Alhamdulillah...sudah berakhir minggu-minggu yang memotivasikan bagi diri ini...yang mana kursus CTFL dan Kursus CPRE telah berjaya dilalui...cumanya..keputusan exam belum tahu....usaha sudah dilakukan...hanya berserah kepadaNya untuk memberi keputusan terbaik dalam hidup ini....
cuma apa yang hendak di nukilkan ini tiada la sangkut paut dengan kursus-kursus ini...cuma tiba-tiba teringat kata-kata kenalanku...bahawa dia mengatakan begini..." tahun ni aku nak pergi India..lepas tu nak pergi New Zealand untuk mencari ketenangan hati" ....emm..terkedu aku seketika...mengia pun tidak, membantah pun tidak...sekadar mendiamkan diri dan berkata-kata sendiri "Tuhan hanya ada di India dan New Zealand sahaja kah?" emm...aku membiarkan sahaja persoalan itu berlalu..kerana kalau ditegur takut-takut terguris hatinya jika tersalah cakap....hati orang kena jaga kan...sebagaimana kita menjaga hati orang lain...seperti itu juga Allah akan menjaga hati kita..insyaAllah...
Banyak cara untuk mencari ketenangan hati ..mahu sahaja aku berkata begitu kepadanya, namun tidak kesampaian untuk meluahkannya...
Kalau kita bersangka baik, mungkin kenalanku itu hanya bercakap di mulut dan mungkin bukan lahir dari lubuk hatinya...mungkin!..Hanya Allah yang mengetahui segala-galanya..
Sebagai hambaNya...bersyukur ke hadrat Ilahi dan ambil iktibar apa yang berlaku di sekeliling kita...sebagai contohnya..kawan ku ini..aku ambil ikitbar daripadanya....adakah baik sangat aku ini berfikiran begitu mengenainya? Mungkin dia tidak bermaksud sedemikian...iktibar yang aku ambil..sentiasa bersangka baik dengan apa jua keadaan sekalipun....apa-apa pun yang penting betulkan diri kita dahulu sebelum membetulkan orang lain...itulah yang selalu aku ingatkan untuk diri sendiri...sentiasa membetulkan akhlak..percakapan...masih bermujahadah melakukan yang terbaik untuk diri sendiri..
Allah ampunilah daku....hanya kepada Mu aku memohon keampunan...amin...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment