Sunday, 21 October 2012
Masih gagal...
Alhamdulillah..bersyukurlah kita ke hadrat Ilahi keranaNya kita masih di sini masih bisa mengharungi kehidupan dan masih lagi mengharungi pancaroba dalam kehidupan...dalam universiti kehidupan ini...
Kalau dalam universiti kita perlu belajar sehingga memperolehi ijazah dan seterusnya dengan segulung ijazah itu dapatlah kita menjawat jawatan yang setimpal..alhamdulillah...itupun andai kita berjaya lulus dengan cemerlang dalam menduduki peperiksaan di sepanjang kita berada di universiti...andai kata kita gagal? Ya...kita masih lagi ada peluang...jika gagal lagi masih boleh lagi sehinggalah kita berjaya....begitulah kehidupan di dunia...selagi ada peluang..kita masih lagi berusaha memperbaiki segala kelemahan kita sehinggalah kita berjaya...
Sementara itu..bagi universiti kehidupan pula....ya kehidupan yang kita lalui seharian...juga ada ujian-ujian yang perlu kita lalui....kalau kita perhatikan dan berfikir setiap masa dan ketika ada sahaja ujian yang perlu kita tempuhi....dan ujian yang kita lalui ini juga perlu lulus...dan hasil kelulusan itu nanti bakal membawa kita syurga insyaAllah....mengapa begitu?..Ya sudah tentu ujian-ujian di dalam universiti kehidupan ini adalah datang dariNya....Dia menguji kita untuk menentukan tahap keimanan kita terhadapNya....jika kita lulus satu ujian..maka akan dinaikkan satu darjat...dan diuji lagi....cuma mampukah kita menghadapi ujianNya dan luluskah kita?
Ya..saban hari diri kita diujiNya....sedar atau tidak sedar...sememangnya begitu bagi orang yang berfikir...ujian yang hebat adalah untuk para isteri...selalunya diuji dengan suami yang malas membantu terutamanya hujung minggu ketika kedua-duanya cuti....bersabarkah sang isteri jika saban minggu si suami asyik betapa di hadapan televisyen sahaja? Sedangkan sang isteri daripada bangun tidur masih tidak henti-henti dengan kerja rumah.....basuh baju,sidai baju,basuh pinggan, sediakan sarapan pagi, kemas rumah dan banyak lagi. Sabarkah sang isteri?..Ya di sinilah ujian yang sering sang isteri masih gagal...masih gagal bersabar dengan karenah suami...dan gagal mempertahan kesolehan isteri...subhanallah....
Saat inilah sang isteri akan sedih dan tidak ikhlas dalam melakukan kerja seharian dek perbuatan perangai suami yang pemalas. Ya..isteri-isteri masih gagal dan masih tidak sabar dalam melayani karenah suami....masih gagal dalam ujian ini dan masih tidak dapat dinaikkan darjat...subhanallah...
Namun apakan daya sang isteri ini....hanya manusia biasa dan hanya mampu menangis dan merintih kepadaNya...memohon keampunanNya dan memohon supaya diberikan ketabahan dan kesabaran yang tinggi dalam menangani ujian sebegini...pada siapa lagi harus kita mengadu wahai isteri-isteri jika ini berlaku kepada diri kita? Ya..mengadulah kepadaNya..hanya Dia yang tahu..hanya dia pengubat kesedihan kita....dia bagi ujian ini kepada kita adalah untuk melihat kita merintih dan merayu padaNya..percayalah hanya Dia yang Maha Mengetahui segalanya...mengadulah kepadaNya....janganlah menceritakan keburukan suami kita kepada kawan-kawan dan saudara-mara kita..keadaan akan bertambah buruk jika ianya berlaku....
Sesungguhnya Allah mendengar setiap rintihan dan rayuan hamba-hambaNya...lakukanlah...hati kita akan merasa tenang dan kita rasa sejuk dan dalam masa yang sama kita akan renungkan segala kebaikan yang suami kita lakukan kepada kita...kita akan terkenangkan saat manis bersamanya...insyaAllah...dengan sentiasa berhubung dengan Allah.... akan beri kita kebahagiaan dengan mengingati segala kebaikan yang suami kita telah buat...contohnya suami kitalah yang selama ini membeli ikan di pasar......bersyukurlah....dan suami kita tidak lupa memberi nafkah zahir dan batin...dan suami kita juga tidak pernah memukul kita...alhamdulillah...Allah akan membuka pintu hati kita untuk berfikir dan mengenangkan segala kebaikan suami kepada kita...dengan syarat kita sentiasa berhubung denganNya setiap masa dan ketika iaitu dengan sentiasa berzikir dan tidak meninggal solat..serta selalu membaca Al-Quran..insyaAllah....dan lakukanlah amalan-amalan sunat..insyaAllah..makin erat hubungan kita dengan Allah....maka akan lebih eratlah hubungan kita suami isteri..insyaAllah...lakukanlah kerana Allah...insyaAllah kita akan bahagia sentiasa...semoga beroleh redha Allah...
Monday, 15 October 2012
Berkorbanlah selagi terdaya...
Alhamdulillah...syukur ke hadrat Ilahi atas segala kurniaanNya ini...terlalu banyak nikmatMu ya Allah...ampunilah aku selama ini andai aku lalai daripada mengingatiMu....
Zulhijjah bakal menjelma...bulan yang penuh hikmah...salah satu bulan haram....mari kita semua laksanakan kebajikan-kebajikan di bulan yang mulia ini...apakah yang perlu kita lakukan..semestinya...berpuasa sunat daripada 1-9 zulhijjah...yang paling afdal adalah pada hari wukuf di arafah iaitu pada 9 Zulhijjah bersamaan 25 Oktober....Pada hari itu juga dinyatakan bahawa doa paling mustajab...insyaAllah....mari kita kecapi ganjaran pahala yang Allah sediakan buat kita semua insyaAllah...dengan syarat kita lakukan semata-mata kerana Allah....
Selain itu..kita di sunatkan berzikir..dan melakukan korban....korban binatang...namun jika secara tersirat korban boleh juga dilakukan untuk berkorban jiwa dan raga hanya untuk Allah...ialah..selama ini dalam rumahtangga untuk bahagia kita perlu bahagiakan orang lain..bukan? oleh itu berkorban kebahagiaan diri sendiri demi orang lain juga adalah pengorbanan yang Allah pandang....dengan syarat niat kerana Allah...
Segala perkara yang berlaku sekeliling kita...kita jadikan sebagai panduan dan teladan serta ambil iktibar drpnya...insyaAllah....korban masa kita...masa tidur kita dan bangun bertahajjud kepadaNya..ya itu juga pengorbanan namanya..pengorbanan daripada tidur.....insyAllah...berkorbanlah tidur kita....maksudnya....bangunlah...usah tidur lagi....bangun berqiamulail...bertemu Allah kerana Allah turun kelangit dunia...di 1/3 malam....subhanallah..ampunkalah dosa-dosa kami andai kami leka dengan keasyikan dunia Ya Allah....ampunilah dosa kami andai kami terlalu mengikut hawa nafsu kami makan terlalu banyak membuatkan kami letih dan tidak terbangun malam untuk bertahajjud padaMu Allah....kami lemah Ya Allah..ampunilah kami...sesungguhnya Engkau maha Pengampun lagi maha Menyayangi....
Ayuh mari sesama kita berkorban selagi kita terdaya korbankan masa kita..andai selama ini kita terlalu asyik menghabiskan masa dengan menonton tv (dengan cerita yang melalaikan) dan melakukan kerja-kerja lagha..berkorbanlah..tinggallah semua itu...dan peruntukkan masa kita hanya untuk beribadah kepadaNya....beribadahlah selama 24 jam sehari insyaAllah...ibadah khusus seperti solat wajib 5 waktu.....ibadah umum..seperti melakukan kerja harian kita dipejabat mencari rezeki untuk kehidupan di dunia yang sementara ini dan ibadat-ibadat solat sunat...marilah kita amalkan semua ini semata-mata kerana Allah...insyaAllah..semoga semua amalan kita diterimaNya..amin...
Wednesday, 10 October 2012
Manfaatkan masa yang ada
Alhamdulillah..syukur padaNya atas anugerah kebahagiaan dan ketenangan yang diberiNya....mari kita bersukur juga kerana Dia masih mengizinkan lagi kita menghuni di bumiNya ini pada hari ini dan sihat tubuh badan tanpa cacat cela...alhamdulillah....
Segala catatan yang aku nukilkan di sini hakikatnya adalah menjurus menasihati diri ini yang lemah..dan sesiapa ada yang membaca blog ini..jika baik jadikanlah sebagai ilmu yang bermanfaat...jika tidak baik...jadikan sebagai teladan....bersama-sama kita membetulkan diri kita sendiri sebelum kita membetulkan orang lain...insyaAllah...
Aku lemah ya Allah seringkali mensia-siakan masa lapang ku....namun aku tahu masa adalah anugerah daripadaMu, harus digunakan untuk memberi manfaat kepada orang lain. Andai ada masa lapang..isilah masa lapang mu dengan mencari ilmu...bersolat dengan kusyuk...bacalah al-Quran dengan tartil serta fahamilah maksudnya...perhatikan keadaan sekeliling kita....berkatalah mengenai kebaikan sahaja dan usahlah mengatakan keburukan orang lain.....membersihkan rumah yang merupakan tempat tinggal kita dan pejabat tempat kita bekerja....subhanallah....alhamdulillah..Allahuakbar...
Seringkali diri ini gagal melakukan semua kerja-kerja di rumah..dan sering menangguh-nangguhkan kerja..ampunilah daku..aku banyak dosa..dan masih bermujahadah melawan hawa nafsu memperbaiki diri ini...yang masih tidak menggunakan masa lapangku dengan memberi manfaat kepada orang lain....ampunilah daku....bimbinglah daku....bantulah daku melawan hawa nafsuku ini...aku lemah Ya Allah...masih bermujahadah melakukan kebaikan dalam menguruskan masaku ini...masa itu amanah Mu ya Allah...ampunilah daku kerana tidak amanah terhadap masa yang Engkau berikan ini......
Aku mohon keberkatan masa, keberkatan rezeki dan keberkatan umur daripada Mu ya Allah...bantulah aku...aku lemah tidak berdaya...bantu hambaMu yang lemah dalam bermujahadah ini ....semoga Engkau redha....amin...
Monday, 8 October 2012
Masih belum terlambat
Assalammualaikum....alhamdulillah syukur pada-Mu Ya Allah atas kurniaan rezeki kesihatan, kesenangan dan kebahagiaan yang tidak pernah henti...subhanallah....alhamdulillah..Allahuakbar...
Masih belum terlambat untuk kita berbuat kebaikan andainya selama ini kita melakukan kesilapan...mulakan sekarang....untuk melakukan kebaikan tidak baik ditangguh-tangguh....ajal maut di tangan Tuhan..kita tidak tahu bilakah masa kita akan tiba..oleh yang demikian segeralah melakukan kebaikan dan tinggalkanlah segala kemaksiatan yang sedang kita lakukan....sesungguhnya Allah maha pengampun....Dia maha mendengar apa sahaja permintaan hamba-hambaNya....tinggal lagi hamba-hambaNya sahaja yang masih sombong tidak mahu sujud padaNya memohon keampunan....Aku banyak dosa Ya Allah...ampunilah dosa-dosaku....amin..
Setiap apa yang kita lakukan...semuanya adalah untuk beribadat kepada Allah....bangun pagi-pagi lagi bersiap-siap untuk pergi kerja...itu sudah dikira ibadah....asalkan niat adalah semata-mata kerana Allah...lakukanlah hanya kerana Allah..bukan kerana mengejar pangkat dan harta dunia.....jangan leka dengan tipu daya dunia....nauzubillah....bantulah kami ini...kami hambaMu yang jahil, lemah dan fakir...bantulah kami mengingatiMu selalu..mensyukuri segala nikmatMu dan memperbaiki amal soleh kami....semoga kami istiqamah dan ikhlas dalam beribadat kepadaMu...amin...
Memetik kata-kata daripada daripada salah satu banner yang aku tidak ingat di mana...lebih kurang begini kenyataannya....
kalau mahu sihat sentiasalah berpuasa...
kalau mahu wajah berseri berqiamulaillah..
kalau mahu ketenangan selalulah membaca Alquran....
Kalau mahu kebahagiaan solatlah diawal waktu...
Kalau mahu keberkatan sentiasalah berselawat ke atas Rasul SAW...
Ayuh..mari kita amalkan puasa sunat isnin dan khamis...masih belum terlambat untuk memulakan sekarang....kalau sudah selesa..bermulalah dengan puasa nabi daud..puasa yang paling disukai Allah...aku masih gagal melakukan puasa nabi Daud...insyaAllah...masih istiqamah melakukan puasa isnin dan khamis...jom..marilah kita amalkan perkara-perkara sunat....sunat yang dituntut...
Dan masih belum terlambat untuk kita beriqiamulail..bangun 1/3 malam melakukan solat tahajjud,solat sunat taubat...dan mohon keampunan pada-Nya..merintih, merayu dan mengadu segala masalah kita padaNya...Di waktu sebegini Allah akan turun ke langit dunia mendengar permohonan hamba-hambaNya...."berdoalah kepadaKu...aku akan memakbulkan doa kamu'...begitu janji Allah..andai kita bangun 1/3 malam bersujud padaNya...Allah maha mendengar lagi maha memberi...subhanallah...tidak mahukah kita merebut pemberian Allah yang percuma ini....hanya bangun dinihari untuk bersujud dan berdoa sahaja....senang sangat kan..tidak perlu kos yang tinggi pun....subhanallah...untuk ingatan diri ini yang lemah...
Dan marilah kita membaca Al-Quran..penunjuk hidup kita.....baca dan fahami maksudnya...insyaAllah akan terkesan dihati kita...
Marilah kita semua bersolat di awal waktu dan solatlah dengan penuh kusyuk...dan sentiasalah kita berselawat ke atas Rasul SAW yang kita sayangi...masih belum terlambat untuk kita melakukan semua ini...lakukan semata-mata kerana Allah...kerana mensyukuri nikmatNya...semoga beroleh redhaNya...amin....
Subscribe to:
Posts (Atom)