Nikmat yang manusia seringkali terlupa ialah masa lapang dan tubuh badan yan sihat....Pernah atau tidak kita merasakan terlalu banyak masa..dan kebiasaannya tidak cukup masa...cuba kita renung sedalam-dalamnya...mengapa jadi begini? Adakah kita sudah pandai agihkan masa kita lantaran itu kita merasakan masa kita melebih-lebih pula...ataupun kita tidak melakukan kerja-kerja utama seperti sebelum ini ataupun ini adalah hakikat yang Allah telah rezkikan nikmat masa untuk kita..ataupun semua ini hanya kebetulan...tiada kebetulan dalam dunia ini..apa yang terjadi adalah atas kehendak-Nya..Dia yang mengatur segala kehidupan hidupan-hidupan di dunia ini....siapalah kita untuk menentukan perjalanan hidup ini...semuanya adalah ketentuan-Nya jua...
Sentiasa ingat Allah lah segala-galanya dalam hidup kita...apa yang kita lakukan semuanya adalah kerana-Nya...hatta azam untuk menguruskan badan pun sebenarnya menuntut kita untuk lakukannya kerana-Nya...atau lebih tepat lagi..apa yang kita lakukan di dunia ini...hendaklah di lakukan agar kita hampir sehampir-hampirnya dengan Pencipta kita...apa isu kuruskan badan dan ingatkan Allah...ya...mestilah ada kaitan...apabila kita berazam hendak menguruskan badan...apa yang memula sekali terfikir..ialah hendak kurangkan makan...untuk mengurangkan makan kenalah bermujahadah..melawan hawa nafsu makan..dan ini menuntut kita memohon pada-Nya supaya beristiqamah dalam melawan hawa nafsu...sesungguhnya nafsu makan memang agak sukar untuk menangani kalau bukan dengan azam dan hati yang waja dan semua ini atas pertolongan-Nya jua....dalam hal ini juga seiring dengan firman Allah dalam surah al 'Araf : ayat 31 "Makan dan minumlah kamu, tetapi jangan berlebihan".
Dalam agama kita iaitu Islam ini juga mengambil berat apa yang masuk ke mulut kita samada halal atau haram. Ini kerana apa yang masuk ke perut kita akan menjadi darah daging kita...maka seharusnya kita behati-hati dengan apa yang kita makan. Sesungguhnya Allah telah mengingatkan kita di dalam firmannya dalam surah al-baqarah ayat 172 bermaksud " Wahai orang-orang beriman, makanlah makanan halal yang kami kurniakan kepada kamu". Dan Allah juga mengingatkan kita melalui Rasul dalam surah al-mukminin ayat 51 di mana membawa maksud " Wahai sekalian rasul, makanlah daripada makanan yang baik(halal) dan lakukanlah amalan soleh".
Sehubungan itu, kita juga perlu tahu sumber pendapatan kita adakah halal atau haram?...Ya..semua berpendapat hasil kerja seharian kita dan mendapat gaji bulanan sudah tentulah halal bukan?..namun pernah atau tidak kita terfikir akan kerja seharian kita itu adakah dilakukan dengan sepenuh hati atau dengan perasaan malas....kalau malas bekerja dan selalu curi tulang, maka pendapatan bulanan yang kita perolehi itu masih halal atau tidak?..Ya..sudah tentulah hasil itu sudah jadi haram..malah kita telah membeli makanan dan pakaian untuk anak-anak kita dan makanan yang dimakan oleh anak-anak , suami dan isteri kita adalah daripada sumber yang haram dan menjadi darah daging, apakah kesannya dalam kehidupan seharian kita nanti?...subhanallah..mohonlah pada Allah untuk dijauhi daripada semua ini..dan semoga hasil pendapatan kita sentiasa diberkati Allah dan halal sentiasa hendaknya....semoga kita semua tergolong dalam golongan yang mendapat kerahmatan-Nya dan keberkatan-Nya....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment