Saturday, 1 September 2012
Kembali
Bismillahirrahmanirrahim...dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha mengasihani...Alhamdulillah..syukur padaNya dengan izin-Nya dapat lagi menulis di blog yang telah sekian lama ku tinggalkan....sebabnya...malas...subhanallah... ..ampunilah daku Ya Allah kerana berdosa pada-Mu kerana malas adalah satu dosa....
"Ya Allah, aku berlindung dengan Engkau daripada kelemahan, kemalasan, kekikiran, kegundahan dan azab api neraka"..amin....
Nampaknya masih belum terlambat untukku mengucapkan selamat hari raya kepada semua rakan-rakan sekalian dan semoga kita semoga kita semua di bawah lindungan-Nya dan beoleh keberkatan dan keredhaan-Nya..amin...
MasyaAllah...terima kasih Allah..kerana nikmat-Mu yang tidak terhitung ini...kebahagiaan dan ketenangan yang Engkau berikan...subhanallah....tidak terucap dengan kata-kata...hanya mereka sahaja yang selalu berdamping dengan Allah sahaja yang merasainya...alhamdulillah..semoga ia istiqamah dalam diri ini...insyaAllah....
Semoga kita semua kembali kepada fitrah setelah berhempas pulas melawan hawa nafsu selama sebulan...semoga ibadah puasa kita semua diterima-Nya...insyaAllah...jadi apa kita rasa selepas ramadan...rasa suci seperti bayi ka..bersih daripada segala dosa-dosa...ka..atau rasa tenang sahaja kesan daripada puasa kita tempohari....jika demikian alhamdulillah...kita telah berjaya melalui ujian di madrasah ramadan dengan jayanya dengan membawa sijil TAKWA...ya itu yang kita mahukan....semoga takwa sentiasa tersemat di hati kita sentiasa terkesan ....
Marilah kita berpuasa sunat enam syawal....bukan semata-mata mengharapkan pahala yang Allah sediakan tetapi lakukanlah kerana merasa syukur atas nikmat-Nya yang tidak terhingga...sehingga saat ini kita masih sihat dan bernafas.....bersyukurlah kita di atas bumi Allah yang sementara ini...kelak kita akan menuju ke kampung kita yang kekal abadi iaitu akhirat....sudah bersediakah kita untuk bertemu Allah di kampung akhirat nanti....sudah cukupkah bekalan kita untuk bertemu dengan pencipta kita......terus-terusan lah kita sentiasa bermuhasabah diri...sentiasa mencari kesilapan diri sendiri...sentiasa berhubung dengan Allah....jangan putuskan hubungan kita dengan Allah...kita jaga hak Allah...Allah akan jaga hak kita insyaAllah....
Marilah kita teruskan amalan kita semasa di bulan ramadan dahulu....di mana kita bangun 1/3 malam bertahajud pada-Nya..merintih, merayu pada-Nya...marilah kita terus-terusan melakukannya..semata-mata kerana Allah...semoga beroleh keberkatan dan keredhaan-Nya....Mohon pada Allah supaya direzekikan kita sepasang mata yang sentiasa mengalirkan air mata kerana Allah...menangis kerana Allah...semoga Allah mendengar rintihan kita memakbulkan segala doa kita...
Marilah kita semua sama-sama melakukan amalan puasa sunat...sebolehnya-bolehnya...puasa sunat isnin dan khamis...lakukanlah kerana Allah...walaupun tak mampu untuk puasa nabi daud yang mana puasa nabi daud adalah puasa yang paling Allah suka.....berusahalah untuk melakukannya...hakikatnya diri ini masih tidak ada kekuatan untuk melakukannya...sedang cuba melakukan puasa sunat isnin khamis dahulu...insyaAllah..akan cuba melakukan puasa nabi daud...insyaAllah...semoga istiqamah dan ikhas..kerana Allah...amin...
Subhanallah....Ya Allah..ampunilah daku...aku banyak dosa Ya Allah...ampunilah daku....bantulah aku untuk sentiasa mengingati-Mu selalu....mentaati segala perintah-Mu..memperbaiki amalsolehku ini...amin....amin...Ya rabbal alamin....Masukkanlah kami semua ke syurga firdaus-Mu....tanpa dihisab...amin...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment