Bismillahirrahmanirrahim..
Bersyukur pada-Mu atas nikmat masa lapang dan tubuh badan yang sihat ini....berkatilah dan rahmati kehidupan kami ini Ya Allah...amin...
Pilihan kehidupan ada ditangan kita sendiri....hendak hidup bahagia atau tidak kitalah berhak yang menetukan...pilihan kehidupan semestinya menjadi suatu yang sukar jika kita tidak pandai merancang kehidupan kita...kita hanya ada dua pilihan sahaja dalam hidup kita iaitu syurga atau neraka.
Jika pilihan hati kita ialah syurga..maka berusahalah untuk menuju ke syurga dengan melakukan segala amalan-amalan yang mendekatkan diri kita kepada syurga...yang paling utama perlulah mendapatkan keredhaan Allah...setelah beroleh keredhaan Allah..barulah syurga dapat kita capai...bagi mencapai tujuan yang satu ini..perlu ada ilmu...jangan ada perasaan..."aku tidak tahu tak apala...Allah akan maafkan aku sebab aku tidak tahu"..tidak boleh macam itu..ilmu perlu dicari....alasan tidak tahu tidak boleh digunakan....kalau sekali tidak tahu tidak mengapa tetapi janganlah selama-lamanya kita tidak tahu..timbalah ilmu sedalam-dalam kerana mencari ilmu itu wajib dalam Islam.....
Untuk meraih syurga kita perlu merebut pahala sebanyak-banyaknya...Sepertimana yang kita tahu, hanya ada dua pilihan sahaja untuk kita rebut iaitu pahala dan dosa.. sudah tentu.kita semua tidak mahu dosa, hanya pahala yang kita ingini dalam kehidupan kita, maka dengan itu haruslah kita merancang dengan sebijak-bijaknya bagi menambah pahala dalam kehidupan kita...
Seharusnya bagaimana untuk kita meraih pahala sebanyak mungkin? Sebenarnya untuk meraih pahala amat mudah jika dihayati betul-betul..iaitu dengan bercakap dengan lemah lembut dan menjaga akhlak..sudah cukup menambah pahala buat kita... selain itu sentiasa memberi salam dan bersalaman dengan sahabat-sahabat kita apabila bertemu iaitu menjaga ikatan silaturrahim sesama manusia....kita juga dapat menambah pahala dalam kerja harian kita di pejabat atau di mana sahaja kita melakukan pekerjaan....kerana kerja kita merupakan ibadah...maka jika kita lakukan kerja kita ikhlas semata-mata Allah..dan dengan bersungguh-sungguh dalam bekerja dengan niat untuk memberi manfaat kepada orang lain dan ikhlas semata-mata kerana Allah maka banyaklah pahala yang bakal kita raih....senang bukan untuk mengumpul pahala....
Perlu diingat dalam menjalani kehidupan seharian kita juga tidak lepas daripada melakukan dosa...seringkali kita lupa jika mulut mula berkata-kata...iaitu dengan bercakap mengenai hal-hal yang tidak sepatutnya atau dengan lain perkataan mengumpat....kadang-kadang kita mengatakan kita bukan hendak mengumpat tetapi cuma hendak beritahu...sesungguhnya jika kita mengata-ngata orang lain di belakang maka itu dikatakan mengumpat dan umumnya kita semua tahu mengumpat itu merupakan satu dosa. Jika kita selalu lupa hendak menjaga mulut bagaimana mahu meraih pahala , malah dosa yang mendatang. Ingatlah wahai manusia, pilihan berada di tangan kita....hendak dosa atau pahala..tepuk dada tanya iman...
Namun..ganjaran pahala yang dijanjikan Allah kepada hamba-hamba-Nya adalah bagi hamba yang taat dan setia sahaja kepada-Nya. Untuk menjadi hamba yang taat dan setia kepada-Nya kita juga ada pilihan samada hendak melakukan segala suruhan-Nya ataupun meninggalkan segala larangan-Nya. Bagi mereka yang mahu menjadi hamba yang taat setia pastilah memilih untuk melakukan segala suruhan-Nya baik wajib mahupun sunat. Amalan-amalan wajib dan sunat dilakukan dengan istiqamah dan ikhlas tanpa jemu demi mengejar redha Allah dan ganjaran pahala yang dijanji-Nya. Semestinya pasti ada hamba yang masih engkar dengan suruhan-Nya, dan mereka ini sebenarnya masih belum diberi hidayah oleh Allah...marilah kita mengajak dan berdoa untuk mereka supaya dikurniakan taufik dan hidayah...
Selain daripada melaksanakan amalan-amalan wajib dan sunat kita juga diwajibkan menutup aurat dengan betul. Dalam menutup aurat ini juga ada pilihan yang perlu kita buat.. iatu .hendak tutup aurat dengan sebetul-betulnya atau tidak. Era kini kebanyakan wanita menutup aurat dikepala sahaja iaitu mengenakan tudung dikepala namun yang sedihnya aurat lain tidak dijaga. Pakai tudung tetapi memakai baju berlengan pendek...subhanallah...ketahuilah aurat wanita hanya boleh menampakkan tapak tangan dan muka sahaja...sentiasa ingat itu...dan juga hendaklah memakai baju yang longgar iaitu tidak menampakkan bentuk badan dan lengan...untuk ingatan diri sendiri dan semua muslimah yang membaca catatan ini...moga-moga beroleh redha-Nya...
Untuk menjadi hamba yang berjaya di dunia dan akhirat...buatlah pilihan yang bijak..hanya mereka yang bijak sahaja bakal meraih kejayaan dunia dan akhirat....raihlah syurga, rebutlah pahala, hindarkan dosa dan jauhi larangan-Nya..insyaAllah sama-sama kita mengejar redha Allah...mudah-mudahan beroleh ganjaran pahala dan syurga...iaitu syurga Firdaus..amin...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment