Assalammualaikum WBT..
Syukur ya Allah atas segala kurniaan nikmatMu yang tidak terhitung..unlimited..
Pesta Buku Antarabangsa datang lagi...hati ini teringin sangat hendak pergi....banyak sangat buku yang hendak dibeli ini..semoga tercapailah hendaknya....
Antaranya : 1) Cinta Kerana Allah : Ust pahrol (telaga biru)-rm30
2) Bukan sekadar resepi : Roza Roslan (galeri ilmu)-
3) Bersyukur saat diuji : prof kamil (galeri ilmu)
4) Travelog kehidupan Abadi : Roza Roslan (pts)-
5) Langit Ilahi : Tuhan tidak dilupakan : Hilal Asyraf (galeri ilmu)-rm21
6) Langit Ilahi2: Kembara Hamba Mencari Cahaya :Hilal Asyraf (galeri ilmu)-rm23
7) Langit Ilahi3:Fanzuru(Maka lihatlah) : Hilal Asyraf (galeri ilmu)-rm24
Sebenarnya banyak lagi buku-buku yang ingin di beli..itupun belum ke sana lagi...nanti bila tiba di sana macam-macam buku lagi yang diteringinkan hehehe..hantu buku katakan..namun semua itu bergantung kepada kewangan..huhu
Sunday, 29 April 2012
Tuesday, 24 April 2012
Kurniaan Ilahi....
Alhamdulillah..berkesempatan lagi menukilkan bingkisan hatiku buat tatapan pengunjung blog ini...
Terlalu banyak kurniaan Ilahi buat kita hamba-hambaNya yang lemah ini...terasa kurang bersyukur diri ini terhadap segala kurniaan nikmat Ilahi...ampunilah daku Ya Allah...
Terasa diri ini masih ada kekurangan.....kenapa tiada tangan-tangan yang membantu diri ini? Apabila muhasabah diri...ya ini kerana diri ini kurang memberi bantuan kepada orang lain..itulah metafora yang dapat kita lihat...kurang memberi..maka kurang menerima...banyak memberi..banyaklah menerima...dalam membantu meringankan bebanan orang lain juga...akan reflek kepada diri kita juga.....di mana jika banyak memberi bantuan meringankan bebanan orang lain...dengan sendirinya kerja kita akan menjadi senang dan lancar...lihatlah bagaimana hukum alam yang diatur oleh-Nya...subhanallah...kalau kita fahami hukum alam sebenar-benarnya....insyaAllah bahagia sentiasa hati kita..tiada keluhan..tiada hasad dengki..tiada umpatan...tiada rasa benci dan menyampah.....begitu indah aturan kehidupan ini seandainya kita bijak memikirkan dan mengaplikasikannya....
Begitulah kehidupanku...kehidupan seharian terpaksa dilakukan semuanya sendiri walaupun terlalu banyak tangan-tangan lain...namun tiada hati untuk menghulurkan bantuan .....semua itu kerana diri ini kurang membantu orang lain agaknya...maka diri ini tidak di bantu....daripada bangun pagi hari menyiapkan anak-anak kesekolah...menyediakan sarapan..mengemas rumah...menghantar anak-anak kesekolah dan terus ke pejabat untuk melakukan ibadah umum sebagai hamba Allah...apabila tengah hari menjengah..berkejar-kejar membeli nasi untuk diberi makan kepada anak-anak...yang merupakan amanah Allah...selepas membeli makanan terus memecut kereta mengambil anak-anak daripada sekolah dan menyiapkan dengan makanan tengahari seterusnya bersiap untuk ke Sekolah Rendah Agama...alhamdulillah semua ini dilakukan kerana Allah semata-mata...Ya Allah berilah aku kekuatan untuk melakukan semua ini semata-mata ikhlas kerana-Mu Ya Allah...
Apabila petang menjengah...selepas bekerja seharian di pejabat yang menuntut keikhlasan bekerja juga kerana Allah semata-mata...bukan kerana bos...terus pulang kerumah tetapi sebelum itu mengambil anak-anak di SRA surau dekat rumah sahaja dan melayan karenah anak2..nak ke kedailah nak beli itu dan ini...dan atas kesedaran rezeki yang Allah beri ini untuk anak-anak....layanilah sahaja mereka selagi mampu ..setakat ais kerim sahaja yang selalu di minta mereka....demi membahagiakan hati anak-anak....
Pulang ke rumah terus ke dapur...untuk memasak makan malam...perlu awal sebab anak-anak perlu makan awal kerana kelas tuisyen bermula pukul 8 malam. Maka siapalah lagi hendak lakukan semua ini jika tidak diri sendiri...insyaAllah...hati ini..ikhlaslah..kerana Allah...namun kekadang rasa juga penat dan ketika inilah terlintas perasaan tidak puas hati hasil godaan syaitan laknatullah...cepat-cepat dibuang perasaan tersebut....terus beristighfar..dan berdoa kepada Allah..dan terus melakukan kerja semata-mata kerana Allah...walaupun memanglah sebagai manusia biasa hati kecil ini merintih jua...namun dengan kekuatan dari-Nya...alhamdulillah..semua itu dapat ditangani dengan jayanya...dengan syarat jagalah hak Allah...maka Allah akan menjaga kita..insyaAllah...
Cuma pintaku dari-Mu Ya Allah..semoga aku dapat mengekalkan kebersihan dan disiplin diri, anak-anak dan rumahku kerana -Mu ya Allah..bantulah usaha hamba-Mu ini untuk melakukan semua tugas-tugas seorang isteri dan mama dengan ikhlas kerana-Mu...dan redha-Mu kucari Ya Allah.....semoga aku menjadi manusia yang memberi manfaat kepada manusia yang lain....amin...
Thursday, 19 April 2012
Bersabarlah...wahai diri...
Dalam meniti hari-hari......berbagai-bagai dugaan dan cabaran yang perlu kita tempuhi....dan semasa menghadapi segala cabaran dan dugaan menuntut kita bersabar terhadap semua cabaran dan dugaan ini....
Perlu sentiasa melatih diri bersabar...sentiasa bersabar dalam apa keadaan sekalipun...syaitan sentiasa kreatif menggoda kita melakukan maksiat dengan menjadikan kita seorang yang tidak sabar dan sentiasa mengeluh.
Sebagaimana dalam sabda Nabi SAW bersabda bermaksud " Sabar adalah separuh daripada iman dan keyakinan adalah seluruh keimanan."(riwayat Ath Thabrani dan Al Baihaqi).
Allah menyuruh kita mendalami ilmu-ilmu yang ada di dalam Al-Quran...terdapat banyak ilmu di dalamnya dan menurut hasil bacaan saya daripada beberapa sumber sahih, terdapat 49 ayat dalam Al-Quran menceritakan sifat kesabaran. Antaranya Allah berfirman: Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar. (al-Baqarah:153).
Sebagai orang yang beriman, syukur itu perlu apabila dilimpahi nikmat yang tidak terhingga..namun perlulah bersabar andai ada musibah yang menimpa...bersabarlah dengan bersolatlah kepada-Nya memohon keampunan dan mensyukuri segala nikmat yang diperolehi dan mohon kesabaran agar dapat menempuh segala ujian Allah. Beringatlah sentiasa bahawa ujian musibah daripada Allah adalah bukti Allah masih peduli pada pada kita....ujian Allah menunjukkan Allah sangat sayangkan kita...dan sentiasalah bermunajat pada-Nya sentiasa...dan sentiasa.....semoga Allah menerima segala amalan kita....
Menurut sebuah hadis Nabi SAW bersabda, "Sungguh mengagumkan orang-orang mukmin itu. Tidaklah Allah mentakdirkan baginya sesuatu takdir, melainkan itu adalah sesuatu yang baik baginya. JIka ia mendapat kesenangan, maka ia bersyukur. Adalah itu lebih baik baginya. Dan jika ia dilanda kesusahan, maka ia bersabar. Adalah itu lebih baik baginya."
Ini menunjukkan bahawa sabar itu membuktikan pengakuan seseorang hamba kepada Pencipta kita bahawa musibah yang berlaku adalah datang daripada Allah dan ia menerimanya dengan penuh ketabahan dan berharap akan redha Allah dan pahala yang ada disisi-Nya. Sehubungan itu, Allah juga berfirman dalam surah Az-Zumar ayat 10 iaitu " ......Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira".
Maka dengan itu, tidak tertarikkah kita pada ganjaran pahala yang Allah janjikan pada hamba-hamba-Nya yang bersabar....untuk bersabar memerlukan mujahadah...iaitu melawan hawa nafsu...sekiranya terlintas di hati kita terhadap kesan amarah pada seseorang..cepat-cepat lawan perasaan tersebut dengan beristighfar...jangan dbiarkan ia menguasai kita..kerana ia akan menjadi lebih teruk dan menguasai diri kita...tika ini syaitan akan berduyun-duyun menguasai kita dan terjadi perkara-perkara yang tidak diingini..seperti pergaduhan...nauzubillah...mohon pada Allah dijauhkan .......sentiasa beristghfar dan memikirkan kebaikan mereka terhadap kita jika hadir perasaan marah atau tidak puas hati terhadap sesuatu perkara....bersabarlah dan selesaikan sesuatu perkara yang berlaku dengan berhikmah....semoga kita semua mendapat rahmat dan dikurniakan kesabaran dalam diri...oleh-Nya...

Wednesday, 18 April 2012
kekuatan hati
Hati atau roh ialah raja dalam diri kita, jika hati kita baik maka baiklah anggota-anggota badan yang lain. Begitu perumpamaannya andai dapat kita ambil ia sebagai misalannya dan fahami akan keadaan diri kita sebenarnya bergantung kepada hati kita.Baiknya hati..baiklah kita...busukmya hati....buruklah perangai kita...
Hati perlu sentiasa waja...walau apa pun yang berlaku hati perlu tetap pendirian...jangan di bolak balik kan hati kita....kerana hati adalah raja dalam diri kita...maka belailah hati kita dan berilah makanan hati yang sewajarnya supaya ia sihat sentiasa bagi menghadapi ujian-ujian Allah...hanya hati sihat dan kuat sahaja yang mampu menghadapinya...bagi hati yang lemah...badan pun akan lemah..bagaimana hendak menghadapi kehidupan di dunia yang serba mencabar ini biarpun hanya sementara?...
Hendaklah hati kita dipenuhi ilmu dan hikmah kerana ia merupakan makanan utama bagi hati kita...ilmu dan hikmah ini umpama makanan untuk tubuh badan kita...apa jadi jika kita tidak makan...pasti lemah longlai tubuh badan kita kan...begitu juga dengan hati kita..perlu di beri makanan ilmu dan hikmah...jika hati kosong tanpa ilmu jadilah kita seperti jasad yang tidak berilmu...sedangkan menuntut ilmu itu adalah wajib dan merupakan satu ibadah...menurut kata imam al-ghazali...:
Menuntut ilmu adalah taqwa.Menyampaikan ilmu adalah ibadah. Mengulang-ulang ilmu adalah zikir dan Mencari ilmu adalah jihad.
Pelajarilah ilmu syariat untuk menunaikan segala perintah Allah SWT dan juga ilmu akhirat yang dapat menjamin keselamatanmu di akhirat nanti.
Apakah makanan tambahan hati ?..Ya dengan menunaikan solat, membaca alquran, zikrullah, tasbih, tahmid, selawat dan menghadiri majlis-majlis ilmu hati akan sentiasa sihat dan bersih serta melihat kebesaran-Nya melalui pemandangan dan mengingati mati....dan sentiasa berdoa kepada-Nya supaya dibersihkan selalu hati kita....seringkali terselit perasaan buruk sangka maka hati kita telah dicemari...maka dengan itu hati perlu diberi santapan rohani bagi mengisi dan memenuhi ruang kosong hati kita....penuhilah dan isilah ia dengan ilmu-ilmu Allah..semoga beroleh keredhaan-Nya...
Hati juga memerlukan pakaian...sebaik-baik pakaian untuk hati kita ialah taqwa dan perlu juga dijauhi sifat-sifat mazmumah aiitu seperti marah, bakhil, pendendam, ujub, riak, sombong takbur dan banyak lagi. Jaga dan semailah hati kita kerana dialah punca kebaikan dan kemaksiatan yang berlaku dalam diri kita.
Marilah kita sama-sama mencari kekuatan hati kita bagi mencegah sifat-sifat mazmumah dalam diri dan serlahkan diri kita dengan sifat-sifat mahmudah sahaja...insyaAllah...
Tuesday, 17 April 2012
Perubahan Diri
Dengan usaha, doa dan tawakkal..maka Allah akan membantu kita mencapai apa yang kita kehendaki...apa yang penting usaha yang kita lakukan dan berdoa bersungguh-sungguh pada-Nya setelah usaha dilakukan..yang penting dilakukan semata-mata kerana Allah...Allah Maha Mengetahui apa yang hamba-Nya kehendaki..maka mohonlah kepada-Nya...hanya dia yang mampu memberi apa yang kita kehendaki...
Dalam melakukan kebaikan memerlukan istiqamah...Ya Allah..ku mohon diberikan istiqamah dan keikhlasan dalam melakukan ibadah kepada-Mu...perkenankanlah permohonan hamba-Mu yang lemah ini...ku mohon dijauhkan peraasan malas dan lemah ya Allah...semoga aku dapat memberi maanfaat kepada manusia yang lain Ya Allah..bantulah hamba-Mu ini Ya Allah...ku mohon keampunan-Mu....
Sunday, 15 April 2012
kesedaran diri
Nikmat yang manusia seringkali terlupa ialah masa lapang dan tubuh badan yan sihat....Pernah atau tidak kita merasakan terlalu banyak masa..dan kebiasaannya tidak cukup masa...cuba kita renung sedalam-dalamnya...mengapa jadi begini? Adakah kita sudah pandai agihkan masa kita lantaran itu kita merasakan masa kita melebih-lebih pula...ataupun kita tidak melakukan kerja-kerja utama seperti sebelum ini ataupun ini adalah hakikat yang Allah telah rezkikan nikmat masa untuk kita..ataupun semua ini hanya kebetulan...tiada kebetulan dalam dunia ini..apa yang terjadi adalah atas kehendak-Nya..Dia yang mengatur segala kehidupan hidupan-hidupan di dunia ini....siapalah kita untuk menentukan perjalanan hidup ini...semuanya adalah ketentuan-Nya jua...
Sentiasa ingat Allah lah segala-galanya dalam hidup kita...apa yang kita lakukan semuanya adalah kerana-Nya...hatta azam untuk menguruskan badan pun sebenarnya menuntut kita untuk lakukannya kerana-Nya...atau lebih tepat lagi..apa yang kita lakukan di dunia ini...hendaklah di lakukan agar kita hampir sehampir-hampirnya dengan Pencipta kita...apa isu kuruskan badan dan ingatkan Allah...ya...mestilah ada kaitan...apabila kita berazam hendak menguruskan badan...apa yang memula sekali terfikir..ialah hendak kurangkan makan...untuk mengurangkan makan kenalah bermujahadah..melawan hawa nafsu makan..dan ini menuntut kita memohon pada-Nya supaya beristiqamah dalam melawan hawa nafsu...sesungguhnya nafsu makan memang agak sukar untuk menangani kalau bukan dengan azam dan hati yang waja dan semua ini atas pertolongan-Nya jua....dalam hal ini juga seiring dengan firman Allah dalam surah al 'Araf : ayat 31 "Makan dan minumlah kamu, tetapi jangan berlebihan".
Dalam agama kita iaitu Islam ini juga mengambil berat apa yang masuk ke mulut kita samada halal atau haram. Ini kerana apa yang masuk ke perut kita akan menjadi darah daging kita...maka seharusnya kita behati-hati dengan apa yang kita makan. Sesungguhnya Allah telah mengingatkan kita di dalam firmannya dalam surah al-baqarah ayat 172 bermaksud " Wahai orang-orang beriman, makanlah makanan halal yang kami kurniakan kepada kamu". Dan Allah juga mengingatkan kita melalui Rasul dalam surah al-mukminin ayat 51 di mana membawa maksud " Wahai sekalian rasul, makanlah daripada makanan yang baik(halal) dan lakukanlah amalan soleh".
Sehubungan itu, kita juga perlu tahu sumber pendapatan kita adakah halal atau haram?...Ya..semua berpendapat hasil kerja seharian kita dan mendapat gaji bulanan sudah tentulah halal bukan?..namun pernah atau tidak kita terfikir akan kerja seharian kita itu adakah dilakukan dengan sepenuh hati atau dengan perasaan malas....kalau malas bekerja dan selalu curi tulang, maka pendapatan bulanan yang kita perolehi itu masih halal atau tidak?..Ya..sudah tentulah hasil itu sudah jadi haram..malah kita telah membeli makanan dan pakaian untuk anak-anak kita dan makanan yang dimakan oleh anak-anak , suami dan isteri kita adalah daripada sumber yang haram dan menjadi darah daging, apakah kesannya dalam kehidupan seharian kita nanti?...subhanallah..mohonlah pada Allah untuk dijauhi daripada semua ini..dan semoga hasil pendapatan kita sentiasa diberkati Allah dan halal sentiasa hendaknya....semoga kita semua tergolong dalam golongan yang mendapat kerahmatan-Nya dan keberkatan-Nya....

Thursday, 12 April 2012
Antara Jemu, Malas, Bersemangat, Lemah...
Kehidupan manusia berbeza-beza...ada yang sentiasa aktif dan bersemangat untuk bekerja..ada yang malas...ada yang sudah jemu lantaran sudah bekerja di tempat yang sama sekian lama...ada yang lemah longlai tidak bersemangat....ini semua alasan dalam kehidupan kita....
Acapkali setiap pagi pertama sekali apa yang pertama kali yang disebut ketika bangun tidur?..Ya...alhamdulillahil ladzi ahyana ba’da ma amatana wailaihin nusyur....Artinya : Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit...
Subahanallah...betapa sayangnya Allah kepada kita....sentiasa menrezkikan kita kehidupan kepada kita...namun perasaan malas,jemu, lemah hadir juga dalam diri...berbagai-bagai perkara dilakukan untuk mengatasi semua perasaan ini....cuba memotivasikan diri sendiri...kekadang tewas juga dek hasutan syaitan...Ya Allah...aku masih lemah...lemah melawan hawa nafsu ku sendiri...masih tewas dengan hasutan syaitan...masih malas dalam melakukan kerja seharian....
Kadangkala cuba memotivasikan diri kita dengan mengatakan kepada diri sendiri...masa itu amanah Allah...kerja itu ibadah...namun tidak berjaya menghadirkan kerajinan dalam diri..ini tandanya iman kita masih lemah....masih lemah....ya Allah...bantulah hamba-hamba-Mu ini dalam meningkatkan keimanan kami terhadap-Mu....agar sentiasa beribadah kepada kepada-Mu...ibadah khusus dan ibadah umum....biasanya ibadah umum yang sering dilalaikan......tidak melakukan kerja dengan bersungguh-sungguh...malas...dengan alasan sudah jemu bekerja sebab dah lama kat sini...rasanya kena beralih angin...itu cuma alasan kita dalam bekerja...di sebabkan perasaan malas bekerja yang mencengkam dalam diri....
Satu sahaja caranya iaitu dengan bermujahadah....perlu lawan hawa nafsu..perlu lawan dengan diri sendiri...paksa diri kita untuk bekerja dengan bersungguh-sungguh..katakan pada diri...'aku kerja kerana Allah semata-mata...semata-mata mencari keredhaan Allah'......tiada jalan singkat untuk menjadi rajin....perlu sentiasa bermujahadah...melawan hawa nafsu untuk menjadi rajin dan bersemangat....perlu ingat itu....sangat pahit dalam bermujahdah...namun akan manis akhirnya...percayalah...dan lakukan dengan ikhlas....semata-mata kerana Allah....bukan untuk dapatkan penghargaan daripada majikan....dan sentiasa amalkan doa ini yang bermaksud : -
"Ya Allah, Aku memohon perlindungan dengan-Mu daripada keresahan dan kedukaan, dan aku memohon perlindungan dengan-Mu daripada kelemahan dan kemalasan dan aku memohon perlindungan dengan-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil, dan aku memohon perlindungan dengan-Mu daripada tekanan hutang..."
Dan sebenarnya semua ini ditujukan untuk diri sendiri...yang seringkali tewas dengan hasutan syaitan dan seringkali perasaan malas lemah da jemu hadir dalam diri ini...dalam terjadilah pergolakan dalam diri melawan hawa nafsu sendiri...kadangakala menang...kadangkala tewas...masih lemah iman ini...ya Allah ampuni kami ya Allah....semoga beroleh keredhaan-Nya....

Ujian sakit
Allah menciptakan manusia ada sebabnya....kita diciptakan Allah ada sebabnya..maka dengan sebab-sebab itu menuntut kita menyembah-Nya..sujud pada-Nya...mengakui kewujudan-Nya...
Kadangkala kita diberi ujian sakit....maka dengan tenaga yang masih ada..kehidupan perlu diteruskan..anak-anak perlu kesekolah..maka anak-anak dikejutkan dan bersiap dan dihantar ke sekolah walaupun kesihatan tidak mengizinkan namun kerana anak-anak yang merupakan amanah Allah..dapat jua di laksanakan kerja-kerja dengan ikhlas semata-mata untuk mendapat redha-Nya....Allah itu sangat-sangat memahami akan keadaan hamba-hamba-Nya...diberikan ujian sakit..namun diberinya kenikmatan lain iaitu memberi kesenangan kemudahan kehidupan iaitu anak-anak mudah bangun dan bersiap ke sekolah dengan teratur tanpa ada halangan..subhanallah....adilnya Allah...Dia berikan kita sakit..namun diberikan nikmat yang lain....
Sentiasa ingat Allah sentiasa ada bersama-sama kita di kala sakit, susah senang, bahagia, derita dan miskin serta kaya. Sebagai hamba-Nya hendaklah kita patuh kepada suruhan-Nya...semasa kita sakit Allah menyuruh malaikat mengambil nikmat kesihatan kita dan mengambil sekali dosa kita....namun apabila kembali sihat Allah menyuruh malaikat memulangkan nikmat kesihatan kepada kita tetapi dosa tidak dipulangkan...subhanallah...syukur pada-Mu....jangan biarkan kami lalai dalam mengharungi kehidupan kami ini Ya Allah....Ampuni kami Ya Allah....

Cabaran dalam kehidupan....
Assalammualaikum WBT....
Hari ini merupakan cuti umum bagi Pertabalan Agung..jadi dapatlah dititipkan sedikit renungan dan ingatan untuk diri ini dan kita masing-masing yang memang menjadi lumrah hidup manusia yang sering lupa....maka dengan itu perlu sering diingatkan...selalu agar tidak tersasar daripada landasan.....kehidupan....
Pastinya kita semua tidak dapat lari daripada menghadapi cabaran dalam kehidupan...cabaran dan rintangan yang mendatangi kita adalah ujian semata-mata daripada Allah....sentiasa ingat bahawa walau apa cabaran yang datang tempuhilah dengan sabar dan sentiasa muhasabah diri daripada cabaran yang kita hadapi...kerana setiap apa yang berlaku dalam hidup kita seharian pasti ada sebabnya...gunakan akal yang waras yang dikurniakan Allah untuk berfikir dan merenung hikmat disebalik setiap cabaran yang ditempuhi....kekadang Allah datang cabaran dan rintangan dalam hidup kita adalah untuk menguji sejauh mana keimanan kita terhadapNya.....kekadang cabaran yang kita lalui adalah menuntut kita untuk bersabar dan sentiasa mengingati-Nya di kala susah dan senang...kekadang jika di fikir sedalam-dalamnya ia merupakan balasan ke atas perbuatan kita yang telah lalu....fikirlah...setiap kejadian ada sebabnya...kekadang menyuruh kita bermuhasabah diri dan menyedari hakikat kehidupan....dan mematangkan diri kita....
Justeru, belajarlah daripada universiti kehidupan kita...tempuhilah perjalanan kehidupan semata-mata mencari keredhaan Allah....sepanjang perjalanan yang kita tempuhi pasti ada halangan dan rintangan, namun berbekalkan kekuatan dan keyakinan terhadap-Nya...dapat lah ditempuhi ranjau sepanjang jalan biarpun pahit...yang pastinya di penghujung perjalanan kehidupan ada manisnya...iaitu syurga...ya...tujuan perjalanan hidup kita adalah menuju syurga...yang abadi....untuk mendapat syurga perlu dapat keredhaan Allah terlebih dahulu...dan apabila Allah redha maka dapatlah dinikmati syurga yang diberikan kepada mereka-mereka yang mendapat keredhaan-Nya....
Demi cinta Ilahi , perjalanan kehidupan yang pahit akan dirasa manis sentiasa...kerana apa lah sangat yang ada pada kehidupan di dunia yang sementara ini...namun kehidupan di dunia jangan di abaikan...kerana kehidupan di dunia ini perlu ada kebaikan untuk mendapat kebaikan di akhirat nanti....tanaman dan buah yang baik dan segar akan dapat dituai di akhirat nanti..itulah perumpamaan dunia adalah ladang untuk kita bercucuk tanam dan akhirat adalah masa untuk kita dapatkan hasil tanaman kita tadi...apa akan berlaku jika ladang kita rosak dan dicemari? bagaimana di akhirat nanti untuk kita menuai hasil ladang kita....begitulah perumpamaan ladang itu adalah amalan-amalan kita semasa di dunia...jika amalan-amalan kita banyak dan baik di dunia...maka di akhirat nanti pasti ada balasan yang baik dan beroleh keredhaan-Nya insyaAllah....
Oleh yang demikian, sama-samalah kita menempu cabaran dan rintangan dalam kehidupan dengan sabar dan tabah demi mencari cinta Ilahi dan redha Allah...mudah-mudahan Allah memberkati kehidupan kita dunia dan akhirat....
Monday, 9 April 2012
Bertahajudlah....
Assalammualaikum...WBT
Dengan izinNya...dapatlah di nukilkan lagi nukilan hasil ilham daripada Allah untuk ku berkongsi ilmu dengan pembaca-pembaca blog bagi yang sudi membacanya....
Solat Tahajjud ialah ibadah yang dilakukan pada waktu malam dan biasa dilakukan pada lewat malam. Solat tahajud merupakan amalan solat sunat yang tertinggi di sisi Allah....jomlah kita amalkan...namun amalkanlah semata-mata kerana Allah..dan istiqamah...
Di sepertiga malam, bangunlah bersujud kepada-Nya tanda kesyukuran kita pada-Nya dan..tika ini juga Allah turun ke langit dunia untuk merapati hamba-hamba-Nya yang berdoa dan memakbulkan doa-doa hamba-Nya...Allah menyuruh hamba-hamba-Nya berdoa tika ini..kerana doa amat mustajab dan diterima Allah...
Terdapat hadis yang direkodkan oleh Thabrani yang mana Uthman bin Abi al-Ash melaporkan Rasulullah berkata : " Sesungguhnya Allah turun ke langit dunia pada setiap malam lalu berkata : Adakah wujud orang yang berdoa supaya aku dapat kabulkannya? Adakah wujud orang yang memohon ampun supaya aku dapat mengmpuninya?"
Ini bermakna setiap saat pada waktu malam diselubungi dengan kasih sayang, rahmat dan keampunan Allah. Betapa kasihnya Allah pada hamba-hamba-Nya....bagaimana kita sebagai manusia menghargai kasih sayang dan rahmat Allah ini? Ya..lakukanlah...bertahajudlah...bermunajatlah...kepada-Nya...mohon keampunan daripada-Nya..sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi maha Penyayang....
Usah jemu menagih rahmatnya kerana Dia tidak pernah menamatkan pemberiaan-Nya....yakinlah janji-Nya....buat baik di balas baik...lakukan ikhlas kerana-Nya....untuk kebaikan dunia dan akhirat...semoga mendapat keberkatan-Nya...
Ayuh..bertahajudlah..bangunlah semua...bermunajat pada-Nya...mengucap kata-kata syukur atas segala nikmat yang tidak terhingga yang tidak pernah henti diberikan oleh-Nya....lakukanlah...berusahalah...beristiqamahlah...insyaAllah....

Wednesday, 4 April 2012
Istiqamahlah....wahai diri...
Dimulai dengan bacaan ayat-ayat Quran setiap hari dalam hidup ...membuatkan permulaan hari yang begitu indah dan menenangkan...alhamdulillah...syukur atas nikmat-Mu ini yang tiada henti...aku selalu tenang apabila aku ingat padamu dan bersalawat ke atas nabi SAW...setenang-tenangnya... Ya Allah tenangnya hati ini...damainya hati ini....jangan biarkan diriku sendiri ya Allah..aku mahu sentiasa bersama-Mu dan berdamping dengan-Mu selalu....ku serahkan diri ku ini pada-Mu...Kau yang berhak ke atas diriku ini...semoga ia istiqamah...
Seringkali aku menitipkan kata-kata di sini hakikat sebenarnya adalah untuk mengingatkan diri ini agar sentiasa istiqamah dalam segala hal dan agar selalu dapat bertahta dihati-Nya...istiqamah ini ialah konsisten atau berterusan...semoga apa yang kita lakukan adalah berterusan dan yang penting diterima-Nya..dan beroleh keberkatan-Nya...sehingga ke penghujung perjalanan hidup kita....
Diri ini diingatkan juga agar istiqamah dalam melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya....selalunya jika dikelilingi ataupun berkumpul ramai-ramai dan bercakap-cakap kadang-kadang terlupa bahawa kita telah berkata sesuatu yang tidak sepatutnya...perkara inilah perlu dielakkan...kekadang diri ini tersasar jua dari landasan ya Allah...ku mohon kea..mpunan-Mu....
Istiqamahlah wahai diri..istiqamah lah dalam melakukan kebaikan dan kewajipan kerana Allah..kerana Allah semata-mata...lakukanlah kerana Allah...Ya Allah berilah kekuatan kepada kami kaum wanita khasnya...supaya diberi hidayah yang berpanjangan untuk menutup aurat mengikut syariat-Mu ya Allah....berilah kekuatan untuk kami beristiqamah melabuhkan tudung menutupi dada kami...memakai baju berlengan panjang ....memakai stokin...melonggarkan baju kami...kami pohon hidayah-Mu ya Allah supaya semua ini berkekalan di hati kami...supaya kami dapat beristiqamah melakukan semua ini dengan hati yang tulus ikhlas semata-mata kerana-Mu ya Allah....
Namun begitu...jika hanya sekadar berjaya menutup aurat tetapi solat fardhu yang wajib di sia-sia kan apa gunanya? Walaupun hidup seribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanya kan...solat fardhu wajib dilakukan walau apapun keadaan kita..hatta terlantar sakit pun wajib menunaikan solat lima waktu ini..ini bagi membukti kan kesyukuran kita pada-Nya.pada pencipta kita...yang Maha Esa...Solat pula jangan lah di lalaikan ...iaitu perlu dilakukan dengan penuh kusyuk dan tawadhuk serta lakukan lah di awal waktu...janganlah melewat-lewatkan sembahyang....dan dalam mengusyukkan dan mengawalkan solat ini pun perlukan istiqamah...bukan hanya sementara sahaja amalan-amalan baik ini dapat dilakukan...semoga ia istiqamah...sentiasa berterusan...dan penting ikhlas kerana-Nya..kerana atas kesyukuran kita pada-Nya....dan semoga amalan soleh kita dapat dilakukan secara berterusan dan diterima-Nya...insyaAllah....
Sabar Itu Indah...
Assalammualaikum...WBT..
Bersyukur padaMu ya Allah atas kurniaan rezeki dan nikmat yang tak pernah henti....
Sabar sememangnya indah pada penghujungnya...biarpun pada awalnya amat pahit untuk ditelan...namun atas mujahadah bersungguh-sungguh demi kerana Allah....alhamdulillah...perasaan marah,dendam,kesal yang tersemat dihati segera hilang kerana kesabaran yang tinggi atas kurniaan Allah kepada hambaNya yang bersyukur...serta tekun mengerjakan suruhan-Nya...
Sabar menanggung ujian Allah adalah sesuatu kemampuan yang perlu di lakukan bagi membuktikan kepatuhan kita terhadap Pencipta kita...Dia yang menjadikan kita dan menghidupkan kita di dunia ini pasti ada sebab dan musababnya....apa yang pasti adalah untuk sujud kepada-Nya tanda kita mengakui keEsaanNya....
Payah...memang amat payah...ini memang diakui...kerana diri ini juga pernah mengalaminya ...ya..payah untuk bersabar....sabar menangani karenah manusia di sekeliling kita ...apatah yang paling dekat dengan kita..seringkali menguji kesabaran diri ini dan kita semua....siapa yang paling dekat dengan kita?..emmm suami/adik/abang/kakak...ya..semua ini menuntut kita untuk bersabar apabila berdepan dengan mereka lebih-lebih lagi yang bernama suami....namun perlu diingat..suami adalah lubang pahala yang paling senang kita perolehi...untuk bersabar dengan karenah mereka perlu melawan perasaan yang negatif dalam diri serta jangan berburuk sangka dengan mereka..dan berilah layanan dengan penuh keikhlasan semata-mata kerana Allah...selalu pesan dalan diri...suami kita adalah lubuk pahala yang paling senang untuk kita....dan ketika inilah menuntut kesabaran yang amat dalam dari hati yang suci murni daripada sang isteri...apa yang pasti kemanisannya dapat kita rasai di hujungnya....kemanisan sabar...pasti indah kepada sesiapa yang pernah merasainya...sememangnya perlu bermujahadah..biarpun pahit seketika..manisnya akan tiba jua akhirnya..
Ibu bapa kita adalah manusia yang perlu kita sanjungi kerana redha Allah terletak pada redha ibu bapa kita...Di akui terdapat segelintir anak-anak yang masih tidak sabar dengan karenah ibu dan bapa mereka..wahai manusia bersabarlah..dengan kedua ibu bapa kamu kerana mereka telah memelihara kamu dari dalam perut hingga ke besar panjang dengan penuh kesabaran... ingat sentiasa ibu bapa kita merupakan lubuk pahala untuk kita semua...sejahat manapun mereka namun mereka tetap ibu bapa kita...hormati dan sayangilah mereka kerana Allah....untuk keredhaan-Nya....
Sentiasa ingat bahawa kita juga bakal menjadi ibu dan bapa kepada anak-anak kita kelak....ya...anak-anak merupakan amanah Allah...maka bersabarlah menghadapi karenah anak-anak....perangai anak berbagai-bagai...tanganilah dengan penuh kesabaran kerana Allah....didiklah dan ajarkanlah anak-anak dengan ilmu dunia dan akhirat....semoga anak-anak kita menjadi ahli syurga kerana asal mereka dan kita semua adalah syurga dan semoga kita semua dapat pulang semula kampung halaman kita yang abadi iaitu syurga.... untuk ke syurga kenalah bersabar dengan ujian-ujian Allah untuk hamba-hamba-Nya kerana kasih dan sayang-Nya jua...untuk menguji sejauh mana iman dan takwa kita kepada-Nya....
Sanggup menempuh segala ranjau dan onak duri kehidupan dengan bersabar segala ujian yang kita hadapi ini ialah hadiah yang paling bermakna untuk diri kita sendiri...betapa dengan kesabaran yang kita lakukan telah membuktikan bahawa tahap keimanan dan ketakwaan kita kepada-Nya...moga-moga beroleh keredhaan-Nya....Allah sentiasa bersama-sama orang sabar..sentiasa ingat itu...segala masalah yang mendatang dalam hidup kita ini hadapilah ia dengan tenang dan berserah hanya pada-Nya...mohon pada-Nya sahaja....usah menceritakan keburukan dan kekurangan kita kepada orang lain....berceritalah hanya pada-Nya...berserahlah hanya pada-Nya....kerana hanya Dia sahaja yang mengerti apa kehendak kita kerana Dia yang mencipta kita...maka Dia tahu apa yang baik dan apa yang tidak baik untuk hamba-hamba-Nya....
Namun..sabar bukan pasarah iaitu menyerahkan kepada takdir semata-mata...sabar ialah kematangan diri kita..bagaimana ia membuatkan kita berfikir secara hikmah dan bertindak dengan berhati-hati dengan pertolongan Allah bagi menyelesaikan sesuatu masalah...diam juga bukan beerti takut...namun diam itu menghormati dan menjaga adab..bukankah diam itu lebih baik daripada berkata-kata?...Ya adakalanya terlalu banyak bercakap kekadang menyebabkan bercakap entah apa-apa...dan lebih buruk lagi bercakap menyebabkan orang lain berasa hati....nauzubillah....
Nabi SAW bersabda : “Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh,ialah diam dan baik perangai.”
(Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim).
Sabar dalam beribadah juga adalah perlu iaitu sabar dalam memohon doa kepada Allah...andai ada doa yang masih tidak dimakbulkan Allah...sesungguhnya menuntut kita supaya bersabar dan terus-terusan berdoa dan jangan berputus asa..kerana Allah hanya akan memberi yang terbaik untuk hamba-hamba Nya kerana Dia maha Pengasih lagi Penyayang...sentiasa ingat itu...
Menurut Hadis : Sabda Rasulullah SAW bermaksud : " Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut " - Diriwayatkan oleh al-Hakim.
Ujian adalah seiringan dengan perjuangan hidup kita dan memerlukan bekalan iman, sabar dan istiaqamah dan ia dijadikan oleh Tuhan untuk mengukur tahap keimanan seseorang itu kepada Allah dan seluruh ajaran-Nya adakah benar-benar diikuti oleh perlakuan dan tindakan atau hanya terhenti setakan di mulut sahaja. Sebagai hamba-Nya kita sentiasa diuji dengan lima perkara iaitu sikap dengki mendengki antara sedara seagama, mendapat kebencian daripada orang munafik, sentiasa diperangi oleh orang kafir, bisikan syaitan yang sentiasa menyesatkan serta penangan hawa nafsu yang sentiasa menggoncang keimanan kita.
Keluh kesah adalah berlawanan daripada sifat sabar, dan ia merupakan sifat yang amat dilarang oleh agama kerana ia boleh melemahkan semangat dan membuatkan perasaan seseorang itu merasa kecewa dan berputus asa sedangkan Allah telah berfirman dengan maksudnya "”Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.” (al-Insyirah:6).
Ujian dan masalah yang mendatangi kita dalam kehidupan seharian mematangkan kita kerana pengalaman dalam menyelesaikan masalah adalah guru terbaik dalam menjamin kejayaan dalam kehidupan...
Maka belajarlah bersabar dalam menempuh segala ujian Allah dimuka bumi ini...lakukanlah secara perlahan-lahan dan istiqamah di samping berdoa memohon pertolongan daripada-Nya..supaya kita di kurniakan kesabaran dan istiqamah......insyaAllah

Subscribe to:
Posts (Atom)