Pages

Monday, 30 January 2012

Teguran Allah terhadap hamba-Nya….




Alhamdulillah..dengan izinNya dapat menitipkan sedikit peringatan untuk diri ini dan sesiapa yang sudi membaca blog ku ini...semoga jadi ilmu yang bermanfaat...

Teguran daripada Allah terhadap hamba-hamba-Nya datang dalam berbagai-bagai cara..terpulang kepada diri kita sendiri untuk menyedarinya atau tidak….teguran itu datang  melalui makhluk manusia yang lain…..sekiranya kita mendapat teguran mahupun kritikan…cuba lah fikir dan sentiasa bermuhasabah diri ….daripada mana teguran itu…jika teguran itu menyuruh kita melakukan kebaikan…bukankah itu teguran Allah untuk hamba-Nya yang lemah ini…sesungguhnya Allah sentiasa menegur kita dalam keadaan apa sekali pun…tinggal lagi kita yang perlu menyedari teguran itu….teguran juga datang dalam bentuk ujian..Ya..itu juga merupakan teguran untuk kita….bermuhasabah diri…sememangnya manusia diciptakan Allah untuk menyembah Allah…justeru itu…Allah akan sentiasa memberi kita peringatan untuk menyembahNya walau dalam keadaan mana sekali pun…
Sememangnya manusia seringkali lupa dan leka daripada mengingati Allah dengan kesenangan hidup di dunia, justeru dalam kelekaan dan kealpaan kita dalam mengatur kehidupan kita tersilap dalam perhitungan diri…..rupa-rupanya diri kita masih perlu belajar dan sentiasa perlu belajar lagi….kadang-kadang keputusan yang kita buat adalah salah…walaupun tujuan asal kita adalah memudahkan cara..namun sebenarnya telah menjadikan suasana menjadi lagi teruk…..maka muhasabah lah diri…maksudnya hendaklah kita berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara yang melibatkan ramai orang…dan sentiasa mendapatkan pandangan orang lain…hakikatnya kita perlu sentiasa bermuzakarah…insyaAllah…dapat menyelesaikan banyak perkara…Subhanallah…..terima kasih Allah kerana nikmat-Mu yang tidak terhingga yang telah menegurku dengan cara ini…semoga aku menjadi orang lebih bijaksana dan memberi manfaat kepada orang lain….kerana mencari redha-Mu Allah….

Daripada Jabir bin Abdullah bahawa Rasulullah  SAW pernah bersabda yang bermaksud :
Sebaik-baik manusia ialah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain.

Saya sangat percaya bahawa setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Allah maha bijaksana..Dia yang mengaturkan segala kejadian dan qada dan qadar untuk hamba-Nya….sebagai hamba-Nya kita terima qada dan qadar Allah terhadap diri kita dengan hati yang terbuka….sungguh indah aturan-Mu Ya Allah…hanya Engkau yang mampu mengatur perjalanan hidupku…sungguh aku tidak mampu….Cuma kita perlu berusaha menjadi yang terbaik….selebihnya Allah yang menentukan segala-galanya…

Tuesday, 3 January 2012

Masa itu amanah..kerja itu ibadah...

Alhamdulillah..bersyukur ke hadrat Ilahi kerana nikmat-Nya yang tak terhingga.....
Masa itu amanah...dan kerja itu ibadah....aku nukilkan ini sebagai peringatan untuk diri ini..yang sering alpa ...yang sering mensia-siakan masa lapang dan menangguhkan kerja....ingatlah sentiasa bahawa masa itu adalah amanah daripada Allah..dan kerja adalah ibadah umum yang perlu kita lakukan dengan penuh jujur dan ikhlas..semata-mata kerana Allah....

Allah..ampunilah dosa hambamu yang sering alpa ini....
Allah..ampunilah hambamu yang sering lalai ini....
Allah..ampunilah hambamu ini yang sering leka...
Allah...hanya pada-Mu aku mengadu dan hanya pada-Mu
tempat aku memohon pertolongan....

Seringkali...jika aku malas melakukan tugas-tugas harian di pejabat..cepat-cepat teringat bahawa kerja ini ibadat...perlu dilakukan dengan penuh tawaduk kerana mencari redha Allah..untuk mendapat keberkatan dan kerahmatan-Nya....dengan kerja yang dilakukan dengan ikhlas dan tawaduk kerana Allah..maka rezki yang diperolehi akan mendapat keberkatan...insyaAllah...aku sedang bermujahadah untuk bekerja kerana Allah...bukan kerana 'bos'..Allah bantulah hamba Mu ini...dalam mencari keredhaan-Mu Allah...
Kadangkala aku terlalai Allah...ampunilah daku Allah...
Masa adalah amanah daripada Allah...hendaklah kita menggunakannya dengan sebaik mungkin...gunakanlah masa dengan melakukan perkara-perkara yang berfaedah....jgnlah membuang masa menghabiskan masa dengan menonton tv cerita-cerita meruntuhkan moral...isikanlah masa dengan membaca buku yang menambahkan ilmu kita...ini untuk ingatan diri ini yang sering alpa dan leka....Ya Allah...ampunilah daku....
Subhanallah.....Terlalu banyak masa lapang yang telah aku buang di masa lampau..ingin aku kutip kembali untuk aku isi dengan perkara-perkara berfaedah...namun semuanya telah berlalu.....masa yang berlalu tidak mungkin dapat di hambat...gunakanlah masa yang ada ini dengan sebaik-baik mungkin....insyaAllah..akan aku gunakan masa yang ada ini untuk aku menimba ilmu sebanyak mungkin...sesungguhnya...mencari ilmu itu amat mulia dalam Islam...sesungguhnya Islam hebat kerana ilmu....

Dengan berilmu seseorang itu akan terbentuknya keperibadian yang baik dan mulia serta menjadikan seseorang itu bertaqwa dan cintakan Allah s.w.t dan RasulNya.

Firman Allah dalam Al-Quran bermaksud : " Sesungguhnya yang takutkan Allah daripada hambanya ialah orang-orang yang berilmu" (al-Fathur : ayat 28)

Oleh yang demikian..marilah sama-sama kita mengisi masa kita dengan melakukan kerja-kerja yang berfaedah dan mendatangkan kebaikan kepada kita dunia dan akhirat....moga beroleh keberkatan dari-Nya....InsyaAllah...

Wednesday, 28 December 2011

Seabad bersama...

Alhamdulillah...dengan nikmat-Mu Ya Allah...sudah seabad usia perkahwinan ku bersama suami tercinta pada 23 Disember 2011 yang lalu.....syukur pada-Mu Allah dengan izinMu jua ranjau perkahwinan yang kutempuhi...dapat di harungi dengan ketabahan dan kesabaran dengan pemberianMu jua....

Subhanallah...cinta yang hakiki hanya pada Mu sahaja...dan keduanya pada rasul kita...dan yang ketiga barulah pada suami kita...itu sentiasa diingati...jangan sampai cintai makhluk melebihi daripada mencintai Pencipta kita iaitu Allah subhanahuataala....dengan mencintai Allah..kita akan cintai diri sendiri...dengan mencintai diri sendiri..timbul rasa cinta pada suami...dengan rasa cinta ini..ada keberkatan bersama kerana redha Allah kita cari bersama-sama mengharungi perkahwinan dengan suami tercinta....

Dalam meniti bibit percintaan pada dengan suami semua kekurangan dan kelebihan nya kita fahami...semuanya kerana kita lakukan kerana Allah....jika ada perbalahan...nyatakan dalam hati...ini hanya ujian daripada Allah...hanya ujian yang kecil di dunia untuk marasai kemanisan di akhirat kelak jika ujian itu kita tangani dengan penuh keimanan kepadaNya.....insyaAllah..sama-sama kita bermujahadah ke arah itu...sentiasa menganggap ujian Allah di dunia dalam hubungan suami isteri sebagai menguji sejauh mana keimanan kita terhadapNya....

Dalam hidup rumahtangga perlu bekerjasama dalam apa keadaan..namun..jika seorang sahaja yang selalu  melakukan segala-galanya...(terutamanya sang isteri) dialah...masak...dialah jaga anak...dialah...mengemas...dan segala-galanya dia.....ingat.....mujahadah itu pahit dan syurga itu manis..sentiasa ingat itu...untuk menjadi isteri solehah perlu ada pengorbanan...pengorbanan masa dan tenaga...sebagai isteri ingat ...syurga itu di bawah kaki suami...lakukan tugas kita sebagai isteri dengan jujur dan ikhlas semata-mata mencari keredhaan-Nya....janganlah sedikit pun terbit daripada hati kita perasan tidak puas hati seperti selalu menyebut " asyik aku aja yang buat semua ini, dia goyang kaki ja...."...subhanallah...pujuklah hati kita...sesungguhnya apa yang kita lakukan dilakukan kerana Allah dan kerana limpahan kasih sayang...pasti syurga untuk isteri yang solehah ini...

Untuk mencapai tahap tertinggi isteri solehah ini memang nampak sukar....namun bermujahadah lah ke arah itu..isyaAllah..sama-sama kita mengamalkannya semata-mata mencari keredhaan-Nya...Hatta..jika suami kita tidak solat sekalipun...hormatilah mereka...tunjukkan lah akhlak yang baik..untuk mereka rasakan indahnya Islam..semoga terbuka hatinya menunaikan solat dengan akhlak dan layanan kita di samping kita berdoa siang dan malam dengan sepenuh hati untuk Allah mengampuni doa suami kita....

Untuk itu terima kasih Allah kerna mengurniakan suami yang penyayang dan amat memahami diri ini...semoga bahtera perkahwinan kami ini dapat di layari dengan lancar..dan bahagia sehingga ke syurga...semata-mata mencari keredhaan-Mu Allah...semoga ada keberkatan di situ...amin...

Suamiku,
Perkahwinan itu penyatuan dua hati...
Tujuan yang satu selalu diingati...
Ingatlah Allah sentiasa sematkan di hati...
Demi mencapai cinta hakiki...
Agar keredhaan Allah dapat dinikmati...

Tuesday, 20 December 2011

Alhamdulillah.....

"Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri ni'mat Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau ridhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh".

Bersyukur atas nikmatMu Ya Allah...bantulah hamba-Mu ini dalam mengembara mencari redha-Mu Allah...

Tujuan hidup ku

Allah...
Tujuan hidup ku hanya satu..
Menjadi khalifah menghambakan diri padaMu
Redha Mu ku tuju...
Kasih sayang Mu ku cari....
Hadirlah cinta...cinta yang hakiki...cinta pada Mu untuk selama-lamanya...
Allah...
Tetapkanlah iman ku ini...
Tetapkan dan tambahkanlah hidayah untuk diri ini...
Ilmu yang bermanfaat dambaan diri ini.....
Semoga dapat dimanfaatkan bersama-sama....

Monday, 19 December 2011

Hati perlu diservis?

Tanggal 19 Disember 2011 aku telah memohon cuti untuk pergi servis kereta, sebab mileage telah melebihi 113000km....kereta perlu diservis iaitu menukar minyak hitam dan lain-lain peralatan untuk memastikan kelancaran enjin dan menjamin keselamatan semasa memandu.
Emm...hari ini ramai pula orang yang datang untuk servis kereta...nampaknya kena tunggu lama sikit ...dalam tempoh penantian itu.....dicuba melihat dalam handbag kalau-kalau ada pen dan notebook untuk dibuat coretan kan...alhamdulillah..ada..aku mula mencoret..dan di sini hasilnya untuk dikongsikan bersama..alhamdulillah diberi kesempatan dan ilham olehNya untuk ku menaip hasil coretan ku tempohari di sini...
Apa yang terlintas di fikiranku ketika itu....kereta perlu diservis, manusia pun perlu diservis. Bezanya kereta perlu ditukar minyak dan segalanya jka perlu, manusia pula, apa yang perlu kita lakukan untuk menyeviskan diri kita....kalau kereta dilihat pada enjinnya, manusia pula pada hatinya...ya hati kita perlu diservis, bagaimana hendak servis hati?
Hati kalau dah gelap perlu dibersihkan, seperti minyak enjin yang tidak elok, ditukar ganti dengan minyak yang baru untuk lebih bertenaga, bagi hati kita pula, jika hati hitam adakah perlu ditukar yang baru?Ya..seboleh-bolehnya cubalah bersihkan hati yang hitam legam itu seberapa daya yang boleh, gunakanlah berus tembaga, dynamo mahupun clorox utnuk memutihkan hati kita kembali, namun adakah semudah itu?semudah abc?
Hati boleh dibersihkan melalui solat yang kusyuk sepenuhnya dengan rasa rendah diri di hadapan Allah...rasa penghambaan terhadap Allah...dan jika berupaya pula bangunlah solat malam bertahajud dan bermunajat kepada Allah, mohon diberikan petunjuk dan dibersihkan hati, moga-moga ada keberkatan di situ. Ya, dengan berdoa bersungguh-sungguh menghadap Allah dan bermunajat dengan sepenuh hati di samping mengharapkan keredhaan-Nya merupakan cara untuk membersih dan mensucikan hati kita.
Membaca Al-Quran juga dapat membersihkan dan mensucikan hati kita. membaca al-Quran yang merupakan kalam Allah hendaklah dengan maksudnya sekali....telusuri maksudnya dan amalkan apa yang kita peroleh daripada Al-Quran..sesungguhnya Al-Quran adalah penunjuk terbaik untuk kita ikuti...
Selain itu, di samping berpuasa di bulan ramadhan yang menjadi kewajipan sebagai Islam...kita juga dituntut untuk mengamalkan amalan berpuasa sunat. Berpuasalah sunat isnin dan khamis untuk meningkatkan lagi ketakwaan kita kepada Allah seterusnya mensucikan membersihkan hati kita yang gelap itu.Namun puasa yang terbaik ialah puasa nabi Daud....jika berkemampuan amalkanlah....
Menunaikan zakat dan bersedekah juga merupakan cara kita membersihkan dan mensucikan hati kita disamping mensucikan harta benda kita....insyaAllah marilah kita sama-sama amalkan....mudah-mudahan Allah menerima amalan kita....dan beroleh keredhaanNya...

“Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.” (QS. Asy-Syams: 9-10)

Apa kesannya jika hati kita dibiarkan hitam dan berkarat serta tidak diservis? hati ialah kemudi kehidupan kita, rosak hati rosaklah kehidupan kita....maka sebab itulah hati perlu diservis, perlu dibersihkan selalu, perlu dibelai selalu supaya ia subur dan sihat sentiasa dan mudah dikendalikan.
hati jika dibiarkan hitam dan berkarat, kekallah ia sebegitu dan semakin parah lagi hati menjadi berkulat...
oh...sanggupkah kita membiarkan hati kita berkulat????..apabila hati sudah berkulat, badan menjadi busuk..jiwa sudah kacau apatah lagi menjadi tidak menentu..ketenangan hati telah lama menjauhi diri sejak hati menjadi hitam lagi...begitulah besar kesannya jika hati tidak diservis...
jiwa menjadi kacau..hati menjadi tidak keruan dan kebahagiaan entah kemana dan ketenangan tidak muncul-muncul...
Oleh yang demikian, bersihkanlah hati kita, mohonlah daripada Allah..sentiasa bertaubat memohon keampunan-Nya saban hari tanpa jemu...mengadulah pada-Nya dikala kita senang dan susah.Sesungguhnya Allah maha Pengampun dan Penyayang..
Dengan hati yang bersih mendorong kita kita melakukan segala kebaikan dan meninggalkan segala larangan-Nya...insyaAllah..Kita juga mampu menghadirkan ketenangan dan kebahagiaan dalam hati tanpa perlu mencarinya lagi...Hati yang bersih melahirkan sikap yang positif dan berfikiran positif serta tingkah laku yang positif. Denga diri kita yang positif ini akan menyebabkan persekitaran kita juga positif lantas melahirkan generasi yang berfikir positif iaitu tiada wujudnya perasaan hasad dengki, buruk sangka, mengumpat, mengadu domba dan segala sikap buruk yang lain...Subhanallah dunia akan aman sekiranya semua kaum dan individu mempunyai hati yang bersih dan berfikiran positif sentiasa.

Tersentak dengan bunyi telefon...daripada agen servis kereta...mengatakan kereta telah siap diservis..setelah empat jam berlalu.......moga-moga hati kita juga sentiasa kita jaga dan diservis sebagaimana kita menjaga kereta kita...seperti itulah hati kita..perlu ditelek dan diservis....

"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar,ilmu yang bermanfaat,kesihatan yang elok,kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang bersar"..amin...

Sunday, 18 December 2011

Memberi dan memberi....

Memberi terlalu banyak kelebihannya...dapat diperhatikan sepanjang pengalaman hidup ini, bagaimana kehidupan mereka yang suka memberi sentiasa dilimpahi kebahagiaan dan kegembiraan dan rezeki yang diperoleh tidak putus-putus..begitu berharganya erti memberi ini dalam kehidupan seharian kita...Syarat memberi pula hendaklah dengan hati yang tulus dan ikhlas semata-mata mencari keredhaan Allah bukanlah hendak menunjuk-nunjuk seperti lirik lagu yang pernah didengari lebih kurang begini ' tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima, menolong orang jangan harap balasannya'...emmm lebih kurang begitu...

Hidup yang panjang jika diliputi dengan sikap yang tidak suka memberi atau lebih kasar sedikit jika dikatakan kedekut, adalah sia-sia hidup kita...dapat dilihat sendiri bagaimana kehidupan seorang ibu tua yang hidupnya sentiasa dirundung kesedihan dan jiwanya kacau kerana ketika mudanya kedekut dengan harta bendanya, anak menantu tidak menghiraukannya...hari-hari tuanya dilalui dengan hati yang tiada kebahagiaan dan ketenangan hidup, namun kehidupannya tetap diteruskan dengan ketabahan hati yang masih Allah berikan untuk ibu tua ini lalui...ini adalah serpihan kehidupan yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini...

Subhanallah...untuk ingatan diri ini dan semua, sejahat-jahat dan seburuk-buruk mana pun ibu kita, kenangilah jasa mereka yang telah mengandungkan kita dan memelihara kita sejak kita kecil lagi, biarpun mereka pernah menyakiti kita...sentiasalah memanjatkan doa untuk ibu bapa kita supaya mereka berubah dan menjadi insan yang mulia disisi Allah...

Sering kali dapat diperhatikan juga sekeliling kita kepada mereka yang sentiasa mengambilberat hal ehwal ibu bapa mereka sentiasa dilimpahi rezeki dan rahmat yang melimpah ruah tidak kira rezeki dalam bentuk apa sekalipun seperti rezeki anak yang pintar dan sihat, rezeki kenaikan pangkat, rezeki kebahagiaan dan ketenangan hidup, rezeki kesihatan yang baik dan banyak lagi kenikmatan hidup yang Allah limpahkan kepada mereka-mereka ini.

Dalam kehidupan kita, utamakanlah ibubapa kita dalam apa jua keadaan sekalipun...tetapi yang perlu diutamakan utamakanlah ...Allah dan Rasul memanglah patut diutamakan dan seorang isteri pula perlu utamakan suami dahulu dan kemudian barulah ibu dan bapa...pendapatan bulanan yang kita perolehi setiap bulan perlulah ada agihan untuk ibubapa kita..bukanlah lebihan duit baru diberikan kepada mereka...kesilapan yang pernah aku lakukan suatu ketika dahulu..Subhanallah ampunilah daku....Ya Allah....
Di perhatikan juga berdasarkan pengalaman hidup, rezeki kita akan melimpah ruah andaikata kehendak orang tua kita dahulukan dan sentiasa menyenangi hati mereka dan sentiasa memastikan hati mereka gembira. Hubungi mereka selalu (jika jauh) dan ziarahilah mereka selalu (jika dekat)...ibu bapa kita hanya memerlukan perhatian kita sahaja kerana kehidupan tua mereka sangat sunyi..siapa lagi yang dapat hiburkan mereka kalau bukan anak-anak yang pernah mereka kandung dan dipelihara dengan penuh kasih sayang....siapalah kita tanpa ibu bapa kita...kenangilah dan hargailah mereka kerana kita juga akan melalui hari-hari tua....

Berbalik kepada satu cerita yang pernah ku dengari daripada ceramah seorang ustaz, beliau mengatakan selalu membelanjakan kawan-kawan dan staf-stafnya dan beliau dapati kehidupan yang dilewati sungguh mudah dan lancar...indahnya memberi dalam kehidupankan...beliau juga tidak pernah berkira dengan kawan-kawan mahupun dengan jiran-jiran, inilah kesan daripada kebaikan itu telah membuatkan kehidupan beliau mudah dan lancar kerana betapa Allah telah menjanjikan balasan yang setimpal yang diperolehi kesan keikhlasan memberi itu.

Merujuk diri ini, masih bermujahadah untuk menjadi orang yang suka memberi, memberi apa sahaja di kala kita ada atau tiada...hatta senyuman pun dikira pemberian yang tidak ternilai harganya...Allah suka kepada orang miskin yang suka memberi...justeru walaubagaimanapun situasi kita sekali pun, lebih banyakkan memberi tidak kira kita berharta atau tidak, jom sama-sama kita bermujahad ke arah itu, untuk memberi sebanyak mungkin daripada menerima. Sering kali diingatkan diri ini setiap hari seboleh-bolehnya niatkan dalam hati kita untuk memberi dan menyumbangkan sebanyak mungkin ilmu dan kudrat yang kita ada untuk organisasi  dan bukan memikirkan apa yang sepatutnya kita terima demi menuju redha Allah. Mari kita sama-sama bermujahadah ke arah itu...Sesungguhnya Allah suka kepada mereka yang istiqamah, iaitu lakukan secara berterusan biarpun sedikit-sedikit, lama-lama membukitlah...

Friday, 16 December 2011

Allah ada di mana sahaja...

Alhamdulillah...sudah berakhir minggu-minggu yang memotivasikan bagi diri ini...yang mana kursus CTFL dan Kursus CPRE telah berjaya dilalui...cumanya..keputusan exam belum tahu....usaha sudah dilakukan...hanya berserah kepadaNya untuk memberi keputusan terbaik dalam hidup ini....

cuma apa yang hendak di nukilkan ini tiada la sangkut paut dengan kursus-kursus ini...cuma tiba-tiba teringat kata-kata kenalanku...bahawa dia mengatakan begini..." tahun ni aku nak pergi India..lepas tu nak pergi New Zealand untuk mencari ketenangan hati" ....emm..terkedu aku seketika...mengia pun tidak, membantah pun tidak...sekadar mendiamkan diri dan berkata-kata sendiri  "Tuhan hanya ada di India dan New Zealand sahaja kah?" emm...aku membiarkan sahaja persoalan itu berlalu..kerana kalau ditegur takut-takut terguris hatinya jika tersalah cakap....hati orang kena jaga kan...sebagaimana kita menjaga hati orang lain...seperti itu juga Allah akan menjaga hati kita..insyaAllah...
Banyak cara untuk mencari ketenangan hati ..mahu sahaja aku berkata begitu kepadanya, namun tidak kesampaian untuk meluahkannya...
Kalau kita bersangka baik, mungkin kenalanku itu hanya bercakap di mulut dan mungkin bukan lahir dari lubuk hatinya...mungkin!..Hanya Allah yang mengetahui segala-galanya..
Sebagai hambaNya...bersyukur ke hadrat Ilahi dan ambil iktibar apa yang berlaku di sekeliling kita...sebagai contohnya..kawan ku ini..aku ambil ikitbar daripadanya....adakah baik sangat aku ini berfikiran begitu mengenainya? Mungkin dia tidak bermaksud sedemikian...iktibar yang aku ambil..sentiasa bersangka baik dengan apa jua keadaan sekalipun....apa-apa pun yang penting betulkan diri kita dahulu sebelum membetulkan orang lain...itulah yang selalu aku ingatkan untuk diri sendiri...sentiasa membetulkan akhlak..percakapan...masih bermujahadah melakukan yang terbaik untuk diri sendiri..

Allah ampunilah daku....hanya kepada Mu aku memohon keampunan...amin...