Assalammualaikum...
Alhamdulillah syukur pada-Mu Ya Allah atas segala rezeki melimpah ruah yang dikurniakan ini...subhanallah....alhamdulillah..Allahuakbar...
Bercakap pasal istiqamah ini....ia adalah perlakuan yang perlu dilakukan secara berterusan sehingga ia menjadi tabiat....tetapi diri ini masih bermujahadah untuk beristiqamah....ya...cukup payah untuk lakukannya.....namun manis sekali andai dapat kita capai....
Seringkali bersembang dengan kakak yang sering datang ke pejabatku ini untuk mengelap meja dan mengambil sampah...pada mulanya kuingat dia seorang muslimah kerana dia bertudung seperti seorang muslimah.....namun selepas sekian lama bersembang dan bertanya kabar...rupa-rupanya dia orang asli dan tiada agama rupa orang asli ini...dan dia menyatakan sebab dia pakai tudung ini kerana arahan majikannya...atas alasan menjaga kebersihan supaya tiada rambut berselerekan...emm...bagus jugakan begitu....dia mula menceritakan latar belakangnya...bagaimana dia akan bangun pukul 4 pagi setiap hari untuk masak makanan tengahari untuk anak-anaknya....dan berkemas untuk pergi kerja....begitulah setiap hari begitu istiqamah sekali...namun sesekali dia juga akan terbangun pukul 3 pagi katanya kerana dia sudah tidak boleh tidur....dia akan bangun dan meneruskan kerjanya didapur...apa yang aku fikirkan..bagaimana kakak ini begitu istiqamah sekali dalam melakukan kerja hariannya...aku cuba merenung diri ini...begitu payah untuk aku beristiqamah...namun kakak ini begitu tegar dalam istiqamahnya....dalam diam-diam aku menyimpan hasrat untuk menjadi seperti kakak itu...ingin bangun awal seawal 3 pagi....tetapi bukan seperti apa yang kakak itu buat...sudah tentulah sebagai seorang muslim..kita disunatkan melakukan solat tahajud pada wak tu tersebut...dan aku juga aku ingin memasak masakan tengahari untuk anak2ku bukan asyik bergantung kepada lauk 'tunjuk' sahaja menjelang tengahari.....
Begitulah kita manusia...sesungguhnya setiap manusia itu ada kehebatan masing-masing dan setiap kebaikan yang ada pada sekeliling kita..perlu kita contohi dan cuba amalkan segala kebaikan yang ada.....walaupun kakak ini kerjanya hanya mencuci bangunan pejabat ini...namun terdapat kehebatan dalam dirinya yang aku kagumi....iaitu bagaimana ia boleh beristiqamah bangun awal dan memasak untuk anak-anaknya...walaupun hari minggu dia tetap bangun awal untuk menyiapkan sarapan untuk anak-anaknya.....aku kagum sekali...kerana aku masih tidak dapat lakukan seperti itu...tapi aku jadikan itu sebagai semangat untuk aku mencontohi kakak tersebut untuk beristiqamah memasak dirumah....supaya anak-anak dapat makan hasil tangan mamanya ini.....serta makanan yang dimakan sudah tentulah bersih dan disertai dengan selawat dalam makanan tersebut...subhanallah.....alhamdulillah...terima kasih Allah kerana menyedarkan aku dan melalui kakak ini aku tahu dan aku perlu mengubah hidup ini supaya istiqamah dalam bangun pagi seawal mungkin untuk bertahajud dan menyediakan hidangan tengahari untuk anak-anakku seterusnya meneruskan kehidupan sebagai pekerja di sektor kerajaan demi mencari redha Allah.....kerana kita adalah hamba-Nya....
Ya Allah...kurniakanlah aku keihklasan...
Ya Allah...kurniakanlah aku istiqamah....
amin....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment