Pages

Monday, 8 October 2012

Masih belum terlambat


Assalammualaikum....alhamdulillah syukur pada-Mu Ya Allah atas kurniaan rezeki kesihatan, kesenangan dan kebahagiaan yang tidak pernah henti...subhanallah....alhamdulillah..Allahuakbar...

Masih belum terlambat untuk kita berbuat kebaikan andainya selama ini kita melakukan kesilapan...mulakan sekarang....untuk melakukan kebaikan tidak baik ditangguh-tangguh....ajal maut di tangan Tuhan..kita tidak tahu bilakah masa kita akan tiba..oleh yang demikian segeralah melakukan kebaikan dan tinggalkanlah segala kemaksiatan yang sedang kita lakukan....sesungguhnya Allah maha pengampun....Dia maha mendengar apa sahaja permintaan hamba-hambaNya....tinggal lagi hamba-hambaNya sahaja yang masih sombong tidak mahu sujud padaNya memohon keampunan....Aku banyak dosa Ya Allah...ampunilah dosa-dosaku....amin..

Setiap apa yang kita lakukan...semuanya adalah untuk beribadat kepada Allah....bangun pagi-pagi lagi bersiap-siap untuk pergi kerja...itu sudah dikira ibadah....asalkan niat adalah semata-mata kerana Allah...lakukanlah hanya kerana Allah..bukan kerana mengejar pangkat dan harta dunia.....jangan leka dengan tipu daya dunia....nauzubillah....bantulah kami ini...kami hambaMu yang jahil, lemah dan fakir...bantulah kami mengingatiMu selalu..mensyukuri segala nikmatMu dan memperbaiki amal soleh kami....semoga kami istiqamah dan ikhlas dalam beribadat kepadaMu...amin...

Memetik kata-kata daripada daripada salah satu banner yang aku tidak ingat di mana...lebih kurang begini kenyataannya....

kalau mahu sihat sentiasalah berpuasa...
kalau mahu wajah berseri berqiamulaillah..
kalau mahu ketenangan selalulah membaca Alquran....
Kalau mahu kebahagiaan solatlah diawal waktu...
Kalau mahu keberkatan sentiasalah berselawat ke atas Rasul SAW...

Ayuh..mari kita amalkan puasa sunat isnin dan khamis...masih belum terlambat untuk memulakan sekarang....kalau sudah selesa..bermulalah dengan puasa nabi daud..puasa yang paling disukai Allah...aku masih gagal melakukan puasa nabi Daud...insyaAllah...masih istiqamah melakukan puasa isnin dan khamis...jom..marilah kita amalkan perkara-perkara sunat....sunat yang dituntut...
Dan masih belum terlambat untuk kita beriqiamulail..bangun 1/3 malam melakukan solat tahajjud,solat sunat taubat...dan mohon keampunan pada-Nya..merintih, merayu dan mengadu segala masalah kita padaNya...Di waktu sebegini Allah akan turun ke langit dunia mendengar permohonan hamba-hambaNya...."berdoalah kepadaKu...aku akan memakbulkan doa kamu'...begitu janji Allah..andai kita bangun 1/3 malam bersujud padaNya...Allah maha mendengar lagi maha memberi...subhanallah...tidak mahukah kita merebut pemberian Allah yang percuma ini....hanya bangun dinihari untuk bersujud dan berdoa sahaja....senang sangat kan..tidak perlu kos yang tinggi pun....subhanallah...untuk ingatan diri ini yang lemah...
Dan marilah kita membaca Al-Quran..penunjuk hidup kita.....baca dan fahami maksudnya...insyaAllah akan terkesan dihati kita...
Marilah kita semua bersolat di awal waktu dan solatlah dengan penuh kusyuk...dan sentiasalah kita berselawat ke atas Rasul SAW yang kita sayangi...masih belum terlambat untuk kita melakukan semua ini...lakukan semata-mata kerana Allah...kerana mensyukuri nikmatNya...semoga beroleh redhaNya...amin....

0 comments:

Post a Comment