Pages

Thursday, 19 April 2012

Bersabarlah...wahai diri...

Dalam meniti hari-hari......berbagai-bagai dugaan dan cabaran yang perlu kita tempuhi....dan semasa menghadapi segala cabaran dan dugaan menuntut kita  bersabar terhadap semua cabaran dan dugaan ini....

Perlu sentiasa melatih diri bersabar...sentiasa bersabar dalam apa keadaan sekalipun...syaitan sentiasa kreatif menggoda kita melakukan maksiat dengan menjadikan kita seorang yang tidak sabar dan sentiasa mengeluh.

Sebagaimana dalam sabda Nabi SAW bersabda bermaksud " Sabar adalah separuh daripada iman dan keyakinan adalah seluruh keimanan."(riwayat Ath Thabrani dan Al Baihaqi). 

Allah menyuruh kita mendalami ilmu-ilmu yang ada di dalam Al-Quran...terdapat banyak ilmu di dalamnya dan menurut hasil bacaan saya daripada beberapa sumber sahih, terdapat 49 ayat dalam Al-Quran menceritakan sifat kesabaran. Antaranya Allah berfirman: Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar. (al-Baqarah:153).

Sebagai orang yang beriman, syukur itu perlu apabila dilimpahi nikmat yang tidak terhingga..namun perlulah bersabar andai ada musibah yang menimpa...bersabarlah dengan bersolatlah kepada-Nya memohon keampunan dan mensyukuri segala nikmat yang diperolehi dan mohon kesabaran agar dapat menempuh segala ujian Allah. Beringatlah sentiasa bahawa ujian musibah daripada Allah adalah bukti Allah masih peduli pada pada kita....ujian Allah menunjukkan Allah sangat sayangkan kita...dan sentiasalah bermunajat pada-Nya sentiasa...dan sentiasa.....semoga Allah menerima segala amalan kita....

Menurut sebuah hadis  Nabi SAW bersabda, "Sungguh mengagumkan orang-orang mukmin itu. Tidaklah Allah mentakdirkan baginya sesuatu takdir, melainkan itu adalah sesuatu yang baik baginya. JIka ia mendapat kesenangan, maka ia bersyukur. Adalah itu lebih baik baginya. Dan jika ia dilanda kesusahan, maka ia bersabar. Adalah itu lebih baik baginya."

Ini menunjukkan bahawa sabar itu membuktikan pengakuan seseorang hamba kepada Pencipta kita bahawa musibah  yang berlaku adalah datang daripada Allah dan ia menerimanya dengan penuh ketabahan dan berharap akan redha Allah dan pahala yang ada disisi-Nya. Sehubungan itu, Allah juga berfirman dalam surah Az-Zumar ayat 10 iaitu " ......Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira". 

Maka dengan itu, tidak tertarikkah kita pada ganjaran pahala yang Allah janjikan pada hamba-hamba-Nya yang bersabar....untuk bersabar memerlukan mujahadah...iaitu melawan hawa nafsu...sekiranya terlintas di hati kita terhadap kesan amarah pada seseorang..cepat-cepat lawan perasaan tersebut dengan beristighfar...jangan dbiarkan ia menguasai kita..kerana ia akan menjadi lebih teruk dan menguasai diri kita...tika ini syaitan akan berduyun-duyun menguasai kita dan terjadi perkara-perkara yang tidak diingini..seperti pergaduhan...nauzubillah...mohon pada Allah dijauhkan .......sentiasa beristghfar dan memikirkan kebaikan mereka terhadap kita jika hadir perasaan marah atau tidak puas hati terhadap sesuatu perkara....bersabarlah dan selesaikan sesuatu perkara yang berlaku dengan berhikmah....semoga kita semua mendapat rahmat dan dikurniakan kesabaran dalam diri...oleh-Nya...




0 comments:

Post a Comment