Pages

Wednesday, 4 April 2012

Sabar Itu Indah...

Assalammualaikum...WBT..


Bersyukur padaMu ya Allah atas kurniaan rezeki dan nikmat yang tak pernah henti....
Sabar sememangnya indah pada penghujungnya...biarpun pada awalnya amat pahit untuk ditelan...namun atas mujahadah  bersungguh-sungguh demi kerana Allah....alhamdulillah...perasaan marah,dendam,kesal yang tersemat dihati segera hilang kerana kesabaran yang tinggi atas kurniaan Allah kepada hambaNya yang bersyukur...serta tekun mengerjakan suruhan-Nya...

Sabar menanggung ujian Allah adalah sesuatu kemampuan yang perlu di lakukan bagi membuktikan kepatuhan kita terhadap Pencipta kita...Dia yang menjadikan kita dan menghidupkan kita di dunia ini pasti ada sebab dan musababnya....apa yang pasti adalah untuk sujud kepada-Nya tanda kita mengakui keEsaanNya....

Payah...memang amat payah...ini memang diakui...kerana diri ini juga pernah mengalaminya ...ya..payah untuk bersabar....sabar menangani karenah manusia di sekeliling kita ...apatah yang paling dekat dengan kita..seringkali menguji kesabaran diri ini dan kita semua....siapa yang  paling dekat dengan kita?..emmm suami/adik/abang/kakak...ya..semua ini menuntut kita untuk bersabar apabila berdepan dengan mereka lebih-lebih lagi yang bernama suami....namun perlu diingat..suami adalah lubang pahala yang paling senang kita perolehi...untuk bersabar dengan karenah mereka perlu melawan  perasaan yang negatif dalam diri serta jangan berburuk sangka dengan mereka..dan berilah layanan dengan penuh keikhlasan semata-mata kerana Allah...selalu pesan dalan diri...suami kita adalah lubuk pahala yang paling senang untuk kita....dan ketika inilah menuntut kesabaran yang amat dalam dari hati yang suci murni daripada sang isteri...apa yang pasti kemanisannya dapat kita rasai di hujungnya....kemanisan sabar...pasti indah kepada sesiapa yang pernah merasainya...sememangnya perlu bermujahadah..biarpun pahit seketika..manisnya akan tiba jua akhirnya..

Ibu bapa kita adalah  manusia yang perlu kita sanjungi kerana redha Allah terletak pada redha ibu bapa kita...Di akui terdapat segelintir anak-anak yang masih tidak sabar dengan karenah ibu dan bapa mereka..wahai manusia bersabarlah..dengan kedua ibu bapa kamu kerana mereka telah memelihara kamu dari dalam perut hingga ke besar panjang dengan penuh kesabaran... ingat sentiasa ibu bapa kita merupakan lubuk pahala untuk kita semua...sejahat manapun mereka namun mereka tetap ibu bapa kita...hormati dan sayangilah mereka kerana Allah....untuk  keredhaan-Nya....

Sentiasa ingat bahawa kita juga bakal menjadi ibu dan bapa kepada anak-anak kita kelak....ya...anak-anak merupakan amanah Allah...maka bersabarlah menghadapi karenah anak-anak....perangai anak berbagai-bagai...tanganilah dengan penuh kesabaran kerana Allah....didiklah dan ajarkanlah anak-anak dengan ilmu dunia dan akhirat....semoga anak-anak kita menjadi ahli syurga kerana asal mereka dan kita semua adalah syurga dan semoga kita semua dapat pulang semula kampung halaman kita yang abadi iaitu syurga.... untuk ke syurga kenalah bersabar dengan ujian-ujian Allah untuk hamba-hamba-Nya kerana kasih dan sayang-Nya jua...untuk menguji sejauh mana iman dan takwa kita kepada-Nya....

Sanggup menempuh segala ranjau dan onak duri kehidupan dengan bersabar segala ujian yang kita hadapi ini ialah hadiah yang paling bermakna untuk diri kita sendiri...betapa dengan kesabaran yang kita lakukan telah membuktikan bahawa tahap keimanan dan ketakwaan kita kepada-Nya...moga-moga beroleh keredhaan-Nya....Allah sentiasa bersama-sama orang sabar..sentiasa ingat itu...segala masalah yang mendatang dalam hidup kita ini hadapilah ia dengan tenang dan berserah hanya pada-Nya...mohon pada-Nya sahaja....usah menceritakan keburukan dan kekurangan kita kepada orang lain....berceritalah hanya pada-Nya...berserahlah hanya pada-Nya....kerana hanya Dia sahaja yang mengerti apa kehendak kita kerana Dia yang mencipta kita...maka Dia tahu apa yang baik dan apa yang tidak baik untuk hamba-hamba-Nya....

Namun..sabar bukan pasarah iaitu menyerahkan kepada takdir semata-mata...sabar ialah kematangan diri kita..bagaimana ia membuatkan kita berfikir secara hikmah dan bertindak dengan berhati-hati dengan pertolongan Allah bagi menyelesaikan sesuatu masalah...diam juga bukan beerti takut...namun diam itu menghormati dan menjaga adab..bukankah diam itu lebih baik daripada berkata-kata?...Ya adakalanya terlalu banyak bercakap kekadang menyebabkan bercakap entah apa-apa...dan lebih buruk lagi bercakap menyebabkan orang lain berasa hati....nauzubillah....

Nabi SAW bersabda : “Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh,ialah diam dan baik perangai.”
(Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim).


Sabar dalam beribadah juga adalah perlu  iaitu sabar dalam memohon doa kepada Allah...andai ada doa yang masih tidak dimakbulkan Allah...sesungguhnya menuntut kita supaya bersabar dan terus-terusan berdoa dan jangan berputus asa..kerana Allah hanya akan memberi yang terbaik untuk hamba-hamba Nya kerana Dia maha Pengasih lagi Penyayang...sentiasa ingat itu...

Menurut Hadis : Sabda Rasulullah SAW bermaksud : " Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut " - Diriwayatkan oleh al-Hakim.

Ujian adalah seiringan dengan perjuangan hidup kita dan memerlukan bekalan iman, sabar dan istiaqamah dan ia dijadikan oleh Tuhan untuk mengukur tahap keimanan seseorang itu kepada Allah dan seluruh ajaran-Nya adakah benar-benar diikuti oleh perlakuan dan tindakan atau hanya terhenti setakan di mulut sahaja. Sebagai hamba-Nya kita sentiasa diuji  dengan lima perkara iaitu sikap dengki mendengki antara sedara seagama, mendapat kebencian daripada orang munafik, sentiasa diperangi oleh orang kafir, bisikan syaitan yang sentiasa menyesatkan serta penangan hawa nafsu yang sentiasa menggoncang keimanan kita.

Keluh kesah adalah berlawanan daripada sifat sabar, dan ia merupakan sifat yang amat dilarang oleh agama kerana ia boleh melemahkan semangat dan membuatkan perasaan seseorang itu merasa kecewa dan berputus asa sedangkan Allah telah berfirman dengan maksudnya "”Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.” (al-Insyirah:6).

Ujian dan masalah yang mendatangi kita dalam kehidupan seharian mematangkan kita kerana pengalaman dalam menyelesaikan masalah adalah guru terbaik dalam menjamin kejayaan dalam kehidupan...

Maka belajarlah bersabar dalam menempuh segala ujian Allah dimuka bumi ini...lakukanlah secara perlahan-lahan dan istiqamah di samping berdoa memohon pertolongan daripada-Nya..supaya kita di kurniakan kesabaran dan istiqamah......insyaAllah

0 comments:

Post a Comment