Pages

Wednesday, 21 September 2011

Nikmat kehidupan...laluan hidupku..

Bismillahhirrahminirrahim...Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Mohon keizinanMu Ya Allah, untukku menitipkan sedikit peringatan untuk diri sendiri dan sahabat-sahabat iaitu sesiapa sahaja yang membaca blog ini.
Dengan izinMu Ya Allah, dengan ilhamMu Ya Allah, semoga tajuk ini dapat menjadikan ilmu yang bermanfaat kepada sesiapa sahaja yang membacanya...

Nikmat kehidupan....bersyukurlah..kita dengan nikmat yang Allah berikan kepada kita pada hari ini..dengan nikmat mata,telinga ,mulut dan terutamanya nikmat boleh bernafas..alhamdulillah... dengan nikmat kesihatan yang baik ini dapat kita mencari ilmu,melakukan aktiviti harian seperti biasa dan yang lebih penting sekali kita dapat melakukan amal ibadat sepenuh hati kepada Pencipta kita sebagai tanda penghambaan kita kepadaNya..
Alhamdulillah..seperti kehidupan insan-insan lain...perjalanan hidup kita adalah tidak sama ..ada yang lancar..ada yang terpaksa menempuh onak dan duri...ada yang bahagia..ada yang sedih...namun semua itu mempunyai tujuan yang satu...iaitu mencari keredhaan Allah.
Izinkanku selitkan sedikit cerita kehidupan...perjalanan hidupku sejak daripada kecil , alhamdulillah sangat lancar, sungguhpun kehidupan kami sekeluarga tidak la se 'senang' hari ini.Alhamdulillah syukur atas nikmatMu Ya Allah...
Masihku ingat..ayah dan mak memerah keringat mencari sesuap nasi untuk kami sekeluarga...namun semua itu tidak melunturkan semangat ayah untuk melihat kami berjaya dalam pelajaran.
Ketika aku darjah empat ayah telah mendaftarkan tuisyen untukku...aku suka sangat...walaupun tempat ku tuisyen itu jauh dari rumah...untuk ke sana aku perlu menaiki bas...itu pun aku sanggup tempuh...
alhamdulillah berkat kesungguhan dan kesabaran mak dan ayah, aku telah berjaya mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR.Alahamdulillah...untuk berjaya seperti ini...bukan mudah...aku perlu belajar bersungguh-sungguh dengan melakukan latih tubi setiap hari siang dan malam sebab aku bukan dikategorikan pelajar yang genius...
Guru tuisyen ku sungguh terkejut dengn keputusan UPSR ku ini....katanya aku adalah pelajar yang agak lembab, namun siapakan yang boleh melawan kehendak Allah...di mana Allah telah menyatakan hendaklah kamu berusaha dan bertawakkal kepadaKu...maka akan Aku akan memakbulkan segala permintaan hamba-hambaKu...Inilah nikmat kehidupan yang Allah berikan kepada kita....rezki yang dikurniakanNya...terlalu banyak....Syukur padaMu Ya Allah....
Masih ku ingat lagi di lipatan memoriku ..sebelum peperiksaan UPSR bermula...aku telah melakukan sembahyang hajat memohon doa kepadaNya supaya aku mendapat 5A...alhamdulillah...Allah telah mendengar doa hambanya yang lemah ini...Ya Allah syukur atas nikmatMu ini....bukan sahaja sebelum peperiksaan tetapi aku juga telah mengerjakan sembahyang hajat ini selepas peperiksaan juga dengan meminta pemeriksa kertas soalan di lembutkan hati semasa memberi markah...terutama untuk karangan la...sebab kalau objektif memangla....tidak dapat ditolong lagi....alhamdulillah....syukur padaMu Ya Allah atas kurniaan rezki kejayaan ini....alhamdulillah....begitulah nikmatnya kehidupan kerana Mu Ya Allah....Pemberi nikmat....
Pada masa dan ketika ini...aku masih mentah..tidak tahu erti nikmat hidup...apatah lagi tujuan hidup...apa yang aku tahu..aku perlu belajar ..belajar dan terus belajar sehingga ke universiti...selepas itu...mencari pekerjaan..dan seterusnya berkahwin....hanya itu sahaja...matlamat kehidupan ketika ini...

bersambung utk next entry....

0 comments:

Post a Comment