Syukurnya padaMu Ya Allah kerana memberi rezeki kepada hamba-hambaMu tanpa jemu..biarpun ada yang engkar dengan perintahMu, namun Kau tega mengalirkan rezekimu tanpa jemu...ya seindah namaMU Ar Razak...yaitu..Maha Pemberi Rezeki....
Allah datangkan rezekiNya dalam berbaga-bagai bentuk...diberiNya rezeki kesihatan yang baik sentiasa...alhamdulillah..namun jika diuji dengan mendapat kesakitan maka bersabarlah..selalulah perhatikan dan ziarahilah mereka-mereka yang terlantar kesakitan...maka dengan itu membuatkan kita bertambah syukur dengan rezeki kesihatan yang Allah kurniakan kepada kita...anak-anak juga merupakan rezeki daripada Allah...bersyukurlah dengan kurniaan rezeki daripada Allah kerana betapa ramai yang masih tidak dikurniakan cahaya mata biarpun sudah berusaha sedaya mungkin...namun Allah jua lah menentukan segalanya....anak-anak ini adalah amanah Allah...maka sedaya mungkin kita perlu menjaga amanah Allah ini dan memastikan anak-anak kita adalah ahli syurga kerana asal mereka ada lah syurga..maka pastinya didikan sempurna perlu diberikan bagi memastikan anak-anak ini adalah ahli syurga....
Anak-anak yang bijak dan terpelajar merupakan rezeki Allah yang tidak terhingga kepada hamba-hambaNya..dengan mendapat anak yang bijaksana dan pandai dalam bidang pelajaran bukanlah tanda untuk kita menunjuk-nunjuk...ia adalah anugerah Allah kepada kita untuk kita mensyukuri nikmatNya...
Masa lapang merupakan rezeki daripada Allah jua....masa lapang adalah amat berharga untuk digunakan bagi menuju jalan Ilahi...gunakan sebaik mungkin..jangan membuang masa melakukan kerja-kerja yang tidak berfaedah dan mendatangkan kemudaratan seperti melepak, bersembang kosong dan lebih parah lagi jika bertemu rakan asyik memburukkan orang lain dengan kata lain asyik hendak mengumpat..nauzubillah...perbuatan ini amat dicela oleh Allah...mohon dijauhkan kita daripada membuang masa dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah ini....
Mengikut kata Nabi SAW..."dua nikmat selalu dilalaikan iaitu masa sihat dan masa lapang"(Hadis riwayat Bukhari).
Ini menunjukkan bahawa masa itu penting dan perlu dimanfaatkan oleh kita semua dengan menggunakan masa yang diberikan Allah sebagai anugerahnya dariNya untuk memperolehi kebaikan dunia dan akhirat.
Ini menunjukkan bahawa masa itu penting dan perlu dimanfaatkan oleh kita semua dengan menggunakan masa yang diberikan Allah sebagai anugerahnya dariNya untuk memperolehi kebaikan dunia dan akhirat.
Jodoh adalah rezeki Allah....berdoalah dan berusahalah untuk mendapatkan jodoh bagi yang belum bertemu jodoh..sesungguhnya Allah telah menetapkan jodoh kita sejak di alam rahim lagi...pastinya doa dan usaha yang tidak putus-putus perlu dipanjatkan padaNya..kerana Dialah yang memberi rezeki jodoh ini....namun begitu usahlah berputus asa andai kata doa kita belum dimakbulkan..sesungguhnya hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya...kekadang kita minta lain...lain rezeki yang diberi....Allah maha tahu apa yang terbaik untuk hambaNya....sesungguhnya kita sebagai hambaNya jangan berputus harapan...selagi ada umur dikandung badan...berdoalah...Allah Maha mendengar segala doa hamba-hambaNya....
Kebahagiaan dan ketenangan hidup yang berpanjangan adalah rezeki Allah....rezeki Allah yang satu ini pastinya sukar diperolehi bagi mereka yang mementingkan dunia daripada akhirat...namun bagi mereka yang mementingkan akhirat...tetapi dunia tidak dilupakan...adalah mudah mendapat rezeki bahagia ini. Hanya Allah yang mampu menrezekikan kebahagiaan dan ketenangan hidup bagi mereka yang melaksanakan segala perintahNya. Apakah yang dikatakan rezeki kebahagiaan dan ketenangan? Ini merupakan pilihan dalam hidup kita..hendak hidup bahagia atau hidup sengsara? Ramai yang hidup sengsara akibat pilihan sendiri kerana hidup bergelumang dengan maksiat dan dosa...hidup sentiasa tidak tenteram...untuk mententeramkan diri diambilnya pil-pil khayal..namun semua ini membawa kesengsaraan..sedarlah wahai manusia..tiada jalan mudah untuk menempuh kebahagiaan...kita semua perlu bermujahadah untuk menikmati kebahagiaan dan ketenangan hati yang berpanjangan....perlu bermujahadah untuk memaksa diri melakukan kebaikan...menurut segala perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya...untuk menutup aurat perlu bermujahadah..perlu memaksa diri..jangan tunggu ikhlas baru hendak buat...dengan memaksa diri..mudah-mudahan kehendak itu akan muncul di sanubari dengan sendirinya tanpa dipaksa-paksa lagi...begitu juga dengan solat lima waktu...bermujahadahlah untuk lakukan di awal waktu...mudah-mudahan mendapat keberkatan dan dirahmati Allah..dengan sedikit usaha ini pastinya mendapat perhatian Allah...sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah lagi mengasihani....bermujahadahlah untuk melakukan segala kebaikan kerana Allah semata-mata...
Rezeki rumah dan kereta yang besar adalah daripada Allah jua...bersyukurlah kita atas nikmatNya itu...jangan sombong dan bongkak dengan harta yang dimiliki itu..itukan hanya pinjaman....tiada satu pun milik kita..semua Allah yang punya....untuk sentiasa merasa kerendahan hati selalu melihat mereka yang kurang bernasib baik...ada yang hidup sebatang kara tiada ayah ibu untuk bergantung hidup..kita bagaimana? Jika dilihat kepada kekurangan yang ada pada orang lain...tentulah akan membuatkan kita sedar dan selalu insaf bahawa betapa baiknya nasib kita jika dibandingkan dengan orang yang jauh lebih teruk daripada kita...maka sentiasalah bersyukur dengan apa yang kita ada....jangan ada keluhan dan rungutan...dan sentiasa berusaha mencari rezki yang halal....mudah-mudahan mendapat keredhaanNya....