Pages

Thursday 31 May 2012

Ujian Allah itu satu didikan

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah bersyukur pada-Mu Ya Allah atas nikmat kurniaan-Mu yang tidak terhingga....rezeki kesihatan, anak-anak yang sihat, hubungan sesama rakan baik, hubungan dengan suami baik dan semoga beroleh redha-Mu Ya Allah...amin....


Dalam meniti kehidupan di dunia yang sementara ini.....kasih sayang Allah amat penting..dengan kasih sayang dan kecintaan yang mendalam terhadapNya...dengan sendiri kasih sayang sesama makhluk akan hadir dalam diri kita...dengan adanya kasih sayang yang mendalam terhadap Allah..maka segala apa yang berlaku iaitu setiap ketetapan yang diberiNya kepada kita, kita akan menerima dengan hati terbuka dan menganggap segala ketetapan itu berupa ujianNya...bermakna Dia sentiasa mengingati kita dan menguji keimanan kita terhadapNya....

Jika kita terus hanyut dengan dosa dan kemewahan, mungkin ini bermakna Allah telah melupakan kita dan terus membiarkan kita bergelumang dengan dosa-dosa tanpa ada kesedaran....nauzubillah....Ya Rabb...
Maka haruslah sentiasa kita ingat bahawa setiap apa yang berlaku terhadap diri kita merupakan didikan daripada Allah...Allah mahu mendidik kita menjadi hamba-Nya yang lebih baik dari hari kehari....berusahalah menimba ilmu dan sentiasa berfikir setiap hikmah di sebalik kejadian yang berlaku itu....belajarlah dan terimalah qada' dan qadar Allah...kerana setiap yang berlaku itu adalah atas kehendakNya dan satu pembelajaran bagi hambaNya bagi mereka yang selalu memikirkannya....

Sebagai contohnya kepada mereka yang selalu tidak cukup duit walau banyak mana gaji sekalipun....hakikatnya Allah ingin mengajar supaya seseorang itu supaya berjimat-cermat dan supaya tidak boros kerana boros itu amalan syaitan....dan supaya Allah mengingatkan kita supaya banyak-banyaklah bersedekah bagi menyucikan harta kita...itu antara pengajaran yang perlu kita ambil....ya..setiap yang berlaku ada sebabnya...cuba kita fikir dan renungkan...sesungguhnya Allah sayangkan kita dan sentiasa mendidik kita menjadi hambaNya yang mukmin dan berilmu.

Marilah kita menjadi hambaNya yang sentiasa taat dan setia melakukan segala suruhanNya dan meninggalkan segala suruhanNya...sentiasa menjaga tutur kata....tiada perasaan hasad dengki dalam hati dan sombong...suka menunjuk-nunjuk diri....apa la sangat yang hendak ditunjuk sedangkan apa yang kita miliki ini semua milikNya...sentiasa berakhlak mulia..menjaga tingkah laku dan pertuturan supaya tidak menyinggung perasaan orang lain, menjaga aurat..menjaga hubungan sesama makhluk dan yang penting sekali menjaga hubungan dengan Allah.Teruskan lah berhubungan dengan Allah...rasalah keakbaran itu...bangunlah di sepertiga malam dan sembahlah dan bermunjatlah padanya menyatakan kecintaan kita padaNya..s.emoga beroleh redhaNya..amin...




Tuesday 29 May 2012

Kejahilan Masa Lalu

Bismillahirrahminrrahim...

Alhamdulillah, bersyukur kepada-Nya atas kurniaan nikmat yang tidak terhitung ini..subhanallah....sesungguhnya Engkaulah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani...ampunilah kami ya Allah..atas dosa-dosa kami samaada sengaja atau tidak disengajakan....


Masa lalu adalah untuk dijadikan pengajaran dan iktibar....apa yang penting kehidupan sekarang dan kehidupan kita yang seterusnya....hidup ini perlu diteruskan...walau apapun cabaran yang mendatang....hadapilah ia dengan senyuman...

Kehidupan kita sekarang menentukan kehidupan kita ke alam seterusnya...iaitu alam barzakh...dan seterusnya alam akhirat...bagi mencapai kecemerlangan setiap alam itu...capailah kecemerlangan di dunia ini...carilah ilmu sebanyak-banyaknya..untuk kita menggenggam pahala sebanyak-banyaknya..bagi menjana kecemerlangan di dunia ini..untuk tujuan kecemerlangan di akhirat nanti....dalam arti kata lain...berjaya di dunia..maka berjaya lah diakhirat...insyaAllah....

Segala liku-liku kehidupan yang kita telah lalui...baik manis mahupun pahit...usahlah dikenangi lagi..buangkan ia jauh-jauh daripada lubuk hatimu yang paling dalam...pandanglah ke hadapan dan hadapi kenyataan bahawa kehidupan di dunia ini hanya sementara...masa yang lalu jadikanlah pedoman...dan fokus untuk masa sekarang....

Andainya masa lalu kita selalu tinggalkan solat , malah tidak solat langsung...maka bertaubatlah..sesungguhnya Allah suka kepada hamba-Nya yang bertaubat dan menerima taubat hambaNya...biarpun dosa yang telah kita lakukan setinggi gunung sekalipun Allah masih sudi memaafkan kita....tetapi perlu diingat bahawa elak melakukan dosa adalah lebih baik daripada sentiasa bertaubat akibat dosa yang dilakukan....

Andai masa lalu kita selalu melambat-lambatkan solat..selalu melakukan solat dihujung-hujung waktu..maka lakukan perubahan..berniat dan berazam untuk melakukan solat di awal waktu dengan kusyuk dan semata-mata kerana Allah.....solatlah yang mula-mula sekali di soal dialam akhirat nanti....jika tidak solat dan banyak membuat amalan-amalan baik lain..tidak akan membantu kita...sebab solat merupakan tiang agama kita...jika kita tidak bersolat...runtuhlah tiang agama kita...sanggupkah meruntuhkan agama kita dengan meninggalkan solat?....renungkanlah dan muhasabah diri kita ....

Andainya masa lalu kita sering meninggalkan puasa malah tidak pernah melakukan puasa....berusahalah untuk belajar berpuasa...sesungguhnya berpuasa itu menyucikan jiwa...melatih kita untuk mencapai takwa.....puasa juga merupakan rukun Islam yang ke tiga bagi kita sebagai umat Islam wajib melakukannya...jika uzur hendaklah diganti pada hari yang tidak uzur....indahNya Islam....

Andainya masa lalu kita  tidak menutup aurat..maka cubalah untuk menutup aurat yang sebaik mungkin...mengikut syariat yang sebetulnya....janganlah menutup aurat sekadar melepaskan batuk ditangga...iaitu memakai kebaya ketat dan memakai hijab hingga menampakkan bentuk-bentuk badan...cubalah kita menutup aurat sebetul-betulnya....dengan melabuhkan hijab hingga menutupi dada kita dan memakai baju yang longgar dan berlengan panjang....subhanallah..hakikatnya diri ini masih bermujahadah untuk menjadi mukminah yang sejati...insyaAllah..Ya Allah...tetapkanlah hati kami ini untuk menutup aurat mengikut syariat yang betul dan janganlah kau pesongkan hati kami setelah Kau beri petunjuk...amin...ya Rabbal alamin...

Andainya masa lalu kita sombong dan bongkak...cubalah jauhi semua sifat2 mazmumah itu...cubalah menegur dan lemparkanlah senyuman kita kepada sesiapa sahaja yang kita temui...berilah salam dan berbuat baik dengan jiran-jiran dan rakan-rakan....sesungguhnya senyuman itu merupakan satu sedekah...niatlah untuk sedekah..kerana Rasulullah SAW sendiri sentiasa tersenyum....ikutlah sunnh dengan sentiasa memberikan senyuman dengan ikhlas...

Andainya masa lalu kita sering pentingkan diri sendiri dan berakhlak buruk...maka jagalah akhlak dan berilah kepentingan kepada keluarga dan adik beradik selain daripada diri sendiri...sentiasa memikirkan kepentingan orang lain melebihi kepentingan diri sendiri...jangan hanya hendak kenyangkan perut sendiri tetapi jiran-jiran dibiarkan kelaparan...ya Allah ampunilah kami atas kejahilan kami masa lalu....dan Ya Allah, jangan biarkan perangai burukku diwarisi oleh anak-anakku dan zuriatku..amin....


Saturday 26 May 2012

Pilihan Hati

Bismillahirrahmanirrahim..

Bersyukur pada-Mu atas nikmat masa lapang dan tubuh badan yang sihat ini....berkatilah dan rahmati kehidupan kami ini Ya Allah...amin...


Pilihan kehidupan ada ditangan kita sendiri....hendak hidup bahagia atau tidak kitalah berhak yang menetukan...pilihan kehidupan semestinya menjadi suatu yang sukar jika kita tidak pandai merancang kehidupan kita...kita hanya ada dua pilihan sahaja dalam hidup kita iaitu syurga atau neraka.

Jika pilihan hati kita ialah syurga..maka berusahalah untuk menuju ke syurga dengan melakukan segala amalan-amalan yang mendekatkan diri kita kepada syurga...yang paling utama perlulah mendapatkan keredhaan Allah...setelah beroleh keredhaan Allah..barulah syurga dapat kita capai...bagi mencapai tujuan yang satu ini..perlu ada ilmu...jangan ada perasaan..."aku tidak tahu tak apala...Allah akan maafkan aku sebab aku tidak tahu"..tidak boleh macam itu..ilmu perlu dicari....alasan tidak tahu tidak boleh digunakan....kalau sekali tidak tahu tidak mengapa tetapi janganlah selama-lamanya kita tidak tahu..timbalah ilmu sedalam-dalam kerana mencari ilmu itu wajib dalam Islam.....

Untuk meraih syurga kita perlu merebut pahala sebanyak-banyaknya...Sepertimana yang kita tahu, hanya ada dua pilihan sahaja untuk kita rebut iaitu pahala dan dosa.. sudah tentu.kita semua tidak mahu dosa, hanya pahala yang kita ingini dalam kehidupan kita, maka dengan itu haruslah kita merancang dengan sebijak-bijaknya bagi menambah pahala dalam kehidupan kita...

Seharusnya bagaimana untuk kita meraih pahala sebanyak mungkin? Sebenarnya untuk meraih pahala amat mudah jika dihayati betul-betul..iaitu dengan bercakap dengan lemah lembut dan menjaga akhlak..sudah cukup menambah pahala buat kita... selain itu sentiasa memberi salam dan bersalaman dengan sahabat-sahabat kita apabila bertemu iaitu menjaga ikatan silaturrahim sesama manusia....kita juga dapat menambah pahala dalam kerja harian kita di pejabat atau di mana sahaja kita melakukan pekerjaan....kerana kerja kita merupakan ibadah...maka jika kita lakukan kerja kita ikhlas semata-mata Allah..dan dengan bersungguh-sungguh dalam bekerja dengan niat untuk memberi manfaat kepada orang lain dan ikhlas semata-mata kerana Allah maka banyaklah pahala yang bakal kita raih....senang bukan untuk mengumpul pahala....

Perlu diingat dalam menjalani kehidupan seharian kita juga tidak lepas daripada melakukan dosa...seringkali kita  lupa jika mulut mula berkata-kata...iaitu dengan bercakap mengenai hal-hal yang tidak sepatutnya atau dengan lain perkataan mengumpat....kadang-kadang kita mengatakan kita bukan hendak mengumpat tetapi cuma hendak beritahu...sesungguhnya jika kita mengata-ngata orang lain di belakang maka itu dikatakan mengumpat dan umumnya kita semua tahu mengumpat itu merupakan satu dosa. Jika kita selalu lupa hendak menjaga mulut bagaimana mahu meraih pahala , malah dosa yang mendatang. Ingatlah wahai manusia, pilihan berada di tangan kita....hendak dosa atau pahala..tepuk dada tanya iman...

Namun..ganjaran pahala yang dijanjikan Allah kepada hamba-hamba-Nya adalah bagi hamba yang taat dan setia sahaja kepada-Nya. Untuk menjadi hamba yang taat dan setia kepada-Nya kita juga ada pilihan samada hendak melakukan segala suruhan-Nya ataupun meninggalkan segala larangan-Nya. Bagi mereka yang mahu menjadi hamba yang taat setia pastilah memilih untuk melakukan segala suruhan-Nya baik wajib mahupun sunat. Amalan-amalan wajib dan sunat dilakukan dengan istiqamah dan ikhlas tanpa jemu demi mengejar redha Allah dan ganjaran pahala yang dijanji-Nya. Semestinya pasti ada hamba yang masih engkar dengan suruhan-Nya, dan mereka ini sebenarnya masih belum diberi hidayah oleh Allah...marilah kita mengajak dan berdoa untuk mereka supaya dikurniakan taufik dan hidayah...

Selain daripada melaksanakan amalan-amalan wajib dan sunat kita juga diwajibkan menutup aurat dengan betul. Dalam menutup aurat ini juga ada pilihan yang perlu kita buat.. iatu .hendak tutup aurat dengan sebetul-betulnya atau tidak. Era kini kebanyakan wanita menutup aurat dikepala sahaja iaitu mengenakan tudung dikepala namun yang sedihnya aurat lain tidak dijaga. Pakai tudung tetapi memakai baju berlengan pendek...subhanallah...ketahuilah aurat wanita hanya boleh menampakkan tapak tangan dan muka sahaja...sentiasa ingat itu...dan juga hendaklah memakai baju yang longgar iaitu tidak menampakkan bentuk badan dan lengan...untuk ingatan diri sendiri  dan semua muslimah yang membaca catatan ini...moga-moga beroleh redha-Nya...

Untuk menjadi hamba yang berjaya di dunia dan akhirat...buatlah pilihan yang bijak..hanya mereka yang bijak sahaja bakal meraih kejayaan dunia dan akhirat....raihlah syurga, rebutlah pahala, hindarkan dosa dan jauhi larangan-Nya..insyaAllah sama-sama kita mengejar redha Allah...mudah-mudahan beroleh ganjaran pahala dan syurga...iaitu syurga Firdaus..amin...

Thursday 24 May 2012

Kata Hati

Bismillahirrahmanirrahim...

Bersyukur pada-Mu ya Allah di atas segala nikmat-Mu ini......sesungguhnya nikmat Islam dan hidayah yang diberi-Mu ini terlalu berharga.....semoga ia berkekalan Ya Allah....ku mohon keampunan-Mu...


Hati sering berkata-kata dikala keseorangan...mengenangkan diri..apa yang telah dicapai oleh diri...biarpun diri ini begitu lemah untuk menggapai setinggi awan. namun masih berusaha ke arah itu...dengan izin-Nya jua...

Apalah kita ini jika hanya hanya bergantung pada diri sendiri...bergantunglah hanya pada-Nya iaitu pencipta kita...Dia yang mencipta kita maka Dia tahu apa yang kita perlu.....kekadang kita minta pada-Nya, namun Dia hanya berikan apa yang kita perlu sahaja....sukar untuk memahami? Ya contohnya..jika kita meminta pada-Nya supaya kita dinaikkan pangkat...namun jika masih belum naik pangkat tapi Dia hanya beri apa yang kita perlu sahaja seperti persekitaran kerja yang gembira...maka kita harus bersyukur..maksudnya kita masih tidak berkelayakan untuk memegang jawatan yang tinggi daripada sekarang...Allah maha tahu apa yang hamba-hamba-Nya perlu.....maka apa yang perlu kita lakukan..tingkatkan ilmu dan tambah pengalaman untuk mencapai apa yang diingini....semua itu berupa rezeki daripada-Nya....

Ada kata pujangga mengatakan bahawa "ikut hati mati"...masih relevankah kata-kata itu di zaman millenium ini....semestinya hati yang dipagari dengan iman tidak sepatutnya diperlakukan begitu....maka bolehlah diubah kata pujangga tersebut kepada "ikut hati yang beriman akan selamat"...rasanya kata pujangga ini lebih sedap dan selamat untuk digunakan....itu hanya pendapat peribadi saya....terpulang kepada pemahaman masing-masing bagaimana menterjemahkan setiap kata yang diungkapkan....

Segala masalah yang kita hadapi , seharusnya dihadapi dengan sabar kerana Dialah yang menciptakan untuk kita bagi menguji sejauh mana keimanan seseorang hamba kepada Pencipta. Serahkan hati kita sepenuhnya kepada pemiliknya..maka bahagialah akan dirasai...kerana hati yang kita ada ini hanya pinjaman daripada-Nya....bagaimana menyerahkan hati kepada-Nya...serahlah diri kita juga kepadanya..maka kelazatan dalam mengharungi hidup ini akan dirasai.....kebahagiaan dan ketenangan akan datang dengan sendiri dengan penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah....cubalah dan alamilah perbezaannya....

Ya, serah diri dan hati kita kepada-Nya adalah dengan melakukan segala suruhan-Nya dan tinggalkanlah segala suruhan-Nya....Selain melakukan amalan-amalan wajib..cubalah lakukan amalan-amalan sunat..untuk mendekatkan diri kita kepada pencipta kita.....atas rasa kasih sayang dan cinta yang mendalam terhadap-Nya..semestinya kita akan rasa untuk mendampingi-Nya selalu.....lantas kita bangunlah di pertengahan malam dan bersunyian dengan-Nya bagi menyatakan kecintaan kita terhadap-Nya..maka serahlah diri dan hati kita pada-Nya.....subhanallah...betapa kebahagian dan ketenangan yang merupakan syurga dunia akan kita rasai....


Wednesday 23 May 2012

Cermin Diri

Assalammualaikum Warahmatullahiwabarakatuh...

Alhamdulillah..bersyukur ke hadrat Ilahi kerana izin-Nya dapat kita bertemu lagi di arena maya ini...nikmat-Mu tidak dapat ku hitung ..terlalu banyak dan melimpah ruah....hanya yang dapat kulakukan bagi menyatakan penghargaan di atas segala nikmat-Mu ini dengan bersyukur sebanyak-banyaknya dan belajar mencintai-Mu sedalam-dalamnya...


Dalam menjalani kehidupan kita seharian, pastinya kita terjebak dengan berbagai-bagai keadaan dan persekitaran kita...namun apa yang berlaku di sekeliling kita merupakan faktor luaran sahaja...apa yang penting yang perlu kita fokuskan ialah faktor dalaman..iaitu faktor emosi dalaman kita....untuk mendapat emosi yang baik perlu kita cermin diri kita..dalam kata lain ialah muhasabah diri....sentiasa muhasabah diri...renungkan sedalam-dalamnya...apa yang telah kita lakukan untuk diri kita...untuk memajukan diri kita....untuk menjadi hamba-Nya yang bermanfaat..apakah telah kita capai?

Ilmu perlu dicari...apa yang kita lakukan dalam pencarian ilmu...adakah untuk mendapat nama dan jawatan atau kerana hendak beroleh keredhaan-Nya...semua itu..tanyalah pada diri kita sentiasa..hanya iman yang teguh di dada dapat menjawab segala persoalan dengan tenang....malah iman yang menggunung tinggi juga akan melahirkan hamba yang cemerlang..dengan harapan cemerlang didunia dan diakhirat...insyaAllah...

Sentiasa bertanya diri apakah yang kita telah lakukan untuk membantu diri sendiri dalam mendekatkan diri kepada-Nya...apakah kita masih alpa dalam mengingati-Nya....apakah kita masih berakhlak buruk...apakah kita masih mengikut hawa nafsu jahat yang suka makan banyak sehingga menyebabkan hati kita mati....apakah kita masih tidak jemu-jemu melakukan maksiat...apakah kita sudah bertaubat...apakah tujuan hidup kita di dunia yang sementara ini?

Ya, semestinya setiap persoalan ada jawapannya...hanya kita sahaja yang mengetahui tahap diri kita...Allah tidak akan mengubah diri kita jika diri sendiri tidak berusaha untuk berubah....untuk berubah menjadi hamba-Nya yang taat..perlu sentiasa beribadah kepada-Nya dengan ikhlas dan istiqamah...lakukanlah sedikit-sedikit dan berterusan....

Berubahlah ke arah kebaikan untuk kebaikan dunia dan akhirat.....apabila diri sendiri sudah menjadi baik maka barulah persekitaran akan mendapat aura kebaikan itu...insyaAllah dengan izin-Nya...

Tuesday 22 May 2012

Indahnya hidup ini

Bismillahhirrahmanirrahim....bersyukur pada-Mu ya Allah...atas kurniaan kebahagiaan dan kesihatan yang diberikan ini....terlalu banyak nikmat yang diberi-Mu...memang tidak terbalas segala kurniaan-Mu ini....terima kasih Ya Allah....Ya Rahman...Ya Rahim...


Setiap kurniaan seharusnya disyukuri oleh kita yang bergelar hamba...sedarlah kita hanyalah hamba yang menumpang hidup di bumi Allah yang maha luas ini...cuba renungkan dan muhasabah diri kita apa yang kita miliki?...sudah tentulah tiada apapun yang kita miliki...semua yang ada di segenap pelusuk bumi ini Allah yang punya....oleh itu marilah kita menjadi hamba yang bersyukur...bersyukur setiap saat atas hembusan nafas yang dikurnia-Nya ini....subhanallah....

Marilah berubah ke arah yang lebih baik iaitu menjadi hamba yang baik dan memberi manfaat kepada hamba yang lain..semua yang kita lakukan semata-mata kerana Allah dan semoga beroleh keredhaan-Nya..itu sahaja yang kita harapkan sebagai hamba yang akur terhadap pencipta kita....sematkanlah sifat-sifat positif..maka akan lahirkan emosi yang positif..dan lahirlah suasana yang harmoni apabila dalaman kita sentiasa bersikap positif..aura sekeliling kita juga berubah menjadi positif insyaAllah....sentiasa berfikiran positif dalam semua tindak tanduk kita dan sentiasa bersangka baik dengan Allah dan hamba-hamba Allah yang lain.

Untuk menjadi insan yang sentiasa berfikiran positif hendaklah sentiasa bersyukur di atas segala kurniaan Ilahi, sentiasa gembira, seronok dan sentiasa melakukan kebaikan...insyaAllah...kehidupan dan persekitaran kita juga terpalit kepositifan tersebut...dengan izin-Nya jua....

Sunday 20 May 2012

Pesanan Untuk Diri

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...alhamdulillah syukur pada-Mu atas segala nikmat-Mu yang tidak terhingga..ampunkan lah daku ya Allah atas kealpaan ku dalam mentaati perintah-Mu...aku mengaku kekadang aku culas dalam mentaati segala perintah-Mu...ampunilah daku..aku hamba-Mu yang hina dan lemah....berilah aku kekuatan untuk mengharungi ujian-Mu yang maha hebat ini..Ya Allah...ampunilah daku ya Allah...hanya pada-Mu aku bersujud...

Ya Allah..sehingga kini aku masih bernafas...syukur pada-Mu ya Allah atas pinjaman ini..namun kekadang badai yang datang menyapa diri ini membuatkan aku lupa atas nikmat yang satu ini...kerana mungkin aku lupa seketika pada-Mu ya Allah....malunya aku...malunya aku kerana melupakan pencipta kepada diriku ini....sebagai hamba yang taat setia kepada pencipta seboleh-bolehnya haruslah sentiasa mengingati pencipta kita walau sekuat mana badai yang datang....hadapilah dengan tenang dengan kesabaran yang tinggi....namun semua itu tidak aku miliki lagi...aku masih lemah...masih terikut hasutan syaitan...masih tidak menjaga akhlak ku..masih mengikut nafsu jahatku lagi....Ya Allah bantulah hamba-Mu ini dalam mentaati segala perintah-Mu...

Kekadang perasaan tidak puas hati dan marah datang menghimpit diri....perasaan bercampur baur..ketahuilah bahawa syaitan sedang bermaharajalela dalam diri kita dan hawa nafsu sedang mengusai diri...jika demikian berlaku dalam diriku..cepat-cepat aku beristighfar......hanya dengan mengingati pencipta kita sahaja yang dapat melawan godaan syaitan dan nafsu yang jahat ini....hanya Dia yang dapat membantu kita...namun kekadang perasaan ego yang menguasai diri sukar dibendung...dibiarkan sahaja untuk memuaskan hati sendiri...namun padahnya sendiri yang tanggung....hati yang tidak bahagia kerana mmbuatkan orang lain tidak bahagia lantaran ego yang menggunung menguasai diri...aku tewas dengan nafsu jahatku sendiri....Ya Allah bantulah hamba-Mu yang lemah ini..bantulah aku menjadi hamba-Mu yang bersabar dalam segala ujian-Mu ini...

Kehidupan ini sesuatu yang subjektif...tidak ada penetapan bagi sesuatu perjalanan hidup...hanya satu penetapan yang perlu kita ikut iaitu mencari redha Allah...tujuan hidup kita yang sementara ini hanya semata-mata mencari redha Allah. Cari lah redha Allah walau di mana kita berada sekalipun...seringkali mengingati diri ini agar sentiasa lakukan apa sahaja semata-mata kerana Allah...namun kekadang tewas dek nafsu sendiri...namun cepat-cepat perbetulkan niat..agar tidak terpesong daripada landasan yang sebenarnya....

Dalam setiap perbuatan kita memerlukan redha Allah...bukan murka Allah...rugi kita jika Allah murka nauzubillah....keikhlasan amat penting dalam kita melakukan amal soleh terhadap-Nya...selalu aku berpesan pada diri ini bahawa puasa sunat yang aku lakukan setiap isnin dan khamis ini kerana Allah...ya Allah...ampunilah daku...terimalah segala amal soleh ku ini...kurniakahlah aku keikhlasan.....apa yang penting niat kita dalam melakukan sesuatu perkara iatu..niat ikhlas kerana Allah..bukan kerana hendak kurus..hendak menunjuk-nunjuk kepada orang...jangan sekali-kali. kerana .ini bakal mengundang kemurkaan Allah...nauzubillah...

Apabila Allah redha dengan segala amal soleh kita..maka balasannya tentulah syurga...ya Allah..masukkanlah kami ke dalam syurga firdaus-Mu....tanpa dihisab..ya Allah..malunya aku memohon ini pada-Mu kerana amal ibadatku yang masih pincang..namun bantulah hambamu ini dalam mengingati-Mu, mensyukuri segala nikmat-Mu dan memperbaiki segala amal solehku ini....amin....

Thursday 17 May 2012

Pesanan mak

Assalammualaikum Warahmatullahiwabakatuh...



Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi kerana izin-Nya dapat lah jua menitip sedikit peringatan buat diri ini dan semuanya yang terjumpa blog ini...

Secara santai bersembang-sembang dengan kedua ibu bapa ku....mereka datang kerana menghadiri konvokesyen adikku di uitm...jadi mereka berselang seli tidur di rumah anak-anak...satu malam dirumah aku...satu malam lagi di rumah abang aku....sepanjang berada bersama-sama mereka...ada banyak pesanan berguna...

Antaranya yang aku tidak boleh lupakan ialah..mak menasihatkan ku supaya mempelbagaikan masakan untuk memikat hati suami.....kalau boleh hari minggu mak menyarankan ku supaya di blenderkan bawang putih dan bawang merah untuk kegunaan masak satu minggu...ini akan membuatkan kerja kita cepat dan masakan akan jadi sedap...begitulah antara pesanan dan saranan daripada seorang ibu yang berpengalaman...

Ini kerana mak melihat aku sering memasak saban hari dan setiap kali hendak masak, perlu potong bawang...ini akan mengambil masa....maka mak menyarankan sedemikian malah menolong aku melakukan semua itu dan menyimpan di dalam peti sejuk stok bawang yang telah diblender selama satu minggu...jadi minggu ini aku tidak perlu bersusah payah melakukan lagi...itulah kasih sayang ibu yang tiada terhingga...syukur pada mu Ya Allah...atas anugerah-Mu ini yang tidak terhingga...Kau permudahkanlah segala urusan kedua ibu bapaku....kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihaniku ketika aku kecil lagi....

Hari ini 18 Mei 2012..mak dan ayah akan pulang semula ke Perlis iaitu kampung halaman kami....ya Allah selamatkanlah perjalanan kedua ibu bapaku..dan permudahkanlah segala urusan mereka...amin...

Friday 11 May 2012

Isteri Solehah

Assalammualaikum Warahmatullahiwabarakatuh....



Alhamdulillah atas kurnia nikmat Allah yang tidak terhingga ini dapat lah kita merasakan kehidupan di dunia ini lagi...wahhh...hari ini saya hendak menulis mengenai isteri solehah...biarpun diri ini masih bermujahadah menuju ke arah itu....terasa amat sukar diri ini untuk mencapai taraf isteri solehah...namun harus berusaha ke arah itu...jika tiada usaha tiada kejayaan...Allah menyayangi hamba-Nya yang sentiasa memburu membuat kebaikan...sama-samalah kita berusaha ke arah itu biarpun pahit namun..manisnya syurga itu...

Kali ini hasil tulisan saya adalah hasil bacaan daripada artikel iluv islam....subhanallah sungguh menyentuh hati selepas membaca artikel tersebut...terasa diri ini terlalu kerdil dan terlalu jauh untuk mencapainya...di antara yang begitu menyentuh hati saya ialah sepuluh sifat yang perlu dipelihara oleh setiap isteri
terhadap suami iaitu :

pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas dan taat dengan baik kepadanya..
ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang sesuatu yang buruk padamy dan jangan samapi dia mencium kecuali bau yang harum daripadamu....
kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidurnya dan waktu makannya...kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu akan menimbulkan rasa marah...
ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya 
kesembilan dan kesepuluh, jangan melanggar perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, beerti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya beerti kamu tidak aman daripada pengkhianatannya...

Selebihnya janganlah kamu bergembira disaat dia bersedih...atau bersedih dihadapannya ketika dia gembira...Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya....tentu dia sangat memuliakanmu....

Jadilah kamu orang yang sepakat dengannya...tentu dia sangat belas kasihan dan sayang kepadamu...

Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu."

Saya sering mengingatkan diri sendiri sebagai isteri dari muda hingga sekarang dan masih sangat mempercayai bahawa:
"Kita hanya boleh mengubah diri sendiri. Percayalah apabila kita berubah, persekitaran dan orang di sekeliling juga akan berubah secara positif."
- Artikel iluvislam.com



Tuesday 8 May 2012

Liku-liku Kehidupan

Kehidupan kita di dunia ini pasti ada onak dan duri...namun di sebalik onak dan duri pasti terselit kemanisan dan keindahan.


Setiap yang hidup di dunia mengharapkan kebahagiaan, kemanisan dan keindahan hidup yang berpanjangan. Namun jika terdapat onak dan duri yang perlu ditempuhi....tempuhilah ia dengan tenang dengan memohon dan banyak berdoa kepada-Nya mengharap bantuan-Nya..kerana-Nya kita dapat menempuh onak dan duri itu dan jika kita muhasabah diri kita...onak dan duri itu adalah merupakan ujian hidup kita...maka berdoa dan bermunajat pada-Nya..supaya kita dapat menempuh onak dan duri itu dengan tenang dan sabar tanpa ada keluhan di hati dan bersangka buruk dengan Allah mahupun makhluk ciptaaan Allah.....

Sebagai makhluk ciptaan Allah..pastinya kita lemah dan tidak berdaya jika kita tidak bergantung kepada-Nya...hanya pada-Nya sahaja kita boleh bergantung jika mendepani permasalahan dan berdoalah pada-Nya...dan sentiasa bermunajat pada-Nya...Bangunlah di sepertiga malam dan berdialog lah dan merayu serta berdoa bersungguh-sungguh memohon keampunan-Nya dan sentiasa berzikir mengingati-Nya....InsyaAllah Dia Maha Mendengar....dan Maha Memberi....

Perlu juga diingatkan diri kita...sentiasa mengingati-Nya dikala kita bahagia juga...jika kita bahagia dan senang lenang, jangan lupa pada-Nya....bersyukurlah pada atas setiap hembusan nafas kita...kerana itu merupakan nikmat-Nya yang tidak terhitung....bersyukurlah kita di atas setiap kurniaan rezeki daripada-Nya, kesihatan yang kekal sihat...anak-anak dan suami yang sihat...dan sentiasalah bersyukur dan berzikir mengingati-Nya...jika kita tidak lupa Allah..maka Allah juga tidak lupakan kita....jika kita jaga hak Allah..maka Allah juga akan jaga hak kita...masyaAllah....subhanallah.....

Betapa banyaknya nikmat Allah yang perlu kita syukuri....jika ujian mendatangi kita....bersabarlah...kerana Allah sedang menguji keimanan kita...."tidak beriman seseorang itu sehingga ia diuji" kan....maka jika kita sedang bahagia dan mencapai ketenangan kehidupan...bersyukurlah....dan jika di uji dengan kesusahan dan cabaran kehidupan..maka bersabarlah....apa yang penting...sentiasa ada Dia dihati kita....sentiasa ingat kita ada Allah....jika kita sentiasa berdamping dengan-Nya dikala susah dan senang....insyaAllah...semua masalah kita akan selesai dan merasai ketenangan yang sukar digambarkan...hanya mereka yang pernah merasainya sahaja yang dapat menzahirkan rasa ketenangan diri itu....

Sebagai suami/isteri/pekerja/bos kita semua mempunya peranan masing-masing dalam kehidupan ini. Apa yang penting tujuan utama kehidupan kita di dunia ini ialah sebagai khalifah Allah dan sentiasa mencari redha Allah. Itu yang utama. Selebihnya perlu dilakukan untuk mencapai kejayaan dunia dan akhirat..tetapi dengan satu tujuan iaitu redha Allah dan syurga-Nya. Dalam mengejar kejayaan dunia...akhirat jangan dilupakan...dunia dan akhirat sama penting. Kejayaan hidup di dunia mendorong kita mencapai kejayaan di akhirat kelak...insyaAllah..ayuh kita semua..mengejar akhirat...kerana kehidupan di sana kekal abadi....untuk mencapai akhirat tidak perlu tiket pun..apa yang perlu kita lakukan hanya lakukan semua suruhan Allah dan tinggalkan segala larangan-Nya...apa yang penting setiap tindakan kita adalah berdasarkan al-Quran dan sunnah....dan yang penting sekali sentiasa mencari ilmu...carilah ilmu walau di mana sahaja kita berada...semoga beroleh redha-Nya....

Wednesday 2 May 2012

Antara Keinginan dan Keperluan



Assalammualaikum WBT..

Rasanya sudah lama tidak menukilkan kata-kata indah di sini...iyalah masa itu ibarat mata pedang..amat tajam dan berbisa sekali..perlu dimanfaat sebaik mungkin...

Itulah..apa yang diinginkan tetapi tidak perlu...maka ini dikatakan membazir bukan?..namun jika keperluan haruslah didahulukan..adakah kasut merupakan keperluan? Ia merupakan soalan yang begitu subjektif sekali..jika kasut yang sudah ada mampu untuk digunakan...bukankah akan menjadi keinginan dan seterusnya membazir jika dibeli kasut yang baru? emmm...susah juga hendak menentukan keperluan atau keinginan..Namun begitu jika hanya ada sandal sahaja untuk dipakai pergi bekerja..tetapi masih memikir-mikirkan lagi apakah harus dibeli kasut untuk dipakai pergi bekerja? Bukankah ini termasuk dalam keperluan jika sandal yang dipakai untuk pergi bekerja hanya tinggal nyawa-nyawa ikan sahaja....maka dalam hal ini membeli kasut untuk pergi bekerja adalah perlu....Allah tidak melarang kita membeli belah dan berhias diri asalkan mengikut hukum syarak yang ditetapkan dalam Islam dengan tujuan untuk kelihatan cantik dan menarik semata-mata kerana Allah......

Umat Islam diharuskan memilih pakaian yang sesuai untuk menutup aurat. Seorang sahabat yang sangat suka berpakaian cantik telah menemui Rasulullah saw kerana beliau takut termasuk dalam perbuatan takbur. Lalu Rasulullah saw menegaskan bahawa menyukai pakaian cantik tidak tergolong dalam takbur bahkan ia adalah suatu  yang disukai Allah swt kerana Allah swt indah dan sukakan keindahan.

GARIS PANDUAN BERPAKAIAN MENURUT ISLAM

1. Berniat untuk menzahirkan dan mensyukuri nikmat Allah swt.
2. Bukan bertujuan berbangga diri.
3. Bertujuan untuk menutup aurat.
4. Tidak jarang yang menampakkan aurat.
5. Tidak ketat yang boleh memperlihatkan susuk tubuh badan.
6. Tidak menyerupai  pakaian upacara agama bukan Islam.

Kasut merupakan sebahagian daripada pakaian kita bukan? Maka layaklah ia diperuntukkan dalam menuntut keperluan harian kita....Rasanya boleh lah beli kasut lepas ini memandangkan keuzuran sandal yang dipakai memang diakui....

Semoga Mendapat Redha Allah...Amin...