Pages

Saturday, 28 July 2012

Ujian Kecil


Alhamdulillah..syukur pada-Mu Ya Allah atas  segala nikmat yang sungguh banyak ini...subhanallah...alhamdulillah...allahuakbar...



Alhamdulillah..hari ini merupakan hari ke-8 dan juga merupakan hari sabtu kedua umat Islam di Malaysia menjalani ibadah puasa...dengan cuaca yang sekejap panas dan sekejap sejuk..didoakan kita semua dapat menempuh ramadhan hingga ke akhirnya insyaAllah...

Mengikut aturan-Nya..manusia perlu berusaha untuk mendapatkan sesuatu...dan seterusnya perlu bertawakkal pada-Nya...dan sentiasa berdoa kepada-Nya supaya berjaya dalam apa jua yang kita usahakan..dan yang utamanya perlu dilakukan semata-mata kerana Allah..ikhlas kerana-Nya..

Dalam kehidupan seharian kita sentiasa ada ujian-ujian kecil yang didatangkan daripada Allah...sepertimana yang pernah dialami oleh kita semua..contohnya apabila kita hendak ke pasar membeli barang dapur..baru sedar tiada duit dalam dompet...terpaksalah pergi mencari mesin ATM untuk keluarkan duit...(itupun jika ada huhu..).sementelah ke mesin ATM untuk keluarkan duit...tetiba kad pula rosak..Allahuakbar..itukan ujian kecil daripada-Nya...tidak perlu menyumpah seranah dan bermasam muka..Ingat Allah sentiasa dan sentiasa senyum mengenangkan nikmat-Nya yang banyak...berbanding ujian yang kecil itu..dan bertenanglah ..berfikir dan cari jalan penyelesaian...cubalah ke mesin ATM yang lain..manatahu ada rezeki boleh pula..sebab saya pernah cuba..alhamdulillah..boleh keluarkan duit setelah dicuba di mesin ATM lain...subhanallah...Allah Maha mengetahui..itulah antara ujian-ujian kecil dari-Nya..hadapilah ia dengan sabar dan tenang....

Sentiasa bersyukur dengan nikmat-Nya dan sabar dengan ujian-Nya..insyaAllah hati akan bahagia dan tenang sentiasa..tambah-tambah lagi di bulan puasa yang mulia ini..sudah tentulah perlu menahan sabar dan sifat cepat marah akibat kesan keletihan berpuasa...

Marilah kita berpuasa dengan seikhlas hati berjuang melawan hawa nafsu dan mencapai takwa..insyaAllah..amin..

Tuesday, 24 July 2012

Ramadan Datang lagi...

Alhamdulillah..syukur atas segala nikmatNya...sungguh tidak dapat dihitung dek jari atas segala kenikmatan yang diperolehi..subhanallah...hanya pada-Mu kami sujud dan sembah ya Allah....sesungguhnya Engkaulah Maha Penyayang lagi Maha pemurah...



Bersyukur pada-Nya kerana dapat bertemu lagi dengan Ramadan....1433..hari ini rupa-rupanya merupakan hari ke 6 kita menunaikan ibadah puasa...sudah enam hari kita ditarbiahkan....enam hari kita telah dididik menjadi insan cemerlang....dan sentiasa menuju kecemerlangan....insyaAllah...bulan ramadan ialah bulan perjuangan...maka kita semua sedang memperjuangkan diri kita menjadi insan yang lebih bertakwa..berjuang menundukkan hawa nafsu...berjuang mencapai ketakwaan....insyaAllah....

Bulan Ramadhan bulan yang banyak ganjarannya...sepertimana kita semua maklum bulan ini merupakan bulan bonus untuk semua umat islam...segala perbuatan ibadah yang dilakukan akan memperoleh ganjaran pahala yang berlipat ganda...hanya bulan ini sahaja....subhanallah...indahnya Islam...namun perlu diingat hendaklah dilakukan semata-mata kerana Allah...bukan kerana malu dan menunjuk-nunjuk kepada orang lain....lakukan semata-mata kerana Allah...insyaAllah...Allah telah menjanjikan balasan syurga ..insyaAllah...

Segala-gala amal ibadah yang dilakukan di bulan Ramadhan...pahala berlipat ganda...namun apa tujuan kita beribadat? Tentulah kerana Allah...kerana mensyukuri nikmatNya yang terlalu banyak.....bukan kerana merebut ganjaran pahala semata-mata...ikhlaskan lah hati kita kerana Allah semata-mata...kerana merebut keredhaanNya dan rahmat-Nya...mudah-mudahan dengan keredhaanNya dan rahmat daripada-Nya...kita bakal beroleh pahala dan syurgaNya....amin....

Kami mohon keampunan-Mu yaAllah...ampunilah kami...sesungguh-Nya kami banyak dosa..dosa kecil dan dosa-dosa besar....kami mohon keampunan-Mu Ya Allah..jika kami  telah mensyirikkan-Mu samada sedar atau tidak sedar..ampunilah kami Ya Allah....amin...

.Lazatnya beribadah di bulan ramadan ini...moga2 kelazatan ini dapat dikekalkan sehingga ke bulan-bulan lain...sungguh...aku dapat rasakan kelazatan beribadah kepada-Mu Ya Allah....semoga ia satu perasaan dan amal ibadat yang diterima-Mu..ya Allah...kurniakan aku keikhlasan dan istiqamah ...ya Allah....semata-mata kerana-Mu.....insyaAllah...


Wednesday, 18 July 2012

Catatan Hati








Teruskanlah bekeja kerana Allah...kerana mencari redha Allah..semoga rezeki yang diperoleh diberkati-Nya..amin...

Sempena Ramadan yang bakal menjelma beberapa hari lagi..ayuh lakukan penyucian diri dengan memperbanyakkan amalan sunat dan baiki amalan wajib...semoga segala amalan kita diterima-Nya ...
Bersihkan hati dan jiwa serta mohonlah keampunan Allah serta bermaafan sesama kita dengan sahabat handai dan saudara mara..agar diri kita suci tatkala melangkah kaki ke Bulan Ramadan yang mulia ini...

Sesungguhnya dengan diri yang bersih dan hati yang suci serta jiwa yang tenang memberikan kita impak yang lebih berkesan pabila melewati bulan ramadan nanti..segala amalan kita dengan mudah meresap masuk ke dalam hati dan menjadikan mukmin yang sejati yang mulia disisi-Nya..insyaAllah....

Dengan hati yang suci dan bersih dikala memasuki  ramadan...moga hati yang sama dan digandakan lagi kebersihannya pabila ramadan berlalu nanti.....berdoalah  agar kita menjadi insan yang lebih baik sebelum kita memasuki Ramadan...dan kebaikan dan kesucian hati kita itu berkekalan sehingga akhirnya...insyaAllah....ayuhlah perbaiki diri kita..menjadi sebaik-baik umat..dan lakukan kerana mencari redha-Nya..amin....

Friday, 29 June 2012

Takdir

Alhamdulillah....bersyukur pada-Mu...aku bersujud pada-Mu bersyukur atas limpahan rezeki kurniaan-Mu ini...terlalu mewah dan melimpah ruah rezeki-Mu ini....


Takdir untuk kita sememangnya telah ditetapkan oleh Allah sejak kita berada dialam rahim lagi...namun segala yang telah ditakdirkan untuk kita boleh diubah dengan dengan berdoa...saya sentiasa percaya atas rahmat dan kasih sayang Allah....kita boleh mengubah takdir kita dengan berdoa bersungguh-sungguh kepada Allah dan seharusnya kita tidak perlu bergantung kepada takdir semata-mata...

Sungguh..aku telah belajar semua ini semasa aku berusia sebelas tahun lagi..ketika iatu aku belajar darjah lima di sekolah kebangsaan LKTP Perlis....pada masa itu aku telah belajar bahawa aku boleh mengubah takdir aku andai kata aku belajar bersungguh-sungguh dan seterusnya bertawakkal kepada Allah...Hanya kepada-Nya kita berserah dan hanya Dia yang memberi kita kejayaan dan kemenangan andai kita berusaha dan bertawakkal....alhamdulillah..atas rezeki hidayah yang Allah berikan padaku seusia 11 tahun...subhanallah....aku bersujud pada-Mu ya Allah.....

Masa lalu aku tidak pasti daripada mana aku belajar mengatakan bahawa takdir itu boleh berubah-ubah bergantung kepada usaha kita.....mungkin dari guru-guru sekolahku atau ustaz-ustaz di sekolahku pada masa itu....walaubagaimanapun..terima kasih kepada guru-guruku terutama ustaz Abdullah yang telah mengajar aku bagaimana mengambil wuduk dan menunaikan solat...sehingga sekarang aku ingat...alhamdulillah..sesungguhnya ia ilmu yang bermanfaat...

