Pages

Tuesday, 21 February 2012

Amalan Harian

Assalammualaikum... 


Berikut amalan harian untuk kita sama-sama amalkan....sejujurnya...saya baru mengamalkan selawat ke atas rasul saw...subhanallah....dapat menenangkan hati...kalau ada masalah..cubalah selawat...insyaAllah....hati akan menjadi tenang...dan saya akan cuba amalkan amalan harian yang lain-lain tuh...bukan apa apa sebagai manusia..kadang2 kita lupa dan alpa untuk berzikir....saya la tuh...eemmm...malu pulak pada Allah...kalau kita fikir Allah tidak pernah lupa untuk memberi nikmat kepada kita...kita...apakah kita sentiasa ingat untuk berzikir mengingati Allah sentiasa??...Ya Allah ampuni daku...kerana sering kali lupa dan lalai daripada mengingati Mu....terlalu banyak nikmat yang Engkau berikan....Engkau tidak pernah lupa memberi aku pernafasan ini ..tidak pernah berhenti....Ya Allah...semoga aku sentiasa istiqamah dalam melakukan kebaikan...dan ..sentisa berzikir mengingati Mu Allah.....dan istiqamah bangun 1/4 malam...aku masih cuba untuk bangun 1/3 malam tetapi masih tidak berdaya....hanya boleh bangun sekitar pukul 4 pagi....untuk bersolat tahajud padamu.....semoga ia istiqamah dan  semoga aku dapat bangun 1/3 malam...insyaAllah...jom solat tahajud...

 Amalan Harian.

1. Bismillah hirohmanirohim                             1000<2500 kali
2. Alfatihah                                                                       100 x
3. Selawat ke Atas Nabi                                             40 < 100 x
4. Istighfar                                                                        40 < 100 x (Astaghfirullah ha innAllah ha ghafurrurrahim)
5.Tasbih                                                                            40 < 200 x
(SubhanAllah, walhamdulillah, wallaila ha illAllah Wallhakbar)
6. Lakhaula wala khuwata illa billa hilaliyilazim      100 x
7. Laqad ja akum……sampai .,..azim                                      40 < 100 x (dalam Surah at-Taubah)
8. Waman yat taqilla……..sampai …qadra.                         40 < 100 x (dalam Surah an-Nisa’ ayat 2-3)

Solat


1. Solat Hajat                                                                  2 < 8 rakaat
2. Dhuha                                                                          4  rakaat
3. Rawatib                                                                        12 rakaat
4. Tahajjud                                                                     2 < 8 rakaat
5. Tasbih                                                                          4 rakaat (2 salam)
6. Witir                                                                               1 < 3 rakaat

Amalan Solat Tahajud

SATU cara paling berkesan untuk berhubung dengan Allah s.w.t ialah dengan bangun mengerjakan ibadat, khususnya sembahyang Tahajud atau sembahyang di tengah malam. Allah mahu menguji sejauh mana taatnya seseorang makhluk yang mengaku bertuhankan Allah. Dengan kata lain, amalan bangun bertahajud adalah perbuatan amat berat untuk dikerjakan.
Namun, pada kesukaran inilah tersembunyi suatu rahsia Allah yang hanya sedikit sekali diketahui hamba-Nya. Sekalipun sembahyang Tahajud sekadar sunat, tetapi kelebihannya amat besar di sisi Allah dan tinggi nilainya. Firman Allah s.w.t bermaksud:“Dan dari malam, hendaklah engkau bertahajud (tinggalkan tidur untuk sembahyang) semoga Tuhanmu mengangkat kamu pada kedudukan yang terpuji.’ (Surah Al-Israk: Ayat 79) Ayat ini menjelaskan kepada kita betapa pentingnya sembahyang Tahajud. Ia peluang keemasan yang ditawarkan Allah kepada manusia untuk mengukuhkan hubungan mereka dengan Penciptanya. Sesungguhnya segala kesusahan dan kepayahan itu hanya dirasai mereka yang jarang atau tidak pernah melakukannya, namun bagi mereka yang biasa, ia menjadi suatu kenikmatan pula.
Bagi yang dapat menghayatinya, mereka akan berasa satu kerugian besar jika meninggalkan sembahyang Tahajud. Di waktu inilah – iaitu sepertiga malam, pintu langit akan terbuka luas untuk menerima taubat hamba Allah dan Malaikat akan membawa kendi emas untuk mengumpul air mata taubat bagi menyiram api neraka yang sedia menanti mahu membakar tubuh manusia di akhirat nanti. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Allah s.w.t sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan akan membangunkan isterinya dan kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Dan Allah sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan membangunkan suaminya dan jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya.” (Hadis Riwayat: Abu Daud)Sesungguhnya untuk mendapat kasih sayang daripada Allah bukan sesuatu yang mudah. Allah mengasihi orang yang beriman dengan melaksanakan suruhan-Nya dan meninggalkan yang dilarang.Sembahyang Tahajud satu suruhan Allah dan oleh itu Allah menyayangi mereka yang mengerjakan sembahyang ini.Bagi manusia yang benar-benar yakin dan patuh kepada Allah tidak akan keberatan untuk bangun melakukan Tahajud di tengah malam.
Saidina Umar Al-Khattab menyatakan fadilat atau kelebihan sembahyang malam dengan berkata maksudnya: “Sesiapa mengerjakan sembahyang malam (Tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat.

Kurniaan di dunia ialah
a. Jauh daripada segala penyakit
b. Lahir kesan takwa pada wajahnya
c. Dikasihi sekalian mukmin dan seluruh manusia
d. Percakapannya mengandungi hikmat
e. Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati).
Sementara empat perkara di akhirat ialah:
a. Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri
b. Dipermudahkan hisab
c. Cepat melalui Sirat al-Mustaqim – seperti kilat
d. Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.

Sunday, 19 February 2012

Mencari keberkatan rezeki


Mencari Keberkatan Rezeki 

Hadith :
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Seseorang yang terbiasa dengan meminta-minta, dia akan datang pada hari kiamat tanpa secebis daging pun di wajahnya."
Riwayat Bukhari dan Muslim

Huraian
1. Islam menuntut umatnya supaya bekerja dan berusaha sehingga bebas daripada belenggu kemiskinan.
2. Kemiskinan boleh menggelincirkan iman kerana seseorang yang lemah imannya akan sanggup menggadaikan aqidahnya dengan melakukan pekerjaan yang terlarang serta menuturkan kata-kata yang menolak kebesaran Allah seperti menafikan keadilan Allah dan sebagainya.
3. Setiap pekerjaan yang dilakukan oleh manusia untuk meneruskan kelangsungan hidup di dunia merupakan ibadat iaitu selagi ia dilakukan dengan niat yang baik dan tidak melanggar hukum-Nya.
4. Rezeki yang berkat adalah rezeki yang dicari dengan titik peluh sendiri, bukan dengan cara menunggu pemberian daripada orang lain seperti meminta sedekah, derma dan sebagainya padahal tubuh badan masih lagi kuat dan sihat. Hal ini amat dilarang keras oleh Islam kerana ia merupakan perbuatan yang memalukan dan menghinakan.


Berusaha Mencari Rezeki
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:"Meraka yang mencari harta dunia (kekayaan ) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis ) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam."

Riwayat At-Tabrani

Huraian
Pengajaran Hadith:

i) Sesungguhnya Allah S.W.T amat kasih kepada orang yang berusaha atau bekerja mencari rezeki dengan titik peluh sendiri di mana dengan itu dia dapat memenuhi keperluan dan tanggungjawabnya terhadap diri, keluraga dan masyarakat. Malah kedudukannya adalah lebih baik daripada bersikap pemalas dan meminta-minta daripada orang lain.
Ii) Allah telah menetapkan dalam sunnah kehidupan bahawa kejayaan itu adalah hasil daripada kerja tekun dan dedikasi. Inilah antara maksud jihad yang dituntut oleh Islam.
iii) Kita perlu ingat bahawa hanya rezeki yang halal sahaja mesti dicari kerana di situlah letaknya keberkatan dan ganjaran daripada Allah S.W.T. Sedangkan rezeki yang diambil daripada punca yang haram seperti rasuah dan sebagainya, lambat laun akan menimbulkan kecelakaan dan masalah dalam hidup bukan sahaja di dunia malah di akhirat juga.



Dari Abu Hurairah r.a. berkata bahawasanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : Allah telah berfirman, “telah berfirman Allah kepada malaikat pembahagi (pengedar) rezeki kepada bani Adam: mana satu hamba-Ku yang kamu temui menujukan harapannya kepada Aku semata, maka jaminkanlah rezekinya langit dan bumi. Dan mana satu hamba-Ku yang kamu temui sedang mencari rezekinya, sesungguhnya dia sedang menuntut keadilan, maka lorongkanlah jalan-jalannya tetapi jika dia menuntut selain dari itu, maka biarkanlah antara mereka dengan apa yang mereka tuntut itu, kelak mereka tidak akan memperolehi lebih daripada apa yang telah Aku tentukan untuk mereka itu.” (Hadis riwayat Abu Naim)

Bila Allah Taala cepat memakbulkan doamu, maka Dia menyayangimu, bila Dia lambat memakbulkan doamu, maka Dia ingin mengujimu, bila Dia tidak memakbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.

Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada Allah dalam apa jua keadaanpun, kerana kasih sayang Allah itu mendahului Kemurkaan-Nya....

Universiti kehidupan ku


Alhamdulillah…syukur pada Mu Ya Allah atas kurniaan kesihatan dan kebahagiaan hidup yang ternilai ini…
Kali aku tiada apa yang perlu diperkatakan…aku cuma bermuhasabah diri ini…mencari diri sendiri….adakah aku ini memberi manfaat kepada manusia lain….banyak perkara aku telah belajar daripada universiti kehidupan diri sendiri….dalam pekerjaan seharianku pun..banyak mengajarku erti kehidupan dan pengalaman hidup yang berharga…terima kasih Allah…terima kasih atas anugerah-Mu yang tidak terhingga ini…
Sebagai pemimpin kita perlu membuat keputusan yang bijak…keputusan perlu diambil dengan mengambil kira pendapat pelbagai pihak bukan hanya bertanya kepada satu pihak sahaja dan terus membuat keputusan…itulah pengajaran yang aku dapat..untuk aku gunakan ilmu ini nanti apabila tiba masanya….insyaAllah…bukan sekarang…sekarang aku terpaksa akur dengan keputusan yang dibuat tanpa bermuzakarah terlebih dahulu…aku redha….mungkin itulah yang terbaik setakat ini….mungkin diri ini juga masih lemah untuk memberi pendapat dan meyakinkan mereka untuk menerima pendapat ini….aku akur dengan kelemahan ini..mohon keampunan-Mu Allah…semoga hamba-Mu ini dapat menghasilkan idea yang bernas dan tidak berhenti berfikir bagi memudahkan rakan-rakan yang lain….Islam kan hebat..jadi semua orang Islam adalah hebat dan aku adalah hebat sebab aku adalah Islam….alhamdulillah…
Sampai saat ini aku terus berfikir…bukan tiada cara..ada..tetapi banyak sangat virus minda yang menghalang…atas kelemahan diri sendiri…aku berfikir dan terus berfikir bukan untuk mencari salah orang lain, bukan untuk menunjuk diri ini hebat tetapi adalah untuk memberi bantuan supaya kerja kita ‘smart’ kan….bukan hanya dengan mengambil keputusan yang cepat tetapi tindakan yang panjang…biarlah keputusan lambat diambil tetapi tindakan yang cepat dilakukan…aku akan cuba gunakan ilmu ini nanti apabila tiba masanya…sekarang aku lemah…lemah….tiada berdaya….tidak mampu menghalang majority…aku akur…bukan mengalah tetapi menghormati keputusan kawan-kawan….semoga ukhwah antara kami terjalin erat dan maafkan diri ini jika tidak memberi maanfaat kepada kepada kawan-kawan…namun aku berusaha membantu apa yang aku mampu…
Aku pasrah…dan kepada-Mu Allah aku berserah..ampunilah daku…kuatkanlan iman dan tambahlah ilmu di dadaku ini untuk aku gunakan memberi maafaat kepada manusia lain….

Ya Allah...lemahnya aku..


Ya Allah…ampunilah segala dosa-dosaku…aku yang  lemah ini..masih tercari-cari diri ini..makin ku usaha untuk menjadikan diri memberi manfaat kepada manusia lain..makin banyak salah yang aku lakukan…Ya Allah…berilah petunjuk pada ku…aku tahu aku sedang diuji oleh Mu….kuatkan lah iman dan tingkatkan lah kesabaran aku untuk menghadapi ujianMu ini Ya Allah…
Aku tahu aku tidak sepatutnya mempersoalkan ..’mengapa’? kerana semua itu sudah tertulis untukku..Cuma aku perlu redha dan berusaha lebih gigih lagi untuk belajar apa yang aku tidak tahu dan perlu lebih menggali lagi…dan tidak leka dalam melakukan pekerjaan kerana kerja itu ibadah…Subhanallah…sayangnya Kau pada Ku..hambaMu yang lemah lagi hina ini....kerana sering mengingatiku akan kepentingan dalam ibadah kerja umum ini….terima kasih Allah..atas ingatan ini….
Sungguh aku alpa selama ini terhadap kerja ku…namun aku sedang berusaha untuk membalas balik segala kesalahan yang telah aku lakukan…mohon pertolonganMu Ya Allah..untuk aku menjadi seorang yang benar-benar ikhlas dan melakukan kerja ini semata-mata keranaMu Allah…bukan kerana penghargaan manusia…Ya Allah..ampunilah daku…
Ya Allah…pinjamkanlah sedikit ilmuMu dan kebijaksanaanMU untuk ku manfaat kepada manusia lain dan jangan Kau biarkan hamba Mu ini lalai dan alpa dengan ilmu yang dimiliki yang hanya pinjaman daripadaMu Ya allah….Ya Allah..hanya padaMu aku mengadu…bantulah hambaMu yang lemah ini…
Alhamdulillah…aku bersyukur di kelilingi sahabat –sahabat yang mengerti dan tidak menyalahkan aku…mereka Cuma kasihankan aku dan sentiasa bermuzakarah untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang telah aku lakukan….Masalah hanya masalah kecil…namun aku perlu elakkan daripada melakukan kesalahan sebegini memandangkan aku telah bekerja 11 tahun…subhanallah…aku ingin menjadi orang memberi manfaat kepada orang lain….Ya Allah bantulah hambaMu ini…aku sedang berusaha ke arah itu…moga aku berjaya Ya Allah….
Aku sering kaitkan apa yang aku lakukan di dunia yang sementara ini dengan alam akhirat…adakah aku juga akan melakukan kesalahan seumpama ini dikala  aku dihisab di akhirat nanti? Nauzubillah….mungkin Allah sedang mengingatkan aku juga untuk lebih beribadah kepadaNya untuk menghapus segala-gala noda dan dosa yang aku telah lakukan samada kecil atau besar  dalam kesedaranku atau diluar kesedaran ku……Ya Allah…ampuni daku…
Dunia adalah alat dan tempat kita untuk mencapai kecemerlangan di akhirat nanti….bagi aku kalau aku cemerlang di dunia..aku juga bakal cemerlang diakhirat insyaAllah..….aku kira begitu…., namun siapalah aku untuk mengukur kecemerlangan diri sendiri..seringkali diri ini selalu di uji  dan setakat ini aku masih gagal dengan ujian Allah…Aku masih mencari-cari dan berusaha mengatasi kelemahan diri dan seterusnya menjadi insan cemerlang secemerlang Rasulullah SAW..walaupun tidak dapat kucapai sepenuhnya apa yang ada pada Rasulullah…kalau dapat aku ikut jejak 0.1 peratus pun aku dah bersyukur…sekurang-kurangnya aku dah berusaha untuk mengikut sunnahmu Rasulullah SAW….iaitu menjadi Mukmin Profesional….
Aku sedar ujianMu ini semata-mata untuk dekatkan aku dengan Mu…Subhanallah….betapa kasih sayangMU melimpah ruah terhadap hambaMu yang lemah ini….

Maha Suci Allah,
Aku tenang apabila aku mengingatiMu…
Setenang air di lautan….
Aku bahagia apabila mengingatiMu …
Sebahagia burung terbang diangkasa….
Aku senang apabila sentiasa bersamaMu….
Terasa Engkau hampir denganku…
Subhanallah…