Pages

Thursday, 6 September 2012

Hari ini



Alhamdulillah...syukur pada-Mu Ya Allah atas kenikmatan yang tidak terhingga ini....subhanallah....aku masih mengecapi nikmat sebagai isteri..mama...anak..kakak dan adik....serta anugerah kesihatan yang tidak terkata hebatnya...terima kasih ya Allah atas anugerah berharga ini...dan satu lagi nikmat yang paling bernilai yang dianugerahkan olehNya ialah nikmat Islam dan Iman...alhamdulillah...bersyukurlah kita kerana telah dilahirkan sebagai Islam...syukur ya Allah...alhamdulillah...

Hari ini kita telah dihidupkan lagi..syukur...semoga hari ini adalah lebih baik daripada semalam...dan sentiasa kita mengucapkan syukur padaNya..keranaNya kita di sini pada hari ini...alhamdulillah..andai kita tiada lagi di sini..di mana kita? Di alam barzakh?..Sudah cukupkah bekalan kita untuk bertemuNya?...aku? semestinya belum cukup...masih banyak dosa denganMu Ya Allah...aku mohon keampunanMu Ya Allah...

Apabila kita ingat mati cepat-cepat bertaubat...takut berbuat dosa...bila lupa?...langsung tak ingat nauzubillah..semoga kita semua tergolong dalam golongan yang sentiasa mengingati mati..insyaAllah...dengan sentiasa ingat mati kita akan selalu bertaubat dan takut akan dosa dan sentiasa melakukan amal ibadat seolah-olah ibadat yang terakhir....

Mari kita sama-sama ingatkan diri kita untuk hindari daripada mendedahkan aurat, mengumpat, mengadu domba,membuang masa, malas dan melakukan kerja yang sia-sia...pohonlah kepada Allah supaya diberikan keberkatan waktu,umur dan rezeki kita..insyaAllah...semoga ilmu yang perolehi dan pelajari  bermanfaat dan dapat memberi manfaat kepada orang lain...

Kadang-kadang terpikir oleh akalku yang bodoh ini..kesian kawan-kawan ku yang bukan muslim..mereka pasti akan masuk neraka ..namun apakah dayaku untuk membantu mereka...takut juga di akhirat nanti aku dan kita semua dipersoalkan kerana tidak mengajak mereka kepada kebenaran ....apa yang boleh aku lakukan adalah dengan menunjukkan akhlak baik dan sentiasa berbuat baik dengan mereka..kerana dengan akhlak yang baik dapat menunjukkan kebaikan Islam di mata mereka...

0 comments:

Post a Comment