Pages

Wednesday, 4 April 2012

Istiqamahlah....wahai diri...


Dimulai dengan bacaan ayat-ayat Quran setiap hari dalam hidup ...membuatkan permulaan hari yang begitu indah dan menenangkan...alhamdulillah...syukur atas nikmat-Mu ini yang tiada henti...aku selalu tenang apabila aku ingat padamu dan bersalawat ke atas nabi SAW...setenang-tenangnya... Ya Allah tenangnya hati ini...damainya hati ini....jangan biarkan diriku sendiri ya Allah..aku mahu sentiasa bersama-Mu dan berdamping dengan-Mu selalu....ku serahkan diri ku ini pada-Mu...Kau yang berhak ke atas diriku ini...semoga ia istiqamah...

Seringkali aku menitipkan kata-kata di sini hakikat sebenarnya adalah untuk mengingatkan diri ini agar sentiasa istiqamah dalam segala hal dan agar selalu dapat bertahta dihati-Nya...istiqamah ini ialah konsisten atau berterusan...semoga apa yang kita lakukan adalah berterusan dan yang penting diterima-Nya..dan beroleh keberkatan-Nya...sehingga ke penghujung perjalanan hidup kita....

Diri ini diingatkan juga agar istiqamah dalam melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya....selalunya jika dikelilingi ataupun berkumpul ramai-ramai dan bercakap-cakap kadang-kadang terlupa bahawa kita telah berkata sesuatu yang tidak sepatutnya...perkara inilah perlu dielakkan...kekadang diri ini tersasar jua dari landasan ya Allah...ku mohon kea..mpunan-Mu....

Istiqamahlah wahai diri..istiqamah lah dalam melakukan kebaikan dan kewajipan kerana Allah..kerana Allah semata-mata...lakukanlah kerana Allah...Ya Allah berilah kekuatan kepada kami kaum wanita khasnya...supaya diberi hidayah yang berpanjangan untuk menutup aurat mengikut syariat-Mu ya Allah....berilah kekuatan untuk kami beristiqamah melabuhkan tudung menutupi dada kami...memakai baju berlengan panjang ....memakai stokin...melonggarkan baju kami...kami pohon hidayah-Mu ya Allah supaya semua ini berkekalan di hati kami...supaya kami dapat beristiqamah melakukan semua ini dengan hati yang tulus ikhlas semata-mata kerana-Mu ya Allah.... 

Namun begitu...jika hanya sekadar berjaya menutup aurat tetapi solat fardhu yang wajib di sia-sia kan apa gunanya? Walaupun hidup seribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanya kan...solat fardhu wajib dilakukan  walau apapun keadaan kita..hatta terlantar sakit pun wajib menunaikan solat lima waktu ini..ini bagi membukti kan kesyukuran kita pada-Nya.pada pencipta kita...yang Maha Esa...Solat pula  jangan lah di lalaikan ...iaitu perlu dilakukan dengan penuh kusyuk dan tawadhuk serta lakukan lah di awal waktu...janganlah melewat-lewatkan sembahyang....dan dalam mengusyukkan dan mengawalkan solat ini pun perlukan istiqamah...bukan hanya sementara sahaja amalan-amalan baik ini dapat dilakukan...semoga ia istiqamah...sentiasa berterusan...dan penting ikhlas kerana-Nya..kerana atas kesyukuran kita pada-Nya....dan semoga amalan soleh kita dapat dilakukan secara berterusan dan diterima-Nya...insyaAllah....


0 comments:

Post a Comment