Ustaz Abdullah juga mengajar aku bagaimana menunaikan solat hajat....dari situlah aku tahu seandainya aku ada hajat..aku boleh melakukan solat hajat...maka sejak itu...aku sering menunaikan solat hajat memohon supaya aku berjaya dalam bidang pelajaran...alhamdulillah...betapa sayangnya Allah pada hambaNya....Allah telah beri hidayah padaku sejak aku berumur 11 tahun....nikmat mana yang hendak aku dustakan....subhanallah.....

Aku selalu berdoa supaya aku memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR...aku percaya kalau takdir aku ada 4A..aku masih boleh mengubah takdir aku dengan berusaha bersungguh-sungguh dan seterusnya bertawakkal dengan berdoa bersungguh-sungguh kepada-Nya..hanya Dia yang berhak menentukan segalanya untuk hamba-Nya....alhamdulillah...aku berjaya memperolehi 5A dalam peperiksaan..atas usaha dan tawakkal yang tidak pernah jemu kepada-Nya..alhamdulillah....aku sering melakukan solat hajat sebelum peperiksaan dan selepas peperiksaan..alhamdulillah....syukur pada-Mu Allah atas nikmat hidayah ini...

Sehingga kini aku percaya takdir Allah terhadap kita semua boleh berubah bergantung kepada diri kita....sesungguhnya Allah tidak mengubah diri kita..melainkan kita sendiri yang mengubahnya...sentiasalah muhasabah diri dan...berusaha berubah dan bertawakkal kepada-Nya...sesungguhnya Dia maha mendengar segala doa-doa hambaNya...usah jemu berdoa pada-Nya...Allah suka pada hamba-Nya yang selalu meminta daripadaNya....raihlah kasih sayang Allah dengan selalu berzikir dan berdoa dan beramal soleh kepada-Nya...redha-Mu ku cari Ya Allah.....terimalah segala amal solehku ini..ampunilah dosa-dosaku ini...amin....

Thursday, 28 June 2012

istiqamah

Assalammualaikum...

Alhamdulillah syukur pada-Mu Ya Allah atas segala rezeki melimpah ruah yang dikurniakan ini...subhanallah....alhamdulillah..Allahuakbar...


Bercakap pasal istiqamah ini....ia adalah perlakuan yang perlu dilakukan secara berterusan sehingga ia menjadi tabiat....tetapi diri ini masih bermujahadah untuk beristiqamah....ya...cukup payah untuk lakukannya.....namun manis sekali andai dapat kita capai....

Seringkali bersembang dengan kakak yang sering datang ke pejabatku ini untuk mengelap meja dan mengambil sampah...pada mulanya kuingat dia seorang muslimah kerana dia bertudung seperti seorang muslimah.....namun selepas sekian lama bersembang dan bertanya kabar...rupa-rupanya dia orang asli dan tiada agama rupa orang asli ini...dan dia menyatakan sebab dia pakai tudung ini kerana arahan majikannya...atas alasan menjaga kebersihan supaya tiada rambut berselerekan...emm...bagus jugakan begitu....dia mula menceritakan latar belakangnya...bagaimana dia akan bangun pukul 4 pagi setiap hari untuk masak makanan tengahari untuk anak-anaknya....dan berkemas untuk pergi kerja....begitulah setiap hari begitu istiqamah sekali...namun sesekali dia juga akan terbangun pukul 3 pagi katanya kerana dia sudah tidak boleh tidur....dia akan bangun dan meneruskan kerjanya didapur...apa yang aku fikirkan..bagaimana kakak ini begitu istiqamah sekali dalam melakukan kerja hariannya...aku cuba merenung diri ini...begitu payah untuk aku beristiqamah...namun kakak ini begitu tegar dalam istiqamahnya....dalam diam-diam aku menyimpan hasrat untuk menjadi seperti kakak itu...ingin bangun awal seawal 3 pagi....tetapi bukan seperti apa yang kakak itu buat...sudah tentulah sebagai seorang muslim..kita disunatkan melakukan solat tahajud pada wak tu tersebut...dan aku juga aku ingin memasak masakan tengahari untuk anak2ku bukan asyik bergantung kepada lauk 'tunjuk' sahaja menjelang tengahari.....

Begitulah kita manusia...sesungguhnya setiap manusia itu ada kehebatan masing-masing dan setiap kebaikan yang ada pada sekeliling kita..perlu kita contohi dan cuba amalkan segala kebaikan yang ada.....walaupun kakak ini kerjanya hanya mencuci bangunan pejabat ini...namun terdapat kehebatan dalam dirinya yang aku kagumi....iaitu bagaimana ia boleh beristiqamah bangun awal dan memasak untuk anak-anaknya...walaupun hari minggu dia tetap bangun awal untuk menyiapkan sarapan untuk anak-anaknya.....aku kagum sekali...kerana aku masih tidak dapat lakukan seperti itu...tapi aku jadikan itu sebagai semangat untuk aku mencontohi kakak tersebut untuk beristiqamah memasak dirumah....supaya anak-anak dapat makan hasil tangan mamanya ini.....serta makanan yang dimakan sudah tentulah bersih dan disertai dengan selawat dalam makanan tersebut...subhanallah.....alhamdulillah...terima kasih Allah kerana menyedarkan aku dan melalui kakak ini aku tahu dan aku perlu mengubah hidup ini supaya istiqamah dalam bangun pagi seawal mungkin untuk bertahajud dan menyediakan hidangan tengahari untuk anak-anakku seterusnya meneruskan kehidupan sebagai pekerja di sektor kerajaan demi mencari redha Allah.....kerana kita adalah hamba-Nya....

Ya Allah...kurniakanlah aku keihklasan...
Ya Allah...kurniakanlah aku istiqamah....

amin....


Sunday, 24 June 2012

Syukur atas kebahagiaan ini...

Assalammualaikum WBT...

Alhamdulillah...syukur pada-Mu Ya Allah...betapa banyaknya rezeki dan nikmat yang Engkau berikan...nikmat yang mana lagi harus kami dustakan Ya Allah...ampunilah dosa-dosa kami Ya Allah....sering lalai mengingati-Mu...namun Engkau tidak pernah lalai dalam memberikan nikmat dan kebahagiaan kepada kami....subhanallah....sesungguhnya Engkaulah Maha Pemurah lagi Maha Pengasih dan Penyayang..sungguh aku malu berbuat dosa..namun aku hanya makhluk-Mu yang lemah lagi berdosa..ampunilah kami.....


Kehidupan ini satu perjuangan dan kembara yang panjang....namun di dunia hanyalah sementara...dan kehidupan yang panjang dan abadi ialah di akhirat sana....seringkali hati ini berbisik, cukupkah amalan ku untuk ke sana nanti?...sudah tentu belum cukup..namun kenapa masih tega melakukan dosa...ingatlah setiap perlakuan kita dicatit oleh malaikat atid dan Rakib....dan yang penting sekali ialah sering memikirkan bilakah kematian kita bakal tiba?....pernahkah kita semua terfikir..kita semua ini adalah bakal jenazah...tidak kira muda atau tua..semuanya bakal menghadapinya....apakah persediaan kita untuk menempuhnya...subhanallah...hati ini sering lalai....ampunkanlah daku....

Bantulah Hamba-Mu ini...

Aku ingin masuk ke syurga-Mu
...namun banyaknya dosa aku...mampukah aku....
Aku tidak ingin disiksa di kubur nanti..
namun..dosaku bertimbun...mampukah aku.....
Aku ingin bahagia di dunia dan di akhirat nanti...

bantulah hamba-Mu ini Ya Allah.....
bantulah hamba-Mu ini istiqamah mengingati-Mu...
bantulah hamba-Mu ini ikhlas melakukan ibadah kerana-Mu...
bantulah hamba-Mu ini iklhas dan istiqamah memperbaiki amal soleh terhadap-Mu...

Aku ingin ke syurga-Mu tanpa dihisab Ya Allah....
insyaAllah...ke Syurga Firdaus....bantulah hamba-Mu ini...

Subhanallah.....sebagai makhluk-Nya yang lemah lagi hina disisi-Nya....ampunilah kami Ya Allah..aku seringkali tewas dengan ujian-Mu ini....aku masih berusaha menjadi makhluk-Mu yang baik...bantulah hamba-Mu ini....aku masih lagi malas..masih ada lagi sifat-sifat mazmumah dalam diri aku...namun bantulah hamba-Mu ini dalam bermujahadah....ampunilah daku...amin....


Monday, 18 June 2012

Rezeki

Alhamdulillah..bersyukur padaMu Ya Allah..atas segala nikmat yang tidak terhitung olehku...rezeki yang melimpah ruah tanpa henti diberikan....terima kasih Ya Allah....biarpun rezeki itu bukan dalam bentuk kewangan...banyak rezeki lain yang Engkau berikan...subhanallah....syukur alhamdulillah....





Rezeki Allah itu luas.....luas meliputi alam semesta ini...bagi yang merasakan dan menyedarinya bahawa..rezeki Allah ini memang boleh datang dalam berbagai-bagai bentuk...kita sentiasa memohon supaya dicukupkan rezeki dari segi kewangan namun Allah beri kebahagiaan.....Allah lebih tahu apa yang kita perlukan..oleh kerana kita perlukan kebahagiaan..maka Allah beri kebahagiaan itu...itu merupakan rezeki daripada Allah jua...jika kita renung dan memikirkan rezeki Allah ini....banyak sangat..antaranya..kesihatan yang kita miliki ini...dapat bangun pagi dengan sihat dan dapat menjalani kehidupan dengan lancar...maka itu juga berupa rezeki daripada Allah...lalu..untuk apa kita mengeluh atas kekurangan yang kita ada....kita perlu fokus apa yang kita ada dan nikmat yang kita nikmati ini dan berusaha menimba ilmu dan memajukan diri kita untuk menjadi lebih berjaya demi mencari keredhaanNya....

Allah datangkan ujian kepada kita juga dalam berbagai-bagai bentuk adalah untuk menguji sejauh mana iman kita terhadapNya....sebagai hamba yang patuh kepada segala perintahNya...kita perlu akur dan mengikut syariat yang telah ditetapkan dan perlu sentiasa berdamping dengan Allah menyatakan kesyukuran kita atas segala nikmat yang dikurniaNya kepada kita....

Rezeki Allah yang berupakan kebahagiaan juga dalam berbagai-bagai bentuk...kita dianugerahkan anak-anak yang sihat dan pintar..itu merupakan rezeki Allah yang tidak terhingga dan kita juga dianugerahkan suami yang baik dan bertanggungjawab biarpun tidak dikurniakan anak....bak kata apa yang terjadi dalam kehidupan kita Allah menyuruh kita berfikir dan sentiasa muhasabah diri...kita sentiasa memohon ditambahkan rezeki...dan Allah akan pastikan memakbulkan doa-doa setiap hambaNya......cuma kita sebagai hamba perlu menerima segala bentuk rezeki yang Allah berikan...Allah berikan kita rezeki dalam bentuk kebahagiaan keluarga dengan memberi rezeki kepada suami untuk membawa kita bercuti dan makan angin di tempat-tempat yang jauh dari kota...itu juga berupa rezeki Allah bagi mereka yang mahu berfikir....

Subhanallah...sungguh banyak rezeki Allah dan nikmat yang Allah berikan kepada kita...tidakkah kita mahu bersyukur...menyatakan terima kasih atas anugerahNya yang tidak terhingga ini...namun kekadang kita diuji dengan ujian yang tidak terlintas dihati namun percayalah Allah tidak menguji hambaNya yang tidak mampu untuk menanggung sesuatu ujian itu...Allah Maha Mengetahu atas segala sesuatu....Ar-Razak...Yang Memberi rezeki...sesungguhnya Allahlah yang memberi kita rezeki.....usahlah putus berharap dengan TuhanMu...Dialah menentu segalanya untuk kita....mohon dan berharaplah padaNya sahaja kerana Dialah sahaja yang boleh berikan kita rezeki....


Dalam al-Qur’an terdapat banyak petunjuk yang menunjukkan bahawa rezeki Allah diturunkan kepada orang-orang yang sentiasa beristighfar, bertaubat dan kembali kepada Allah. Di antara petunjuk yang dimaksudkan tersebut adalah sebagaimana berikut.
Nuh ‘alaihis Salam pernah berkata kepada kaumnya sebagaimana dikatakan oleh Allah dalam al-Qur’an:

Bermaksud : “Maka aku katakan kepada mereka, “Beristighfarlah kepada Rabb-mu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan melengkapkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun, dan mengadakan pula di dalamnya sungai-sungai.” (Surah Nuh, 71: 10-12)

Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H)menjelaskan ayat ini dalam tafsir:

“Maksudnya apabila kamu semua bertaubat kepada Allah, beristighfar (memohon ampun) kepada-Nya dan kamu sentiasa mentaati-Nya, nescaya Dia akan memperbanyakkan rezeki ke atas kamu, menurunkan kepada kamu hujan yang barakah, mengeluarkan untuk kamu keberkahan dari bumi, menumbuhkan untuk kamu tumbuh-tumbuhan, mengalirkan (melimpahkan) untuk kamu susu-susu perahan, dan melengkapkan untuk kamu harta dan anak-anak. Maksudnya Dia akan memberi kamu dengan harta kekayaan dan anak-anak serta memberi kepada kamu kebun-kebun yang di dalamnya terdapat pelbagai jenis buah-buahan yang di dalamnya mengalir sungai-sungai.” (Tafsir Ibnu Katsir, 8/233)