Pages

Monday, 15 October 2012

Berkorbanlah selagi terdaya...



Alhamdulillah...syukur ke hadrat Ilahi atas segala kurniaanNya ini...terlalu banyak nikmatMu ya Allah...ampunilah aku selama ini andai aku lalai daripada mengingatiMu....

Zulhijjah bakal menjelma...bulan yang penuh hikmah...salah satu bulan haram....mari kita semua laksanakan kebajikan-kebajikan di bulan yang mulia ini...apakah yang perlu kita lakukan..semestinya...berpuasa sunat daripada 1-9 zulhijjah...yang paling afdal adalah pada hari wukuf di arafah iaitu pada 9 Zulhijjah bersamaan 25 Oktober....Pada hari itu juga dinyatakan bahawa doa paling mustajab...insyaAllah....mari kita kecapi ganjaran pahala yang Allah sediakan buat kita semua insyaAllah...dengan syarat kita lakukan semata-mata kerana Allah....

Selain itu..kita di sunatkan berzikir..dan melakukan korban....korban binatang...namun jika secara tersirat korban boleh juga dilakukan untuk berkorban jiwa dan raga hanya untuk Allah...ialah..selama ini dalam rumahtangga untuk bahagia kita perlu bahagiakan orang lain..bukan? oleh itu berkorban kebahagiaan diri sendiri demi orang lain juga adalah pengorbanan yang Allah pandang....dengan syarat niat kerana Allah...

Segala perkara yang berlaku sekeliling kita...kita jadikan sebagai panduan dan teladan serta ambil iktibar drpnya...insyaAllah....korban masa kita...masa tidur kita dan bangun bertahajjud kepadaNya..ya itu juga pengorbanan namanya..pengorbanan daripada tidur.....insyAllah...berkorbanlah tidur kita....maksudnya....bangunlah...usah tidur lagi....bangun berqiamulail...bertemu Allah kerana Allah turun kelangit dunia...di 1/3 malam....subhanallah..ampunkalah dosa-dosa kami andai kami leka dengan keasyikan dunia Ya Allah....ampunilah dosa kami andai kami terlalu mengikut hawa nafsu kami makan terlalu banyak membuatkan kami letih dan tidak terbangun malam untuk bertahajjud padaMu Allah....kami lemah Ya Allah..ampunilah kami...sesungguhnya Engkau maha Pengampun lagi maha Menyayangi....

Ayuh mari sesama kita berkorban selagi kita terdaya korbankan masa kita..andai selama ini kita terlalu asyik menghabiskan masa dengan menonton tv (dengan cerita yang melalaikan) dan melakukan kerja-kerja lagha..berkorbanlah..tinggallah semua itu...dan peruntukkan masa kita hanya untuk beribadah kepadaNya....beribadahlah selama 24 jam sehari insyaAllah...ibadah khusus seperti solat wajib 5 waktu.....ibadah umum..seperti melakukan kerja harian kita dipejabat mencari rezeki untuk kehidupan di dunia yang sementara ini dan ibadat-ibadat solat sunat...marilah kita amalkan semua ini semata-mata kerana Allah...insyaAllah..semoga semua amalan kita diterimaNya..amin...

0 comments:

Post a Comment