Tuesday, 24 April 2012
Kurniaan Ilahi....
Alhamdulillah..berkesempatan lagi menukilkan bingkisan hatiku buat tatapan pengunjung blog ini...
Terlalu banyak kurniaan Ilahi buat kita hamba-hambaNya yang lemah ini...terasa kurang bersyukur diri ini terhadap segala kurniaan nikmat Ilahi...ampunilah daku Ya Allah...
Terasa diri ini masih ada kekurangan.....kenapa tiada tangan-tangan yang membantu diri ini? Apabila muhasabah diri...ya ini kerana diri ini kurang memberi bantuan kepada orang lain..itulah metafora yang dapat kita lihat...kurang memberi..maka kurang menerima...banyak memberi..banyaklah menerima...dalam membantu meringankan bebanan orang lain juga...akan reflek kepada diri kita juga.....di mana jika banyak memberi bantuan meringankan bebanan orang lain...dengan sendirinya kerja kita akan menjadi senang dan lancar...lihatlah bagaimana hukum alam yang diatur oleh-Nya...subhanallah...kalau kita fahami hukum alam sebenar-benarnya....insyaAllah bahagia sentiasa hati kita..tiada keluhan..tiada hasad dengki..tiada umpatan...tiada rasa benci dan menyampah.....begitu indah aturan kehidupan ini seandainya kita bijak memikirkan dan mengaplikasikannya....
Begitulah kehidupanku...kehidupan seharian terpaksa dilakukan semuanya sendiri walaupun terlalu banyak tangan-tangan lain...namun tiada hati untuk menghulurkan bantuan .....semua itu kerana diri ini kurang membantu orang lain agaknya...maka diri ini tidak di bantu....daripada bangun pagi hari menyiapkan anak-anak kesekolah...menyediakan sarapan..mengemas rumah...menghantar anak-anak kesekolah dan terus ke pejabat untuk melakukan ibadah umum sebagai hamba Allah...apabila tengah hari menjengah..berkejar-kejar membeli nasi untuk diberi makan kepada anak-anak...yang merupakan amanah Allah...selepas membeli makanan terus memecut kereta mengambil anak-anak daripada sekolah dan menyiapkan dengan makanan tengahari seterusnya bersiap untuk ke Sekolah Rendah Agama...alhamdulillah semua ini dilakukan kerana Allah semata-mata...Ya Allah berilah aku kekuatan untuk melakukan semua ini semata-mata ikhlas kerana-Mu Ya Allah...
Apabila petang menjengah...selepas bekerja seharian di pejabat yang menuntut keikhlasan bekerja juga kerana Allah semata-mata...bukan kerana bos...terus pulang kerumah tetapi sebelum itu mengambil anak-anak di SRA surau dekat rumah sahaja dan melayan karenah anak2..nak ke kedailah nak beli itu dan ini...dan atas kesedaran rezeki yang Allah beri ini untuk anak-anak....layanilah sahaja mereka selagi mampu ..setakat ais kerim sahaja yang selalu di minta mereka....demi membahagiakan hati anak-anak....
Pulang ke rumah terus ke dapur...untuk memasak makan malam...perlu awal sebab anak-anak perlu makan awal kerana kelas tuisyen bermula pukul 8 malam. Maka siapalah lagi hendak lakukan semua ini jika tidak diri sendiri...insyaAllah...hati ini..ikhlaslah..kerana Allah...namun kekadang rasa juga penat dan ketika inilah terlintas perasaan tidak puas hati hasil godaan syaitan laknatullah...cepat-cepat dibuang perasaan tersebut....terus beristighfar..dan berdoa kepada Allah..dan terus melakukan kerja semata-mata kerana Allah...walaupun memanglah sebagai manusia biasa hati kecil ini merintih jua...namun dengan kekuatan dari-Nya...alhamdulillah..semua itu dapat ditangani dengan jayanya...dengan syarat jagalah hak Allah...maka Allah akan menjaga kita..insyaAllah...
Cuma pintaku dari-Mu Ya Allah..semoga aku dapat mengekalkan kebersihan dan disiplin diri, anak-anak dan rumahku kerana -Mu ya Allah..bantulah usaha hamba-Mu ini untuk melakukan semua tugas-tugas seorang isteri dan mama dengan ikhlas kerana-Mu...dan redha-Mu kucari Ya Allah.....semoga aku menjadi manusia yang memberi manfaat kepada manusia yang lain....amin...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment