Pages

Wednesday, 19 October 2011

Kembara Insan

Petikan daripada BLOG Ustaz Pahrol(www.genta-rasa.com)

Hayatilah.....sungguh menginsafkan...Ya Allah ampunilah kami....
Takah Hidup Insan
Kembara manusia bermula dari alam roh. Di sana manusia tidak mempunyai jasad. Tidak ada jantina, lelaki ataupun perempuan. Bagaimana keadaan kita pada waktu itu? Sangat sedikit yang kita ketahui tentang alam itu. Firman Allah: “Jika kamu bertanya tentang roh, katakan yang roh itu urusan Tuhanmu. Dan tidaklah kamu mengetahui daripada ilmu Allah melainkan sedikit sekali.”
• Alam Roh
Tetapi apa yang pasti di alam itu manusia sangat rapat dengan Tuhan. Sehingga pengakuan ini dicatat dalam al-Quran:
“Tidakkah Aku ini Tuhanmu? Roh menjawab, ya kami menjadi saksi (kewujudan-Mu).”
Pada ketika itu, roh sangat kenal dan mengakui keesaan Allah sebagai Rabb (Penciptanya). Pada ketika itu juga roh berjanji untuk menjadi hamba Allah yang patuh. Perjanjian ini termeterai antara manusia dengan Allah sehingga dengan itu manusia telah sanggup untuk memikul amanah sebagai khalifah di muka bumi. Walaupun semua makhluk lain menolak amanah ini, manusia sebaliknya, telah menyatakan kesanggupannya.
Dan kesediaan ini menyebabkan manusia menjadi pelakar sejarah dalam kehidupan di muka bumi dan memberi impak yang besar kesannya kepada kehidupannya sendiri. Firman Allah: “Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya kerana bimbang tidak dapat menyempurnakannya dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.” (Surah al-ahzab 33: 72).
Tidak diketahui berapa lama tempoh manusia berada di alam roh. Namun yang pastinya setiap manusia mengambil gilirannya untuk “diturunkan” ke alam dunia. Kita pun datang ke bumi generasi demi generasi. Sayangnya, pengakuan, perjanjian, kesanggupan dan segala yang berlaku di alam roh seolah-olah sudah dilupakan oleh manusia. Mengapa kita boleh lupa? Memang logik kita lupa kerana alam itu telah begitu lama kita tinggalkan. Sedangkan hal yang berlaku seminggu yang lalu pun kita boleh ‘terlupa’, inikan pula entah berapa ratus ribu tahun sudah kita membuat perjanjian itu?
• Alam Rahim
Sebelum dilahirkan ke alam dunia, manusia terlebih dahulu “transit” di alam rahim. Alam rahim terletak di dalam perut ibu. Indah sekali namanya; rahim (nama Allah Al-Rahim). Sekali gus melambangkan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya, yang hakikatnya berasal daripada kasih sayang Allah. Di sini janin dilindungi untuk menjadi seorang bayi.
Bayi akan tinggal di alam yang kukuh dan penuh kasih sayang ini selama lebih kurang 9 bulan 10 hari (mengikut kebiasaannya). Dalam tempoh yang itu ada beberapa proses biologi dan rohani yang berlaku. Daripada sari pati tanah, menjadi nutfah, kemudian menjadi alaqah dan diikuti pembentukan mudghah. Kemudian menjadi tulang dan selepas itu mula diliputi dengan daging, dan dibungkus dengan kulit. Akhirnya terbentuklah bayi yang lengkap sifatnya.
Di alam rahim ada beberapa perkara telah ditentukan. Antaranya rezeki, tempoh kehidupan, celaka atau bahagianya.
Hadis daripada Abdullah bin Mas’ud r.a dia berkata, Rasulullah s.a.w. seorang yang benar serta dipercayai pernah bersabda: “Kejadian seseorang itu dikumpulkan di dalam perut ibunya selama empat puluh hari. Sebaik sahaja genap empat puluh hari kali kedua terbentuklah segumpal darah beku. Manakala genap empat puluh hari kali ketiga bertukar menjadi seketul daging. Kemudian Allah s.w.t. mengutus malaikat untuk meniupkan roh serta memerintah supaya menulis empat perkara iaitu ditentukan rezeki, tempoh kematian, amalan serta nasibnya sama ada mendapat kecelakaan atau kebahagiaan. Maha suci Allah s.w.t. di mana tiada tuhan selain-Nya, seandainya seseorang itu melakukan amalan sebagaimana yang dilakukan oleh penghuni syurga sehinggalah kehidupannya hanya tinggal sehasta dari tempoh kematiannya, tetapi disebabkan ketentuan takdir, nescaya dia akan bertukar dengan melakukan amalan sebagaimana yang dilakukan oleh penghuni neraka sehingga dia memasukinya. Begitu juga dengan mereka yang melakukan amalan ahli neraka, tetapi disebabkan oleh ketentuan takdir nescaya dia akan bertukar dengan melakukan amalan sebagaimana yang dilakukan oleh penghuni syurga sehinggalah dia memasukinya.”
Tegasnya, segala persediaan dan kelengkapan untuk menuju alam dunia telah dipersiapkan di sini. Jasadnya mula dilengkapi oleh komponen pancaindera (pendengaran, penglihatan, sentuhan, rasa dan lain-lain). Sepertimana penyelam yang perlu memakai pakaian khas untuk menyelam, lengkap dengan bekalan oksigennya, maka begitulah manusia yang berpindah ke alam dunia, pakaian khasnya ialah jasad dan kelengkapannya ialah pancaindera.
• Alam Dunia
Tiba masanya, butang hidup pun di“on”kan. Manusia pun lahir ke alam dunia dengan diiringi tangisan. Tangisan ini ada maknanya yang tersendiri. Dalam kalangan ahli kerohanian ada yang mentafsirkan tangisan ini sebagai tanda protes bayi tersebut terhadap syaitan yang sejak lahir sahaja manusia ke dunia sudah diajak kepada kejahatan. Begitulah erti tangisan itu.
Manakala ahli perubatan pula menjelaskan bahawa tangisan itu diperlukan untuk si bayi mula mengepam oksigen ke paru-parunya yang baru berfungsi.
Apa pun makna dan tafsirannya, hidup memang dimulakan dengan tangisan, dicelah-celah kehidupan ada tangisan dan diakhiri dengan tangisan. Tidak ada manusia yang lahir dengan ketawa!
Di alam dunia inilah bermulanya ujian kerana memang manusia hidup untuk diuji. Firman Allah yang bermaksud: “Dijadikan mati dan hidup bagi kamu untuk menguji siapakah antara kamu yang terbaik amalannya.”
Lazimnya hidup manusia ini sekitar 60 hingga 70 tahun, namun perlu diingat hidup di dunia inilah yang paling kritikal, kerana ia menentukan sama ada kita bahagia atau derita selama-lamanya. Dunia ini penuh dengan ujian. Dunia umpama “dewan peperiksaan”. Manusia mesti menjawab beberapa “soalan peperiksaan” yang sebenarnya telah pun “bocor”. Saya katakan demikian kerana soalan-soalan yang akan ditanyakan di alam kubur dan alam Mahsyar itu telah pun dimaklumkan kepada manusia di dunia lagi. Berikut adalah soalan-soalan itu:
Soalan di dalam kubur:
• Siapa Tuhan kamu?
• Siapa Imam kamu?
• Siapa saudara kamu?
• Apakah kiblat kamu?
Soalan di Alam Mahsyar:
• Ke mana hartamu kamu belanjakan?
• Ke mana ilmumu kamu gunakan?
• Ke mana umurmu kamu gunakan?
• Bagaimana umur muda kamu habiskan?
Namun, harus diingat soalan-soalan itu bukan dijawab secara lisan berdasarkan pemikiran. Tetapi perbuatan dan amalan kita di alam dunia itulah yang membantu memberi ‘jawapan’ kepada soalan-soalan itu. Jika kita melakukan sesuatu yang selaras dengan kehendak Allah, maka itu jawapan kepada soalan “Siapa Tuhan kamu?”. Jika kita benar-benar mengikut panduan sunnah Rasulullah, maka itulah jawapan kepada soalan “Siapa imam kamu?”
• Alam Barzakh (Alam Kubur)
Hidup di dunia akan berakhir melalui proses kematian. Jika kelahiran adalah proses yang membawa kita pindah dari alam rahim ke alam dunia, maka mati pula adalah proses yang membawa kita pindah dari alam dunia ke alam barzakh. Hakikatnya, kelahiran dan kematian adalah sama – satu proses yang mesti dilalui sebelum berpindah ke alam selepas dari alam sebelumnya. Sayangnya, ramai manusia yang hanya membuat persediaan untuk menghadapi kelahiran berbanding kematian. Kain lampin lebih popular daripada kain kapan!
Alam barzakh (ertinya pemisah) ialah sempadan antara dunia dan akhirat. Di sana manusia ibarat dalam tahanan reman, sementara menunggu saat perbicaraan. Tetapi di alam barzakh ini sudah ada petunjuk-petunjuk awal sama ada kembara seterusnya akan berjalan dengan baik atau sebaliknya. Di sini sudah mula soal siasat terhadap segala perlakuan di dunia. Dua malaikat, Munkar dan Nakir, sudah menjalankan tugas awalnya. Mukadimah nikmat (bagi yang soleh) dan mukadimah azab (bagi yang toleh) sudah ketara dan dirasai. Di sini manusia akan menunggu saat perbicaraan sama ada dalam keadaan selesa atau seksa. Perbicaraan dan keputusan muktamadnya adalah di Padang Mahsyar.
• Alam Mahsyar
Dua tiupan (bumi dilipatkan semula dengan sistem aturannya diterbalikkan. Dan berlakulah letupan kuat). Sangkakala dikumandangkan oleh Israfil – kali pertama untuk mematikan mereka yang masih hidup di saat itu dan kali kedua untuk menghidupkan semula semua yang sudah mati. Manusia pun dibangkitkan semula dari alam kubur menuju Mahsyar. Pelbagai rupa dan cara manusia ke sana ditentukan oleh amalan masing-masing. Visualnya, digambarkan dengan jelas dalam peristiwa Israk Mikraj.
Di sanalah keadilan yang mutlak dan muktamad ditegakkan. Jika di dunia yang benar tidak selalu dimenangkan, dan yang salah tidak selalu dikalahkan, tetapi di akhirat yang benar pasti menang, yang salah pasti kalah. Allah Maha Adil dalam menentukan sesuatu hukuman.
Walaupun Dia Hakim yang Maha Mengetahui, namun Dia masih mahu pengadilan itu dibuktikan oleh para saksi. Sedangkan apa perlunya saksi jika segala-galanya sudah diketahui? Ketika itu anggota badan kitalah yang menjadi saksi – segalanya dibenarkan bersuara malah mendakwa.
• Alam Syurga atau Neraka
Setelah menerima catatan amal (lengkap dengan fakta dan data yang terperinci), yang bukan hanya mencatat setiap langkahan kaki tetapi juga lintasan hati, maka “keputusan” peperiksaan itu melayakkan manusia ke alam syurga jika berjaya dan ke alam neraka jika gagal. Di sanalah kembara yang panjang itu berakhir. Ada yang “happy ending”. Ada pula yang berakhir dengan sengsara. Sampai bila? Sampai bila-bila. Tidak ada kembara lagi selepas itu! Itulah hidup yang hakiki dan di sanalah perhentian yang abadi.
Sehingga di sini istirahatkan minda anda kerana lelah juga menyusuri perjalanan hidup kita. Itu baru menerusi perantaraan minda atau pemikiran. Perjalanan sebenarnya tentu menuntut kelelahan yang berganda. Kembara ini penuh liku, cabaran dan kesusahan. Jika kembara di satu alam (dunia) ini pun kita boleh tersesat dan melarat, apatah lagi kembara yang melalui di lima alam yang serba unik itu.
Dan yang paling penting ialah bagaimana hendak menjalani kehidupan yang sebaik-baiknya di alam dunia – alam yang sedang kita hidup sekarang. Masa lalu tidak dapat diputar kembali. Kita tidak boleh merayu untuk tidak dijadikan, menerima amanah dan dihantar ke dunia.
Manakala masa depan, tidak boleh dijangkau. Apa yang penting ialah kita boleh menentukan masa depan (di Alam Barzakh, Mahsyar, Syurga atau Neraka) dengan bekerja kuat pada hari ini (di dunia) dengan input dan peringatan yang kita dapat daripada masa lampau (di alam roh). Insya-Allah.

Terima kasih Ustaz, semoga dihalalkan segala ilmu ini...

Friday, 14 October 2011

Tafakur di Pusara Cinta

TAFAKUR DI PUSARA CINTA…

IHSAN DARIPADA BLOG USTAZ PAHROL (www.genta-rasa.com)

Ah, cinta itu boleh tumbuh, subur dan berbuah. Cinta juga boleh lumpuh, terkubur dan musnah. Ramai pasangan yang berkahwin, tetapi tidak sampai setahun, cintanya patah. Ada juga yang berkahwin, berpura-pura bahagia. Akhirnya kecundang, berpisah di usia senja. Namun lebih ramai yang terus berkahwin, namun rumah tangganya bagai pusara… tidak ada cinta, jauh sekali bahagia.
Jika terdetik sahaja di dalam hati, “Aku tidak berpisah dengannya (pasangan kita) hanya kerana anak-anak…” itu petanda bahaya. Selalu kita diingatkan “hadiah” termahal untuk anak-anak ialah mencintai ayah atau ibunya (isteri atau suami kita). Jadi, jangan sekali-kali kematian cinta. Bina dan binalah lagi walaupun bagaimana perit dan deritanya.
Satu kebaikan perlu dimulakan berkali-kali. Jangan terperangkap dalam ilusi kesempurnaan. Jadi, binalah cinta berkali-kali. Walaupun sukar sungguh mencari  ”kerana-kerana”nya lagi, tapi jangan putus asa. Cari dan binalah kerana yang baru. Jangan jemu. Berilah dan teruslah memberi. Insya-Allah, akan terpinggir juga akhirnya rasa benci, jemu dan letih oleh karenah, kekurangan atau “keburukan” pasangan kita.
Ingat selalu, terlalu banyak “sebab” untuk  menyintai, berbanding sebab untuk membenci!
Jangan cepat berubah hati. Bila “kerana-kerana” yang lain sudah hilang dan terasa tiada sebab untuknya mencintai lagi, ketahuilah itulah permulaan CINTA sejati. Itulah cinta tanpa syarat yang terlalu mahal harganya. Kata hukama, “di kala manusia hilang segala-galanya, maka ketika itulah dia menemui siapa dirinya yang sebenar.”
Cintailah pasangan kita kerana Allah. Ikhlaslah dalam bercinta. Inilah yang akan mengekalkan rasa cinta selepas perkahwinan. Jangan terikat dengan cinta yang murah – yakni cinta berbentuk “maddiah” (fizikal dan material). Jangan diteladani syaitan yang terlalu materailistik, yang merasakan dirinya yang tercipta daripada api lebih baik dari Adam yang tercipta dari tanah. Syaitan terlalu material. Sebaliknya, mulianya Adam kerana ilmu dan ketaatannya kepada Allah. Cinta kita jangan berpusatkan materail dan fizikal!
Saya pernah terdengar kata yang pesimis, perkahwinan itu adalah pusara cinta. Semakin bertambah usia perkahwinan, kata mereka, semakin tipis rasa cinta. Tidak ada lagi kemanisan, kehangatan dan keharmonian seperti yang pernah dirasakan sebelum bernikah dahulu. Segala-galanya menjadi semakin suram dan bungkam… seakan-akan pusara.
Hakikatnya, dakwaan di atas adalah satu bentuk tipuan syaitan untuk menghindarkan manusia daripada perkahwinan. Agar dengan itu, kebanyakan manusia tertipu untuk beranggapan bahawa kemanisan cinta hanya dapat dinikmati dalam lembah dosa pergaulan bebas dan perzinaan.
Namun kita lebih tertarik dengan kata yang optimis – perkahwinan itu adalah kebun cinta. Semakin lama berkahwin, semakin menebal dan mendalam rasa cinta. Akan ada kemanisan, keharmonian dan ketenangan sepanjang kembara mengharungi kehidupan berumah tangga.
Dalam alam rumah tangga, pasti ada kesusahannya tetapi ada juga kesenangannya. Ada kepahitan, namun kemanisan yang seiringannya juga lebih banyak. Susah-susah pun dijanjikan pahala. Inilah janji Islam, yang menegaskan ada “syurga” di dunia. Di mana lagi? Kalau bukan di dalam rumah tangga kita – Baiti Jannati!
Apa yang harus dilakukan untuk menjadikan perkahwinan itu sebagai kebun cinta bukan pusara? Salah satu caranya ialah dengan menjaga perasaan, sama ada perasaan kita sendiri dan perasan pasangan kita. Cinta itu berkait rapat dengan perasaan. Sering disebut “perasaan” cinta bukan “fikiran” cinta. Maka menjaga perasaan samalah dengan menjaga cinta.
Perasaan adalah bayangan fikiran. Jika fikiran kita positif, perasaan kita akan gembira. Sebaliknya, apabila perasaan kita sedih, marah atau kecewa, fikiran kita juga negatif. Justeru, dengan menjaga perasaan, bererti kita juga menjaga fikiran kita. Perasaan dan fikiran itu saling berkaitan. Perasaan itu umpama nyala api manakala fikiran itu adalah unggunnya.
Dalam sebuah rumah tangga, perasaan suami isteri mesti selalu gembira dan fikiran mesti sentiasa positif. Mengapa ini penting? Jawabnya, fikiran yang positif akan melahirkan tindakan, tingkah laku dan respons yang positif juga. Rumah tangga adalah wadah berlakunya pelbagai keadaan, insiden dan kejadian. Yang pahit dan manis akan datang bersilih ganti. Rumah tangga akan sentiasa teruji.
Bagaimana suami dan isteri bertindak (memberi respons) terhadap rangsangan-rangsangan ini? Ini semua bergantung pada fikiran dan perasaan mereka ketika berdepan dengan rangsangan-rangsangan itu. Satu perkara atau situasi yang sama tetapi dihadapi oleh dua orang yang berbeza akan memberi impak yang berbeza bergantung pada fikiran mereka.
Bila dicaci misalnya, bagi mereka yang berfikiran negatif akan menganggap itu satu penghinaan. Sebaliknya, bagi yang berfikiran positif menganggap itu sebagai cabaran untuk bertindak dengan lebih baik. Kesannya, yang berfikiran negatif bertindak secara destruktif (meruntuh) – menghina balik, berdendam atau susah hati. Manakala yang berfikiran positif akan bertindak konstruktif (membina) – sabar, muhasabah diri dan melupakan. Tindakan-tindakan yang konstruktif akan menyuburkan cinta. Manakala tindakan destruktif akan “menguburkan” cinta.
Jika cinta itu umpama sebuah kebun… maka adalah lebih mudah untuk memiliki sebuah kebun berbanding menjaga kebun itu agar sentiasa subur dan tidak dimusnahkan oleh haiwan perosak. Justeru, amat penting pasangan suami isteri menjaga perasaan masing-masing.
Jagalah perasaan sendiri agar ceria selalu. Insya-Allah keceriaan itu akan memudahkan kita menjaga perasaan pasangan kita. Orang yang gembira selalunya dapat menggembirakan orang lain. Hindarilah rasa benci, marah, kecewa, sayu dan putus asa. Tetapi jika kekadang rasa-rasa negatif itu timbul jua, bermujahadahlah untuk memeranginya. Jangan sekali-kali dibiarkan menetap lama-lama di hati kita. Ia umpama serangga perosak yang boleh memusnahkan kebun cinta kita.
Inilah rahsia kesuburan “kebun cinta’. Bila kebun cinta kedua suami-isteri telah subur, insya-Allah seluruh isi rumah (anak-anak, pembantu rumah dan siapa sahaja yang tinggal sebumbung dengan mereka) akan turut merasa teduh oleh rimbun daun-daunnya dan akan dapat pula merasakan keenakan buah-buahnya. Orang yang penuh dengan rasa cinta umpama bunga yang harum. Ia sentiasa menyebarkan “keharumannya”.
Apakah yang harus dilakukan agar perasaan selalu ceria atau gembira? Mungkin untuk merasa gembira lebih mudah jika memang ada sesuatu, seseorang atau keadaan yang boleh menggembirakan. Kalau ada suatu insiden atau kejadian yang melucukan… kita tertawa, gembira. Jika ada orang memberikan hadiah, kita gembira.
Namun bagaimana jika semua itu tidak ada? Maksudnya, tidak ada seseorang, keadaan, perkara atau benda pun yang boleh menggembirakan kita? Pendek kata, sumber kegembiraan langsung tidak ada. Bagaimana? Jawabnya, jadilah sumber kegembiraan itu sendiri! Maksudnya, jadikanlah diri kita sebab untuk orang lain gembira.
Bagaimanakah caranya? Carilah orang lain dan gembirakan dia. Siapakah dia itu?
Siapa lagi kalau bukan pasangan kita. Sentiasalah berfikir, berusaha dan melakukan apa sahaja yang boleh menggembirakan pasangan kita. Insya-Allah, kegembiraan yang kita berikan kepadanya akan kembali kepada kita semula. Pepatah Cina ada mengungkapkan, tangan yang menghulur bunga mawar pasti akan berbau harum. Bijak pandai juga berkata“what goes around, comes around.”
Ya, hulurkanlah “bunga mawar” kepada pasangan kita, setiap hari, setiap masa. Insya-Allah, sebelum pasangan kita mencium keharumannya, tangan kita yang menghulurkannya akan berbau harum terlebih dahulu. Bunga mawar itu simbolik kepada kebaikan. Maksud menghulurkan bunga mawar itu ialah buatlah kebaikan kepada pasangan kita – tidak kira sama ada kecil atau besar. Kebaikan itu umpama baja kepada kebun cinta kita.
Teringat apa yang dikatakan oleh A’id Al Qarni dalam bukunya “La Tahzan”, “orang yang pertama merasakan nikmat kebaikan ialah orang yang melakukannya!” Ertinya, sesiapa yang berusaha menjadi sumber kegembiraan (dengan terlebih dahulu berbuat baik), maka dialah yang akan menikmati kebaikan itu sebelum orang yang ditujukan akan kebaikan itu merasa gembira. Bukankah sering dipesankan, dengan menyalakan lilin orang lain, lilin kita tidak akan padam, malah kita akan mendapat lebih banyak cahaya? Suami yang menggembirakan isterinya akan gembira dan begitulah sebaliknya.
Saya ulangi, langkah paling utama menjaga kesuburan kebun cinta berusahalah selalu menggembirakan pasangan kita. Berbagai-bagai cara, aktiviti, perkara dan usaha boleh dilakukan untuk itu. Jangan kebuntuan jalan. Jangan ketandusan idea. Percayalah, bila hati sudah “mahu” kreativiti dan inovasi akan timbul dengan sendirinya. Jadilah “tukang kebun” cinta yang rajin dan setia.
Kata bijak pandai, dunia akan menyediakan jalan kepada orang yang mempunyai tujuan. Orang yang sudah mempunyai tujuan, umpama air yang sedang mengalir, tidak payah ditunjukkan ke arah mana hendak mengalir. Air itu tahu dengan sendirinya! Begitulah juga suami atau isteri, jika mereka memang tukang kebun cinta yang setia, tidak payah diajar untuk mengairi, membajai dan menjaga kebun cintanya.
Kaedah pertama untuk menjaga perasaan ialah dengan memberi senyuman. Berilah senyuman kepada isteri atau suami kita. Senyuman itu ada dua jenis. Pertama, kerana gembira. Kedua, kerana ingin menggembirakan. Kalau senyum kerana gembira, itu biasa-biasa sahaja. Siapa pun akan tersenyum jika ada sesuatu yang lucu atau menyenangkan. Senyuman jenis ini, kurang nilainya.
Senyuman yang luar biasa dan mahal harganya ialah senyuman untuk menggembirakan orang lain. Sungguh pun ada kalanya dalam hati sendiri bergelojak dengan masalah, badan sendiri sedang sakit, diri sedang letih, tetapi demi pasangan di depan mata kita senyumlah jua. Bukan kerana gembira tetapi ingin menggembirakan.
Wah, itu payah. Namun kerana Allah, demi cintakan isteri atau untuk mentaati suami, kita tersenyum juga… Inilah jenis senyuman yang dikaitkan dengan iman, yang disamakan dengan satu sedekah. Rugikah kita dengan senyuman itu? Tidak. Insya-Allah, niat kita untuk menggembirakan pasangan kita akan dibalas oleh Allah dengan kegembiraan yang setara atau yang lebih lagi.
Kedua, berilah salam. Jangan anggap salam itu hanya diberikan ketika hendak memasuki rumah atau ketika hendak bertemu dan berpisah sahaja. Pada hal salam boleh dihulurkan sebaik ingin tidur atau bangun dari tidur. Hulurkan salam dan senyuman waktu pertama kali bertentang mata selepas bangun dari tidur atau sebelum menutup mata untuk tidur. Atau jika bersua semula setelah sudah agak lama berada di tingkat atas (jika rumah dua tingkat) atau di bilik yang lain.
Ketiga, berjabat tangan. Budayakan isteri berjabat dan mencium tangan suami ketika mula bertemu atau hendak berpisah. Begitu juga para suami, jangan sekali-kali kedekut untuk menghulurkan tangan buat bersalaman. Jika terasa bersalah, cepatlah meminta maaf dengan menghulurkan salam. Bila dihulurkan tangan, jangan pula ego untuk tidak menyambutnya. Maafkanlah pasangan kita, bukan dengan hanya dengan kata-kata, tetapi juga dengan perbuatan yakni dengan cara berjabat salam.
Kesimpulannya, ingatlah tiga perkara yang akan menyuburkan kebun cinta kita – mengucapkan salam, memberi senyuman dan sering berjabat tangan. Salam itu umpama “baja”, senyuman itu umpama “air” dan berjabat tangan itu umpama cahaya di kebun cinta kita.
Insya-Allah, jika kebun cinta kita selalu diairi, dibajai dan diberikan cahaya, maka perasaan kita akan selalu gembira, fikiran kita akan positif dan tindakan-tindakan kita akan sentiasa membuahkan kebaikan. Dan itulah antara resipi “baiti jannati”.
Sekiranya, cintamu hampir menjadi pusara… tafakurlah sejenak di atasnya. Cari kembali dirimu dan dirinya. Bermulalah langkah “menghidupkan” semula cinta itu daripada dirimu sendiri. Dalam pencarian itu hendaklah selalu diingat… carilah di tempat dimana kita kehilangannya. Justeru, kita akan hanya menemuinya semula di tempat yang kita kehilangannya!

Mohon dihalalkan ilmu ini ustaz....

Saturday, 1 October 2011

Indahnya Percaturan Mu Ya Allah..

Bismillahhirrahmanirahhim....Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...Alhamdulillah..syukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi bernyawa pada hari ini, ketika ini dan saat ini...

Indahnya percaturanMu Ya Allah...ini lah pengalaman aku sendiri....alhamdulillah..abangku dan kakak iparku  telah mendapat kad jemputan daripada Allah untuk menjadi tetamuNya untuk menunai kan fardhu haji...rukun Islam ke lima.....mereka akan meninggalkan sepasang anak...si kakak 5 tahun dan si adik 3 tahun....di saat pemergian..amat sedih dan pilu ..namun di atas kehendakNya..alhamdulillah..semuanya berjalan lancar....

Kami telah membawa mereka bermain di pasaraya Giant..di situ terdapat playground ....sebelum bermain..diumpan makan aiskrim..selepas itu...mereka leka bermain..dan balik bermalam dirumah kami...dan esoknya..kami akan menghantar anak sedara2 kami ini ke rumah nenek mereka di Bagan Lalang...kerana itu atas permintaan nenek mereka sendiri....alhamdulillah...cuma aku berfikir...hikmatnya aku keguguran setahun yang lalu...jika tidak pasti susah aku hendak handle anak2 sedara2 ku ini...masyaAllah...indahnya percaturanMU.....

Perkara lain yang terjadi kepada adik lelakiku pula.....dia bekerja sebagai guru di Miri Sarawak....untuk berjumpa dengan abang yang akan ke Mekah ini...dia telah terbang balik untuk meraikan pemergian abang menunaikan haji di Mekah....namun..terdapat peristiwa lain yang perlu dia hadapi..di mana isteri kawan baiknya telah mengalami keguguran...kandungan emipat bulan..di mana roh telah ditiupkan ke jasad bayi itu...maka..hari yang sama beliau telah bergegas melawat kawannya itu...kebetulan kawannya memerlukan pertolongan bagi menguruskan jenazah anak itu....masyaAllah...indahnya percaturanMu Ya Allah....adikku ini telah balik ke semenanjung malaysia kerana dihantar oleh Allah untuk membantu kawannya di dalam kesusahan.....lihatlah...ini bukan suratan atau kebetulan...inilah ketetapanNya...penyusunanNya....begitu tersusun...masyaAllah...

Namun kira-kira selepas maghrib..selesai sahaja pengebumian anak kawannya ini...dia pun bergegas ke Kelana Jaya...tempat pendaftaran jemaah2 Haji....untuk berjumpa dengan abang...alhamdulillah..sempat la berjumpa dengan abang....sampai pukul 9.30..mlm...di mana para jemaah Haji diminta masuk untuk taklimat...dan adikku dan isterinya pulang ke rumah ku malam itu...

Kita hanya merancang...Allah yang menentukan segalanya..alhamdulillah...semuanya rancanganNya..amat teratur....

Thursday, 29 September 2011

Hari yang membahagiakan...

Alhamdulillah..syukur ke hadrat Ilahi kerana diberi pinjaman nyawa olehNya untuk kita bernafas lagi hari ini....subhanallah walhamdulillah..walailahaillallah wallahuakbar ...

Hari ini hari ke dua aku berkursus..kursus kat opis ni la...aku cuba memahami segala intipati kursus..terlalu teknikal biarpun memang aku orang teknikal, tetapi selama ini aku bekerja di bahagian aplikasi...namun segala ilmu yang dicurahkan sangat memberi manfaat kepada diri ini....sebagai ilmu pengetahuan..insyaAllah....

Ilmu Mu Maha Tinggi Ya Allah...
Izinkanku untukku memahami serba sedikit ilmu yang disampaikan ini...
untuk menambah ilmu di dada ini...yang terlalu dahagakan ilmu...
Ya Allah...semoga aku terus-terusan dahagakan ilmu...
IlmuMu tak terbatas melangkaui alam semesta ini...
Ya Allah...betapa lemah dan hinanya diri ini dan kurangnya dada ini dengan ilmu...Ya Allah...

Ya Allah...walaupun ilmu ini tidak akan dipraktikkan olehku...semoga ia dijadikan ilmu pengetahuan yang berguna...mudah-mudahan..tanamkanlah nikmat yang mendalam dalam keinginan untuk mengetahui tentang ilmu yang sedang diikuti ini..Ya Allah....

Ya Allah..ampunilah dosa hambaMu ini...aku masih tidak memahami dan tidak menumpukan 100% terhadap kursus ini...maafkan atas kelalaian diri ini....ampunilah aku Ya Allah...namun aku sedang cuba untuk memahaminya..dengan izinMu Ya Allah....

Alhamdulillah..terima kasih kepada rakan-rakan yang menanyakan soalan-soalan cepu cemas...serba sedikit...dapatlah membantu aku untuk memahami serba sedikit apa yang diterangkan oleh penceramah...alhamdulillah...dengan izinMu Ya Allah....

Hari ini terlalu membahagiakan....alhamdulillah syukur padaMu atas nikmat yang tidak terhingga ini....subhanaallah....Entah kenapa hari ini aku rasa begitu bahagia sekali...Syukur pada Mu Ya Allah atas kebahagiaan yang tidak terhingga ini...

Hari yang menggembirakan...ada pepatah yang mengatakan...gembirakan lah orang lain...maka kita akan gembira....kita beri..kita dapat..pepatah omputih pulak...what you give you get back....semoga kita semua terdiri di kalangan hambaNya yang membahagiakan org lain insyaAllah....terutamanya orang yang paling dekat dengan kita...suami/isteri dan anak-anak...mak ayah....kakak abang....mak cik pakcik...datuk nenek....kukuhlah dan eratlah tali persaudaraan kami ini Ya Allah....amin...

Saturday, 24 September 2011

Muhasabah Diri

Bismillahirrahmanirrahim....Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
bersyukur ke hadrat Allah kerna izinNya..dpt lagi aku menitip kan serba sedikit peringatan untuk diri sendiri dan pengunjung blog ini...moga2 ada pengikutnya dengan izinNya...insyaAllah...

Seringkali mengingatkan diri supaya tidak berprasangka buruk..namun kadangkala tewas dek syaitan..yang berjaya menerobos memasuki diri ini....namun cepat-cepat beristighfar setelah tersedar akan kesalahan yang dibuat...bukan kah ini di tuntut dalam Islam...maka segerala kamu bertaubat jika membuat dosa..dan berjanjilah tidak akan melakukannya lagi....sama-sama lah kita berdoa supaya berjaya membimbing diri kita sendiri ke jalan yang lurus...yaitu jalan yang diredhai Allah....amin..Ya Allah..bimbinglah kami Ya Allah...jangan Kau biarkan kami lalai daripada mengingatiMU walaupun sesaat Ya Allah.....

Merujuk diri kita sendiri...renunglah apa yang telah kita lakukan selama ini...adakah kita berada di landasan yang benar...jalan yang benar.. mengikut syariat yang benar..? Memohonlah kepadaNya supaya kita di jalan yang lurus...jalan yang telah diberi kepada mereke-mereka yang terdahulu..bukan jalan-jalan orang yang dimurkai....Doa adalah senjata orang mukmin..maka berdoalah..disamping berusaha menjadikan diri kita seorang mukmin yang sejati....insyaAllah dengan izinNya...

Menjadi baik bukanlah susah.....jadilah kita seorang hambaNya ..yang bertakwa dan sentiasa mengingati Allah sentiasa...jadikan rukun Islam sebagai pedoman hidup kita...pertama..mengucap dua kalimah shahadah...cuba amati kalimat suci ini..hayati maknanya....iaitu..
"AKU NAIK SAKSI BAHAWA TIADA TUHAN YANG WAJIB DISEMBAH MELAINKAN ALLAH DAN AKU NAIK SAKSI BAHAWA NABI MUHAMMAD SAW ITU PESURUH ALLAH"....

Rukun islam yang kedua...ialah "MENUNAIKAN SOLAT LIMA WAKTU SEHARI SEMALAM"...
iaitu Solat subuh dua rakaat..,Solat Zuhur 4 rakaat,Solat Asar 4 rakaat, Solat Maghrib 3 rakaat dan solat isyak 4 rakaat...dan hayati makna dalam solat..,(sedang saya usahakan dan amalkan..insyaAllah)..,

Rukun Islam ketiga ialah "BERPUASA DALAM BULAN RAMADAN"...

Rukun Islam ke empat ialah "MENUNAIKAN ZAKAT"......Ada d ua jenis zakat yang perlu kita lakukan iaitu zakat harta dan zakat fitrah..
Firman Allah dalam surah An-Nur ayat 56: beerti: Dan tunaikanlah solat dan keluarkanlah zakat...

Rukun Islam yang kelima pula ialah "MENUNAIKAN FRDHU HAJI KE MEKAH"...marilah sama-sama kita berdoa supaya dijemput oleh Allah untuk menjadi tetamuNya...insyaAllah.....dengan kelemahan diri ini...saya juga baru mula berdoa...untuk kesana..walaupun ketidakcukupan duit lagi..namun tanamlah azam dan marilah kita sama-sama berdoa untuk mencapai impian ke sana..insyaAllah..

Untuk mendapat ketenangan hidup yang berpanjangan dan mendapat keredhaanNya...hendaklah kita menutup aurat..bagi muslimah....tutuplah aurat dengan melabuhkan tudung dengan menutupi dadamu...terdapat dalam Al Quran...ini untuk peringatan diri sendiri...Ya Allah..bimbinglah aku ..tetaplah pegangan ku untuk menutup auratku walau di mana sahaja aku berada...semoga aku menutup aurat mengikut syariat yang betul...insyaAllah...jangankan Kau pesongkan hatiku ini setelah Kau beri petunjuk..Ya Allah....amin...
....yang baik itu adalah daripada Allah..dan tidak baik itu...adalah daripada diri yang lemah ini....

Friday, 23 September 2011

Jiwa Lara seorang wanita...


Jiwa Lara seorang isteri...

Bismillahirrahmanirrahim...Dengan Nama Allah Yang Maha 
Pengasih lagi Maha Penyayang...
alhamdulillah dengan izinNya....
apat lagi ku menitipkan sedikit coretan jiwa lara seorang wanita atau isteri...

Sebagai isteri...perlu melakukan segala-galanya....mendidik 
dan membesarkan anak..menguruskan rumah tangga seperti mengemas 
rumah, memasak, mengemop lantai..dan banyak lagi. Siang malam tidak 
pernah jemu sang isteri ini menjalankan tanggungjawab..demi mencari 
keredhaan Allah..dan tugas-tugas yang dilakukan dianggap sebagai ibadah.
 Janganlah sedikit pun terniat di hati sang isteri merungut..jangan sekali-kali..
.jika terbuat juga..maka habislah pahala ibadah yang kita lakukan selama ini...
marilah kita sentiasa ingat bahawa kerja-kita kita sebagai isteri ini 
adalah ibadah semata-mata....Ya Allah..sesekali telah tersasar...
telah terbuai dengan hasutan syaitan...suami tidak hargai 
pengorbanan selama ini...Ya Allah..ampunilah kami kerana 
telah melupakanMu...kami terlupa..hanya padaMu kami perlu 
mengharap...bukan pada suami...ampunkan kami...semua isteri2 di 
dunia ini..Ya Allah....bukan suami yang tidak hargai pengorbanan isteri 
tetapi isteri itu telah sedikit lalai menjalankan tanggungjawab terhadap 
Allah..maka hati telah termakan hasutan syaitan...dan terus menyangka 
bukan-bukan terhadap suami...dan menuntut kemanjaan drp suami....
jika berterusan begini..jiwa lara sentiasa...maka kita telah lalai ..
lalai daripada mengingati Allah....Ya Allah ampunilah kami....kami lalai Ya Allah.....
Jiwa lara di ubati dengan mengingati Allah...solat lima waktu dan di tambahi 
dengan solat sunat insyaAllah.juga melakukan..zikrullah...dengan ini akan 
membuatkan hati ini tenang...
dan dihindari hasutan syaitan laknatullah....insyaAllah.....

Kepada siapa lagi yang perlu kita mengadu selain daripadaNya?..
katakanlah...hanya padaNya kita memohon dan mengadu...insyaAllah..hati tenang..
dan kita perlu ikhlas dalam melakukan amalan-amalan seorang isteri dan ia juga 
dianggap sebagai ibadah dan sentiasa mencari keredhaan Allah..
.insyaAllah....didiklah hati...didiklah jiwa dengan zikrullah....memang 
payah untuk kita lakukan...namun...kuatkan semangat,,dan selalu membaca 
buku dan mendengar radio dan rancangan yang membina jiwa dan hati kita..
insyaAllah.....

Alhamdulillah...hendaklah selalu bersyukur kerana kita telah dikurniakan 
suami yang penyayang dan anak2 yang sihat walafiat..alhamdulillah..
syukur padaMu atas segala nikmat yang telah Kau berikan..ampunilah kami 
Ya Allah kerana lalai selama ini...ampunilah kami Ya Allah.....
astaghfirullah al azim....
Ikhlaskan hati kita wahai sang isteri..anggaplah semua yang kita lakukan 
selama ini sebagai ibadah.....selalu berperasangka baik ..dan 
selalu mengingati Dia....insyaAllah....jiwa lara sang isteri dapat diubati...
sesaat kita lupa padaNya...saat itulah sang syaitan dapat menerobos 
hati kita...marilah kita mengamalkan zikrullah...untuk 
jauh drp syaitan...subhanallah..allahuakbar...alhamdulillah...

Nikmat kehidupan...laluan hidupku..(bhg 2)

Sambungan....

Alhamdulillah ....syukur padaMu Ya Allah....berkat 5A tersebut aku telah berjaya meneruskan pelajaran ke Asrama Penuh di negeri kelahiranku Perlis...Sekolah Sains...kat Behor Pulai.....Syukur atas nikmat dan rezki mu yang mencurah-curah ini.....
Ya Allah dengan kejayaan dan rezki Mu ini Ya Allah ku pohon jauhkanlah aku dari sifat ujub,riak,bongkak,sombong.....jauhkanlah Ya Allah...amin....
Segala pahit manis jatuh bangun belajar di sekolah berasrama penuh ini selama 5 tahun...aku telah berjaya dalam SPM Gred 1..tak la sehebat manapun...dengan keputusan tersebut dapatla melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi Sains di  Universiti Sains Malaysia....alhamdulillah..betapa Allah itu merahmati hambaNya..tidak pernah sekali pun Allah menghampakan harapan hambaNya...Ya Allah..hinanya aku ketika itu...tidak pernah mensyukuri segala nikmat kehidupan yang Engkau telah beri...Ya Allah ..izinkan lah aku aku mensyukurinya sekarang...jangan Kau biarkan aku lalai daripada mengingatimu...Ya Allah...ampunilah daku...rahmatila daku....
Alhamdulillah...nikmat Allah datang lagi..Ya Allah..banyaknya nikmat yang Kau kurniakan kepadaku....aku juga telah berjaya melepasi Matrikulasi dan melanjutkan lagi perjalanan kehidupan kampusku di USM ini dengan meneruskan Kursus Sains Komputer. Betapa nikmat kehidupan yang Kau berikan ini Ya Allah....tidak mungkin hambaMu yang lemah lagi hina ini mampu membalasnya Ya Allah...., jadilah aku hambaMU yang sentiasa bersyukur di atas segala nikmat kehidupan yang telah Kau berikan Ya Allah....jangan Kau biarkan aku lalai daripada mengingatiMu Ya Allah....
Selepas tiga tahun alhamdulillah...aku telah berjaya menggenggam segulung Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer....pointer tidaklah sehebat mana pun sekadar cukup-cukup makan saja....alhamdulillah...syukur atas nikmatMu ini Ya Allah.....aku juga berterima kasih yang tidak terhingga kepada kedua mak ayah kerana dorongan mereka selama ini untuk melihat anak ini berjaya..alhamdulillah...kata ayah...segulung ijazah bersamaan dengan serelong tanah....kami bukan lah daripada keluarga yang kaya..maka ayah mensifatkan dengan ijazah tersebut ayah telah berjaya memberiku serelong tanah...alhamdulillah....syukur Kau telah menganugerahi kami seorang ayah yang bijak....dan mak yang rajin mendoakan kami...siang malam mendoakan kejayaan anak-anaknya...alhamdulillah.....berkat doa mak juga..alhamdulillah....
Mak dan ayah...kami adik beradik bangga dengan kalian.....semoga ayah dan mak di rahmati Allah dan diberi kesihatan yang baik dan sentiasa di bawah perlindunganNya...

Maka misi pencarian kerja pun bermula..alhamdulillah...sepanjang liku-liku pencarian ini banyak pengajaran dan iktibar yang diperolehi..dan menjadi ingatan sepanjang hayat dalam lipatan kemas memori ini. Pernah bekerja kilang dan guru sandaran sekejap dan seterusnya aku mencuba nasib di Ibu Kota, mencari pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan ini..kononnya....alhamdulillah...Ya Allah sekali lagi nikmatMu diberi...aku telah diterima bekerja di sebuah syarikat swasta...alhamdulillah...sebuah syarikat bumiputera..di sini pun terlalu banyak dugaan dan cabaran...yang pahit seharusnya ditelan dan diambil sebagai iktibar dan yang manis haruslah dikenangi sebagai kenangan yang tidak dilupakan dan di jadikan simpanan abadi di lubuk hati.
Alhamdulillah berkali-kali aku memanjat kesyukuran di atas rezkimu Ya Allah...syukur padaMu Ya Allah....
Lihatlah betapa lancarnya perjalanan hidup hamba Allah ini.....begitu banyaknya nikmat yang Allah kurniakan...semua doanya dimakbulkan....lantas,kenapa kita masih leka dan masih tidak mensyukuri segala nikmat-nikmat kehidupan yang kita kecapi hingga ke hari ini....Ya Allah ampunilah kami Ya Allah...rahmatilah kami Ya Allah....

Aku telah mendapat tawaran untuk berkerja di sektor kerajaan selepas setahun berkerja di Syarikat swasta tersebut...Alhamdulillah...dengan izinNya.juga .aku telah berkahwin setahun kemudiannya...alhamdulillah...sehinggalah sekarang sudah sepuluh tahun rumahtangga aku dikurniakan sepasang cahaya mata..alhamdulillah....begitu banyak nikmat yang telah Kau berikan Ya Allah...aku bersyukur kepadaMu..Ya Allah....jangan kau biarkan aku lalai daripada mengingatiMu..Ya Allah....

Dan..marilah sama-sama kita menjadikan tujuan hidup kita ini hanya semata-mata mencari kerhedaan Allah...bukannya penghargaan manusia...Ya Allah...pimpinla hambaMu ini...dan berilah aku kekuatan untuk beristiqamah mencari redhaMu Ya Allah.....di usia 35 tahun..barulah aku tahu tujuan hidup aku yang sebenarnya iaitu mencari keredhaan Allah...dengan satu tujuan hidup ini...percayalah hati kita akan sentiasa tenang...Ya Allah...tenangnya hati ini bila mencintaiMu melebihi segala-galanya.....tapi terkadang..tersasar juga...Ya Allah...aku perlu bimbinganMu..untuk menjadi insan solehah..Ya Allah ampunilah daku..rahmatilah daku....

..tamat..