sebagai hamba dengan khalifah serta kesucian zikir iaitu kebersihan hati dan kekuatan fikir iaitu kecanggihan teknologi dalam kehidupan kita seharian. Di mana Fardhu ain ialah merujuk kepada keimanan dan Fardhu Kifayah merujuk kepada bidang-bidang profesional seperti ekonomi,kejuruteraan, kedoktoran,kebudayaan dan lain-lain.

Dalam program itu membincangkan juga contoh teladan  Mukmin dan paling profesional yang perlu menjadi ikutan kita ialah Rasululullah SAW..
di mana Rasulullah telah berjaya dalam berbagai-bagai bidang semasa kehidupan Baginda antaranya Rasulullah berjaya dalam bidang perniagaan dan menjadi pendakwah yang hebat serta sebagai jeneral yang hebat dan kuat terlibat dalam berbagai2 peperangan. Faktor kejayaan baginda dalam bidang perniagaandan ketenteraan  ialah baginda seorang kerana kelakuannya yang baik-Mukmin dan kepakaran-nya yang tinggi-Profesional.
Dan kepakaran lain para-para nabi tidak dinafikan seperti Nabi Adam pakar dalam bidang pertanian, Nabi Nuh pakar dalam bidang pengangkutan-arkitek dan jurutera membina kapal besar yang mampu menahan banjir besar.
Nabi Harun pula pakar dalan komunikasi, Nabi Daud Pakar dalam industri besi, Nabi Isa Pakar perubatan dan Nabi Yusof Pakar dalam ekonomi dan pentadbiran. Hebatkan para-para nabi kita.Jom contohi mereka.

Melalui Program ini membawa kita memahami  Tujuan hidup kita yang sebenar di muka bumi Allah ini. Apa tujuan hidup kita di dunia yang fana ini? Tujuan hidup kita dunia ini ialah sebagai Hamba Allah dan khalifah untuk mendapat keredhaan Allah dan ganjaran dari Allah bagi mereka yang mendapat keredhaanNya ialah Syurga.
Sebagai Hamba Allah dan khalifah apa yang perlu kita lakukan untuk mendapat keredhaanNya? Lakukanlah perkara-perkara yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang.Amalkan apa yang telah termaktub dalam Rukun Islam dan Rukun Iman kita. Apa yang utama sekali ialah solat. Solat dengan sempurna dan kusyuk serta mengamalkan solat-solat sunat. Solat sunat penting untuk kita menampung kebocoran solat wajib kita kalau-kalau ada ketirisan yang kita tidak sedari. Puasa juga patut diamalkan untuk memdapatkan ganjaran daripada-Nya diakhirat kelak. Puasa sunat juga penting untuk memberi kita kesedaran dan menambah lagi ketakwaan kita kepada Allah dan merasai kehambaan kita sebagai Hamba Allah.Oh Ya....Sebelum terlupa  10 Muharram ini sunat berpuasa..puasa ini diamal oleh Rasulullah SAW.Untuk ingatan sahaja sebagai peringatan kita bersama-sama. Jom puasa reramai.

Kehidupan kita amat singkat di dunia ini. Dalam sehari kita ada 24 jam untuk beribadat. Di ambil pendekatan yang disampai oleh Ustaz Pahrol , Contoh ibadat wajib seperti solat 5 minit sehari dan di darab dengan 5 waktu solat sudah digunakann 25 minit, balance ada lagi 23 jam 35 minit? Persoalannya..apa yang kita lakukan dalam masa 23 jam 35 minit itu...itu termasuk dalam ibadah umum dan ibadah sunat. Adakah kita menggunakan masa tersebut sebaik-baiknya untuk beribadat? Adakah kita mensia-siakan masa tersebut? Apa yang perlu kita jawab dihadapan Allah nanti? mari kita muhasabah dan merenung diri kita sendiri...adakah kita menggunakan masa itu dengan sepenuhnya..adakah kita membuang masa di tempat kerja dengan bercakap-cakap kosong di dalam pantry sehingga tidak sedar sepatutnya kerja patut di mulakan dengan segera...melayari Facebook,youtube semasa bekerja....dan mengamalkan MIA (missing in action) di pejabat iaitu sentiasa tiada di tempat kerja dan melakukan kerja-kerja luar tanpa pengetahuan majikan.
Marilah saya mengajak diri saya dan rakan-rakan memikirkan semua ini...semoga kita dapat mengubah diri kita sendiri,..bukan dengan memandang keburukan org lain dan menunding jari kepada orang lain...pokok pangkalnya..ubah diri sendiri...ubah dari dalam..bentuk peribadi dalaman yaitu kebersihan hati yang bersih melahirkan akhlak yang terpuji ..maksudnya..biar diri kita yang baik mempengaruhi persekitaran kita....di samping bermunajat padaNya berdoa dan terus berdoa..sesungguhnya Doa adalah senjata orang mukmin...sesungguhnya Allah sentiasa memberi kita nikmat....kita seringkali melupakan kepada Pemberi nikmat kerana dikaburi oleh sifat-sifat mazmumah yang menguasai diri kita.
Biarlah sifat-sifat mahmudah sahaja yang menguasai diri kita...moga kita menjadi mukmin yang profesional berjaya di dunia dan akhirat...

Hidup Cemerlang dengan Memberi


Kecemerlangan ialah 'better than best'. Sebagai umat Islam kita perlu sentiasa cemerlang di dunia dan akhirat.
Sebagai Mukmin Profesional perlu meletakkan dunia adalah tempat untuk bercucuk tanam dan akhirat ialah tempat untuk kita menuai hasilnya. Jika kita bijak dan pandai serta rajin bercucuk tanam maka hasil tuaian kita nanti insyaAllah tidak menghampakan, malah menjanjikan pulangan yang lumayan..apa pulangan yang lumayan itu...pastilah memperolehi keredhaan Allah dan ganjaran Syurga. Perlu kita ingat bahawa dunia adalah alat yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk kita mencapai kehidupan yang abadi di akhirat kelak.


Ibu bapa yang cemerlang ialah mereka yang mampu memenuhi keperluan anak-anak mereka. Keperluan-keperluan anak-anak adalah seperti memenuhi keperluan fizikal dan material iaitu seperti memberi makan minum, membeli pakaian, membina tempat tingga, kesihatan dan kemudahan pengangkutan.
Kedua ialah keperluan akal dan pemikiran iaitu memberikan ilmu agama(fardhu ain) dan ilmu akademik(fardhu kifayah).
Ketiga memenuhi keperluan emosi anak-anak dengan memberikan perhatian kepada anak-anak dengan kasih sayang, menjadi pendengar yang baik dan membelai anak-anak sepenuhnya.
Keempat memenuhi keperluan jiwa anak-anak dengan menitikberatkan soal-soal keimanan, yakni kepercayaan mantap kepada Allah, hari akhirat,syurga dan neraka. Ibubapa perlu menjadi rolemodel (menjadi contoh akhlak yang baik) kepada anak-anak yang boleh dicontohi sikap dan perlakuan mereka oleh anak-anak.

Pelajar Cemerlang

Bagaimana dengan pelajar cemerlang pulak? Ya pelajar cemerlang perlu ada sikap yang terbaik, kemahiran dan ilmu pengetahuan. Pelajar yang cemerlang tidak seharusnya merujuk kepada pencapaian straikght's A dalam peperiksaannya, tetapi sikap dan akhlak pelajar itu lebih utama dan perlu lebih diberi penekanan dalam pendidikan. Pelajar yang cemerlang ialah pelajar yang berjaya dalam akademiknya dan berjaya dalam hidup berkeluarga.

Pekerja Cemerlang

Pekerja yang sentiasa memberi khidmat dalam pekerjaannya yang diberikan tanpa mengira masa dan tenaga dan gembira melakukan kerja tersebut tanpa mengharapkan balasan. Bukan kan memberi lebih baik daripada menerima..marilah kita sama-sama lebih banyak memberi daripada menerima...Fikirkan dan renungkan lah apa yang telah kita sumbangkan kepada organisasi kita bukan apa yang kita dapat daripada organisasi....percayalah kuasa memberi amat hebat kesannya...Allah melipatgandakan usaha memberi hambaNya sebanyak tujuh kali ganda banyaknya....maka dapatlah dikatakan bahawa memberi membuatkan harta kita akan bertambah...tidak kiralah apa yang kita beri..samada tenaga, senyuman, pertolongan,doa dan pertolongan dalam bentuk harta sekalipun.

Sentiasa mengingati Allah dan menganggap 'GOD IS OUR CEO' dan ikhlas dalam melakukan sesuatu perkejaan. Bagaimana ikhlas hadir dalam diri kita? Hanya Allah sahaja yang tau kita ikhlas atau tidak dalam melakukan sesuatu tugasan yang diberikan...perlu melakukan pekerjaan dengan niat yang betul dan mencari redha Allah..insyaAllah keikhlasan itu akan hadir dengan sendiri dalam hati kita..ia adalah kurniaan daripada Allah...
Alhamdulillah...setakat ini sahaja pengisian program MP yang saya dapat beri...banyak lagi sebenarnya...saya berikan lagi di bahagian kedua nanti....insyaAllah..sama-sama kita berkongsi ilmu Allah ini...

Wednesday 30 November 2011

Penghujung 34...

Tersentak daripada lamunan.....ahh..rupa-rupanya aku di dunia nyata, dunia ciptaan Allah yang Maha Esa yang penuh dengan tipu daya syaitan...dan dunia ini hanya sementara..ya hanya sementara...yang kekal abadi hanya di akhirat..
Percaya atau tidak, di pengakhiran jangkauan umurku 34 tahun, aku baru mengerti makna kehidupan sebenar, alhamdulillah Allah atas anugerah hidayahMu ini..aku bersyukur. Aku baru mengerti apa tujuan hidup aku selama ini, hidup kita bukan hanya untuk belajar dan dapat ijazah, selepas itu bekerja dan berkahwin dan seterusnya memiliki anak dan membesarkan anak-anak dan menghadapi hari tua sehingga akhir hayat...tapi untuk apa semua itu kita lakukan..untuk apa?untuk apa? Terpana aku seketika...sungguh aku lalai selama ini Allah ampunilah daku...Ya..kita lakukan semua ini semata-mata mencari keredhaan Allah...kesedaran sebagai hamba yang hanya menumpang hidup dibumi milik Allah yang semuanya hak Allah...tiada satu pun kita yang punya...Ya kita hanya hambaNya..yang sentiasa memerlukan pertolonganNya..kita hamba yang lemah lagi hina disisiNya...
Tahun 2011 umurku telah menjengah 35 tahun, alhamdulillah diberikan kesempatan olehNya untuk aku beribadat dan bertaubat menyesali perbuatan-perbuatan dosa-dosa silamku...terlalu banyak dosa hambaMu ini, semoga amal ibadat ku diterimaMu.
Diakui selama hidup ini aku memang alpa dalam beribadat, bukan tidak solat, solat tetap solat namun solat yang bagaimana? solat yang selalu di penghujung waktu dan kualiti solat itu sendiri aku tidak dapat ketenangan daripadanya. Ohhh....sungguh  berharganya waktu itu yang aku lewati dengan sia-sia..ampuni daku Ya Allah..Puasa..memangla puasa...tapi puasa yang tidak berkualiti,sesiapa yang melakukan dia sendiri akan merasa ada kualiti atau tidak puasa mereka...diri sendiri la yang akan merasa..
Namun kini alhamdulillah..aku sedang berusaha melawan hawa nafsu untuk lebih kusyuk dalam sembahyang dan mengamalkan puasa-puasa sunat, insyaAllah...Allah bantulah hambaMu dalam bermujahadah melawan hawa nafsu yang rakus ini...tidak dinafikan kadangkala aku tewas dengan hawa nafsuku sendiri..dan aku cuba bangun mecari kekuatan dalam diri, bermunajat padaNya..alhamdulillah..Dia masih ada bersama-sama kita...tidak pernah sekalipun Dia pergi dari sisi kita..cuma kita yang selalu menjauhiNya...
Semoga hidayah ini berkekalan dan aku sentiasa berdoa dan terus berdoa memohon kepadaNya untuk ditambahkan hidayah dan taufik..amin..

Tuesday 29 November 2011

Syukur Itu Perlu

Alhamdulillah..syukur diberi olehNya kehidupan lagi di dunia ini..

Syukur itu perlu...setiap masa perlu untuk mensyukuri segala nikmat yang datang daripada Pencipta kita...setiap kali bangun daripada tidur..perlu mensyukuri dengan membaca doa bangun tidur...maknanya

 “Segala puji hanya milik Allah yang telah menghidupkan kami setelah sebelumnya mematikan kami, dan hanya kepada-Nya-lah kita kembali.”


Syukur dengan nikmatNya..dan nikmatnya bersyukur itu lahir daripada hati yang suci yang ikhlas bersyukur semata-mata mencari keredhaanNya semata-mata......
Dalam kehidupan yang fana ini.....sekecil-kecil nikmat Allah yang kita selalunya alpa ialah...apabila kita dikurniakan kebahagiaan hidup yang yang tak ternilai harganya..di mana kebahagiaan hidup ini tidak boleh dibeli di mana-mana....kebahagiaan ini datangnya daripada Allah yang mengurniakan kepada sesiapa yang Dia pilih iaitu mereka-mereka sentiasa mensyukuri nikmatNya...
Nikmat Allah yang lain ialah apabila kita dikurniakan rezki makan ....makan untuk fizikal kita..betapa nikmatnya kita ..makanan melimpah ruah...tidak seperti yang berlaku di Somalia dan Kemboja mereka di uji dengan ketiadaan makanan..ditambah pula dengan musim kemarau yang di alami....Subhanallah...nikmat mana lagi yang hendak kita dustakan.....
Terlalu banyakkan nikmat yang Allah beri kepada kita...nikmat melihat..mendengar..merasa..betapa nikmatkan....bayangkan jika satu nikmat ditarik....apa kita rasa?..pernah kita ditarik sekejap nikmat 'rasa' dan nikmat 'dengar' ..alangkah deritanya ketika nikmat 'rasa' dan 'dengar' ditarikkan....Subhanallah...Ya Allah..jadilah aku hambaMu yang sentiasa mensyukuri nikmatMu....


Nikmat diberikan suami yang penyayang....bersyukurlah kita...
Nikmat diberikan anak-anak yang sihat...bersyukurlah kita..
Nikmat diberikan pekerjaan...bersyukurlah kita...
Nikmat diberikan rumah untuk berteduh...bersyukurlah kita...
Nikmat diberikan kereta untuk mencari rezeki..bersyukurlah kita...
Nikmat diberikan makan dan pakai seharian...bersyukurlah kita..
Nikmat diberikan ilmu ....bersyukurlah kita..
Nikmat diberikan Hidayah...bersyukurlah kita..
Nikmat diberikan laptop ini untuk ku menaip...bersyukurlah kita...

Firman Allah dalam surah Al-Waqiah ayat 74 bermaksud :
"(Wahai orang yang lalai)- bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar ( sebagai bersyukur akan nikmat-nikmatNya itu).

Subhanallah....tidak terkira nikmatMu Ya Allah.....jadi!..tunggu apa lagi...jomla bersyukur...bertahmid..berzikir kepada Allah menyatakan kesyukuran kita kepada Allah atas nikmat yang diberikan ini...Syukur juga dengan nikmat ilham yang Allah kurniakan ini untuk ku menaip sebagai memberi ilmu yang munafaat..insyaAllah...

Ya Allah..jadikan penulisan ku ini sebagai memberi ilmu yang munafaat...jangan kau biarkan aku lakukan perkara-perkara yang lagha yang tidak mendatang manfaat kepada orang lain...insyaAllah...Jangan Kau pesongkan hatiku ini setelah Kau beri petunjuk Ya Alllah....amin...

Wednesday 16 November 2011

Tidak rugi kita baca Al-Quran..

Bersyukur ke hadrat Allah...diizinkan utk meyingkap kelebihan membaca alquran...
hari ini...tengah kemaskini folder email...terjumpa email lama...daripada sahabat lama.....isinya best untuk di kongsikan bersama untuk sama2 kita ambil iktibar dan merajinkan diri lagi utk membaca alquran...

 
muslimgirld.jpgislam3.gif

A Beautiful Hadith
 
Hadis yang Menarik


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the shroud and the chest of the deceased.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya,  berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,

Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'


Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an, which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will have no grief.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement, before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'


Please keep forwarding this 'Hadith' to all ....because

Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana

 
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:

'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'.

'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'


May Allah bestow this favour on all of us.
 
Semoga kita sama-sama merajinkan diri utk membaca quran sekurang-kurangnya 1 ayat sehari dan memami maksud alquran tersebut dan amalkan...insyaAllah... 
 
 

Roh-Akal,hati dan nafsu

Dengan izin Allah alhamdulillah...masih lagi bernafas lagi pada hari ini....syukur atas segala nikmatMu ya Allah...
pagi ini dengar radio ikim....motivasi pagi....best tajuk dia...pasal 'roh' kita....jarang motivasi perbincangkan hal ini...

hemm kita selalu bagi jasmani kita aja makan...rohani kita pun perlukan makanan juga kan....iaitu roh kita...kita perlu jaga roh kita...roh kita tu terdiri daripada akal,hati dan nafsu. roh kita perlu di jaga.

Akal fikiran kita perlu diberi makan..makanan akal kita ialah :

1) ilmu pengetahuan daripada Allah dan rasul iaitu..Al-Quran dan Sunnah...dan perlu juga tahu pasal ilmu pengetahuan drp manusia..
2)sentiasa berfikir...
3)Muhasabah diri
4)Selalu mengadakan sesi perbincangan/muzakarah
5)makan vitamin untuk otak dan makanan sihat seperti kismis dan kurma

itu sahaja motivasi pagi tadi...nanti la saya telusi lagi tajuk ini...best tajuk ni kalau kita telusuri dan dalami...

Hidayah itu Hak Eksklusif Allah

Alhamdulillah....dengan izinNya boleh lagi menulis blog ini sambil dengar radio ikim....sungguh segar di halwa telinga ini disajikan bahan-bahan ilmiah drp radio ikim ini....moga usaha untuk menyebarkan ilmu dan memberi maklumat yang islamik...diberkati oleh Allah....

Hidayah....sesungguhnya hidayah itu milik Allah..tiada siapa dapat nafikan perkara ini....bersyukur sungguh kita..walaupun hidup di zaman serba mencabar minda ini...alhamdulillah dipilih Allah untuk di beri hidayah ini..hidayah untuk mendalami lagi ilmu agama Allah yang maha luas ini...ya..ini juga dikatakan hidayah kan...hidayah untuk belajar dan terus belajar....Allah berhak memilih sesiapa yang dikehendakinya utk diberi hidayah ini...

Sepertimana firman Allah SWT dalam surah (Al An'am:125):
"Barangsiapa yang Allah kehendaki untuk diberi-Nya petunjuk, maka dilapangkan hatinya untuk menerima Islam".

Adakah hidayah ini datang sendiri kalau kita tidak mencari.....selalu kita dengar....hidayah tidak akan datang kalau tidak dicari...emm...macam mana yang berlaku kepada muallaf...bagaimana mereka mencari hidayah sedangkan mereka adalah kafir sebelum......Maha suci Allah telah memberi hidayah kepada mereka ini...hidayah diberi untuk mereka mengenali Islam dengan lebih dekat.... Hidayah telah datang kepada tanpa dicarikan....????...boleh tak kita katakan hidayah juga datang tanpa dicarikan...itulah...hidayah telah dikelaskan kepada 4 bahagian kan....hidayah tabii, hidayah hawas, hidayah aqal dan hidayah taufiq. Saya tidak merancang untuk menerangkan apa maksud semua hidayah ini....mungkin bahagian dua nanti saya akan kupaskan lebih lanjut lagi maksud-maksud hidayah itu.

Dalam hidup kita ini...hidayah boleh datang dan pergi....oleh yang demikian..hidayah yang datang...pupuk dan belailah ia sebaik-baiknya.....macammmana nak tahu hidayah itu datang dalam hidup kita? Mengikut pengalaman saya sendiri..selama dua tiga tahun saya berazam nak solat diawal di awal waktu..namun tidak kesampaian..namun usaha tetap diteruskan....dengan usaha yang dilakukan itu..Allah melihat..Allah menilai atas usaha itu..maka hadirlah hidayah dalam diri secara tiba-tiba...iaitu semangat nak solat di awal waktu....sentiasa berusaha untuk bersolat diawal waktu..namun kadangkala terbabas juga..cuba bermujahadah untuk melakukan yang terbaik..insyaAllah..Allah amat sukakan hambanya yang istiqamah walaupun amalan yang dilakukan itu sedikit...teruskan usaha..dan teruskan...jangan terlalu mengikut hawa nafsu..kadangkala nafsu jahat menjengah di ingatan...usah dilayan nafsu berbau syaitan itu....teruskan bermujahadah....alhamdullillah...sama-sama kita bermujahadah bersolat diawal waktu...insyaAllah...

Hendak diceritakan juga..bermula ramadan 1432H, entah kenapa tetiba azam hendak mengerjakan solat malam tetiba hadir dalam diri...begitu berkobar-kobar hendak melakukannya...alhamdulillah..sepanjang satu bulan berjaya melakukan solat malam di samping solat sunat terawikh juga....ayuh bangunlah 1/3 malam untuk melakukan solat tahajjud...solat taubat..solat tasbih dan solat hajat....saban malam dilakukan sepanjang ramadan...alhamdulillah dkurniakan Allah hidayah ini.....betapa mahalnya hidayah Allah ini...tidak ternilai harganya.....mohon pada Allah moga di tambah hidayah...supaya selepas ramadan dapatla juga diteruskan amalan ini...alhamdulillah..sehingga kini...marilah kita berdoa sama-sama..semoga Allah menambah hidayah kepada kita setiap hari..setiap ketika...setiap saat.....ada hidayah adalah taufiknya kan....mohon Allah memberi kita taufik dan hidayah.....

Ketenangn hati ini adalah hidayah daripada Allah.....hasil qiamulail ini..hati kita tenang..bahagia...Ya Allah...hanya Allah sahaja yang tahu ketenangan yang macam mana kita rasakan...seperti syurga dunia rasanya ketenangan itu masyaAllah....marilah sama-sama kita mencari dan mengejar syurga dunia...mencari ketenangan dan kedamaian hati dengan menundukkan diri kepadaNya...merasa kehambaan diri kepadaNya...jom kita rasakannya....

Ya Allah...jauhkan aku daripada sifat  ujub , riak, bongkak, sombong.....sesungguhnya Engkau maha Pengampun...ampunilah hamba Mu yang hina dina ini...tambahkanlah taufik dan hidayahMu ya Allah...

Paling minina 17 kali dalam sehari semalam kita memohon doa diberi hidayah daripada Allah. Doa pertama yang kita ucapkan dalam solat kita Yaitu doa yang terdapat dalam surat al-Fatihah,
 “Ya Allah tunjukilah kami jalan yang lurus.” (QS. Al-Fatihah [1]: 6)
Jelas ayat ini menerangkan kepada kita setiap hari kita memohon diberikan hidayah oleh Allah dengan sungguh-sungguh dengan beristiqamah.

Okla dahulu setakat ini....sama-samala kita berdoa semoga kita diberi hidayah dan ditambah hidayah setiap saat...mohon petunjuk daripada Allah...setiap saat...semoga doa kita diterima Nya...







Thursday 10 November 2011

Hidup ku

Alhamdulillah...Ya Allah...atas nikmatmu yang tak terhingga ini...

Hari ini...aku perlu menghantar dokumen-dokumen bagi menghadiri kursus yang di anjur kan oleh opis aku..emm...segala-galanya telah selesai..sudah selesai memfostat pagi tadi..dan telah diserahkan kepada qa si jelitawan lili..hemm....kursus ini nama dia CTFL...stand for Certified Tested Foundation Level...emm...kiranya aku la insan2 terpilih ni....seramai 5 orang telah dipilih termasuk aku la orgnya...hemm....bersyukur padaMu Ya Allah.....mungkin dengan cara ini..Allah memberi aku ilham untuk aku menambah ilmu....yang sememangnya...aku yg kekurangan ilmu ini.....aku bersangka baik..dan insyaAllah...aku akan melakukan yang terbaik....semoga aku lulus dalam exam ini...doakan utk aku yer.....
Aku insan yang lemah dan hina ini ingin menumpang ilmu Mu yang seluas lautan....seluas ruang angkasa....maha luas Ya Allah......izinkanlan aku mengutip serba sedikit ilmuMu ini..Ya Allah...

Ya Allah..tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat,kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar...
amin..amin...Ya Allah..perkenanlah doaku ini....

Wednesday 9 November 2011

Takwa dan Tawakkal

Ayat seribu dinar 


Bermaksud :
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
(Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)

Tuesday 8 November 2011

Pengorbanan

Pengorbanan adalah terma yang luas maksudnya. Kalau kita renungkan perkataan itu ia membawa maksud yang subjektif. Pengorbanan yang macammana telah kita lakukan terhadap agama kita iaitu Islam. Islam itu indah. Dapat kah kita rasai keindahannya? Jika kita memahami Islam sambil lewa, kita tentu tidak akan tahu betapa indahnya Islam ini..pepatah ada mengatakan..tak kenal maka tak cinta...adakah kita betul-betul dah kenal Islam ini.....tepuk dada tanya Iman kita...
Sempena Raya Aidiladha ini.....bagi umat Islam yang tidak dijemput oleh Allah menunai fardhu Haji ke tanah suci, melakukan ibadah korban di tanahair sendiri. Pada waktu yang ditetapkan seluruh umat Islam menunjukkan kesediaan untuk mengorbankan apa sahaja. Berbagai-bagai pengorbanan perlu kita lakukan..antaranya ialah..pengorbanan harta,masa,tenaga, pangkat, kedudukan dan sebagainya melalui ibadah yang diamalkan pada Hari Raya Aidiladha.
Pada hari itu juga, pengorbanan kita terhadap wang ringgit bagi menyedekahkan haiwan korban kerana Allah. Selain itu, pengorbanan tenaga juga menjadi taruhan di mana aktiviti gotong royong dilakukan bagi menguruskan pengagihan daging korban. Kita juga dituntut mengenepikan soal pangkat, kedudukan, hidup bermasyarakat dalam mengekalkan keharmonian, semangat bekerjasama, senda gurau, kemesraan dalam ibadah, eratkan tali persaudaraan dan secara tidak langsung dapat melibatkan anak-anak kecil dan anak-anak muda untuk mengambil bahagian dalam masyarakat.
Semoga pengorbanan yang kita lakukan ini diredhai Allah dan mendapat keberkataNya dan dapatlah sama-sama kita mengambil pengajaran kisah di sebalik sejarah keimanan para Nabi dan melibatkan diri dengan nikmat hidup bermasyarakat.
Pengorbanan Siti Hajar
Mari kita sama-sama telusuri pengorbanan Siti Hajar yang kadangkala terlepas pandang di sebalik cerita kehebatan Nabi Allah Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail.
Siapa Siti Hajar? Apa kehebatannya? Siti Hajar bukan lah daripada kalangan bangsawan dan bukan juga daripada keluarga yang ternama lagi masyur, malahan beliau hanyalah seorang wanita hamba sebelum Nabi Ibrahim a.s memperisterikannya.
Siti Hajar seorang wanita luar biasa kerana beliau telah menempuh dengan pelbagai musibah yang besar dan dugaan-dugaan yang besar sehinggalah Allah s.w.t member penghormatan yang tinggi kepadanya sebagai peneroka bumi Makkah dan insan yang bertuah menemui telaga air zam-zam di mana ia merupakan sumber air yang terbaik di dunia.
Ya, memang sukar untuk kita temui manusia yang luar biasa seumpama Siti Hajar, dialah seorang wanita, istri dan ibu yang tinggi jiwa pengorbanannya.
Ada apa pada Siti Hajar? Tidak tahu di zaman ini ada lagi tak wanita setaat, setabah dan sesabar Siti Hajar. Ramai orang yang meneguk air zam-zam tetapi tiak meneguk Ibrah (pengajaran) daripada wanita yang mula-mula menyentuh air itu.
Menurut sejarah, beliau adalah biasa-biasa saja orangnya di mana beliau berkulit agak gelap, wajahnya tidak secantik madunya Siti Sarah dan beliau menjaga anak bernama Ismail. Siti Hajar diuji berbagai – bagai dimensi hinggakan beliau dikatakan mempunyai hati seperti emas , antara ujiannya seperti hidup bermadu, fizikalnya diuji ketika ditinggalkan di padang pasir dan akalnya pula diuji dengan ikhtiar tanpa bekalan, jiwanya juga diuji dengan tawakal, sabar serta bersangka baik kepada Allah s.w.t dan suami beliau. Sememangnya insan yang bernama Siti Hajar ini sungguh luar biasa orangnya.
Tatkala beliau ditinggalkan suami sedikitpun dia tidak menyimpan prasangka yang tidak baik pada suaminya, apatah lagi bersangka buruk kepada Allah. Persoalan kenapa dia ditinggalkan dan dibiarkan sedikit pun tidak menggoyahkan ketaatan Siti Hajar terhadap suaminya. Ini kerana dalam diri Siti Hajar tertegak satu benteng ketaatan kepada Allah s.w.t dan beliau membina ketaatan yang tinggi kepada suaminya Nabi Ibrahim a.s.
Hanya kepada Allah sahaja beliau menyerah dirinya dan anaknya Ismail dan seluruh penggantungan hanyalah kepada Allah semata-mata, tatkala beliau ditinggalkan suaminya. Beliau ikhlas dan redha menyerahkan segala-galanya kepada Allah s.w.t untuk memutuskan apa yang terbaik buat diri dan bayinya ketika itu.
Dengan keyakinan yang ada pada Siti Hajar bahawa Allah s.w.t pasti tidak akan mensia-siakan dirinya, beliau sanggup harungi setelah ditinggalkan oleh suaminya untuk membina kehidupan sendiri di bumi Makkah yang kosong dan tandus...cubalah kita bayangkan...
“Barangsiapa menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang dia orang yang berbuat kebaikan, maka sesungguhnya ia berpegang kepada tali yang kuku, dan hanya kepada Allahlah kesudahan segala sesuatu” (Surah Luqman ayat22).
Siti Hajar memiliki ciri-ciri yang luar biasa itu adalah hasil didikan suaminya, jiwanya telah disibukkan dengan keinginan melaksanakan perintah Allah s.w.t dan meninggalkan segala larangan-Nya. Beliau juga sentiasa memandang positif segala ketentuan Allah dan ketulusan jiwa itu telah membuatkan Siti Hajar diangkat tinggi oleh Allah s.w.t. walaupun beliau lahir sebagai seorang wanita hamba.
Buat yang bakal bergelar isteri dan ibu, jadikalah Siti Hajar sebagai contoh teladan. Kuatkanlah pergantungan kepada Allah dan percaya serta yakinlah pasti ada kemanisan di sebalik kepahitan takdirNya. Itulah punca dan sumber kekuatan utama.

Wednesday 19 October 2011

Kembara Insan

Petikan daripada BLOG Ustaz Pahrol(www.genta-rasa.com)

Hayatilah.....sungguh menginsafkan...Ya Allah ampunilah kami....
Takah Hidup Insan
Kembara manusia bermula dari alam roh. Di sana manusia tidak mempunyai jasad. Tidak ada jantina, lelaki ataupun perempuan. Bagaimana keadaan kita pada waktu itu? Sangat sedikit yang kita ketahui tentang alam itu. Firman Allah: “Jika kamu bertanya tentang roh, katakan yang roh itu urusan Tuhanmu. Dan tidaklah kamu mengetahui daripada ilmu Allah melainkan sedikit sekali.”
• Alam Roh
Tetapi apa yang pasti di alam itu manusia sangat rapat dengan Tuhan. Sehingga pengakuan ini dicatat dalam al-Quran:
“Tidakkah Aku ini Tuhanmu? Roh menjawab, ya kami menjadi saksi (kewujudan-Mu).”
Pada ketika itu, roh sangat kenal dan mengakui keesaan Allah sebagai Rabb (Penciptanya). Pada ketika itu juga roh berjanji untuk menjadi hamba Allah yang patuh. Perjanjian ini termeterai antara manusia dengan Allah sehingga dengan itu manusia telah sanggup untuk memikul amanah sebagai khalifah di muka bumi. Walaupun semua makhluk lain menolak amanah ini, manusia sebaliknya, telah menyatakan kesanggupannya.
Dan kesediaan ini menyebabkan manusia menjadi pelakar sejarah dalam kehidupan di muka bumi dan memberi impak yang besar kesannya kepada kehidupannya sendiri. Firman Allah: “Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya kerana bimbang tidak dapat menyempurnakannya dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.” (Surah al-ahzab 33: 72).
Tidak diketahui berapa lama tempoh manusia berada di alam roh. Namun yang pastinya setiap manusia mengambil gilirannya untuk “diturunkan” ke alam dunia. Kita pun datang ke bumi generasi demi generasi. Sayangnya, pengakuan, perjanjian, kesanggupan dan segala yang berlaku di alam roh seolah-olah sudah dilupakan oleh manusia. Mengapa kita boleh lupa? Memang logik kita lupa kerana alam itu telah begitu lama kita tinggalkan. Sedangkan hal yang berlaku seminggu yang lalu pun kita boleh ‘terlupa’, inikan pula entah berapa ratus ribu tahun sudah kita membuat perjanjian itu?
• Alam Rahim
Sebelum dilahirkan ke alam dunia, manusia terlebih dahulu “transit” di alam rahim. Alam rahim terletak di dalam perut ibu. Indah sekali namanya; rahim (nama Allah Al-Rahim). Sekali gus melambangkan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya, yang hakikatnya berasal daripada kasih sayang Allah. Di sini janin dilindungi untuk menjadi seorang bayi.
Bayi akan tinggal di alam yang kukuh dan penuh kasih sayang ini selama lebih kurang 9 bulan 10 hari (mengikut kebiasaannya). Dalam tempoh yang itu ada beberapa proses biologi dan rohani yang berlaku. Daripada sari pati tanah, menjadi nutfah, kemudian menjadi alaqah dan diikuti pembentukan mudghah. Kemudian menjadi tulang dan selepas itu mula diliputi dengan daging, dan dibungkus dengan kulit. Akhirnya terbentuklah bayi yang lengkap sifatnya.
Di alam rahim ada beberapa perkara telah ditentukan. Antaranya rezeki, tempoh kehidupan, celaka atau bahagianya.
Hadis daripada Abdullah bin Mas’ud r.a dia berkata, Rasulullah s.a.w. seorang yang benar serta dipercayai pernah bersabda: “Kejadian seseorang itu dikumpulkan di dalam perut ibunya selama empat puluh hari. Sebaik sahaja genap empat puluh hari kali kedua terbentuklah segumpal darah beku. Manakala genap empat puluh hari kali ketiga bertukar menjadi seketul daging. Kemudian Allah s.w.t. mengutus malaikat untuk meniupkan roh serta memerintah supaya menulis empat perkara iaitu ditentukan rezeki, tempoh kematian, amalan serta nasibnya sama ada mendapat kecelakaan atau kebahagiaan. Maha suci Allah s.w.t. di mana tiada tuhan selain-Nya, seandainya seseorang itu melakukan amalan sebagaimana yang dilakukan oleh penghuni syurga sehinggalah kehidupannya hanya tinggal sehasta dari tempoh kematiannya, tetapi disebabkan ketentuan takdir, nescaya dia akan bertukar dengan melakukan amalan sebagaimana yang dilakukan oleh penghuni neraka sehingga dia memasukinya. Begitu juga dengan mereka yang melakukan amalan ahli neraka, tetapi disebabkan oleh ketentuan takdir nescaya dia akan bertukar dengan melakukan amalan sebagaimana yang dilakukan oleh penghuni syurga sehinggalah dia memasukinya.”
Tegasnya, segala persediaan dan kelengkapan untuk menuju alam dunia telah dipersiapkan di sini. Jasadnya mula dilengkapi oleh komponen pancaindera (pendengaran, penglihatan, sentuhan, rasa dan lain-lain). Sepertimana penyelam yang perlu memakai pakaian khas untuk menyelam, lengkap dengan bekalan oksigennya, maka begitulah manusia yang berpindah ke alam dunia, pakaian khasnya ialah jasad dan kelengkapannya ialah pancaindera.
• Alam Dunia
Tiba masanya, butang hidup pun di“on”kan. Manusia pun lahir ke alam dunia dengan diiringi tangisan. Tangisan ini ada maknanya yang tersendiri. Dalam kalangan ahli kerohanian ada yang mentafsirkan tangisan ini sebagai tanda protes bayi tersebut terhadap syaitan yang sejak lahir sahaja manusia ke dunia sudah diajak kepada kejahatan. Begitulah erti tangisan itu.
Manakala ahli perubatan pula menjelaskan bahawa tangisan itu diperlukan untuk si bayi mula mengepam oksigen ke paru-parunya yang baru berfungsi.
Apa pun makna dan tafsirannya, hidup memang dimulakan dengan tangisan, dicelah-celah kehidupan ada tangisan dan diakhiri dengan tangisan. Tidak ada manusia yang lahir dengan ketawa!
Di alam dunia inilah bermulanya ujian kerana memang manusia hidup untuk diuji. Firman Allah yang bermaksud: “Dijadikan mati dan hidup bagi kamu untuk menguji siapakah antara kamu yang terbaik amalannya.”
Lazimnya hidup manusia ini sekitar 60 hingga 70 tahun, namun perlu diingat hidup di dunia inilah yang paling kritikal, kerana ia menentukan sama ada kita bahagia atau derita selama-lamanya. Dunia ini penuh dengan ujian. Dunia umpama “dewan peperiksaan”. Manusia mesti menjawab beberapa “soalan peperiksaan” yang sebenarnya telah pun “bocor”. Saya katakan demikian kerana soalan-soalan yang akan ditanyakan di alam kubur dan alam Mahsyar itu telah pun dimaklumkan kepada manusia di dunia lagi. Berikut adalah soalan-soalan itu:
Soalan di dalam kubur:
• Siapa Tuhan kamu?
• Siapa Imam kamu?
• Siapa saudara kamu?
• Apakah kiblat kamu?
Soalan di Alam Mahsyar:
• Ke mana hartamu kamu belanjakan?
• Ke mana ilmumu kamu gunakan?
• Ke mana umurmu kamu gunakan?
• Bagaimana umur muda kamu habiskan?
Namun, harus diingat soalan-soalan itu bukan dijawab secara lisan berdasarkan pemikiran. Tetapi perbuatan dan amalan kita di alam dunia itulah yang membantu memberi ‘jawapan’ kepada soalan-soalan itu. Jika kita melakukan sesuatu yang selaras dengan kehendak Allah, maka itu jawapan kepada soalan “Siapa Tuhan kamu?”. Jika kita benar-benar mengikut panduan sunnah Rasulullah, maka itulah jawapan kepada soalan “Siapa imam kamu?”
• Alam Barzakh (Alam Kubur)
Hidup di dunia akan berakhir melalui proses kematian. Jika kelahiran adalah proses yang membawa kita pindah dari alam rahim ke alam dunia, maka mati pula adalah proses yang membawa kita pindah dari alam dunia ke alam barzakh. Hakikatnya, kelahiran dan kematian adalah sama – satu proses yang mesti dilalui sebelum berpindah ke alam selepas dari alam sebelumnya. Sayangnya, ramai manusia yang hanya membuat persediaan untuk menghadapi kelahiran berbanding kematian. Kain lampin lebih popular daripada kain kapan!
Alam barzakh (ertinya pemisah) ialah sempadan antara dunia dan akhirat. Di sana manusia ibarat dalam tahanan reman, sementara menunggu saat perbicaraan. Tetapi di alam barzakh ini sudah ada petunjuk-petunjuk awal sama ada kembara seterusnya akan berjalan dengan baik atau sebaliknya. Di sini sudah mula soal siasat terhadap segala perlakuan di dunia. Dua malaikat, Munkar dan Nakir, sudah menjalankan tugas awalnya. Mukadimah nikmat (bagi yang soleh) dan mukadimah azab (bagi yang toleh) sudah ketara dan dirasai. Di sini manusia akan menunggu saat perbicaraan sama ada dalam keadaan selesa atau seksa. Perbicaraan dan keputusan muktamadnya adalah di Padang Mahsyar.
• Alam Mahsyar
Dua tiupan (bumi dilipatkan semula dengan sistem aturannya diterbalikkan. Dan berlakulah letupan kuat). Sangkakala dikumandangkan oleh Israfil – kali pertama untuk mematikan mereka yang masih hidup di saat itu dan kali kedua untuk menghidupkan semula semua yang sudah mati. Manusia pun dibangkitkan semula dari alam kubur menuju Mahsyar. Pelbagai rupa dan cara manusia ke sana ditentukan oleh amalan masing-masing. Visualnya, digambarkan dengan jelas dalam peristiwa Israk Mikraj.
Di sanalah keadilan yang mutlak dan muktamad ditegakkan. Jika di dunia yang benar tidak selalu dimenangkan, dan yang salah tidak selalu dikalahkan, tetapi di akhirat yang benar pasti menang, yang salah pasti kalah. Allah Maha Adil dalam menentukan sesuatu hukuman.
Walaupun Dia Hakim yang Maha Mengetahui, namun Dia masih mahu pengadilan itu dibuktikan oleh para saksi. Sedangkan apa perlunya saksi jika segala-galanya sudah diketahui? Ketika itu anggota badan kitalah yang menjadi saksi – segalanya dibenarkan bersuara malah mendakwa.
• Alam Syurga atau Neraka
Setelah menerima catatan amal (lengkap dengan fakta dan data yang terperinci), yang bukan hanya mencatat setiap langkahan kaki tetapi juga lintasan hati, maka “keputusan” peperiksaan itu melayakkan manusia ke alam syurga jika berjaya dan ke alam neraka jika gagal. Di sanalah kembara yang panjang itu berakhir. Ada yang “happy ending”. Ada pula yang berakhir dengan sengsara. Sampai bila? Sampai bila-bila. Tidak ada kembara lagi selepas itu! Itulah hidup yang hakiki dan di sanalah perhentian yang abadi.
Sehingga di sini istirahatkan minda anda kerana lelah juga menyusuri perjalanan hidup kita. Itu baru menerusi perantaraan minda atau pemikiran. Perjalanan sebenarnya tentu menuntut kelelahan yang berganda. Kembara ini penuh liku, cabaran dan kesusahan. Jika kembara di satu alam (dunia) ini pun kita boleh tersesat dan melarat, apatah lagi kembara yang melalui di lima alam yang serba unik itu.
Dan yang paling penting ialah bagaimana hendak menjalani kehidupan yang sebaik-baiknya di alam dunia – alam yang sedang kita hidup sekarang. Masa lalu tidak dapat diputar kembali. Kita tidak boleh merayu untuk tidak dijadikan, menerima amanah dan dihantar ke dunia.
Manakala masa depan, tidak boleh dijangkau. Apa yang penting ialah kita boleh menentukan masa depan (di Alam Barzakh, Mahsyar, Syurga atau Neraka) dengan bekerja kuat pada hari ini (di dunia) dengan input dan peringatan yang kita dapat daripada masa lampau (di alam roh). Insya-Allah.

Terima kasih Ustaz, semoga dihalalkan segala ilmu ini...

Friday 14 October 2011

Tafakur di Pusara Cinta

TAFAKUR DI PUSARA CINTA…

IHSAN DARIPADA BLOG USTAZ PAHROL (www.genta-rasa.com)

Ah, cinta itu boleh tumbuh, subur dan berbuah. Cinta juga boleh lumpuh, terkubur dan musnah. Ramai pasangan yang berkahwin, tetapi tidak sampai setahun, cintanya patah. Ada juga yang berkahwin, berpura-pura bahagia. Akhirnya kecundang, berpisah di usia senja. Namun lebih ramai yang terus berkahwin, namun rumah tangganya bagai pusara… tidak ada cinta, jauh sekali bahagia.
Jika terdetik sahaja di dalam hati, “Aku tidak berpisah dengannya (pasangan kita) hanya kerana anak-anak…” itu petanda bahaya. Selalu kita diingatkan “hadiah” termahal untuk anak-anak ialah mencintai ayah atau ibunya (isteri atau suami kita). Jadi, jangan sekali-kali kematian cinta. Bina dan binalah lagi walaupun bagaimana perit dan deritanya.
Satu kebaikan perlu dimulakan berkali-kali. Jangan terperangkap dalam ilusi kesempurnaan. Jadi, binalah cinta berkali-kali. Walaupun sukar sungguh mencari  ”kerana-kerana”nya lagi, tapi jangan putus asa. Cari dan binalah kerana yang baru. Jangan jemu. Berilah dan teruslah memberi. Insya-Allah, akan terpinggir juga akhirnya rasa benci, jemu dan letih oleh karenah, kekurangan atau “keburukan” pasangan kita.
Ingat selalu, terlalu banyak “sebab” untuk  menyintai, berbanding sebab untuk membenci!
Jangan cepat berubah hati. Bila “kerana-kerana” yang lain sudah hilang dan terasa tiada sebab untuknya mencintai lagi, ketahuilah itulah permulaan CINTA sejati. Itulah cinta tanpa syarat yang terlalu mahal harganya. Kata hukama, “di kala manusia hilang segala-galanya, maka ketika itulah dia menemui siapa dirinya yang sebenar.”
Cintailah pasangan kita kerana Allah. Ikhlaslah dalam bercinta. Inilah yang akan mengekalkan rasa cinta selepas perkahwinan. Jangan terikat dengan cinta yang murah – yakni cinta berbentuk “maddiah” (fizikal dan material). Jangan diteladani syaitan yang terlalu materailistik, yang merasakan dirinya yang tercipta daripada api lebih baik dari Adam yang tercipta dari tanah. Syaitan terlalu material. Sebaliknya, mulianya Adam kerana ilmu dan ketaatannya kepada Allah. Cinta kita jangan berpusatkan materail dan fizikal!
Saya pernah terdengar kata yang pesimis, perkahwinan itu adalah pusara cinta. Semakin bertambah usia perkahwinan, kata mereka, semakin tipis rasa cinta. Tidak ada lagi kemanisan, kehangatan dan keharmonian seperti yang pernah dirasakan sebelum bernikah dahulu. Segala-galanya menjadi semakin suram dan bungkam… seakan-akan pusara.
Hakikatnya, dakwaan di atas adalah satu bentuk tipuan syaitan untuk menghindarkan manusia daripada perkahwinan. Agar dengan itu, kebanyakan manusia tertipu untuk beranggapan bahawa kemanisan cinta hanya dapat dinikmati dalam lembah dosa pergaulan bebas dan perzinaan.
Namun kita lebih tertarik dengan kata yang optimis – perkahwinan itu adalah kebun cinta. Semakin lama berkahwin, semakin menebal dan mendalam rasa cinta. Akan ada kemanisan, keharmonian dan ketenangan sepanjang kembara mengharungi kehidupan berumah tangga.
Dalam alam rumah tangga, pasti ada kesusahannya tetapi ada juga kesenangannya. Ada kepahitan, namun kemanisan yang seiringannya juga lebih banyak. Susah-susah pun dijanjikan pahala. Inilah janji Islam, yang menegaskan ada “syurga” di dunia. Di mana lagi? Kalau bukan di dalam rumah tangga kita – Baiti Jannati!
Apa yang harus dilakukan untuk menjadikan perkahwinan itu sebagai kebun cinta bukan pusara? Salah satu caranya ialah dengan menjaga perasaan, sama ada perasaan kita sendiri dan perasan pasangan kita. Cinta itu berkait rapat dengan perasaan. Sering disebut “perasaan” cinta bukan “fikiran” cinta. Maka menjaga perasaan samalah dengan menjaga cinta.
Perasaan adalah bayangan fikiran. Jika fikiran kita positif, perasaan kita akan gembira. Sebaliknya, apabila perasaan kita sedih, marah atau kecewa, fikiran kita juga negatif. Justeru, dengan menjaga perasaan, bererti kita juga menjaga fikiran kita. Perasaan dan fikiran itu saling berkaitan. Perasaan itu umpama nyala api manakala fikiran itu adalah unggunnya.
Dalam sebuah rumah tangga, perasaan suami isteri mesti selalu gembira dan fikiran mesti sentiasa positif. Mengapa ini penting? Jawabnya, fikiran yang positif akan melahirkan tindakan, tingkah laku dan respons yang positif juga. Rumah tangga adalah wadah berlakunya pelbagai keadaan, insiden dan kejadian. Yang pahit dan manis akan datang bersilih ganti. Rumah tangga akan sentiasa teruji.
Bagaimana suami dan isteri bertindak (memberi respons) terhadap rangsangan-rangsangan ini? Ini semua bergantung pada fikiran dan perasaan mereka ketika berdepan dengan rangsangan-rangsangan itu. Satu perkara atau situasi yang sama tetapi dihadapi oleh dua orang yang berbeza akan memberi impak yang berbeza bergantung pada fikiran mereka.
Bila dicaci misalnya, bagi mereka yang berfikiran negatif akan menganggap itu satu penghinaan. Sebaliknya, bagi yang berfikiran positif menganggap itu sebagai cabaran untuk bertindak dengan lebih baik. Kesannya, yang berfikiran negatif bertindak secara destruktif (meruntuh) – menghina balik, berdendam atau susah hati. Manakala yang berfikiran positif akan bertindak konstruktif (membina) – sabar, muhasabah diri dan melupakan. Tindakan-tindakan yang konstruktif akan menyuburkan cinta. Manakala tindakan destruktif akan “menguburkan” cinta.
Jika cinta itu umpama sebuah kebun… maka adalah lebih mudah untuk memiliki sebuah kebun berbanding menjaga kebun itu agar sentiasa subur dan tidak dimusnahkan oleh haiwan perosak. Justeru, amat penting pasangan suami isteri menjaga perasaan masing-masing.
Jagalah perasaan sendiri agar ceria selalu. Insya-Allah keceriaan itu akan memudahkan kita menjaga perasaan pasangan kita. Orang yang gembira selalunya dapat menggembirakan orang lain. Hindarilah rasa benci, marah, kecewa, sayu dan putus asa. Tetapi jika kekadang rasa-rasa negatif itu timbul jua, bermujahadahlah untuk memeranginya. Jangan sekali-kali dibiarkan menetap lama-lama di hati kita. Ia umpama serangga perosak yang boleh memusnahkan kebun cinta kita.
Inilah rahsia kesuburan “kebun cinta’. Bila kebun cinta kedua suami-isteri telah subur, insya-Allah seluruh isi rumah (anak-anak, pembantu rumah dan siapa sahaja yang tinggal sebumbung dengan mereka) akan turut merasa teduh oleh rimbun daun-daunnya dan akan dapat pula merasakan keenakan buah-buahnya. Orang yang penuh dengan rasa cinta umpama bunga yang harum. Ia sentiasa menyebarkan “keharumannya”.
Apakah yang harus dilakukan agar perasaan selalu ceria atau gembira? Mungkin untuk merasa gembira lebih mudah jika memang ada sesuatu, seseorang atau keadaan yang boleh menggembirakan. Kalau ada suatu insiden atau kejadian yang melucukan… kita tertawa, gembira. Jika ada orang memberikan hadiah, kita gembira.
Namun bagaimana jika semua itu tidak ada? Maksudnya, tidak ada seseorang, keadaan, perkara atau benda pun yang boleh menggembirakan kita? Pendek kata, sumber kegembiraan langsung tidak ada. Bagaimana? Jawabnya, jadilah sumber kegembiraan itu sendiri! Maksudnya, jadikanlah diri kita sebab untuk orang lain gembira.
Bagaimanakah caranya? Carilah orang lain dan gembirakan dia. Siapakah dia itu?
Siapa lagi kalau bukan pasangan kita. Sentiasalah berfikir, berusaha dan melakukan apa sahaja yang boleh menggembirakan pasangan kita. Insya-Allah, kegembiraan yang kita berikan kepadanya akan kembali kepada kita semula. Pepatah Cina ada mengungkapkan, tangan yang menghulur bunga mawar pasti akan berbau harum. Bijak pandai juga berkata“what goes around, comes around.”
Ya, hulurkanlah “bunga mawar” kepada pasangan kita, setiap hari, setiap masa. Insya-Allah, sebelum pasangan kita mencium keharumannya, tangan kita yang menghulurkannya akan berbau harum terlebih dahulu. Bunga mawar itu simbolik kepada kebaikan. Maksud menghulurkan bunga mawar itu ialah buatlah kebaikan kepada pasangan kita – tidak kira sama ada kecil atau besar. Kebaikan itu umpama baja kepada kebun cinta kita.
Teringat apa yang dikatakan oleh A’id Al Qarni dalam bukunya “La Tahzan”, “orang yang pertama merasakan nikmat kebaikan ialah orang yang melakukannya!” Ertinya, sesiapa yang berusaha menjadi sumber kegembiraan (dengan terlebih dahulu berbuat baik), maka dialah yang akan menikmati kebaikan itu sebelum orang yang ditujukan akan kebaikan itu merasa gembira. Bukankah sering dipesankan, dengan menyalakan lilin orang lain, lilin kita tidak akan padam, malah kita akan mendapat lebih banyak cahaya? Suami yang menggembirakan isterinya akan gembira dan begitulah sebaliknya.
Saya ulangi, langkah paling utama menjaga kesuburan kebun cinta berusahalah selalu menggembirakan pasangan kita. Berbagai-bagai cara, aktiviti, perkara dan usaha boleh dilakukan untuk itu. Jangan kebuntuan jalan. Jangan ketandusan idea. Percayalah, bila hati sudah “mahu” kreativiti dan inovasi akan timbul dengan sendirinya. Jadilah “tukang kebun” cinta yang rajin dan setia.
Kata bijak pandai, dunia akan menyediakan jalan kepada orang yang mempunyai tujuan. Orang yang sudah mempunyai tujuan, umpama air yang sedang mengalir, tidak payah ditunjukkan ke arah mana hendak mengalir. Air itu tahu dengan sendirinya! Begitulah juga suami atau isteri, jika mereka memang tukang kebun cinta yang setia, tidak payah diajar untuk mengairi, membajai dan menjaga kebun cintanya.
Kaedah pertama untuk menjaga perasaan ialah dengan memberi senyuman. Berilah senyuman kepada isteri atau suami kita. Senyuman itu ada dua jenis. Pertama, kerana gembira. Kedua, kerana ingin menggembirakan. Kalau senyum kerana gembira, itu biasa-biasa sahaja. Siapa pun akan tersenyum jika ada sesuatu yang lucu atau menyenangkan. Senyuman jenis ini, kurang nilainya.
Senyuman yang luar biasa dan mahal harganya ialah senyuman untuk menggembirakan orang lain. Sungguh pun ada kalanya dalam hati sendiri bergelojak dengan masalah, badan sendiri sedang sakit, diri sedang letih, tetapi demi pasangan di depan mata kita senyumlah jua. Bukan kerana gembira tetapi ingin menggembirakan.
Wah, itu payah. Namun kerana Allah, demi cintakan isteri atau untuk mentaati suami, kita tersenyum juga… Inilah jenis senyuman yang dikaitkan dengan iman, yang disamakan dengan satu sedekah. Rugikah kita dengan senyuman itu? Tidak. Insya-Allah, niat kita untuk menggembirakan pasangan kita akan dibalas oleh Allah dengan kegembiraan yang setara atau yang lebih lagi.
Kedua, berilah salam. Jangan anggap salam itu hanya diberikan ketika hendak memasuki rumah atau ketika hendak bertemu dan berpisah sahaja. Pada hal salam boleh dihulurkan sebaik ingin tidur atau bangun dari tidur. Hulurkan salam dan senyuman waktu pertama kali bertentang mata selepas bangun dari tidur atau sebelum menutup mata untuk tidur. Atau jika bersua semula setelah sudah agak lama berada di tingkat atas (jika rumah dua tingkat) atau di bilik yang lain.
Ketiga, berjabat tangan. Budayakan isteri berjabat dan mencium tangan suami ketika mula bertemu atau hendak berpisah. Begitu juga para suami, jangan sekali-kali kedekut untuk menghulurkan tangan buat bersalaman. Jika terasa bersalah, cepatlah meminta maaf dengan menghulurkan salam. Bila dihulurkan tangan, jangan pula ego untuk tidak menyambutnya. Maafkanlah pasangan kita, bukan dengan hanya dengan kata-kata, tetapi juga dengan perbuatan yakni dengan cara berjabat salam.
Kesimpulannya, ingatlah tiga perkara yang akan menyuburkan kebun cinta kita – mengucapkan salam, memberi senyuman dan sering berjabat tangan. Salam itu umpama “baja”, senyuman itu umpama “air” dan berjabat tangan itu umpama cahaya di kebun cinta kita.
Insya-Allah, jika kebun cinta kita selalu diairi, dibajai dan diberikan cahaya, maka perasaan kita akan selalu gembira, fikiran kita akan positif dan tindakan-tindakan kita akan sentiasa membuahkan kebaikan. Dan itulah antara resipi “baiti jannati”.
Sekiranya, cintamu hampir menjadi pusara… tafakurlah sejenak di atasnya. Cari kembali dirimu dan dirinya. Bermulalah langkah “menghidupkan” semula cinta itu daripada dirimu sendiri. Dalam pencarian itu hendaklah selalu diingat… carilah di tempat dimana kita kehilangannya. Justeru, kita akan hanya menemuinya semula di tempat yang kita kehilangannya!

Mohon dihalalkan ilmu ini ustaz....

Saturday 1 October 2011

Indahnya Percaturan Mu Ya Allah..

Bismillahhirrahmanirahhim....Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...Alhamdulillah..syukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi bernyawa pada hari ini, ketika ini dan saat ini...

Indahnya percaturanMu Ya Allah...ini lah pengalaman aku sendiri....alhamdulillah..abangku dan kakak iparku  telah mendapat kad jemputan daripada Allah untuk menjadi tetamuNya untuk menunai kan fardhu haji...rukun Islam ke lima.....mereka akan meninggalkan sepasang anak...si kakak 5 tahun dan si adik 3 tahun....di saat pemergian..amat sedih dan pilu ..namun di atas kehendakNya..alhamdulillah..semuanya berjalan lancar....

Kami telah membawa mereka bermain di pasaraya Giant..di situ terdapat playground ....sebelum bermain..diumpan makan aiskrim..selepas itu...mereka leka bermain..dan balik bermalam dirumah kami...dan esoknya..kami akan menghantar anak sedara2 kami ini ke rumah nenek mereka di Bagan Lalang...kerana itu atas permintaan nenek mereka sendiri....alhamdulillah...cuma aku berfikir...hikmatnya aku keguguran setahun yang lalu...jika tidak pasti susah aku hendak handle anak2 sedara2 ku ini...masyaAllah...indahnya percaturanMU.....

Perkara lain yang terjadi kepada adik lelakiku pula.....dia bekerja sebagai guru di Miri Sarawak....untuk berjumpa dengan abang yang akan ke Mekah ini...dia telah terbang balik untuk meraikan pemergian abang menunaikan haji di Mekah....namun..terdapat peristiwa lain yang perlu dia hadapi..di mana isteri kawan baiknya telah mengalami keguguran...kandungan emipat bulan..di mana roh telah ditiupkan ke jasad bayi itu...maka..hari yang sama beliau telah bergegas melawat kawannya itu...kebetulan kawannya memerlukan pertolongan bagi menguruskan jenazah anak itu....masyaAllah...indahnya percaturanMu Ya Allah....adikku ini telah balik ke semenanjung malaysia kerana dihantar oleh Allah untuk membantu kawannya di dalam kesusahan.....lihatlah...ini bukan suratan atau kebetulan...inilah ketetapanNya...penyusunanNya....begitu tersusun...masyaAllah...

Namun kira-kira selepas maghrib..selesai sahaja pengebumian anak kawannya ini...dia pun bergegas ke Kelana Jaya...tempat pendaftaran jemaah2 Haji....untuk berjumpa dengan abang...alhamdulillah..sempat la berjumpa dengan abang....sampai pukul 9.30..mlm...di mana para jemaah Haji diminta masuk untuk taklimat...dan adikku dan isterinya pulang ke rumah ku malam itu...

Kita hanya merancang...Allah yang menentukan segalanya..alhamdulillah...semuanya rancanganNya..amat teratur....

Thursday 29 September 2011

Hari yang membahagiakan...

Alhamdulillah..syukur ke hadrat Ilahi kerana diberi pinjaman nyawa olehNya untuk kita bernafas lagi hari ini....subhanallah walhamdulillah..walailahaillallah wallahuakbar ...

Hari ini hari ke dua aku berkursus..kursus kat opis ni la...aku cuba memahami segala intipati kursus..terlalu teknikal biarpun memang aku orang teknikal, tetapi selama ini aku bekerja di bahagian aplikasi...namun segala ilmu yang dicurahkan sangat memberi manfaat kepada diri ini....sebagai ilmu pengetahuan..insyaAllah....

Ilmu Mu Maha Tinggi Ya Allah...
Izinkanku untukku memahami serba sedikit ilmu yang disampaikan ini...
untuk menambah ilmu di dada ini...yang terlalu dahagakan ilmu...
Ya Allah...semoga aku terus-terusan dahagakan ilmu...
IlmuMu tak terbatas melangkaui alam semesta ini...
Ya Allah...betapa lemah dan hinanya diri ini dan kurangnya dada ini dengan ilmu...Ya Allah...

Ya Allah...walaupun ilmu ini tidak akan dipraktikkan olehku...semoga ia dijadikan ilmu pengetahuan yang berguna...mudah-mudahan..tanamkanlah nikmat yang mendalam dalam keinginan untuk mengetahui tentang ilmu yang sedang diikuti ini..Ya Allah....

Ya Allah..ampunilah dosa hambaMu ini...aku masih tidak memahami dan tidak menumpukan 100% terhadap kursus ini...maafkan atas kelalaian diri ini....ampunilah aku Ya Allah...namun aku sedang cuba untuk memahaminya..dengan izinMu Ya Allah....

Alhamdulillah..terima kasih kepada rakan-rakan yang menanyakan soalan-soalan cepu cemas...serba sedikit...dapatlah membantu aku untuk memahami serba sedikit apa yang diterangkan oleh penceramah...alhamdulillah...dengan izinMu Ya Allah....

Hari ini terlalu membahagiakan....alhamdulillah syukur padaMu atas nikmat yang tidak terhingga ini....subhanaallah....Entah kenapa hari ini aku rasa begitu bahagia sekali...Syukur pada Mu Ya Allah atas kebahagiaan yang tidak terhingga ini...

Hari yang menggembirakan...ada pepatah yang mengatakan...gembirakan lah orang lain...maka kita akan gembira....kita beri..kita dapat..pepatah omputih pulak...what you give you get back....semoga kita semua terdiri di kalangan hambaNya yang membahagiakan org lain insyaAllah....terutamanya orang yang paling dekat dengan kita...suami/isteri dan anak-anak...mak ayah....kakak abang....mak cik pakcik...datuk nenek....kukuhlah dan eratlah tali persaudaraan kami ini Ya Allah....amin...

Saturday 24 September 2011

Muhasabah Diri

Bismillahirrahmanirrahim....Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
bersyukur ke hadrat Allah kerna izinNya..dpt lagi aku menitip kan serba sedikit peringatan untuk diri sendiri dan pengunjung blog ini...moga2 ada pengikutnya dengan izinNya...insyaAllah...

Seringkali mengingatkan diri supaya tidak berprasangka buruk..namun kadangkala tewas dek syaitan..yang berjaya menerobos memasuki diri ini....namun cepat-cepat beristighfar setelah tersedar akan kesalahan yang dibuat...bukan kah ini di tuntut dalam Islam...maka segerala kamu bertaubat jika membuat dosa..dan berjanjilah tidak akan melakukannya lagi....sama-sama lah kita berdoa supaya berjaya membimbing diri kita sendiri ke jalan yang lurus...yaitu jalan yang diredhai Allah....amin..Ya Allah..bimbinglah kami Ya Allah...jangan Kau biarkan kami lalai daripada mengingatiMU walaupun sesaat Ya Allah.....

Merujuk diri kita sendiri...renunglah apa yang telah kita lakukan selama ini...adakah kita berada di landasan yang benar...jalan yang benar.. mengikut syariat yang benar..? Memohonlah kepadaNya supaya kita di jalan yang lurus...jalan yang telah diberi kepada mereke-mereka yang terdahulu..bukan jalan-jalan orang yang dimurkai....Doa adalah senjata orang mukmin..maka berdoalah..disamping berusaha menjadikan diri kita seorang mukmin yang sejati....insyaAllah dengan izinNya...

Menjadi baik bukanlah susah.....jadilah kita seorang hambaNya ..yang bertakwa dan sentiasa mengingati Allah sentiasa...jadikan rukun Islam sebagai pedoman hidup kita...pertama..mengucap dua kalimah shahadah...cuba amati kalimat suci ini..hayati maknanya....iaitu..
"AKU NAIK SAKSI BAHAWA TIADA TUHAN YANG WAJIB DISEMBAH MELAINKAN ALLAH DAN AKU NAIK SAKSI BAHAWA NABI MUHAMMAD SAW ITU PESURUH ALLAH"....

Rukun islam yang kedua...ialah "MENUNAIKAN SOLAT LIMA WAKTU SEHARI SEMALAM"...
iaitu Solat subuh dua rakaat..,Solat Zuhur 4 rakaat,Solat Asar 4 rakaat, Solat Maghrib 3 rakaat dan solat isyak 4 rakaat...dan hayati makna dalam solat..,(sedang saya usahakan dan amalkan..insyaAllah)..,

Rukun Islam ketiga ialah "BERPUASA DALAM BULAN RAMADAN"...

Rukun Islam ke empat ialah "MENUNAIKAN ZAKAT"......Ada d ua jenis zakat yang perlu kita lakukan iaitu zakat harta dan zakat fitrah..
Firman Allah dalam surah An-Nur ayat 56: beerti: Dan tunaikanlah solat dan keluarkanlah zakat...

Rukun Islam yang kelima pula ialah "MENUNAIKAN FRDHU HAJI KE MEKAH"...marilah sama-sama kita berdoa supaya dijemput oleh Allah untuk menjadi tetamuNya...insyaAllah.....dengan kelemahan diri ini...saya juga baru mula berdoa...untuk kesana..walaupun ketidakcukupan duit lagi..namun tanamlah azam dan marilah kita sama-sama berdoa untuk mencapai impian ke sana..insyaAllah..

Untuk mendapat ketenangan hidup yang berpanjangan dan mendapat keredhaanNya...hendaklah kita menutup aurat..bagi muslimah....tutuplah aurat dengan melabuhkan tudung dengan menutupi dadamu...terdapat dalam Al Quran...ini untuk peringatan diri sendiri...Ya Allah..bimbinglah aku ..tetaplah pegangan ku untuk menutup auratku walau di mana sahaja aku berada...semoga aku menutup aurat mengikut syariat yang betul...insyaAllah...jangankan Kau pesongkan hatiku ini setelah Kau beri petunjuk..Ya Allah....amin...
....yang baik itu adalah daripada Allah..dan tidak baik itu...adalah daripada diri yang lemah ini....

Friday 23 September 2011

Jiwa Lara seorang wanita...


Jiwa Lara seorang isteri...

Bismillahirrahmanirrahim...Dengan Nama Allah Yang Maha 
Pengasih lagi Maha Penyayang...
alhamdulillah dengan izinNya....
apat lagi ku menitipkan sedikit coretan jiwa lara seorang wanita atau isteri...

Sebagai isteri...perlu melakukan segala-galanya....mendidik 
dan membesarkan anak..menguruskan rumah tangga seperti mengemas 
rumah, memasak, mengemop lantai..dan banyak lagi. Siang malam tidak 
pernah jemu sang isteri ini menjalankan tanggungjawab..demi mencari 
keredhaan Allah..dan tugas-tugas yang dilakukan dianggap sebagai ibadah.
 Janganlah sedikit pun terniat di hati sang isteri merungut..jangan sekali-kali..
.jika terbuat juga..maka habislah pahala ibadah yang kita lakukan selama ini...
marilah kita sentiasa ingat bahawa kerja-kita kita sebagai isteri ini 
adalah ibadah semata-mata....Ya Allah..sesekali telah tersasar...
telah terbuai dengan hasutan syaitan...suami tidak hargai 
pengorbanan selama ini...Ya Allah..ampunilah kami kerana 
telah melupakanMu...kami terlupa..hanya padaMu kami perlu 
mengharap...bukan pada suami...ampunkan kami...semua isteri2 di 
dunia ini..Ya Allah....bukan suami yang tidak hargai pengorbanan isteri 
tetapi isteri itu telah sedikit lalai menjalankan tanggungjawab terhadap 
Allah..maka hati telah termakan hasutan syaitan...dan terus menyangka 
bukan-bukan terhadap suami...dan menuntut kemanjaan drp suami....
jika berterusan begini..jiwa lara sentiasa...maka kita telah lalai ..
lalai daripada mengingati Allah....Ya Allah ampunilah kami....kami lalai Ya Allah.....
Jiwa lara di ubati dengan mengingati Allah...solat lima waktu dan di tambahi 
dengan solat sunat insyaAllah.juga melakukan..zikrullah...dengan ini akan 
membuatkan hati ini tenang...
dan dihindari hasutan syaitan laknatullah....insyaAllah.....

Kepada siapa lagi yang perlu kita mengadu selain daripadaNya?..
katakanlah...hanya padaNya kita memohon dan mengadu...insyaAllah..hati tenang..
dan kita perlu ikhlas dalam melakukan amalan-amalan seorang isteri dan ia juga 
dianggap sebagai ibadah dan sentiasa mencari keredhaan Allah..
.insyaAllah....didiklah hati...didiklah jiwa dengan zikrullah....memang 
payah untuk kita lakukan...namun...kuatkan semangat,,dan selalu membaca 
buku dan mendengar radio dan rancangan yang membina jiwa dan hati kita..
insyaAllah.....

Alhamdulillah...hendaklah selalu bersyukur kerana kita telah dikurniakan 
suami yang penyayang dan anak2 yang sihat walafiat..alhamdulillah..
syukur padaMu atas segala nikmat yang telah Kau berikan..ampunilah kami 
Ya Allah kerana lalai selama ini...ampunilah kami Ya Allah.....
astaghfirullah al azim....
Ikhlaskan hati kita wahai sang isteri..anggaplah semua yang kita lakukan 
selama ini sebagai ibadah.....selalu berperasangka baik ..dan 
selalu mengingati Dia....insyaAllah....jiwa lara sang isteri dapat diubati...
sesaat kita lupa padaNya...saat itulah sang syaitan dapat menerobos 
hati kita...marilah kita mengamalkan zikrullah...untuk 
jauh drp syaitan...subhanallah..allahuakbar...alhamdulillah...