Alhamdulillah...dengan nikmat-Mu Ya Allah...sudah seabad usia perkahwinan ku bersama suami tercinta pada 23 Disember 2011 yang lalu.....syukur pada-Mu Allah dengan izinMu jua ranjau perkahwinan yang kutempuhi...dapat di harungi dengan ketabahan dan kesabaran dengan pemberianMu jua....
Subhanallah...cinta yang hakiki hanya pada Mu sahaja...dan keduanya pada rasul kita...dan yang ketiga barulah pada suami kita...itu sentiasa diingati...jangan sampai cintai makhluk melebihi daripada mencintai Pencipta kita iaitu Allah subhanahuataala....dengan mencintai Allah..kita akan cintai diri sendiri...dengan mencintai diri sendiri..timbul rasa cinta pada suami...dengan rasa cinta ini..ada keberkatan bersama kerana redha Allah kita cari bersama-sama mengharungi perkahwinan dengan suami tercinta....
Dalam meniti bibit percintaan pada dengan suami semua kekurangan dan kelebihan nya kita fahami...semuanya kerana kita lakukan kerana Allah....jika ada perbalahan...nyatakan dalam hati...ini hanya ujian daripada Allah...hanya ujian yang kecil di dunia untuk marasai kemanisan di akhirat kelak jika ujian itu kita tangani dengan penuh keimanan kepadaNya.....insyaAllah..sama-sama kita bermujahadah ke arah itu...sentiasa menganggap ujian Allah di dunia dalam hubungan suami isteri sebagai menguji sejauh mana keimanan kita terhadapNya....
Dalam hidup rumahtangga perlu bekerjasama dalam apa keadaan..namun..jika seorang sahaja yang selalu melakukan segala-galanya...(terutamanya sang isteri) dialah...masak...dialah jaga anak...dialah...mengemas...dan segala-galanya dia.....ingat.....mujahadah itu pahit dan syurga itu manis..sentiasa ingat itu...untuk menjadi isteri solehah perlu ada pengorbanan...pengorbanan masa dan tenaga...sebagai isteri ingat ...syurga itu di bawah kaki suami...lakukan tugas kita sebagai isteri dengan jujur dan ikhlas semata-mata mencari keredhaan-Nya....janganlah sedikit pun terbit daripada hati kita perasan tidak puas hati seperti selalu menyebut " asyik aku aja yang buat semua ini, dia goyang kaki ja...."...subhanallah...pujuklah hati kita...sesungguhnya apa yang kita lakukan dilakukan kerana Allah dan kerana limpahan kasih sayang...pasti syurga untuk isteri yang solehah ini...
Untuk mencapai tahap tertinggi isteri solehah ini memang nampak sukar....namun bermujahadah lah ke arah itu..isyaAllah..sama-sama kita mengamalkannya semata-mata mencari keredhaan-Nya...Hatta..jika suami kita tidak solat sekalipun...hormatilah mereka...tunjukkan lah akhlak yang baik..untuk mereka rasakan indahnya Islam..semoga terbuka hatinya menunaikan solat dengan akhlak dan layanan kita di samping kita berdoa siang dan malam dengan sepenuh hati untuk Allah mengampuni doa suami kita....
Untuk itu terima kasih Allah kerna mengurniakan suami yang penyayang dan amat memahami diri ini...semoga bahtera perkahwinan kami ini dapat di layari dengan lancar..dan bahagia sehingga ke syurga...semata-mata mencari keredhaan-Mu Allah...semoga ada keberkatan di situ...amin...
Suamiku,
Perkahwinan itu penyatuan dua hati...
Tujuan yang satu selalu diingati...
Ingatlah Allah sentiasa sematkan di hati...
Demi mencapai cinta hakiki...
Agar keredhaan Allah dapat dinikmati...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment