Tersentak daripada lamunan.....ahh..rupa-rupanya aku di dunia nyata, dunia ciptaan Allah yang Maha Esa yang penuh dengan tipu daya syaitan...dan dunia ini hanya sementara..ya hanya sementara...yang kekal abadi hanya di akhirat..
Percaya atau tidak, di pengakhiran jangkauan umurku 34 tahun, aku baru mengerti makna kehidupan sebenar, alhamdulillah Allah atas anugerah hidayahMu ini..aku bersyukur. Aku baru mengerti apa tujuan hidup aku selama ini, hidup kita bukan hanya untuk belajar dan dapat ijazah, selepas itu bekerja dan berkahwin dan seterusnya memiliki anak dan membesarkan anak-anak dan menghadapi hari tua sehingga akhir hayat...tapi untuk apa semua itu kita lakukan..untuk apa?untuk apa? Terpana aku seketika...sungguh aku lalai selama ini Allah ampunilah daku...Ya..kita lakukan semua ini semata-mata mencari keredhaan Allah...kesedaran sebagai hamba yang hanya menumpang hidup dibumi milik Allah yang semuanya hak Allah...tiada satu pun kita yang punya...Ya kita hanya hambaNya..yang sentiasa memerlukan pertolonganNya..kita hamba yang lemah lagi hina disisiNya...
Tahun 2011 umurku telah menjengah 35 tahun, alhamdulillah diberikan kesempatan olehNya untuk aku beribadat dan bertaubat menyesali perbuatan-perbuatan dosa-dosa silamku...terlalu banyak dosa hambaMu ini, semoga amal ibadat ku diterimaMu.
Diakui selama hidup ini aku memang alpa dalam beribadat, bukan tidak solat, solat tetap solat namun solat yang bagaimana? solat yang selalu di penghujung waktu dan kualiti solat itu sendiri aku tidak dapat ketenangan daripadanya. Ohhh....sungguh berharganya waktu itu yang aku lewati dengan sia-sia..ampuni daku Ya Allah..Puasa..memangla puasa...tapi puasa yang tidak berkualiti,sesiapa yang melakukan dia sendiri akan merasa ada kualiti atau tidak puasa mereka...diri sendiri la yang akan merasa..
Namun kini alhamdulillah..aku sedang berusaha melawan hawa nafsu untuk lebih kusyuk dalam sembahyang dan mengamalkan puasa-puasa sunat, insyaAllah...Allah bantulah hambaMu dalam bermujahadah melawan hawa nafsu yang rakus ini...tidak dinafikan kadangkala aku tewas dengan hawa nafsuku sendiri..dan aku cuba bangun mecari kekuatan dalam diri, bermunajat padaNya..alhamdulillah..Dia masih ada bersama-sama kita...tidak pernah sekalipun Dia pergi dari sisi kita..cuma kita yang selalu menjauhiNya...
Semoga hidayah ini berkekalan dan aku sentiasa berdoa dan terus berdoa memohon kepadaNya untuk ditambahkan hidayah dan taufik..amin..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment