Bismillahirrahmanirrahim....Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
bersyukur ke hadrat Allah kerna izinNya..dpt lagi aku menitip kan serba sedikit peringatan untuk diri sendiri dan pengunjung blog ini...moga2 ada pengikutnya dengan izinNya...insyaAllah...
Seringkali mengingatkan diri supaya tidak berprasangka buruk..namun kadangkala tewas dek syaitan..yang berjaya menerobos memasuki diri ini....namun cepat-cepat beristighfar setelah tersedar akan kesalahan yang dibuat...bukan kah ini di tuntut dalam Islam...maka segerala kamu bertaubat jika membuat dosa..dan berjanjilah tidak akan melakukannya lagi....sama-sama lah kita berdoa supaya berjaya membimbing diri kita sendiri ke jalan yang lurus...yaitu jalan yang diredhai Allah....amin..Ya Allah..bimbinglah kami Ya Allah...jangan Kau biarkan kami lalai daripada mengingatiMU walaupun sesaat Ya Allah.....
Merujuk diri kita sendiri...renunglah apa yang telah kita lakukan selama ini...adakah kita berada di landasan yang benar...jalan yang benar.. mengikut syariat yang benar..? Memohonlah kepadaNya supaya kita di jalan yang lurus...jalan yang telah diberi kepada mereke-mereka yang terdahulu..bukan jalan-jalan orang yang dimurkai....Doa adalah senjata orang mukmin..maka berdoalah..disamping berusaha menjadikan diri kita seorang mukmin yang sejati....insyaAllah dengan izinNya...
Menjadi baik bukanlah susah.....jadilah kita seorang hambaNya ..yang bertakwa dan sentiasa mengingati Allah sentiasa...jadikan rukun Islam sebagai pedoman hidup kita...pertama..mengucap dua kalimah shahadah...cuba amati kalimat suci ini..hayati maknanya....iaitu..
"AKU NAIK SAKSI BAHAWA TIADA TUHAN YANG WAJIB DISEMBAH MELAINKAN ALLAH DAN AKU NAIK SAKSI BAHAWA NABI MUHAMMAD SAW ITU PESURUH ALLAH"....
Rukun islam yang kedua...ialah "MENUNAIKAN SOLAT LIMA WAKTU SEHARI SEMALAM"...
iaitu Solat subuh dua rakaat..,Solat Zuhur 4 rakaat,Solat Asar 4 rakaat, Solat Maghrib 3 rakaat dan solat isyak 4 rakaat...dan hayati makna dalam solat..,(sedang saya usahakan dan amalkan..insyaAllah)..,
Rukun Islam ketiga ialah "BERPUASA DALAM BULAN RAMADAN"...
Rukun Islam ke empat ialah "MENUNAIKAN ZAKAT"......Ada d ua jenis zakat yang perlu kita lakukan iaitu zakat harta dan zakat fitrah..
Firman Allah dalam surah An-Nur ayat 56: beerti: Dan tunaikanlah solat dan keluarkanlah zakat...
Rukun Islam yang kelima pula ialah "MENUNAIKAN FRDHU HAJI KE MEKAH"...marilah sama-sama kita berdoa supaya dijemput oleh Allah untuk menjadi tetamuNya...insyaAllah.....dengan kelemahan diri ini...saya juga baru mula berdoa...untuk kesana..walaupun ketidakcukupan duit lagi..namun tanamlah azam dan marilah kita sama-sama berdoa untuk mencapai impian ke sana..insyaAllah..
Untuk mendapat ketenangan hidup yang berpanjangan dan mendapat keredhaanNya...hendaklah kita menutup aurat..bagi muslimah....tutuplah aurat dengan melabuhkan tudung dengan menutupi dadamu...terdapat dalam Al Quran...ini untuk peringatan diri sendiri...Ya Allah..bimbinglah aku ..tetaplah pegangan ku untuk menutup auratku walau di mana sahaja aku berada...semoga aku menutup aurat mengikut syariat yang betul...insyaAllah...jangankan Kau pesongkan hatiku ini setelah Kau beri petunjuk..Ya Allah....amin...
....yang baik itu adalah daripada Allah..dan tidak baik itu...adalah daripada diri yang lemah ini....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment