Pages

Monday, 19 December 2011

Hati perlu diservis?

Tanggal 19 Disember 2011 aku telah memohon cuti untuk pergi servis kereta, sebab mileage telah melebihi 113000km....kereta perlu diservis iaitu menukar minyak hitam dan lain-lain peralatan untuk memastikan kelancaran enjin dan menjamin keselamatan semasa memandu.
Emm...hari ini ramai pula orang yang datang untuk servis kereta...nampaknya kena tunggu lama sikit ...dalam tempoh penantian itu.....dicuba melihat dalam handbag kalau-kalau ada pen dan notebook untuk dibuat coretan kan...alhamdulillah..ada..aku mula mencoret..dan di sini hasilnya untuk dikongsikan bersama..alhamdulillah diberi kesempatan dan ilham olehNya untuk ku menaip hasil coretan ku tempohari di sini...
Apa yang terlintas di fikiranku ketika itu....kereta perlu diservis, manusia pun perlu diservis. Bezanya kereta perlu ditukar minyak dan segalanya jka perlu, manusia pula, apa yang perlu kita lakukan untuk menyeviskan diri kita....kalau kereta dilihat pada enjinnya, manusia pula pada hatinya...ya hati kita perlu diservis, bagaimana hendak servis hati?
Hati kalau dah gelap perlu dibersihkan, seperti minyak enjin yang tidak elok, ditukar ganti dengan minyak yang baru untuk lebih bertenaga, bagi hati kita pula, jika hati hitam adakah perlu ditukar yang baru?Ya..seboleh-bolehnya cubalah bersihkan hati yang hitam legam itu seberapa daya yang boleh, gunakanlah berus tembaga, dynamo mahupun clorox utnuk memutihkan hati kita kembali, namun adakah semudah itu?semudah abc?
Hati boleh dibersihkan melalui solat yang kusyuk sepenuhnya dengan rasa rendah diri di hadapan Allah...rasa penghambaan terhadap Allah...dan jika berupaya pula bangunlah solat malam bertahajud dan bermunajat kepada Allah, mohon diberikan petunjuk dan dibersihkan hati, moga-moga ada keberkatan di situ. Ya, dengan berdoa bersungguh-sungguh menghadap Allah dan bermunajat dengan sepenuh hati di samping mengharapkan keredhaan-Nya merupakan cara untuk membersih dan mensucikan hati kita.
Membaca Al-Quran juga dapat membersihkan dan mensucikan hati kita. membaca al-Quran yang merupakan kalam Allah hendaklah dengan maksudnya sekali....telusuri maksudnya dan amalkan apa yang kita peroleh daripada Al-Quran..sesungguhnya Al-Quran adalah penunjuk terbaik untuk kita ikuti...
Selain itu, di samping berpuasa di bulan ramadhan yang menjadi kewajipan sebagai Islam...kita juga dituntut untuk mengamalkan amalan berpuasa sunat. Berpuasalah sunat isnin dan khamis untuk meningkatkan lagi ketakwaan kita kepada Allah seterusnya mensucikan membersihkan hati kita yang gelap itu.Namun puasa yang terbaik ialah puasa nabi Daud....jika berkemampuan amalkanlah....
Menunaikan zakat dan bersedekah juga merupakan cara kita membersihkan dan mensucikan hati kita disamping mensucikan harta benda kita....insyaAllah marilah kita sama-sama amalkan....mudah-mudahan Allah menerima amalan kita....dan beroleh keredhaanNya...

“Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.” (QS. Asy-Syams: 9-10)

Apa kesannya jika hati kita dibiarkan hitam dan berkarat serta tidak diservis? hati ialah kemudi kehidupan kita, rosak hati rosaklah kehidupan kita....maka sebab itulah hati perlu diservis, perlu dibersihkan selalu, perlu dibelai selalu supaya ia subur dan sihat sentiasa dan mudah dikendalikan.
hati jika dibiarkan hitam dan berkarat, kekallah ia sebegitu dan semakin parah lagi hati menjadi berkulat...
oh...sanggupkah kita membiarkan hati kita berkulat????..apabila hati sudah berkulat, badan menjadi busuk..jiwa sudah kacau apatah lagi menjadi tidak menentu..ketenangan hati telah lama menjauhi diri sejak hati menjadi hitam lagi...begitulah besar kesannya jika hati tidak diservis...
jiwa menjadi kacau..hati menjadi tidak keruan dan kebahagiaan entah kemana dan ketenangan tidak muncul-muncul...
Oleh yang demikian, bersihkanlah hati kita, mohonlah daripada Allah..sentiasa bertaubat memohon keampunan-Nya saban hari tanpa jemu...mengadulah pada-Nya dikala kita senang dan susah.Sesungguhnya Allah maha Pengampun dan Penyayang..
Dengan hati yang bersih mendorong kita kita melakukan segala kebaikan dan meninggalkan segala larangan-Nya...insyaAllah..Kita juga mampu menghadirkan ketenangan dan kebahagiaan dalam hati tanpa perlu mencarinya lagi...Hati yang bersih melahirkan sikap yang positif dan berfikiran positif serta tingkah laku yang positif. Denga diri kita yang positif ini akan menyebabkan persekitaran kita juga positif lantas melahirkan generasi yang berfikir positif iaitu tiada wujudnya perasaan hasad dengki, buruk sangka, mengumpat, mengadu domba dan segala sikap buruk yang lain...Subhanallah dunia akan aman sekiranya semua kaum dan individu mempunyai hati yang bersih dan berfikiran positif sentiasa.

Tersentak dengan bunyi telefon...daripada agen servis kereta...mengatakan kereta telah siap diservis..setelah empat jam berlalu.......moga-moga hati kita juga sentiasa kita jaga dan diservis sebagaimana kita menjaga kereta kita...seperti itulah hati kita..perlu ditelek dan diservis....

"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar,ilmu yang bermanfaat,kesihatan yang elok,kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang bersar"..amin...

0 comments:

Post a Comment