Hari ini merupakan cuti umum bagi Pertabalan Agung..jadi dapatlah dititipkan sedikit renungan dan ingatan untuk diri ini dan kita masing-masing yang memang menjadi lumrah hidup manusia yang sering lupa....maka dengan itu perlu sering diingatkan...selalu agar tidak tersasar daripada landasan.....kehidupan....
Pastinya kita semua tidak dapat lari daripada menghadapi cabaran dalam kehidupan...cabaran dan rintangan yang mendatangi kita adalah ujian semata-mata daripada Allah....sentiasa ingat bahawa walau apa cabaran yang datang tempuhilah dengan sabar dan sentiasa muhasabah diri daripada cabaran yang kita hadapi...kerana setiap apa yang berlaku dalam hidup kita seharian pasti ada sebabnya...gunakan akal yang waras yang dikurniakan Allah untuk berfikir dan merenung hikmat disebalik setiap cabaran yang ditempuhi....kekadang Allah datang cabaran dan rintangan dalam hidup kita adalah untuk menguji sejauh mana keimanan kita terhadapNya.....kekadang cabaran yang kita lalui adalah menuntut kita untuk bersabar dan sentiasa mengingati-Nya di kala susah dan senang...kekadang jika di fikir sedalam-dalamnya ia merupakan balasan ke atas perbuatan kita yang telah lalu....fikirlah...setiap kejadian ada sebabnya...kekadang menyuruh kita bermuhasabah diri dan menyedari hakikat kehidupan....dan mematangkan diri kita....
Justeru, belajarlah daripada universiti kehidupan kita...tempuhilah perjalanan kehidupan semata-mata mencari keredhaan Allah....sepanjang perjalanan yang kita tempuhi pasti ada halangan dan rintangan, namun berbekalkan kekuatan dan keyakinan terhadap-Nya...dapat lah ditempuhi ranjau sepanjang jalan biarpun pahit...yang pastinya di penghujung perjalanan kehidupan ada manisnya...iaitu syurga...ya...tujuan perjalanan hidup kita adalah menuju syurga...yang abadi....untuk mendapat syurga perlu dapat keredhaan Allah terlebih dahulu...dan apabila Allah redha maka dapatlah dinikmati syurga yang diberikan kepada mereka-mereka yang mendapat keredhaan-Nya....
Demi cinta Ilahi , perjalanan kehidupan yang pahit akan dirasa manis sentiasa...kerana apa lah sangat yang ada pada kehidupan di dunia yang sementara ini...namun kehidupan di dunia jangan di abaikan...kerana kehidupan di dunia ini perlu ada kebaikan untuk mendapat kebaikan di akhirat nanti....tanaman dan buah yang baik dan segar akan dapat dituai di akhirat nanti..itulah perumpamaan dunia adalah ladang untuk kita bercucuk tanam dan akhirat adalah masa untuk kita dapatkan hasil tanaman kita tadi...apa akan berlaku jika ladang kita rosak dan dicemari? bagaimana di akhirat nanti untuk kita menuai hasil ladang kita....begitulah perumpamaan ladang itu adalah amalan-amalan kita semasa di dunia...jika amalan-amalan kita banyak dan baik di dunia...maka di akhirat nanti pasti ada balasan yang baik dan beroleh keredhaan-Nya insyaAllah....
Oleh yang demikian, sama-samalah kita menempu cabaran dan rintangan dalam kehidupan dengan sabar dan tabah demi mencari cinta Ilahi dan redha Allah...mudah-mudahan Allah memberkati kehidupan kita dunia dan akhirat....
0 comments:
Post a Comment