Thursday, 13 September 2012
'Malas' Adalah Ujian Hidup
Bismillahirrahminrrahim...Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..subhanallah...syukur pada-Mu Allah di atas segala nikmat yang tidak terhingga ini....janganlah Engkau jadikan aku seorang yang kufur nikmat....
"ahhh...malas la hari ini"..Pernah kita mendengar ungkapan ini? atau kita sendiri pernah mengungkapnya....emm...sememangnya sebagai hamba-Nya yang lemah semestinya kita mengalami perasaan demikian....cuma kita perlu bangkit dan kuatkan diri mengatasi perasaan tersebut...itu semua bergantung kepada diri sendiri....
Hidup ini adalah ujian....maka dengan itu malas adalah ujian hidup...bergantung kepada diri kita untuk melalui ujian itu dengan jayanya atau gagal? Andai kata kita gagal....gelaplah masa depan kita...gagal mengurus diri sendiri kerana dikuasai perasaan malas..andai berjaya...alhamdulillah..bermakna kita telah berjaya mengharungi satu ujian hidup dan cerah masa hadapan justeru dapat kita teruskan hidup dengan ceria...
Bagaimana mengatasi perasaan malas? bagaimana hendak berjaya dalam ujian ini? Pasti ada caranya...ini adalah pendapat saya sendiri..malas ini juga ada kaitan dengan turun naiknya iman kita..andai kata iman kita tengah menaik...kita akan rasa rajin dan melakukan segala-galanya kerana Allah...namun apabila iman menurun kita dapat rasakan prestasi diri kita juga pun makin menurun...malas dalam segala segi....nauzubillah...apabila iman kita makin menurun..maksudnya hati kita telah dicemari....maka...bersihkanlah hati kita..dengan berzikir mengingatiNya selalu..insyaAllah...andai tidak berjaya...selalulah menghadiri majlis ilmu dan sentiasa berdoa kepadanNya dengan doa dia mana
maksudnya :
"Ya Allah Ya Tuhanku! Aku memohon perlindungan denganMu daripada keresahan dan kedukaan, dan aku memohon perlindungan denganMu daripada kelemahan dan kemalasan, dan aku memohon perlindungan denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil, dan aku memohon perlindungan denganMu daripada tekanan hutang dan penguasaan para lelaki."
InsyaAllah..berkat ibadah yang tidak pernah putus dan sentiasa mengharapkan rahmat Allah..insyaAllah...Allah sentiasa akan memberikan yang terbaik buat hamba-hambaNya yang merendah hati dalam memanjat doa kepada-Nya....rasalah lazatnya beribadah kepada Allah....dan Allah akan memberikan kita rasa kebahagiaan dan ketenangan jiwa yang berpanjangan....sentiasalah bersangka baik dengan Allah...
Oleh yang demikian andai kat perasaan malas masih menguasai diri...tunailah solat sunat taubat dan mohon keampunan kepadaNya dengan sungguh-sungguh dan sentiasa mengharapkan rahmatNya..insyaAllah..apa yang pasti..sentiasalah berdamping dengan Allah....semuanya boleh.....insyaAllah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment