Sunday, 21 October 2012
Masih gagal...
Alhamdulillah..bersyukurlah kita ke hadrat Ilahi keranaNya kita masih di sini masih bisa mengharungi kehidupan dan masih lagi mengharungi pancaroba dalam kehidupan...dalam universiti kehidupan ini...
Kalau dalam universiti kita perlu belajar sehingga memperolehi ijazah dan seterusnya dengan segulung ijazah itu dapatlah kita menjawat jawatan yang setimpal..alhamdulillah...itupun andai kita berjaya lulus dengan cemerlang dalam menduduki peperiksaan di sepanjang kita berada di universiti...andai kata kita gagal? Ya...kita masih lagi ada peluang...jika gagal lagi masih boleh lagi sehinggalah kita berjaya....begitulah kehidupan di dunia...selagi ada peluang..kita masih lagi berusaha memperbaiki segala kelemahan kita sehinggalah kita berjaya...
Sementara itu..bagi universiti kehidupan pula....ya kehidupan yang kita lalui seharian...juga ada ujian-ujian yang perlu kita lalui....kalau kita perhatikan dan berfikir setiap masa dan ketika ada sahaja ujian yang perlu kita tempuhi....dan ujian yang kita lalui ini juga perlu lulus...dan hasil kelulusan itu nanti bakal membawa kita syurga insyaAllah....mengapa begitu?..Ya sudah tentu ujian-ujian di dalam universiti kehidupan ini adalah datang dariNya....Dia menguji kita untuk menentukan tahap keimanan kita terhadapNya....jika kita lulus satu ujian..maka akan dinaikkan satu darjat...dan diuji lagi....cuma mampukah kita menghadapi ujianNya dan luluskah kita?
Ya..saban hari diri kita diujiNya....sedar atau tidak sedar...sememangnya begitu bagi orang yang berfikir...ujian yang hebat adalah untuk para isteri...selalunya diuji dengan suami yang malas membantu terutamanya hujung minggu ketika kedua-duanya cuti....bersabarkah sang isteri jika saban minggu si suami asyik betapa di hadapan televisyen sahaja? Sedangkan sang isteri daripada bangun tidur masih tidak henti-henti dengan kerja rumah.....basuh baju,sidai baju,basuh pinggan, sediakan sarapan pagi, kemas rumah dan banyak lagi. Sabarkah sang isteri?..Ya di sinilah ujian yang sering sang isteri masih gagal...masih gagal bersabar dengan karenah suami...dan gagal mempertahan kesolehan isteri...subhanallah....
Saat inilah sang isteri akan sedih dan tidak ikhlas dalam melakukan kerja seharian dek perbuatan perangai suami yang pemalas. Ya..isteri-isteri masih gagal dan masih tidak sabar dalam melayani karenah suami....masih gagal dalam ujian ini dan masih tidak dapat dinaikkan darjat...subhanallah...
Namun apakan daya sang isteri ini....hanya manusia biasa dan hanya mampu menangis dan merintih kepadaNya...memohon keampunanNya dan memohon supaya diberikan ketabahan dan kesabaran yang tinggi dalam menangani ujian sebegini...pada siapa lagi harus kita mengadu wahai isteri-isteri jika ini berlaku kepada diri kita? Ya..mengadulah kepadaNya..hanya Dia yang tahu..hanya dia pengubat kesedihan kita....dia bagi ujian ini kepada kita adalah untuk melihat kita merintih dan merayu padaNya..percayalah hanya Dia yang Maha Mengetahui segalanya...mengadulah kepadaNya....janganlah menceritakan keburukan suami kita kepada kawan-kawan dan saudara-mara kita..keadaan akan bertambah buruk jika ianya berlaku....
Sesungguhnya Allah mendengar setiap rintihan dan rayuan hamba-hambaNya...lakukanlah...hati kita akan merasa tenang dan kita rasa sejuk dan dalam masa yang sama kita akan renungkan segala kebaikan yang suami kita lakukan kepada kita...kita akan terkenangkan saat manis bersamanya...insyaAllah...dengan sentiasa berhubung dengan Allah.... akan beri kita kebahagiaan dengan mengingati segala kebaikan yang suami kita telah buat...contohnya suami kitalah yang selama ini membeli ikan di pasar......bersyukurlah....dan suami kita tidak lupa memberi nafkah zahir dan batin...dan suami kita juga tidak pernah memukul kita...alhamdulillah...Allah akan membuka pintu hati kita untuk berfikir dan mengenangkan segala kebaikan suami kepada kita...dengan syarat kita sentiasa berhubung denganNya setiap masa dan ketika iaitu dengan sentiasa berzikir dan tidak meninggal solat..serta selalu membaca Al-Quran..insyaAllah....dan lakukanlah amalan-amalan sunat..insyaAllah..makin erat hubungan kita dengan Allah....maka akan lebih eratlah hubungan kita suami isteri..insyaAllah...lakukanlah kerana Allah...insyaAllah kita akan bahagia sentiasa...semoga beroleh redha Allah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment