Wednesday, 12 September 2012
Kusyuk
Alhamdulillah...dengan izin-Nya dapat lagi dinukilkan serba sedikit pengalaman kehidupan atas anugerah-Nya...banyak pengajaran yang telah dipelajari kesan daripada universiti kehidupan ini...andai kita berfikir secara positif..banyak yang telah Allah ajar kita.....subhanallah...terima kasih Allah atas ujian-Mu selama ini dengan tujuan untuk mengajarku...betapa aku sangat menghargai ujian yang Allah telah turunkan pada-Ku..biarpun pahit namun cukup mengajarku erti kehidupan yang sebenar...syukur ya Allah....alhamdulillah atas rezki-Mu yang melimpah ruah dan hidayah yang dikurniakan ini...Dengan melalui ujian-Mu selama ini telah mendekatkan diriku dengan-Mu...sentiasa berdamping dengan-Mu....subhanallah...aku bersyukur atas hidayah yang Engkau berikan ini...moga ia istiqamah dan tersemat di sanubari ini....semoga Engkau redha....
Sebaknya dada ini apabila memikirkan dosa-dosa lalu...namun Dia tidak pernah jemu mengurniakan nikmat kehidupan biarpun diri ini pernah berdosa dan pastinya sentiasa ada melakukan kesilapan kerana kita hanyalah seorang hamba....biarpun dosa bertimbun Dia tetap menerima taubat hambaNya...sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi maha Mengasihi...Ampunilah daku Ya Allah yang selama ini lalai dalam beribadat kepada-Mu....Semoga sepasang mata ini sentiasa mengalir air mata kerana-Mu Allah....aku ingin sekali menangis kerana-Mu setiap hari..memohon dosa-dosaku yang lalu dan memohon supaya semua doa-doaku dimakbulkan-Mu ya Allah....perkenankan doaku ini....amin....
Sepanjang ujian kehidupan dadripada-Mu...aku telah mendapat hidayah untuk melakukan solat di awal waktu...alhamdulillah..aku telah berjaya melakukannya..namun ada juga keculasan tidaklah capai 100%...alhamdulillah..hebatnya anugerah-Mu Allah...syukur alhamdulillah...namun aku masih berperang dengan hawa nafsuku sendiri kerana masih gagal kusyuk untuk solat....aku telah berjaya solat di awal waktu namun gagal untuk kusyuk dalam solat...bukankah kusyuk dalam solat amat dititik beratkan dalam agama kita...sekarang aku sedang mencuba....dan mencuba...semoga beroleh redha-Mu Allah...aku cuba mengenangkan kematian setiap kali hendak menunaikan solat...alhamdulillah..setakat berjaya aku solat dengan kusyuk sekali...namun kekadang culas juga diri ini...tewas juga dengan hasutan syaitan...lemahnya iman ini....Ya Allah kuatkanlah imanku...kusyukkanlah aku dalam mendirikan solat semata-mata kerana-Mu Allah...amin...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment