Bismillahirrahminrrahim...
Alhamdulillah, bersyukur kepada-Nya atas kurniaan nikmat yang tidak terhitung ini..subhanallah....sesungguhnya Engkaulah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani...ampunilah kami ya Allah..atas dosa-dosa kami samaada sengaja atau tidak disengajakan....
Masa lalu adalah untuk dijadikan pengajaran dan iktibar....apa yang penting kehidupan sekarang dan kehidupan kita yang seterusnya....hidup ini perlu diteruskan...walau apapun cabaran yang mendatang....hadapilah ia dengan senyuman...
Kehidupan kita sekarang menentukan kehidupan kita ke alam seterusnya...iaitu alam barzakh...dan seterusnya alam akhirat...bagi mencapai kecemerlangan setiap alam itu...capailah kecemerlangan di dunia ini...carilah ilmu sebanyak-banyaknya..untuk kita menggenggam pahala sebanyak-banyaknya..bagi menjana kecemerlangan di dunia ini..untuk tujuan kecemerlangan di akhirat nanti....dalam arti kata lain...berjaya di dunia..maka berjaya lah diakhirat...insyaAllah....
Segala liku-liku kehidupan yang kita telah lalui...baik manis mahupun pahit...usahlah dikenangi lagi..buangkan ia jauh-jauh daripada lubuk hatimu yang paling dalam...pandanglah ke hadapan dan hadapi kenyataan bahawa kehidupan di dunia ini hanya sementara...masa yang lalu jadikanlah pedoman...dan fokus untuk masa sekarang....
Andainya masa lalu kita selalu tinggalkan solat , malah tidak solat langsung...maka bertaubatlah..sesungguhnya Allah suka kepada hamba-Nya yang bertaubat dan menerima taubat hambaNya...biarpun dosa yang telah kita lakukan setinggi gunung sekalipun Allah masih sudi memaafkan kita....tetapi perlu diingat bahawa elak melakukan dosa adalah lebih baik daripada sentiasa bertaubat akibat dosa yang dilakukan....
Andai masa lalu kita selalu melambat-lambatkan solat..selalu melakukan solat dihujung-hujung waktu..maka lakukan perubahan..berniat dan berazam untuk melakukan solat di awal waktu dengan kusyuk dan semata-mata kerana Allah.....solatlah yang mula-mula sekali di soal dialam akhirat nanti....jika tidak solat dan banyak membuat amalan-amalan baik lain..tidak akan membantu kita...sebab solat merupakan tiang agama kita...jika kita tidak bersolat...runtuhlah tiang agama kita...sanggupkah meruntuhkan agama kita dengan meninggalkan solat?....renungkanlah dan muhasabah diri kita ....
Andainya masa lalu kita sering meninggalkan puasa malah tidak pernah melakukan puasa....berusahalah untuk belajar berpuasa...sesungguhnya berpuasa itu menyucikan jiwa...melatih kita untuk mencapai takwa.....puasa juga merupakan rukun Islam yang ke tiga bagi kita sebagai umat Islam wajib melakukannya...jika uzur hendaklah diganti pada hari yang tidak uzur....indahNya Islam....
Andainya masa lalu kita tidak menutup aurat..maka cubalah untuk menutup aurat yang sebaik mungkin...mengikut syariat yang sebetulnya....janganlah menutup aurat sekadar melepaskan batuk ditangga...iaitu memakai kebaya ketat dan memakai hijab hingga menampakkan bentuk-bentuk badan...cubalah kita menutup aurat sebetul-betulnya....dengan melabuhkan hijab hingga menutupi dada kita dan memakai baju yang longgar dan berlengan panjang....subhanallah..hakikatnya diri ini masih bermujahadah untuk menjadi mukminah yang sejati...insyaAllah..Ya Allah...tetapkanlah hati kami ini untuk menutup aurat mengikut syariat yang betul dan janganlah kau pesongkan hati kami setelah Kau beri petunjuk...amin...ya Rabbal alamin...
Andainya masa lalu kita sombong dan bongkak...cubalah jauhi semua sifat2 mazmumah itu...cubalah menegur dan lemparkanlah senyuman kita kepada sesiapa sahaja yang kita temui...berilah salam dan berbuat baik dengan jiran-jiran dan rakan-rakan....sesungguhnya senyuman itu merupakan satu sedekah...niatlah untuk sedekah..kerana Rasulullah SAW sendiri sentiasa tersenyum....ikutlah sunnh dengan sentiasa memberikan senyuman dengan ikhlas...
Andainya masa lalu kita sering pentingkan diri sendiri dan berakhlak buruk...maka jagalah akhlak dan berilah kepentingan kepada keluarga dan adik beradik selain daripada diri sendiri...sentiasa memikirkan kepentingan orang lain melebihi kepentingan diri sendiri...jangan hanya hendak kenyangkan perut sendiri tetapi jiran-jiran dibiarkan kelaparan...ya Allah ampunilah kami atas kejahilan kami masa lalu....dan Ya Allah, jangan biarkan perangai burukku diwarisi oleh anak-anakku dan zuriatku..amin....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment