Pages

Saturday, 28 July 2012

Ujian Kecil


Alhamdulillah..syukur pada-Mu Ya Allah atas  segala nikmat yang sungguh banyak ini...subhanallah...alhamdulillah...allahuakbar...



Alhamdulillah..hari ini merupakan hari ke-8 dan juga merupakan hari sabtu kedua umat Islam di Malaysia menjalani ibadah puasa...dengan cuaca yang sekejap panas dan sekejap sejuk..didoakan kita semua dapat menempuh ramadhan hingga ke akhirnya insyaAllah...

Mengikut aturan-Nya..manusia perlu berusaha untuk mendapatkan sesuatu...dan seterusnya perlu bertawakkal pada-Nya...dan sentiasa berdoa kepada-Nya supaya berjaya dalam apa jua yang kita usahakan..dan yang utamanya perlu dilakukan semata-mata kerana Allah..ikhlas kerana-Nya..

Dalam kehidupan seharian kita sentiasa ada ujian-ujian kecil yang didatangkan daripada Allah...sepertimana yang pernah dialami oleh kita semua..contohnya apabila kita hendak ke pasar membeli barang dapur..baru sedar tiada duit dalam dompet...terpaksalah pergi mencari mesin ATM untuk keluarkan duit...(itupun jika ada huhu..).sementelah ke mesin ATM untuk keluarkan duit...tetiba kad pula rosak..Allahuakbar..itukan ujian kecil daripada-Nya...tidak perlu menyumpah seranah dan bermasam muka..Ingat Allah sentiasa dan sentiasa senyum mengenangkan nikmat-Nya yang banyak...berbanding ujian yang kecil itu..dan bertenanglah ..berfikir dan cari jalan penyelesaian...cubalah ke mesin ATM yang lain..manatahu ada rezeki boleh pula..sebab saya pernah cuba..alhamdulillah..boleh keluarkan duit setelah dicuba di mesin ATM lain...subhanallah...Allah Maha mengetahui..itulah antara ujian-ujian kecil dari-Nya..hadapilah ia dengan sabar dan tenang....

Sentiasa bersyukur dengan nikmat-Nya dan sabar dengan ujian-Nya..insyaAllah hati akan bahagia dan tenang sentiasa..tambah-tambah lagi di bulan puasa yang mulia ini..sudah tentulah perlu menahan sabar dan sifat cepat marah akibat kesan keletihan berpuasa...

Marilah kita berpuasa dengan seikhlas hati berjuang melawan hawa nafsu dan mencapai takwa..insyaAllah..amin..

0 comments:

Post a Comment