Memberi terlalu banyak kelebihannya...dapat diperhatikan sepanjang pengalaman hidup ini, bagaimana kehidupan mereka yang suka memberi sentiasa dilimpahi kebahagiaan dan kegembiraan dan rezeki yang diperoleh tidak putus-putus..begitu berharganya erti memberi ini dalam kehidupan seharian kita...Syarat memberi pula hendaklah dengan hati yang tulus dan ikhlas semata-mata mencari keredhaan Allah bukanlah hendak menunjuk-nunjuk seperti lirik lagu yang pernah didengari lebih kurang begini ' tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima, menolong orang jangan harap balasannya'...emmm lebih kurang begitu...
Hidup yang panjang jika diliputi dengan sikap yang tidak suka memberi atau lebih kasar sedikit jika dikatakan kedekut, adalah sia-sia hidup kita...dapat dilihat sendiri bagaimana kehidupan seorang ibu tua yang hidupnya sentiasa dirundung kesedihan dan jiwanya kacau kerana ketika mudanya kedekut dengan harta bendanya, anak menantu tidak menghiraukannya...hari-hari tuanya dilalui dengan hati yang tiada kebahagiaan dan ketenangan hidup, namun kehidupannya tetap diteruskan dengan ketabahan hati yang masih Allah berikan untuk ibu tua ini lalui...ini adalah serpihan kehidupan yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini...
Subhanallah...untuk ingatan diri ini dan semua, sejahat-jahat dan seburuk-buruk mana pun ibu kita, kenangilah jasa mereka yang telah mengandungkan kita dan memelihara kita sejak kita kecil lagi, biarpun mereka pernah menyakiti kita...sentiasalah memanjatkan doa untuk ibu bapa kita supaya mereka berubah dan menjadi insan yang mulia disisi Allah...
Sering kali dapat diperhatikan juga sekeliling kita kepada mereka yang sentiasa mengambilberat hal ehwal ibu bapa mereka sentiasa dilimpahi rezeki dan rahmat yang melimpah ruah tidak kira rezeki dalam bentuk apa sekalipun seperti rezeki anak yang pintar dan sihat, rezeki kenaikan pangkat, rezeki kebahagiaan dan ketenangan hidup, rezeki kesihatan yang baik dan banyak lagi kenikmatan hidup yang Allah limpahkan kepada mereka-mereka ini.
Dalam kehidupan kita, utamakanlah ibubapa kita dalam apa jua keadaan sekalipun...tetapi yang perlu diutamakan utamakanlah ...Allah dan Rasul memanglah patut diutamakan dan seorang isteri pula perlu utamakan suami dahulu dan kemudian barulah ibu dan bapa...pendapatan bulanan yang kita perolehi setiap bulan perlulah ada agihan untuk ibubapa kita..bukanlah lebihan duit baru diberikan kepada mereka...kesilapan yang pernah aku lakukan suatu ketika dahulu..Subhanallah ampunilah daku....Ya Allah....
Di perhatikan juga berdasarkan pengalaman hidup, rezeki kita akan melimpah ruah andaikata kehendak orang tua kita dahulukan dan sentiasa menyenangi hati mereka dan sentiasa memastikan hati mereka gembira. Hubungi mereka selalu (jika jauh) dan ziarahilah mereka selalu (jika dekat)...ibu bapa kita hanya memerlukan perhatian kita sahaja kerana kehidupan tua mereka sangat sunyi..siapa lagi yang dapat hiburkan mereka kalau bukan anak-anak yang pernah mereka kandung dan dipelihara dengan penuh kasih sayang....siapalah kita tanpa ibu bapa kita...kenangilah dan hargailah mereka kerana kita juga akan melalui hari-hari tua....
Berbalik kepada satu cerita yang pernah ku dengari daripada ceramah seorang ustaz, beliau mengatakan selalu membelanjakan kawan-kawan dan staf-stafnya dan beliau dapati kehidupan yang dilewati sungguh mudah dan lancar...indahnya memberi dalam kehidupankan...beliau juga tidak pernah berkira dengan kawan-kawan mahupun dengan jiran-jiran, inilah kesan daripada kebaikan itu telah membuatkan kehidupan beliau mudah dan lancar kerana betapa Allah telah menjanjikan balasan yang setimpal yang diperolehi kesan keikhlasan memberi itu.
Merujuk diri ini, masih bermujahadah untuk menjadi orang yang suka memberi, memberi apa sahaja di kala kita ada atau tiada...hatta senyuman pun dikira pemberian yang tidak ternilai harganya...Allah suka kepada orang miskin yang suka memberi...justeru walaubagaimanapun situasi kita sekali pun, lebih banyakkan memberi tidak kira kita berharta atau tidak, jom sama-sama kita bermujahad ke arah itu, untuk memberi sebanyak mungkin daripada menerima. Sering kali diingatkan diri ini setiap hari seboleh-bolehnya niatkan dalam hati kita untuk memberi dan menyumbangkan sebanyak mungkin ilmu dan kudrat yang kita ada untuk organisasi dan bukan memikirkan apa yang sepatutnya kita terima demi menuju redha Allah. Mari kita sama-sama bermujahadah ke arah itu...Sesungguhnya Allah suka kepada mereka yang istiqamah, iaitu lakukan secara berterusan biarpun sedikit-sedikit, lama-lama membukitlah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment