Pages

Sunday, 25 March 2012

Jangan berkeluh kesah...

Assalammualaikum....WBT..



Manusia diciptakan Allah berbeza-beza rupa paras, sikap dan untung nasib diri masing-masing. Ada yang kaya, miskin dan sederhana hidup mereka..itu merupakan ujian daripada Allah untuk menguji keimanan hambaNya...
Hidup kita di dunia ini adalah sementara sahaja...dan yang sementara inilah menuntut kita supaya bersungguh-sungguh dalam mengharungi hidup di dunia yang serba mencabar ini..bagi mencari keredhaan Allah dan syurga Allah di akhirat sana nanti...

Sesungguhnya Allah Maha Penyayang lagi Maha Pemurah...buktinya Allah sentiasa bersama kita di saat kita susah mahupun senang..Allah sentiasa mendengar rintihan hamba-hambaNya...tinggal lagi kita sebagai hambaNya...apa peranan kita di bumi kurniaan Allah ini?..Cuba kita renungkan dan muhasabah diri kita..
Ada masalah sahaja...kepada siapa kita adukan masalah kita? Ya...tentulah kepadaNya...hanya kepadaNya...hanya Dia mampu memberi kita penyelesaian....Setelah masalah selesai..kita kadang-kadang seolah-olah lupa...lupa padaNya...Dia yang telah menyelesaikan masalah kita....setelah masalah kita selesai kita kekadang seolah-olah sombong padaNya....ketahuilah...sebagai hambaNya kita perlu sentiasa ingat padaNya di kala senang mahupun susah...namun betapa Allah itu Agung...biarpun kita lupa dan sombong padaNya..namun Allah tetap menerima kita semula sementelah kita mengingatiNya semula...subhanallah...malah Allah masih mendengar rayuan hambaNya....dan mendengar doa hamba-hambaNya yang pernah melupaiNya...subhanallah...ampunilah dosa-dosa kami Ya Allah...

Letih dan penat adalah lumrah hidup manusia....pasti dirasai oleh setiap manusia yang hidup di dunia yang sementara ini....kerja di pejabat? Ya....kerja di rumah? Ya.... semuanya itu menuntut kita melakukannya lebih-lebih-lebih lagi sebagai wanita yang bekerja...terkejar ke sana ke mari daripada pagi hingga malam....namun sebagai wanita dan isteri solehah semua ini dilakukan tanpa keluh kesah demi mencari redha Allah....
Pernah tak dihati kita sebagai isteri terdetik "penatnya aku..nak buat itu..nak buat ini...semuanya aku buat...tak payah ada laki pun tak apa"....pernah atau tidak  menjadi persoalan...yang penting kefahaman konsep kita sebagai isteri solehah...jika kita betul-betul faham kesolehan seseorang isteri itu terletak kepada sikap dan akhlaknya dan lain-lain lagi...pasti kita lakukan semua tugas-tugas di pejabat dan dirumah dengan ikhlas...biarpun penat...letih sekalipun...kita tetap meneruskan semua tugas-tugas tersebut tanpa keluh kesah...kerana mencari keredhaan Allah...yakinlah pada Allah...Allah telah menjanjikan syurga untuk isteri-isteri solehah....sesungguhnya setiap apa yang kita lakukan kerana Allah semata-mata, kita pasti bertemu dengan dengan ketenangan hati.....dan kebahagiaan yang terhingga hingga tidak terucap oleh kata-kata....ya itulah yang dikatakan syurga dunia..ketenangan dan kebahagiaan hati....

Keikhlasan menuntut pengorbanan. Ya pengorbanan masa dan tenaga kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini...khalifah adalah pemimpin...kita semua adalah pemimpin tidak rasmi di dunia ini....sebagai suami jadilah pemimpin rumahtangga...sebagai isteri juga...peranan pemimpin perlu ada untuk memimpin anak-anak menjadi ahli syurga....kita semua datang daripada syurga...maka sepatutnya kita semua pulang semula ke syurga..tempat asal kita....dan keluarga kita...sebagai pekerja juga tugas memimpin rakan-rakan di pejabat untuk bekerja dengan bersungguh-sungguh...dan  tekun ..ohh...banyaknya peranan kita sebagai khalifah di dunia yang sementara ini....sesungguhnya....masa itu adalah amanah Allah dan kerja itu adalah ibadah yang sangat-sangat perlu kita lakukan demi mencari redha Allah dan bukan penghargaan manusia semata-mata.

Memang lah sangat letih dan penat di dunia ini...tapi kan hanya sementara sahaja...biarlah kita berpenat lelah di dunia namun di akhirat nanti kita nikmati hasil penat lelah kita di dunia ini...dengan syarat kita janganlah berkeluh kesah...lakukanlah dengan ikhlas..seikhlas mungkin semata-mata kerana Allah...untuk menikmati hasil penat lelah kita di dunia ini...jika terdetik di hati kita kekesalan dan rungutan....hilanglah segala hasil penat lelah kita di dunia...inilah yang dikatakan penat di dunia..di akhirat nanti menanti derita....nauzubillah..
kita tidak mahu menderita di akhirat nanti...kita semua mahu berbahagia di dunia dan diakhirat...jom...lakukanlah amalan-amalan wajib dan sunat..semata-mata kerana Allah...dan jangan berkeluh kesah....

0 comments:

Post a Comment