Pages

Saturday 3 December 2011

Mukmin Profesional - Celik Mata Hati

Tanggal 3 Disember 2011.....telah menghadiri program Mukmin Profesional anjuran Fitrah Perkasa di Damansara Damai...di mana isi program telah dibukukan dalam Buku Mukmin Profesional yang di tulis oleh penulis yang tidak asing lagi Ustaz Pahrol Mohamad Juoi dan program ini juga dikendalikan oleh beliau. Menurut Ustaz Pahrol, apa yang kami belajar sepanjang program hendaklah disebarkan ke seluruh umat..maka saya mengambil pendekatan ini untuk menyebarkan ilmu ini melalui alam maya...harap sahabat-sahabat sudi membacanya dan berkongsi ilmu sesama kita dan sentiasa menganggap betapa luasnya ilmu Allah ini....dan perlu sentiasa dipelajari, didalami, diamalkan dan disebarkan...

Emm...pengisian program ini begitu mendalam..menusuk ke kalbu, betapa setiap minit, setiap saat dan setiap jam yang kita lalui adalah ibadah..hatta tidur pun dikira beribadah kepada Allah.Kupasan menarik yang disampaikan oleh Ustaz Pahrol sangat memberi kesan yang mendalam bagi menjalani kehidupan sebagai mukmin secara profesional.

Sebelum itu, mahu dikhabarkan juga..saya juga teruja menghadiri program ini kerana dapat bertemu Ustaz Pahrol yang sentiasa dinanti-nanti kemunculan beliau di kaca tv mahupun di corong-corong radio, dan jangan tidak sangka...ada seorang Ustaz yang berkebolehan yang selalu kita nampak di TV3,TV alhijrah...yang mana tidak asing lagi Ustaz Syed Norhisham pun turut menghadirkan diri mengikut Program Mukmin Profesional ini...Subhanallah...se profesional Ustaz Syed Norhisham pun menghadiri Program seumpama ini..manakan kita yang tidak berapa profesional ini....iktibar yang saya dapat daripada ini ialah..sebanyak mana ilmu yang kita ada...tidak cukup..dan perlu la belajar dan terus belajar dan tidak menganggap diri terlalu bijak dan telah tahu semuanya....ilmu yang kita belajar selagi kita gali...makin banyak kita tidak tahu dan proses pembelajaran akan terus berlaku....sehingga ke liang lahad...

Seperti kata Ustaz Pahrol melalui program tersebut..ilmu adalah seperti air terjun...sentiasa mengalir tanpa berhenti..dan sentiasa mengalir daripada atas ke bawah..perumpamaan untuk kita semakin banyak ilmu semakin merendah diri dan dan tawaduk dan ilmu akan mudah menyusup ke jiwa dengan rendah diri dan tawaduk itu.

Kita pergi kepada makna Mukmin Profesional itu diambil daripada perkataan Arab iaitu Al QAWIY dan AL AMIN di mana maksud al-amin (amanah) merujuk kepada Mukmin dan ada integriti dan al-qawiy (kuat) merujuk kepada Profesional dan ada kompetensinya.

Dalam program itu juga Ustaz Pahrol telah mengkelaskan Mukmin Profesional kepada 4 Golongan. (kalau ada buku mukmin profesional rujuk mukasurat 6-ada rajah) iaitu :-
1) Golongan yang terburuk. Kelakuan buruk dan prestasi kerja rendah.
2)Golongan yang mempunyai prestasi kerja yang rendah tetapi kelakuannya baik.
3)Golongan yang hasil kerjanya tinggi tetapi kelakuan buruk
4)Golongan Mukmin Profesional. Kelakuan dan prestasi kerja cemerlang.

Mukmin Profesional ialah mereka yang berjaya menggabungkan pelaksanaan fardhu ain dan fardhu kifayah, tanggungjawab sebagai hamba dengan khalifah serta kesucian zikir iaitu kebersihan hati dan kekuatan fikir iaitu kecanggihan teknologi dalam kehidupan kita seharian. Di mana Fardhu ain ialah merujuk kepada keimanan dan Fardhu Kifayah merujuk kepada bidang-bidang profesional seperti ekonomi,kejuruteraan, kedoktoran,kebudayaan dan lain-lain.

Dalam program itu membincangkan juga contoh teladan  Mukmin dan paling profesional yang perlu menjadi ikutan kita ialah Rasululullah SAW..
di mana Rasulullah telah berjaya dalam berbagai-bagai bidang semasa kehidupan Baginda antaranya Rasulullah berjaya dalam bidang perniagaan dan menjadi pendakwah yang hebat serta sebagai jeneral yang hebat dan kuat terlibat dalam berbagai2 peperangan. Faktor kejayaan baginda dalam bidang perniagaandan ketenteraan  ialah baginda seorang kerana kelakuannya yang baik-Mukmin dan kepakaran-nya yang tinggi-Profesional.
Dan kepakaran lain para-para nabi tidak dinafikan seperti Nabi Adam pakar dalam bidang pertanian, Nabi Nuh pakar dalam bidang pengangkutan-arkitek dan jurutera membina kapal besar yang mampu menahan banjir besar.
Nabi Harun pula pakar dalan komunikasi, Nabi Daud Pakar dalam industri besi, Nabi Isa Pakar perubatan dan Nabi Yusof Pakar dalam ekonomi dan pentadbiran. Hebatkan para-para nabi kita.Jom contohi mereka.

Melalui Program ini membawa kita memahami  Tujuan hidup kita yang sebenar di muka bumi Allah ini. Apa tujuan hidup kita di dunia yang fana ini? Tujuan hidup kita dunia ini ialah sebagai Hamba Allah dan khalifah untuk mendapat keredhaan Allah dan ganjaran dari Allah bagi mereka yang mendapat keredhaanNya ialah Syurga.
Sebagai Hamba Allah dan khalifah apa yang perlu kita lakukan untuk mendapat keredhaanNya? Lakukanlah perkara-perkara yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang.Amalkan apa yang telah termaktub dalam Rukun Islam dan Rukun Iman kita. Apa yang utama sekali ialah solat. Solat dengan sempurna dan kusyuk serta mengamalkan solat-solat sunat. Solat sunat penting untuk kita menampung kebocoran solat wajib kita kalau-kalau ada ketirisan yang kita tidak sedari. Puasa juga patut diamalkan untuk memdapatkan ganjaran daripada-Nya diakhirat kelak. Puasa sunat juga penting untuk memberi kita kesedaran dan menambah lagi ketakwaan kita kepada Allah dan merasai kehambaan kita sebagai Hamba Allah.Oh Ya....Sebelum terlupa  10 Muharram ini sunat berpuasa..puasa ini diamal oleh Rasulullah SAW.Untuk ingatan sahaja sebagai peringatan kita bersama-sama. Jom puasa reramai.

Kehidupan kita amat singkat di dunia ini. Dalam sehari kita ada 24 jam untuk beribadat. Di ambil pendekatan yang disampai oleh Ustaz Pahrol , Contoh ibadat wajib seperti solat 5 minit sehari dan di darab dengan 5 waktu solat sudah digunakann 25 minit, balance ada lagi 23 jam 35 minit? Persoalannya..apa yang kita lakukan dalam masa 23 jam 35 minit itu...itu termasuk dalam ibadah umum dan ibadah sunat. Adakah kita menggunakan masa tersebut sebaik-baiknya untuk beribadat? Adakah kita mensia-siakan masa tersebut? Apa yang perlu kita jawab dihadapan Allah nanti? mari kita muhasabah dan merenung diri kita sendiri...adakah kita menggunakan masa itu dengan sepenuhnya..adakah kita membuang masa di tempat kerja dengan bercakap-cakap kosong di dalam pantry sehingga tidak sedar sepatutnya kerja patut di mulakan dengan segera...melayari Facebook,youtube semasa bekerja....dan mengamalkan MIA (missing in action) di pejabat iaitu sentiasa tiada di tempat kerja dan melakukan kerja-kerja luar tanpa pengetahuan majikan.
Marilah saya mengajak diri saya dan rakan-rakan memikirkan semua ini...semoga kita dapat mengubah diri kita sendiri,..bukan dengan memandang keburukan org lain dan menunding jari kepada orang lain...pokok pangkalnya..ubah diri sendiri...ubah dari dalam..bentuk peribadi dalaman yaitu kebersihan hati yang bersih melahirkan akhlak yang terpuji ..maksudnya..biar diri kita yang baik mempengaruhi persekitaran kita....di samping bermunajat padaNya berdoa dan terus berdoa..sesungguhnya Doa adalah senjata orang mukmin...sesungguhnya Allah sentiasa memberi kita nikmat....kita seringkali melupakan kepada Pemberi nikmat kerana dikaburi oleh sifat-sifat mazmumah yang menguasai diri kita.
Biarlah sifat-sifat mahmudah sahaja yang menguasai diri kita...moga kita menjadi mukmin yang profesional berjaya di dunia dan akhirat...

Hidup Cemerlang dengan Memberi


Kecemerlangan ialah 'better than best'. Sebagai umat Islam kita perlu sentiasa cemerlang di dunia dan akhirat.
Sebagai Mukmin Profesional perlu meletakkan dunia adalah tempat untuk bercucuk tanam dan akhirat ialah tempat untuk kita menuai hasilnya. Jika kita bijak dan pandai serta rajin bercucuk tanam maka hasil tuaian kita nanti insyaAllah tidak menghampakan, malah menjanjikan pulangan yang lumayan..apa pulangan yang lumayan itu...pastilah memperolehi keredhaan Allah dan ganjaran Syurga. Perlu kita ingat bahawa dunia adalah alat yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk kita mencapai kehidupan yang abadi di akhirat kelak.


Ibu bapa yang cemerlang ialah mereka yang mampu memenuhi keperluan anak-anak mereka. Keperluan-keperluan anak-anak adalah seperti memenuhi keperluan fizikal dan material iaitu seperti memberi makan minum, membeli pakaian, membina tempat tingga, kesihatan dan kemudahan pengangkutan.
Kedua ialah keperluan akal dan pemikiran iaitu memberikan ilmu agama(fardhu ain) dan ilmu akademik(fardhu kifayah).
Ketiga memenuhi keperluan emosi anak-anak dengan memberikan perhatian kepada anak-anak dengan kasih sayang, menjadi pendengar yang baik dan membelai anak-anak sepenuhnya.
Keempat memenuhi keperluan jiwa anak-anak dengan menitikberatkan soal-soal keimanan, yakni kepercayaan mantap kepada Allah, hari akhirat,syurga dan neraka. Ibubapa perlu menjadi rolemodel (menjadi contoh akhlak yang baik) kepada anak-anak yang boleh dicontohi sikap dan perlakuan mereka oleh anak-anak.

Pelajar Cemerlang

Bagaimana dengan pelajar cemerlang pulak? Ya pelajar cemerlang perlu ada sikap yang terbaik, kemahiran dan ilmu pengetahuan. Pelajar yang cemerlang tidak seharusnya merujuk kepada pencapaian straikght's A dalam peperiksaannya, tetapi sikap dan akhlak pelajar itu lebih utama dan perlu lebih diberi penekanan dalam pendidikan. Pelajar yang cemerlang ialah pelajar yang berjaya dalam akademiknya dan berjaya dalam hidup berkeluarga.

Pekerja Cemerlang

Pekerja yang sentiasa memberi khidmat dalam pekerjaannya yang diberikan tanpa mengira masa dan tenaga dan gembira melakukan kerja tersebut tanpa mengharapkan balasan. Bukan kan memberi lebih baik daripada menerima..marilah kita sama-sama lebih banyak memberi daripada menerima...Fikirkan dan renungkan lah apa yang telah kita sumbangkan kepada organisasi kita bukan apa yang kita dapat daripada organisasi....percayalah kuasa memberi amat hebat kesannya...Allah melipatgandakan usaha memberi hambaNya sebanyak tujuh kali ganda banyaknya....maka dapatlah dikatakan bahawa memberi membuatkan harta kita akan bertambah...tidak kiralah apa yang kita beri..samada tenaga, senyuman, pertolongan,doa dan pertolongan dalam bentuk harta sekalipun.

Sentiasa mengingati Allah dan menganggap 'GOD IS OUR CEO' dan ikhlas dalam melakukan sesuatu perkejaan. Bagaimana ikhlas hadir dalam diri kita? Hanya Allah sahaja yang tau kita ikhlas atau tidak dalam melakukan sesuatu tugasan yang diberikan...perlu melakukan pekerjaan dengan niat yang betul dan mencari redha Allah..insyaAllah keikhlasan itu akan hadir dengan sendiri dalam hati kita..ia adalah kurniaan daripada Allah...
Alhamdulillah...setakat ini sahaja pengisian program MP yang saya dapat beri...banyak lagi sebenarnya...saya berikan lagi di bahagian kedua nanti....insyaAllah..sama-sama kita berkongsi ilmu Allah ini...

2 comments:

  1. perkongsian yang bagus... teruskan (y)

    ReplyDelete
  2. Sy sgt ingin pergi ke kursus ini.. Mcmana kl sy berminat nk hadiri. Siapa boleh sy hubungi?

    ReplyDelete